KOTA BAHRU: Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau.
Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah semalam.
Elia Suhana menyifatkan kebenaran sudah memihak kepada dirinya memandangkan kes rumah tangganya itu dianggap pelik kerana ia sudah membabitkan campur tangan orang ketiga. "Syukur Alhamdulillah. Seperti biasa, apa yang berlaku saya tetap bersyukur walaupun (keputusannya) berbeza atau tidak. Alhamdulillah saya masih lagi isteri tuanku (Ismail Petra) dan tetap akan mendoakan kesejahteraan untuk tuanku.
"Ini juga adalah hadiah paling istimewa sempena hari kelahiran baginda hari ini (30 Mac) dan saya doakan untuk kesejahteraan dan keselamatan tuanku," katanya ketika ditemui di mahkamah, selepas prosiding itu, semalam. Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan suaminya itu, Elia Suhana berkata, akan tiba masanya nanti dan beliau akan mengikut arahan dikeluarkan mahkamah sebelum ini mengenai perkara itu.
“Kali terkahir saya bertemu tuanku tahun lalu dan saya akan mengikut arahan mahkamah untuk bertemu dengan suami sebagaimana yang sudah diputuskan," katanya. Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana, pada 9 Mac.
Elia Suhana melalui peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan, kemudian mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana itu. Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Februari tahun lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan