بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
السلام عليكم
Pengujung Istimewa
Sabtu, Ogos 13, 2011
10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.
Selamatkan Nilai Harta Anda Daripada Inflasi.
Fakta kenaikan harga emas tanpa INFLASI …Purata 15%Tahun: 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008
% naik: 2.80%, 9.50%, 17.7%, 10.2%, 20.0%, 3.40%, 26.7%, 12.9%10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.
1. Tiada susut nilai dan inflasi.
% naik: 2.80%, 9.50%, 17.7%, 10.2%, 20.0%, 3.40%, 26.7%, 12.9%10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.
1. Tiada susut nilai dan inflasi.
Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM570 lebih kurang 1 dinar=4.25g
Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35, dulu mahal lagi.2. Bernilai kerana ia logam.
Duit kertas dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.
Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35, dulu mahal lagi.2. Bernilai kerana ia logam.
Duit kertas dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.
3. Laku dan diterima di seluruh dunia pada setiap masa.
Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam, wang kertas terus tidak bernilai.4. Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan.
Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq, selepas kejatuhan Saddam, wang kertas terus tidak bernilai.4. Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan.
Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.
Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.5. Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar.
Kalau anda menabung bentuk duit, nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.5. Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar.
Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.6. Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia.
Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.6. Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia.
Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..7. Layak kena zakat.
Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang, semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..7. Layak kena zakat.
Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.
Khilaf ulamak. Ada kata kena, ada kata tak. (rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit (wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah.8. Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata, teknologi dan sebagainya.
Khilaf ulamak. Ada kata kena, ada kata tak. (rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit (wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah.8. Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.
Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak, senjata, teknologi dan sebagainya.
9. Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.
Rujukhttp://www.kitco.com/
Wang ringgit susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%, tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.10. Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Wang kertas adalah alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong di belakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..
Wang ringgit susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%, tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.10. Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.
Wang kertas adalah alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong di belakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..
Kisah dan Sejarah di sebalik MALAYAN UNION.
Pentadbiran tentera penjajah British di bubarkan pada 31 Mac 1946 dan apa yang disebut Kerajaan Awam telah ditubuhkan. Bersamaan dengan itu British melaksanakan rancangan pengubahan perlembagaan yang pertama selepas Perang Dunia Kedua iaitu Malayan Union.
Rancangan ini ditelurkan Kerajaan Parti Konservatif British ketika Perang Dunia Kedua masih berlangsung. Pada bulan Julai 1943, imperialis British menubuhkan satu unit perancang Malaya di London bagi merekakan rancangan untuk membangun semula penguasaan penjajahannya setelah Perang Dunia Kedua.
Ketua unit itu ialah Major General Hone, Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Pentadbiran Tentera British setelah Perang Dunia Kedua. Anggota-anggota unit tersebut terdiri daripada pegawai-pegawai pejabat perang dan pejabat tanah jajahan British dan salah seorang di antaranya ialah Edward Gent, Gabenor pertama British ke Kuala Lumpur setelah Perang Dunia Kedua.
Unit Perancang tersebut telah menelurkan prinsip-prinsip pokok rancangan itu berasaskan dasar penjajahan imperialis British setelah mendengar pendapat-pendapat dari tuan punya ladang getah dan lombong bijih besar British dan dengan menimbangkan keadaan yang mungkin terjadi setelah Perang Dunia Kedua.
Sepucuk kawat dari bahagian Hal Ehwal Awam South East Asia Command tentera British bertarikh 24 Disember tahun 1943 berkata:
“ringkasnya usul yang sedang dipertimbangkan ialah dalam masa pentadbiran tentera, wakil Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan yang berkuasa penuh harus menyederhanakan kedudukan perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat dengan cara menandatangani perjanjian baru dengan para sultan melalui perundingan.”
“ringkasnya usul yang sedang dipertimbangkan ialah dalam masa pentadbiran tentera, wakil Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan yang berkuasa penuh harus menyederhanakan kedudukan perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat dengan cara menandatangani perjanjian baru dengan para sultan melalui perundingan.”
Parti Buruh British yang memegang tampuk kerajaan menjelang saat Jepun menyerah diri pada tahun 1945 telah mewarisi jubah Parti Konservatif. Setelah Jepun menyerah diri, Kerajaan Parti Buruh segera mengumumkan pelaksanaan rancangan yang telah ditelurkan Kerajaan Parti Konservatif sebagai langkah pertama bagi mewujudkan apa yang disebut “Pemerintahan Sendiri” di Malaya. Pada bulan Oktober 1945, Kerajaan Parti Buruh telah mengumumkan pokok-pokok rancangan tersebut sebagai berikut:
- Malayan Union terdiri dari 9 buah negeri berserta Melaka di Semenanjung dan Pulau Pinang; Singapura tidak termasuk dalam Malayan Union.
- Menubuhkan kerajaan pusat Malayan Union yang kuasa tertingginya berada di tangan Gabebor British. Kerajaan berbagai negeri di bawah tadbiran kerajaan pusat.
- Majlis mesyuarat Undang-undang terdiri daripada ahli-ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang dilantik oleh Gabenor.
- Untuk memikat hati orang ramai rancangan itu menetapkan bahawa siapa saja yang lahir di Malayan Union dianggap warganegara.
- Selain itu orang yang sudah 10 tahun bermastautin terus menerus di Malaya dalam masa 15 tahun sebelum Perang Dunia Kedua juga boleh menjadi warganegara.
Kerajaan Parti Buruh juga telah mengutus seorang utusan khas bernama Herold MacMichael ke Malaya untuk menandatangani perjanjian baru dengan sultan-sultan dan Raja-raja berbagai negeri.
Rancangan ini bertentangan dengan kepentingan asasi rakyat semua bangsa kerana ia bukan saja tidak menyentuh barang sepatah katapun tentang kemerdekaan yang diidam-idamkan rakyat, sebaliknya sengaja menimbulkan ketidakpuasan Malaya.
Jika sebelum Perang Dunia Kedua imperialis British telah melaksanakan polisi “pecah belah dan perintah”, maka setelah peperangan itu ia menjalankan polisi “mencantumkan lalu memerintah” melalui rancangan Malayan Union, tapi disamping itu ia juga meneruskan polisi “memecah-mecah lalu memerintah” dengan mengasingkan Singapura daripada Malayan Union.
Dengan demikian, negeri kita tetap merupakan tanah jajahan imperialis British. Oleh yang demikian rancangan tersebut telah dikutuk dan ditentang oleh rakyat semua bangsa negeri kita setelah ia diumumkan.
Komplotan Imperialis British
Penentangan Malayan Union dianjurkan oleh penjajah British. Gabenor BritishFrank Swettenham mendorong Onn bin Jaafar dan sebangsanya supaya bangkit menentang Malayan Union.
Menghadapi keadaan demikian, imperialis British telah mengirim orang untuk menjalankan apa yang disebut “penyiasatan” di negara kita, di samping itu ia mendatangi bangsawan-bangsawan feudal dan pegawai-pegawai rejim penjajah untuk tampil membuat pendapat awam agar dapat menyelubungi perbuatan mereka sebagai pembantu jahat imperialis British dalam menumpas perjuangan kemerdekaan rakyat negeri kita di sebalik topeng “menentang Malayan Union”.
Antara mereka yang utama ialah pegawai kanan negeri Johor ketika itu yang kemudian menjadi Menteri Besar, Onn bin Jaafar (Bapa kepada Hussein Onn dan datuk kepada Hishamuddin Hussein), Tunku Abdul Rahman (yang melanjutkan pelajarannya ke Inggeris tidak lama setelah Jepun menyerah), Menteri Besar Kelantan masa itu, Nik Abdul Kamil, dan Abdul Razak(ayahanda Najib Razak, PM sekarang, yang mendapat hadiah dari imperialis British pada tahun 1946 dan pergi menjalani latihan di London pada tahun1947) serta Tan Cheng Lock dan H.S. Lee (yang pulang dari luar negeri mengekori tentera British) dan lain-lain lagi.
Pada awal 1946, Onn bin Jaafar menentang rancangan pengubahan perlembagaan itu dengan dalih membela kedudukan dan hak istimewa sultan-sultan dan raja-raja. Dia dengan gila-gilaan menghasut-hasut cauvinisme dan bergembar-gembur hendak mempertahankan keadaan sebelum Perang Dunia Kedua.
Semasa Jepun menduduki tanah air kita, Onn bin Jaafar telah menyerah dan menjadi anjing buruan imperialis Jepun. Untuk mengatasi kesulitan menjelang saat menyerah diri, fasis Jepun menjalankan tipu muslihat hendak menghadiahkan Malaya apa yang disebut “Kemerdekaan” di samping menghantar sepasukan tentera Jepun yang menyamar diri sebagai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) menyembelih babi di hadapan sebuah masjid di Johor dan telah mencetuskan bentrokan bangsa-bangsa.
Kemudian atas perintah tuannya, Onn bin Jaafar yang dibantu oleh sepasukan tentera Jepun telah melakukan penyembelihan besar-besaran yang mengerikan. Mereka telah membunuh ratusan orang dan mencederakan ribuan orang di kawasan Batu Pahat, Sengarang, Rengit dan Benut. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya terpaksa menghalang mereka ketika mereka mendekatiPontian.
Mula-mula, TAJRM menyeru kepada massa (orang ramai) yang ditipu dan dipaksa, mendedahkan komplotan fasis Jepun yang terkutuk dan menasihatkan mereka supaya meletakkan parang panjang. Akan tetapi, tentera Jepun yang sangat ganas itu menggertak mereka dengan senjata api dan memaksa mereka menyerbu ke arah TAJRM.
TAJRM terpaksa menyerang balas untuk membela diri dan menghancurkan komlotan fasis Jepun. Setelah seplatun tentera Jepun itu dibasmi semuanya, massa yang ditipu dan dipaksa itu beramai-ramai meletakkan parang panjang dan menggugat kejahatan fasis Jepun.
Ramai yang kemudiannya telah mengambil bahagian dalam gerakan massa revolusioner yang dipimpin oleh PKM dan menyertai perjuangan bersenjata pada bulan Jun tahun 1948.
Berkat laporan dan bantuan massa rakyat, TAJRM telah menangkap Onn bin Jaafar yang menjadi biang keladi peristiwa penyembelihan besar-besaran itu, tapi setelah dia mengaku hendak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan, TAJRM melaksanakan dasar murah hati dan melepaskannya meskipun dosanya sudah menggunung.
Akan tetapi, Onn bin Jaafar yang lurus-lurus ekor anjing telah menyerahkan dirinya ke pelukan tuan lamanya bila imperialis British kembali ke Malaya. Untuk maksud yang tersembunyi, imperialis British memalsukan sejarah dalam dokumen rasminya, menyanjung-nyanjung Onn bin Jaafar dan memindahkan dosa penyembelihan itu ke atas parti komunis.
Dia berkata konon, parti komunis (orang Cina) yang dipelopori TAJRM cuba hendak merebut kawasan Batu Pahat dan Muar. Onn bin Jaafar yang menjadi pegawai daerah ketika itu telah mengetuai orang Melayu untuk menentang pencerobohan itu. Dari sini jelaslah imperialis British sudah lama merancang hendak memelihara dan menggunakan pengkhianat bangsa itu.
Setelah Malayan Union diumumkan sejumlah pegawai kanan rejim penjajah di Malaya sebelum Perang Dunia Kedua yang telah bersara pun bergerak dengan leluasa di London; antaranya belasan orang termasuk Frank Swettenhamyang pernah menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat berturut-turut menulis surat atau artikel di suratkhabar The Times di London.
Mereka secara terang-terangan menggalak, menyanjung dan menyokong kegiatan-kegiatan Onn Bin Jaafar serta bangsawan-bangsawan feudal lainnya.Macdonald, Gabenor General British ke Asia Tenggara pada masa itu (kemudian ditukar namanya menjadi Commissioner General ke Asia Tenggara) juga membantu menggalakkan kegiatan mereka.
Roland Bradell, seorang peguam British yang pernah menjadi ahli exco Johor sebelum Perang Dunia Kedua dan penasihat sulit undang-undang kepada Sultan Johor, secara langsung menawarkan akal bulusnya kepada Onn bin Jaafar.
Justeru dengan adanya tunjangan imperialis British, Onn bin Jaafar telah menyelenggarakan mesyuarat agung pertubuhan-pertubuhan Melayu di Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun 1946 dengan mengibarkan panji-panji membela hak dan kepentingan orang Melayu.
Pada bulan Mei tahun itu juga, UMNO telah ditubuhkan dan secara terbukaRoland Bradell menjadi penasihatnya.
Seorang dua pegawai imperialis British tanpa segan silu berkata “Malayan Union” yang ditelurkan kerajaan parti konservatif sebenarnya bermaksud hendak meluaskan sistem Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, (Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang); ke (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) yang dinamakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu masa itu serta Negeri-Negeri Selat (Melaka dan Pulau Pinang),
sedangkan penaja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu justeru Gabenor BritishFrank Swettenham yang menghasut-hasut Onn bin Jaafar dan sebangsanya supaya bangkit menentang Malayan Union.
sedangkan penaja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu justeru Gabenor BritishFrank Swettenham yang menghasut-hasut Onn bin Jaafar dan sebangsanya supaya bangkit menentang Malayan Union.
Sejarah Realiti: Empayar Islam hingga benua Amerika.
Jika anda mengunjungi Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Minta arkib perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ada tanda tangan ketua suku Cherokee zaman itu, bernama AbdeKhakdan Muhammad Ibnu Abdullah.
Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk meneruskan aktiviti perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan kebiasaan berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (serban) dan baju hingga sebatas lutut.
Cara berpakaian ini dapat ditemukan dalam foto atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum akhirnya benar-benar punah dari tanah Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.
Berbicara tentang suku Cherokee, tidak boleh lepas dari Sequoyah. Dia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembaliSyllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.
Yang membuatkannya sangat luar biasa adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada batu-batu diNevada sangat mirip dengan kata “Muhammad” dalam bahasa Arab.
Nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga Anasazi, Apache,Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi,Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan tutup kepala khas orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Hal ini ditunjukkan pada foto-foto tahun 1835 dan 1870.
Secara umum, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak terasa oleh panca indera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti kata-kata seorang Ketua Suku Ohiyesa :
“In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal”.
Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahwa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah?
Bagaimana ketua suku Indian Cherokee itu muslim?
Sejarahnya panjang,
Semangat orang-orang Islam dan Cina saat itu untuk mengenal lebih jauh planet (tentunya waktu itu nama planet belum terdengar) tempat tinggalnya selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluas dakwah Islam mendorong beberapa pemberani di antara mereka untuk melintasi wilayah-wilayah yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka saat itu.
Beberapa nama tetap begitu tersohor sampai saat ini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya, sebut saja Cheng Ho dan Ibnu Battuta, namun beberapa lagi hampir-hampir tidak terdengar dan hanya tercatat pada buku-buku akademik.
Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatat perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi muslim Al Masudi (871 – 957),Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang penunjuk arah muslim dariCordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahwa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.
Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahwa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar juga dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol ke barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan Atlantik. Mereka berhasil kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang asing.
Beliau juga menuliskan menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II(976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulauan Canary).
Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.
Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Morocco dicatat juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Morocco pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh ilmuwan Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. SejarawanChihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama.
Timbuktu yang kini dilupakan orang, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan orang menuju Timbuktu atau berawal dari Timbuktu.
Sultan yang tercatat menjelajah benua hingga ke benua baru saat itu adalahSultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintas Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.
Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para eksplorer ini berbahasa Arab.
Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarnaPiri Re’isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja OttomanSultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bagian barat, Amerika selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brasil secara cukup tepat.
Bukti lainnya adalah, Columbus sendiri mengetahui bahwa orang-orang Carib(Karibia/Caribean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Dia faham bahwa orang-orang Islam telah berada di sana terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudak rakyat Amerika. Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa menikahi orang-orang pribumi.
Lebih lanjut Columbus mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sampai saat ini sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemukan di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada.
Dan tahukah anda? 2 orang nakhoda kapal yang dipimpin oleh Columbus kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang muslim yaitu dua bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Morocco Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER,JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]
Dan mengapa hanya Columbus saja yang sampai saat ini dikenal sebagai penemu benua amerika?
Karena saat terjadi pengusiran kaum yahudi dari Sepanyol sebanyak 300.000orang yahudi oleh raja Ferdinand yang Kristen, kemudian orang-orang yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita ‘penemuan benua Amerika’ dikirim pertama kali oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya orang Yahudi di Sepanyol.
Pelayaran Columbus ini nampaknya diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan ‘pesan penaja’ Yahudi. Kisah selanjutnya kita tahu bahwa media massa dan penerbitan dikuasai oleh orang-orang Yahudi yang bahkan dibenci oleh orang-orang seperti Henry Ford si raja kereta Amerika itu.
Maka tampak ada ketidak-jujuran dalam menuliskan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang Eropah menjejakkan kaki ke benua Amerika.
Dan tahukah anda? sebenarnya Laksamana Zheng He atau yang lebih dikenal dengan nama Laksamana Cheng Ho adalah penemu benua amerika pertama, sekitar 70 tahun sebelum Columbus.
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah lebih dulu sampai ke sana. Para peserta seminar yang diselenggarakan oleh Royal Geographical Society di London beberapa waktu lalu terkejut dengan paparan seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dan lantas mendapat perhatian besar.
Tampil penuh keyakinan diri, Menzies menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur asal Cina, Laksamana Zheng He (kita mengenalnya dengan Cheng Ho). Bersama bukti-bukti yang ditemukan dari catatan sejarah, dia lantas berkesimpulan bahwa pelaut serta navigator ulung dari masa dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.
Bahkan menurutnya, Zheng He ‘mengalahkan’ Columbus dengan jarak waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies tentu membuat kekecohan lantaran masyarakat dunia selama ini mengetahui bahwa Columbus penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Pernyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah.
Adalah sebuah peta yang dibuat sebelum Columbus memulakan ekspedisinya lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He yang ditunjukkannya sebagai barang bukti itu. Menzies menjadi sangat yakin setelah meneliti ketepatan benda-benda bersejarah itu.
“Laksamana inilah yang semestinya dianugerahi gelar sebagai penemu pertama benua Amerika,” ujarnya.
Menzies melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk penelitian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi modern seperti melalui program software Starry Night.
Dari bukti-bukti kunci yang bisa mengubah alur sejarah ini, Menzies mengatakan bahwa sebagian besar peta maupun tulisan navigasi Cina kuno bersumber pada masa pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya hingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelumnya armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.
Uraian astronomi pelayaran Zheng He kira-kira menyebut, pada larut malam saat terlihat bintang selatan sekitar tanggal 18 March 1421, lokasi berada di ujung selatan Amerika Selatan. Hal tersebut kemudian direkonstruksi ulang menggunakan software Starry Night dengan membandingkan peta pelayaran Zheng He.
“Saya memprogram Starry Night hingga masa di tahun 1421 serta bagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” ungkap Menziesyang juga ahli navigasi dan bekas komandan kapal selam angkatan laut Inggris ini. Dari sini, dia akhirnya menemukan dua lokasi berbeza dari pelayaran ini melalui catatan astronomi (bintang) ekspedisi Zheng He.
Lantas terjadi pergerakan pada bintang-bintang ini, sesuai perputaran serta orientasi bumi di angkasa. Akibat perputaran bumi yang kurang sempurna membuat pusat bumi seolah mengukir lingkaran di angkasa setiap 26 ribu tahun. Fenomena ini, yang disebut presisi, berarti tiap titik kutub membidik bintang berbeda selama waktu berjalan. Menzies menggunakan software untuk merekonstruksi posisi bintang-bintang seperti pada masa tahun 1421.
“Kita sudah memiliki peta bintang Cina kuno namun masih memerlukan penanggalan petanya,” kata Menzies. Saat sedang bingung memikirkan masalah ini, tiba-tiba ditemukanlah pemecahannya. “Dengan kemujuran luar biasa, salah satu dari arah yang mereka lalui, yakni antara Sumatra dan Dondra Head, Srilanka, mengarah ke barat.”
Bagian dari pelayaran tersebut rupanya sangat dekat dengan garis khatulistiwa di Laut Hindi. Adapun Polaris, sang bintang utara, dan bintang selatan Canopus, yang dekat dengan lintang kutub selatan, tercantum dalam peta. “Dari situ, kita berhasil menentukan arah dan letak Polaris. Sehingga selanjutnya kita boleh memastikan masa dari peta itu yakni tahun 1421, plus dan minus 30 tahun.”
Atas temuan tersebut, Phillip Sadler, pakar navigasi dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics, mengatakan perkiraan dengan menggunakan peta kuno berdasarkan posisi bintang amatlah dimungkinkan. Dia juga sepakat bahwa agakan waktu 30 tahun, seperti dalam pandangan Menzies, juga masuk akal.
Selama ini, masyarakat dunia mengetahui Zheng He sebagai penjelajah ulung. Dia terlahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Wilayah Yunan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah bagian dari warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.
Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Sementara Zheng He sendiri membesar dengan banyak mengadakan perjalanan ke sejumlah wilayah. Dia adalah Muslim yang taat.
Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsa Mongol, yang sudah ada jauh sebelum masa dinasti Ming. Pada saat pasukan Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.
Zheng He pun dijadikan sebagai pelayan putra mahkota yang nantinya menjadi maharaja bernama Yong Le. Maharaja inilah yang memberi nama Zheng He hingga akhirnya dia menjadi salah seorang panglima laut paling termashyur di dunia.
nota: semoga dengan info ini dapat membuka minda saudara-saudara kita yang terlalu naif tentang sejarah perkembangan Islam dan kuasanya. Senang cakap, di mana saja tanah yang pernah dijajah oleh kuasa asing barat, di situ adalah tanah umat Islam.
Langgan:
Catatan (Atom)