Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here
Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan

Khamis, Julai 05, 2012

BARU KU TAHU MENGAPA AMBIGA DAN DAP PATUT KITA MUSUHI...


DATUK S.AMBIGA, waktu ini menjadi teramat popular sehinggakan mengatasi populariti PM dan ahli kabinetnya, bahkan tokoh ini dilihat lebih diperkatakan dari Ketua Pembangkang sendiri, DS Anwar Ibrahim.

Ini adalah kerana kejayaannya membawa Perhimpunan BERSIH 2.0 mencapai matlamat untuk berhimpun di Ibu Kota pada 09 Jul lalu.

Hanya seorang wanita gigih dan berani seperti beliau telah membuatkan KPN terpaksa tampil di muka TV pada malam 09 Jul yang lalu seperti tampilnya `Pemegang Mohor Besar Raja-Raja' untuk mengumumkan Hari Raya. KPN tampil secara khusus untuk memberi `amaran keras' terhadap peserta-peserta BERSIH.

Hanya kerana wanita ini seorang sahaja, Ibu Kota lumpuh lebih kurang 2 hari sebelum dan semasa 09 Jul yang lalu. Seluruh dunia tertumpu kepada BERSIH pada waktu itu dan wanita ini mula disebut ramai orang. Begitulah hebatnya Datuk S.Ambiga.

Namun, media dan pencacai Umno berterusan memburukkan imej wanita ini. Paling bodoh apabila KM Melaka mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan menarik balik kerakyatannya. Timbul pula isu Datuk S. Ambiga itu seorang India berugama Hindu yang memimpin BERSIH pada 09 Jul lalu. Adakah sewaktu BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu yang dipimpin oleh Syed Syahir seorang Melayu Islam, ketika itu Umno dan pencacainya menyokong BERSIH? Ertinya, bukan masalah India atau Hindu, tetapi puak mereka sememangnya amat gentar dengan BERSIH.

Puak-puak ini telah mula bermain dengan isu perkauman yang amat sempit. DAP juga turut menjadi mangsa tuduhan liar dan bodoh mereka. Apa salah Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP? Setelah saya teliti dari yang dicatatkan oleh seorang rakan di dalam FB beliau, rupa-rupanya Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP terlibat di dalam beberapa perkara yang menyentuh hak kita sebagai orang Melayu Berugama Islam.

Datuk S. Ambiga dan pemimpin-pemimpin DAP telah `terlibat' di dalam perkara-perkara berikut, patutlah puak mereka amat membenci Datuk S. Ambiga dan DAP. Jika begitu, memang patut kita pun sama membenci, jika tidak, kita akan dicop bodoh dan bahlul. Inilah `kesalahan besar' Datuk S.Ambiga dan pemimpin DAP terhadap kita:-
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?/Sumber: FB Seligi Alpha"

Rabu, Mei 30, 2012

Mugo Kawe Anok Klate

Di sini saya berbicara selaku anak Kelantan. Saya ingin mempertahankan maruah Kelantan yang dipijak-pijak oleh Perdana Menteri Malaysia. Sesungguhnya menjadi kewajipan terhadap seluruh warga Kelantan untuk mempertahankan setiap inci bumi Kelantan. Tidak kira, apa parti sekalipun yang memerintah Kelantan, yang pasti Kelantan adalah Kelantan. Parti pemerintah negeri Kelantan( Parti yang membentuk Kerajaan Kelantan) boleh bertukar ganti tapi Kelantan adalah Kelantan dan tiada galang ganti. Dan, andainya Kelantan ditadbir oleh UMNO/BN, dan PAS/PR pula yang bertindak menghina Kelantan, percayalah PAS/PR pula akan saya tentang.


Tapi yang banggangnya UMNO/BN tidak boleh menerima kenyataan yang rakyat Kelantan tidak menerimanya. Sejak Kelantan merdeka dari penjajahan UMNO/BN, Kelantan tidak pernah sepi dari difitnah. Terbaru Haji Najib selaku suami kepada Hajjah Rasmah telah menuduh Kelantan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Lihat :. --> SINI

Sebenarnya sejak 1990(tahun PAS memerintah Kelantan), Kelantan berkali-kali dituduh sebagai negeri termiskin. Padahal , sepanjang tempoh tersebut, Kelantan tidak selamanya berada dalam kedudukan teratas carta miskin tegar. Klip Video di bawah akan menjawab segala fitnah jahat pihak penjajah yang kini kehilangan kuasa.



Klip video di bawah pula menjelaskan betapa kejam dan jahatnya seorang Menteri yang berasal dari Kelantan. Beliau membuat pengakuan sesungguhnya dia telah mendera rakyat Kelantan dan menyekat sebarang peruntukan kepada Kelantan sejak kerajaan diambil laih oleh PAS pada tahun 1990. Beliau juga mengaku hanya setelah Pak lah mengambil alih jawatan Perdana Menteri, barulah hak Kelantan sebagai sebuah negeri di Malaysia turut diakui. Namun, dalam masa yang sama(era pemerintahan Pak Lah), terdapat juga segelintir menteri-menteri yang berasal dari Kelantan yang mendesak Pak Lah agar terus mendera Kelantan. Bagi mereka Kelantan perlu didera sehinggalah UMNO/BN berjaya memerintah Kelantan. Mujurlah Pak Lah tak sekejam itu. Sila hayati klip video di bawah:



Nasihat saya kepada UMNO/BN, akui sahajalah kalian tidak bijak mengatur strategi untuk merampas Kelantan. Kalian hanya menghulurkan bantuan bila berlakunya kematian wakil rakyat. Bila adanya pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat, mulalah kalian masuk kampung hulur bantuan. Bantuan yang melimpah ruah dan tidka terjangkau oleh akal yang waras. Apa tidaknya, orang kampung yang bekerja sebagai ponoreh getah pun kalian bagi sumbangan jala dan perahu.

Sebenarnya saya ada beberapa data yang menunjukkan kroniknya masalah rasuah di Malaysia dan pincangnya beberapa perkara di Malaysia. Tapi saya tak sampai hati untuk paparkan kerana saya tak sanggup memburukan negara sendiri. Di sini saya hanya ingin menegur keceluparan Haji Najib, suami kepada Hajah Rasmah.

Ingin saya tegaskan sekali lagi, Parti yang membentuk Kerajaan Kelantan boleh bertukar ganti tapi negeri Kelantan tiada galang ganti. Dan, andainya Kelantan ditadbir oleh UMNO/BN, dan PAS/PR pula bertindak menghina Kelantan, percayalah PAS/PR pula akan saya tentang.

Ahad, Mei 27, 2012

Malaysian sedang dicaturkan







"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)

(At-Thaariq, 86:15-17)





Saya telah memberitahu anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS atau UMNO,tidak.Saya tidak pernah memberitahu begitu.Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Tidak perlu saya mengatakan sokong PAS atau UMNO,kerana itu adalah perkara yang tidak bermanfaat langsung.Demokrasi sebenarnya adalah racun sebagaimana Sosialisme.Apa kata Sosialisme?Memiliknegarakan kekayaan.Kekayaan negara menjadi milik rakyat,dan segala kapitalisme akan dibunuh.Menarik bukan?Tiada lagi orang kaya sombong yang kumpul harta berbukit-bukit demi perut sendiri dan membiarkan rakyat marhaen miskin terlonta-lonta.Secara teori,kerajaan Sosialisme/Komunisme berhak menguruskan kekayaan negara untuk diagih-agihkan kepada rakyat secara adil dan saksama.Kerajaan dan syarikat swasta mempunyai plan bersama untuk program 'memiliknegarakan kekayaan' tadi.Sungguh bagus bunyinya.Namun secara praktikal,negara yang mengamalkan Sosialisme dan Komunisme lah yang paling huru hara,penuh keganasan dan perlanggaran hak asasi manusia.Adakah Komunisme menjadi ideologi yang anda rasa 'mesra-rakyat' kini?Jika seseorang mengatakan kepada anda "kami akan mengagihkan kekayaan negara sama rata" namun mengacukan AK-47 ke arah anda,adakah anda merasa selamat dan mengikut kata-kata lelaki itu?

Ini adalah UTOPIA.Sebagaimana Sosialisme,demokrasi juga adalah utopia.Tiada sistem yang paling ideal dalam dunia ini selain sistem yang diciptakan oleh Pencipta manusia.Tuhan telah menawarkan sistem yang dicipta-Nya sendiri kepada manusia.Namun manusia tidak mahu.Manusia fikir dia lebih bijak dari Tuhannya sendiri.

Saya tidak mengatakan bahawa PAS salah atau UMNO adalah parti yang perlu anda undi.Atau UMNO adalah parti syaitan manakala PAS adalah parti maksum yang jika anda undi,anda akan dijamin masuk syurga.Tidak,saya tidak mengatakan begitu.Saya cuma memberitahu bahawa PAS dan UMNO perlu bertindak begini dan begitu supaya anda semua boleh berjuang dalam landasan yang betul.Jika anda tidak mahu bersatu,tidak mengapa.Berpecahlah,apa saya peduli jika Malaysia huru hara sekalipun saya boleh 'fly' ke mana-mana bahagian dunia hatta ke dalam 'secret vault' di dalam Vatican Chapel sekalipun ataupun berdiam di dalam 'red zone' di Bohemian Groove.Cuma yang saya fikirkan,ibu-ibu tua di kampung-kampung yang tidak tahu apa-apa,anak-anak kecil yang bermain lumpur di sawah bendang.Jika tanahair mereka itu yang satu-satunya tumpah darah mereka ini menjadi huru hara dan penuh keganasan,apakah yang boleh mereka lakukan?Kerajaan yang dipegang oleh Melayu jatuh ke tangan kerajaan campuran yang mana PAS hanya mendapat sebahagian kecil sahaja,adakah nasib mereka akan terbela?Dalam 5 atau 10 tahun mungkin nasib mereka akan terbela,kemudian anda akan lihat mereka akan menyertai saudara-saudara mereka di Singapura.

Saya boleh katakan PAS itu betul,jika mereka MEMIMPIN dalam Pakatan Rakyat.Mereka mencaturkan halatuju pembangkang dan menjadi jurucakap Islam kepada non-muslim.Mereka memberitahu apa yang boleh atau tidak dalam Islam,menjadi contoh dan asbab hidayat kepada non-muslim.Jika Bersih 2.0 dianjurkan oleh PAS dan isunya ialah tentang memperkasakan Islam dan Hukum Allah,maka saya menggalakkan semua muslim di Malaysia supaya sertai Bersih 2.0 ini.Pedulikan polis-polis yang menjadi hamba demokrasi itu.Lawan tetap lawan.Lawan untuk siapa?Lawan demi Allah Azza Wa Jalla.Yang menciptakan saya dan kamu.

Tetapi jika berhimpun hanya untuk 'membersihkan demokrasi',anda telah membuat satu pekerjaan yang gila.Demokrasi tidak akan pernah bersih selama-lamanya.Demokrasi adalah sistem yang cacat.Demokrasi adalah TONG TAHI.Anda berhimpun untuk membersihkan tong tahi dengan menggunakan air tahi yang baru.INI SALAH.Menuntut untuk satu pilihanraya yang bersih.INI SALAH.Pilihanraya tidak akan selamanya bersih.Pilihanraya adalah satu perkara yang subjektif.Jika Ambiga menjadi pengerusi SPR,beliau akan membuatkan pilihanraya itu mengikut objektif beliau,dan ini dianggap BERSIH hanya oleh beliau!

Pilihanraya mengikut siapa yang mengawalnya.Demokrasi dan pilihanraya tidak akan bersih.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Islam adalah agama yang sempurna.Islam mengajarkan sistem politik,ekonomi dan sistem sosial manusia.Islam membahaskan dari perkara sekecil-kecilnya seperti adab masuk tandas sehinggalah bagaimana mengurus sesebuah negara.Gautama Buddha tidak pernah mengajarkan anak muridnya tentang sistem ekonomi seperti simpanan,insuran,pajak gadai dan sebagainya,namun Nabi Muhammad s.a.w memberikan panduan tentang urusan perbankan dan transaksi.Pernah dengar Mudharabah?Ar-Rahnu?Bank Islam?Ini semua ada garis panduannya yang diambil dari hadis-hadis nabi yang kebanyakan dari kita tidak pernah mendengarnya.Anda boleh merujuk kepada panel syariah dalam urusan perbankan Islam.Jesus tidak pernah mengajarkan kepada sahabat-sahabatnya tentang sistem politik,bagaimana menguruskan negara,namun Nabi Muhammad s.a.w telah memberi contoh panduan bagaimana menguruskan sistem politik dan kenegaraan.Undang-undang,kuasa mahkamah,kuasa eksekutif,sekuriti dan sebagaimana semuanya tercantum dalam satu ilmu fekah yang dipanggil Jinayah.Hukum Hudud,Qisas,Takzir dan lain-lain termasuk dalam fekah ini.Adakah kita pernah ambil peduli dengan semua ini?Di sebabkan Jesus tidak pernah mengajar sistem kenegaraan kepada pengikutnya maka penganut Kristian 'terpaksa' menurut sistem ciptaan manusia.Itulah demokrasi.Namun Islam mengajarkan sistemnya sendiri,yang datang terus dari Allah Azza Wa Jalla,namun yang orang Islam amalkan pada hari ini adalah demokrasi,ciptaan manusia yang ketiadaan sistem yang diwahyukan dari Tuhan.

Saya boleh katakan UMNO adalah betul jika mereka memimpin negara mengikut sistem Islam.Namun mereka mengikut sistem sekular.Oleh kerana ibu dan bapa mereka Islam,maka mereka masih mahu menyuburkan Islam.UMNO masih terpenjara dalam sistem penjajah.Mereka cuba menyuburkan Islam di dalam tong tahi.Namun orang-orang seperti Ambiga ada rancangan lain.Tuan kepada Ambiga menghendaki supaya demokrasi Malaysia perlu di'bersih'kan SEPENUHNYA.Dibersihkan dari apa?

DARI AGAMA ISLAM.

Patsies seperti Ambiga tidak tahu kenyataan sebenar.Rotary Club tidak pernah memberitahunya kenyataan sebenar.Mengapa?Kerana Rotary Club juga adalah anjing pencacai yang tidak tahu menahu kenyataan sebenar.Apa kenyataan sebenar itu?

Bahawa sistem Islam diajarkan sebagai taklimat khas dalam silibus next 33rd level Luciferian Illuminatus.

Orang yang mendapat 'initiation' ke peringkat 'over 33rd degree' dalam organisasi Luciferian yang mengawal jenama seperti Freemason,Lion Club atau Rotary adalah mereka yang diwajibkan belajar selok belok agama Islam.Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft,yang menjadi anutan elit-elit dunia.Jika anda lahir sebagai seorang Islam,anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti:syaitan,nafsu, orang kafir,munafik,Nasrani,Yahudi,Majusi,penyembah berhala,orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini,para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

Mereka adalah orang-orang yang terkaya dalam dunia.Mereka makan di atas pinggan emas dan minum dalam gelas emas.Namun setiap hari mereka takutkan orang Islam mengamalkan sepenuhnya agama mereka.

Bagaimana saya tahu?Adakah saya salah seorang dari mereka?Sudah tentu tidak.Namun saya boleh 'access' ke tempat-tempat mereka melalui 'backdoor'.Tiada yang mustahil bagi Allah.Jika Dia menghendaki maka ia akan terjadi.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Orang yang memiliki pengetahuan rahsia akan menyedari perkara sebenar.Saya berada di kalangan elit yang mengawal anjing-anjing,hamba atau patsies seperti Ambiga ini dan saya tahu beberapa perkara.Cukup saya katakan,PKR tidak perlu,PAS perlu banyakkan dakwah kepada orang Islam dan ajak orang-orang seperti Ambiga atau Lim Guan Eng kepada agama Allah.Di akhirat nanti,jika Lim Guan Eng,Karpal Singh atau Ambiga menuding jari kepada anda kerana tidak pernah mengajak kepada Islam,apakah alasan anda di hadapan Allah nanti,padahal anda duduk semeja dengan mereka semasa di dunia?

UMNO PERLU BERTAUBAT DAN BELAJAR AGAMA.

Kita semua tinggal di dalam Bumi yang akan musnah suatu hari nanti.Selepas kita menjadi mayat,adalah satu kehidupan yang kita sendiripun tidak dapat membayangkan bagaimana.Hari ini ramai manusia tidak pentingkan agama dalam kehidupan.Bagi mereka cukup wang maka cukup makan.Bila kita menjadi mayat,apa jua pekerjaan kita yang hebat-hebat di dunia ini tidak berguna sedikit pun.Yang berguna adalah iman kita.Solat kita.Ini adalah 'generator' kepada kebahagiaan kita di akhirat nanti.Agama tidak perlukan anda.ANDA YANG MEMERLUKAN AGAMA.Biarpun tiada seorang pun yang beriman di atas muka bumi ini,ini tidak menurunkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Biar semua manusia masuk Islam sekalipun,ini tidak sesekali menaikkan Allah Azza Wa Jalla walaupun satu darjat.Tidak sedikit pun memberi manfaat dan mudarat kepada Allah bahkan Allah lah yang memberi manfaat dan mudarat.


PAS dan UMNO perlu belajar seni perancangan musuh-musuh Islam.Jika anda-anda semua mahu berpecahbelah,silakan.Namun datanglah masjid untuk solat berjemaah bersama-sama.Rapatkan saf anda.Lambat laun Allah Yang Maha Pengasih akan menyatukan hati-hati anda.Anda semua adalah bersaudara.

Ingat,untuk menang di atas papan catur,anda perlu memiliki strategi sendiri.Kami telah tunjukkan beberapa langkah.Namun sampai satu tahap,anda tidak perlu mengikut langkah-langkah ini lagi.Tiada lagi strategi.Sampai satu tahap,anda akan menyedari hakikat sebenar.Hakikat bahawa anda tidak perlu lagi bermain.Jika anda fikir anda sedang mencatur sesuatu,sebenarnya anda sedang dicaturkan.

Jumaat, Mei 25, 2012

Jom Ubah Johor


(Salahudin memimpin usaha PAS untuk membebaskan Johor dari kekangan BN)

KUALA LUMPUR: Johor kini bukan lagi Johor dulu di mana puluhan orang sahaja hadiri ceramah PAS.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, jumlah ribuan hadirin dalam ceramah-ceramah PAS di kawasan-kawasan Melayu semakin menjadi perkara biasa di Johor.

Lebih memberansangkan, katanya, ialah apabila mereka yang hadir itu terdiri dari penduduk tempatan.

"Kecuali majlis-majlis khas yang besar di mana mungkin ahli-ahli PAS dari seluruh Johor hadir beramai-ramai, kehadiran adalah dari penduduk tempatan.

"Maknanya, kalau 1,000 yang hadir ceramah-ceramah kita, hampir semuanya adalah penduduk tempatan," kata Salahuddin.

Bagi beliau, apa yang berlaku itu membuktikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu di negeri itu.

"Dulu, Umno bukan sahaja tak pandang langsung kita, malah memperlekehkan.

"Hari ini, ada pemimpin tertinggi Umno yang berucap menyatakan akan mempertahankan Johor (dari PR)," katanya.

Mengenai sambutan di kalangan masyarakat Cina pula, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, Umno sendiri semakin merasai bahangnya.

"Tak manis kita sendiri yang membuat dakwaan tetapi ada yang menyatakan pengundi-pengundi Cina di Johor akan menyebabkan parti itu sakit teruk.

"Bekas Presiden MCA (Ling Liong Sik) sendiri menjangkakan BN (Barisan Nasional) mungkin akan kehilangan sejumlah sokongan di Johor.

"Saya yakin perkataan sejumlah yang digunakan oleh Liong Sik itu merujuk kepada masyarakat Cina," kata Salahuddin.

Sebab itulah, kata beliau, ada yang menumpukan kempen yang lebih agresif di kawasan-kawasan Melayu.

Pandangan Salahuddin itu diakui oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Saya selalu beritahu kawan-kawan bahawa dahulu memang benar pandangan yang menyatakan majlis ceramah (menjadi keutamaan) nombor lapan di Johor.

"Tetapi sekarang, ceramah mungkin sudah jadi nombor satu," katanya.

Mohamad memberitahu, baru-baru ini beliau ditugaskan berceramah di dua kawasan yang berdekatan di Johor pada malam yang sama.

"Kehadiran di kedua-dua kawasan itu berjumlah ribuan orang," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan Salahuddin bahawa hampir semua yang hadir adalah penduduk tempatan.

"Zaman orang PAS pergi beramai-ramai berpuluh-puluh batu semata-mata kerana hendak mendengar ceramah seperti tahun lapan puluhan dahulu sudah berlalu.

"Sekarang yang datang hampir semua orang tempatan dan saya berani kata sebahagian besarnya bukan ahli PAS pun," kata Mohamad lagi.

Sesiapa bangsa pun buleh jadik PM MALAYSIA


KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama.

“Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya tidak termaktub dalam perlembagaan yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

sumber"
 

Jumaat, Mac 30, 2012

Tok Bali bakal Bandar Baru kito


PASIR PUTEH, 30 Mac: Setelah menanti hampir 21 tahun, akhirnya hasrat kerajaan Kelantan untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan terkemuka bakal menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pada 19 Ogos 1991, beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memohon bagi menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan baru di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pelabuhan Tok Bali dekat sini petang semalam.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah merasmikan projek yang diusahakan Eastcoast Terminal Sdn Bhd, yang bernilai RM3.2 billion itu. (Gambar atas)

Tuan Guru optimis Pelabuhan Tok Bali akan laris sebagaimana aktifnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang kini muncul antara landasan yang tersibuk di negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

(Kiri: Tuan Guru melihat pelan pembangunan Tok Bali.)

Dari peruntukan bagi membina bandar baru Tok Bali di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang melibatkan RM230 juta daripada kerajaan pusat dan RM3 billion pihak swasta.

Katanya, dengan adanya Pelabuhan Tok Bali, ianya akan menjadikan negeri ini bertambah maju.

“Dengan sifat rakyat Kelantan yang rajin, kreatif dan sebagainya, saya yakin pelabuhan ini akan bertambah maju,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,  bandar yang berasaskan sumber laut tersebut akan menjadi sebuah satu penjana ekonomi kepada rakyat di sini.

"Setakat ini sebanyak RM100 juta sudah dibelanjakan bagi membina pusat pendaratan dan pengumpulan ikan, manakala RM71 juta lagi untuk membina Taman Perikanan Bersepadu.

"Bukan itu sahaja, antara projek-projek besar lain ialah pembinaan sebuah Universiti Maritim dan pembinaan kapa akan dibina melibatkan peruntukkan bernilai RM41 juta dan RM10 juta bagi infrastruktur pengeluaran ikan akuakultur dan RM3 juta untuk membina sebuah pusat membeli-belah di sini," katanya semasa menyampaikan ucapan.

Menurutnya yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kesemua projek-projek berkenaan jika berjalan mengikut perancangan akan menjadikan bandar baru nelayan Tok Bali sebagai sebuah bandar termaju menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, pembinaan pelabuhan tersebut bertepatan dengan pembangunan pesat ekonomi di negara-negara timur jauh seperti China, Kemboja, Jepun, Korea, dan Vietnam.

Tambahnya, semoga dengan adanya pelabuhan itu iakan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut China Selatan untuk mempergiatkan lagi aktiviti import dan eksport bukan sahaja ke Malaysia bahkan ke seluruh dunia," katanya.