Kejayaan tentera
Nurhaci berturut-turut tanpa henti akhirnya menemui kebuntuan pada Januari 1626 apabila beliau tewas kepada Jeneral
Yuan Chonghuan ketika menyerang kota Ningyuan. Beliau meninggal dunia beberapa bulan kemudian
[1] lalu diwarisi oleh anak lelaki kelapan beliau
Hung Taiji yang timbul selepas satu pergelutan politik singkat di kalangan pesaing berpotensi lain sebagai
Khan baru. Sungguhpun selaku jeneral berpengalaman dan komander untuk dua
Panji-panji pada masa kenaikannya, pemerintahan
Hung Taiji tidak bermula dengan baik dari segi ketenteraan. Orang
Jurchen kalah lagi pada tahun 1627 di tangan
Yuan Chonghuan. Seperti pada tahun sebelumnya kekalahan ini diakibatkan kekuatan senjatan api tentera Ming yang ketika itu baru membeli meriam dari orang Portugis. Untuk membetulkan kelemahan teknologi dan bilangan ini
Hung Taiji pada tahun 1634 mereka kor meriam sendiri (
Cina:
重军,
bahasa Manchu:
ujen chooha) dari kalangan tentera Han beliau yang membentuk meriam sendiri berdasarkan rekabentuk Eropah dengan bantuan tawanan seniman Cina. Pada tahun 1635 sekutu Mongol Manchu diterapkan sepenuhnya ke dalam hierarki Panji-Panji berasingan di bawah arahan terus
Manchu. Pada tahun 1637, Hong Taiji kemudian menewaskan tentera Raja Injo
Korea yang mengakibatkan (i) Korea menjadi negara ufti Manchu dan (ii) Korea akan berkhidmat pada perang seterusnya menentang China Ming. Bersama-sama tentera Korea dan tentera yang dibentuk daripada pelbagai puak yang ditawan di Manchuria, orang Manchu pimpinan Hung Taiji mampu menewaskan tentera Ming dengan hebatnya dalam satu siri pertempuran dari tahun 1640 hingga 1642 untuk wilayah-wilayah
Songshan (
松山) dan
Jingzhou (
锦州). Kemenangan terakhir ini mengakibatkan penyerahan kalah kebanyakan tentera
Wangsa Ming yang dikeraskan peperangan serta pengunduran sepenuhnya tentera Ming yang masih ada dari kawasan di utara
Tembok Besar.
Dalam bidang sivil,
Hung Taiji, atas nasihat pegawai Ming yang menyerah diri, mendirikan sistem birokratik asas berdasarkan model kerajaan Ming. Birokrasi Hung Taiji dianggotai sebilangan bangsa han yang di luar jangkaan, kebanyakannya pegawai Ming yang baru menyerah diri. Namun begitu, dominasi Jurchen yang berterusan dalam kerajaan dipastikan oleh satu kuota etnik untuk pelantikan birokratik peringkat atasan. Pemerintahan Hung Taiji juga melihatkan perubahan besar dalam dasar terhadap taklukan bangsa Han beliau. Sementara di bawah pimpinan
Nurhaci kesemua orang China Han dilihat sebagai
musuh dalam selimut bagi pihak Wangsa Ming dan dilayan seperti catel - termasuk yang kemudiannya memegang jawatan kerajaan penting, Hung Taiji sebaliknya menerapkan merkea ke dalam "negara"
Jurchen sepenuhnya jika bukan warga kelas pertama yang turut diwajibkan untuk menawarkan khidmat ketenteraan. Perubahan dasar ini bukan shaaja mengukuhkan kekuasaan Hung Taiji dan mengurangkan pergantungan tentera kepada
Panji-Panji yang bukan di bawah kawalan peribadi beliau, bahkan juga menggalakkan taklukan China Han yang lain dari Wangsa Ming untuk menyerah diri dan menerima pemerintahan Jurchen setelah ditewaskan sebagai tentera. Melalui ini dan langkah-langkah lain, Hung Taiji mampu memusatkan kuasa beliau sehingga kedudukan
Khan yang mana pada jangka masa lama menghalang persekutuan Jurchen daripada berpecah setelah kematiannya.
Salah satu peristiwa terpenting ketika pemerintahan Hung Taiji ialah pengamalan rasmi nama "
Manchu" (
满族) bagi kesemua orang Jurchen pada bulan November 1635. Tambahan pula, apabila mohor diraja maharaja
Yuan disembahkan kepada Hung Taiji oleh anak lelaki Ligden Khan, Khan agung
Mongol yang terakhir, Hung Taiji pada tahun 1636 menamakan semula negara dari "Jin Akhir" menjadi "Qing Agung" serta menaikkan kedudukannya dari
Khan ke
Maharaja, menandakan cita-cita sebagai maharaja selain menyatukan wilayah-wilayah
Manchu. Sesetengah sumber menyatakah bahawa nama "Qing" dipilih sebagai reaksi kepada perkara yang sama bagi Wangsa Ming (
明) yang terdiri daripada
aksara Cina untuk matahari (
日) dan bulan (
月) yang dikatikan dengan unsur api. Aksara Qing (
清) terdiri daripada radikal air (
水) dan aksara untuk biru-hijau (
青), kedua-duanya dikaitkan dengan unsur air. Yang lain mencadangkan bahawa perubahan nama melalui proses yang lama untuk memulihkan negeri Manchu di hadapan mata bangsa Han zaman Ming yang banyak dipengaruhi sistem pendidikan Neo-Konfusianisme maka melihat bekas dinasit
JinJurchen sebagai penceroboh asing.
Manchu menuntut Mandat Syurga
Hung Taiji mangkat tiba-tiba pada September 1643 tanpa menetapkan pewarisnya. Memandangkan kaum Jurchen secara tradisinya "melantik" ketua mereka melalui majlis bangsawan, maka negeri Qing tiada sistem pewarisan yang jelas sehingga zaman pemerintahan
Maharaja Kangxi. Pada ketika ini, kekuasaan direbut oleh anakanda sulung Hung Taiji,
Hooge dan adinda tiri Hung Taiji yang sama ayahanda,
Dorgon. Perbalahan Hooger dan Dorgon untuk merebut jawatan pemimpin dibendung dengan menobatkan anakanda lelaki Hung Taiji yang berusia lima tahun Fulin sebagai
Maharaja Shunzhi, dengan Dorgon sebagai pemangku dan pemimpin
de facto bangsa Manchu. Musuh ketat Manchu, Dinasti Ming pula sibuk melawan pemberontakan golongan petani sehingga tidak dapat mengambil kesempatan terhadap kemelut pewarisan istana Qing yang menyaksikan seorang kanak-kanak menjadi Maharaja. Krisis dalaman Dinasti Ming memuncak pada April 1644, apabila ibu kota (di
Beijing masa kini) diserbu oleh sepakatan angkatan pemberontak pimpinan
Li Zicheng, seorang pegawai bawahan Ming yang menjadi ketua pemberontakan para petani. Maharaja Ming terakhir,
Chongzhen membunuh diri apabila jatuhnya kota tersebut, menandakan berakhirnya dinasti Ming.
Setelah mudah menawan Beijing, Li Zicheng memimpin pakatan pemberontaknya yang beratus-ribu orangnya untuk bersemuka dengan
Wu Sangui, panglima yang memerintah
garison Ming di
Shanhaiguan. Shanhaiguan ialah sebuah genting behrampiran
Tembok Besar China yang terletak 50 batu di timur laut Beijing, dan di situlah terletaknya sistem pertahanan Ming yang menghalang kaum Manchu dari terus menyerang ibu kota Ming selama bertahun-tahun. Wu yang terkepit di antara segerombolan pemberontak yang dua kali bilangan bala tenteranya, dan sebuah musuh luar yang dilawannya bertahun-tahun, membuat keputusan untuk bersepakat dengan puak Manchu untuk melawan para pemberontak. Ada yang berpendapat bahawa tindakan Wu dipengaruhi oleh khabar penindasan terhadap keluarganya dan gundiknya
Chen Yuanyuan di tangan para pemberontak setelah jatuhnya ibu kota. Tidak kira apa sebab sebenarnya beliau berbuat demikian,
[2] perikatan yang janggal dan dikatakan sinis antara Wu dan bekas musuh ketatnya dilakukan dengan tujuan membalas dendam atas kemangkatan
Maharaja Chongzhen. Kedua-dua bekas musuh itu bersama-sama menumpaskan angkatan pemberontak Li Zicheng dalam pertempuran pada 27 Mei 1644. Selepas itu, kaum
Manchu menawan
Beijing pada 6 Jun, di mana
Maharaja Shunzhi ditabalkan sebagai
"Anak Syurga" pada 30 Oktober. Kaum
Manchu yang menggelar diri mereka sebagai pewaris politik kepada
Dinasti Ming dengan menewaskan
Li Zicheng, melengkapkan adat peralihan mereka dengan mengadakan upacara pemakaman rasmi untuk
Maharaja Chongzhen. Namun demikian, proses menakluki seluruh China mengambil masa 17 tahun lagi untuk bertungkus-lumus melawan puak setiawan Ming,
pengaku takhta dan pemberontak, sehingga ramai sekali yang terkorban, termasuk peristiwa
pembunuhan beramai-ramai di Yangzhou selama sepuluh hari pada tahun 1645, apabila bala tentera memperoleh restu
Putera Dodo untuk mengamuk di situ sehingga mengakibatkan kira-kira 800,000 orang terbunuh. Pengaku takhta Ming yang terakhir,
Putera Gui, meminta perlindungan di
Burma, sebuah negeri lindungan Dinasti Ming, tetapi kemudian diserahkan kepada pasukan ekspedisi Qing yang diperintah oleh Wu, lalu dibawa ke wilayah
Yunnanuntuk dihukum mati pada tahun 1662.
Tujuh tahun pertama pemerintahan
Shunzhi dikuasai oleh putera pemangku raja Dorgon, yang memusatkan kuasanya di bawah kawalannya atas nama Maharaja gara-gara ketaktentuan kedudukan politiknya dalam struktur kekuasaan Manchu, sehingga menjejaskan putera-putera Manchu lain yang turut merebut kuasa dengan menurunkan pangkat atau memenjarakan mereka dengan bermacam-macam dalih. Sungguhpun begitu pendek tempoh pemangkuannya, namun pengaruh Dorgon dalam dinasti Qing memang mendalam. Mula-mulanya, puak Manchu berjaya memasuki wilayah "China sebenar" hanya kerana Dorgon menerima rayuan Wu Sangui untuk menghulurkan bantuan ketenteraan. Selepas menawan Beijing dan bukan menjarah kota itu seperti yang dilakukan oleh para pemberontak sebelum kedatangan mereka, Dorgon mendesak agar Beijing dijadikan ibu kota Qing walaupun dibantah oleh putera-putera lain, lalu melantik semula kebanyakan pegawai Ming kepada jawatan masing-masing. Tindakan mengekalkan Beijing sebagai ibu kota itu kelihatan begitu mudah diterima akal, tetapi sebenarnya harus diingatkan bahawa sebelum itu tiada satu pun wangsa China utama yang pernah terus "mewarisi" ibu kota pendahulu langsungnya. Pengekalan ibu kota dan para pegawai Ming ini mempercepatkan langkah penstabilan negara dan proses penaklukan oleh Manchu. Namun demikian, bukan semua dasar Dorgon disambut baik atau dilaksanakan dengan mudah.
Salah satu keputusan paling kontroversi yang diambil oleh Dorgon adalah mengeluarkan titah perintah pada Julai 1645, yang mewajibkan semua lelaki berbangsa Cina Han forced untuk mencukur rambut depan dan menyikat rambut yang selebihnya menjadi tocang, jika tidak boleh dihukum mati.
[3] Bagi kaum Manchu, dasar ini menguji ketaatan rakyat serta membantu membezakan sahabat daripada musuh negara. Bagi kaum Cina Han pula, tindakan ini merupakan "penurunan martabat yang mengaibkan" yang bercanggah dengan nilai-nilai Konfusius.
[4] Perintah itu begitu terkutuk sehingga mencetuskan tentangan terhadap pemerintahan Qing di Jiangnan sehingga seawal-awalnya akhir 1640-an.
[5]Pada 31 Disember 1650, Dorgon mati secara tiba-tiba ketika dalam ekspedisi memburu, maka bermulanya Maharaja Shunzhi memerintah dengan sendiri. Walaupun demikian, memandangkan Maharaja hanya berusia 12 tahun ketika itu, kebanyakan keputusan dibuat bagi pihaknya oleh bondanya, iaitu
Maharani Balu Xiaozhuang yang mahir dalam bidang politik. Sungguhpun pentingnya sokongan Dorgon kepada Shunzhi's ascent, namun Dorgon selama bertahun-tahun ini banyak memusatkan kuasa dalam tangannya dengan hajat untuk terus mencabar takhta, sebegitu hingga selepas meninggal dunia, beliau dikurniakan gelaran anumerta Maharaja Yi (
義皇帝), satu-satu kalinya dalams sejarah dinasti Qing yang mana seorang "putera darah daging" Manchu diberi penghormatan sedemikian. namun begitu, setelah dua tahun Shunzhi memerintah sendiri, Dorgon bukan sahaja dilucutkan segala gelarannya, malah jenazahnya turut digali keluar lalu dicacat-cacatkan
[6] sebagai balasan terhadap berbilang-bilang "kesalahannya", termasuk one of menghukum mati kanda sulung seayahanda Shunzhi,
Hooge. Lebih penting lagi, kejatuhan muka Dorgon ini turut menandakan seluruh kerabat diraja dilucutkan kebanyakan kuasa politik sehingga ditumpukan kembali kepada Maharaja. Sungguhpoun bermula dengan begitu cemerlang, pemerintahan Shunzhi dipendekkan dengan kemangkatan akibat
cacar air ketika berusia 24 tahun pada tahun 1661, lalu diwarisi oleh anakanda ketiganya Xuanye, yang memerintah sebagai
Maharaja Kangxi.
Maharaja Kangxi