Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Februari 05, 2012

Tengkolok Raja2 Melayu

"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."

Siti Zainon, Pakaian Cara Melayu,UKM 2006)

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.
Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang.Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.

Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.Sejarah pemakaian tanjak di Perak pula dikatakan berasal dari sejarah lagenda kedatangan Sultan Muzaffar untuk ditabalkan di negeri Perak.Mahkota raja yang dipakainya dibuang ke laut kerana perjanjian dengan penjaga laut untuk terus mudik ke negeri Perak. Pakaian kepala kemudiannya direka untuk mengantikan mahkota raja dan dipanggil tengkolok raja.
 
 Pada zaman kini,pemaikaian tengkolok masih lagi digunakan oleh Raja-Raja Melayu.Setiap Sultan memakai tengkolok yang berlainan mengikut identiti negeri.Tengkolok atau destar merupakan pakaian hulu rasmi bagi Raja-Raja Melayu.


Pakaian Hulu Yang Dipertuan Agong : Tengkolok  Dendam Tak Sudah.


Tengkolok ini dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Hari Pertabalan dan hari-hari kebesaran negara yang lain.Tengkolok ini berwarna hitam bersulamkan benang emas.Soleknya dinamakan Dendam Tak Sudah yang berasal dari negeri Sembilan.Di bahagian hadapan tengkolok ini dipasangkan anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat dari emas putih. Di tengah-tengah bintang terletak lambang kerajaan Malaysia.

Pakaian Hulu Raja Perlis Indera Kayangan : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok Dendam Tak Sudah ini merupakan pakaian rasmi KDYMM Raja Perlis.Warna natarnya kuning muda,manakala lipatannya sebanyak lima takuk bernama lipatan daun palas.Di tengah-tengahnya dipasang lambang rasmi negeri Perlis.

Pakaian Hulu Sultan Kedah Darul Aman : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok KDYMM Sultan Kedah ini merupakan ikatan baru yang berasaskan ikatan Dendam Tak Sudah.Ikatan ini dicipta setelah terjalin perkahwinan diraja antara Kedah dan Negeri Sembilan.Tengkolok dari songket berwarna hitam ini merupakan pakaian rasmi baginda.Daun lambaian kasihnya menghala ke kanan manakala pucuk destar yang melambangkan kuasa raja terletak di sebelah kiri,yang menunjukkan pemaikainya adalah raja pemerintah.


Pakaian Hulu Sultan Perak Darul Ridzuan : Tengkolok Ayam Patah Kepak.


Tengkolok DYMM Paduka Seri Sultan Perak dibuat daripada songket putih bersulamkan benang perak yang diberi nama Ayam Patah Kepak.Tengkolok ini adalah pakaian hulu khusus bagi DYMM Sultan Perak.Di negeri Perak,pewaris takhtanya mempunyai warna destar yang berlainan mengikut pangkat.Warna putih khas untuk Sultan Perak,warna kuning untuk DYTM Raja Muda dan warna hitam untuk DYAM Raja Di Hilir.


Pakaian Hulu Sultan Selangor Darul Ehsan : Tengkolok Setanjak Balung Raja.


Tengkolok DYMM Sultan Selangor yang diperbuat daripada kain songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi Sultan Selangor.Ia dinamakan Destar Setanjak Balung Raja.Ia dipakai oleh Tuanku Sultan dalam majlis rasmi negeri seperti Hari Pertabalan dan juga hari keputeraan.Reka bentuk tengkolok ini diambil daripada Tengkolok Balung Ayam dari negeri Perak setelah terjalin perkahwinan diraja antara negeri Selangor dan Perak.


Pakaian Hulu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan : Tengkolok Dendam Tak Sudah.


Tengkolok DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Di Negeri Sembilan istilah destar disebut sebagai deta sahaja. Destar daripada songket berwarna kuning ini adalah pakaian hulu rasmi D.Y.M.M Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Sewaktu memakainya, kedudukan pucuknya yang dipanggil “tunas kasih” harus diletak tepat di atas mata kiri dan daun lambaian kasihnya pula dihalakan ke arah kanan. Cara ini menunjukkan pemakainya adalah raja yang memerintah negeri.

Pakaian Hulu Sultan Pahang : Tengkolok Sekelungsung 
Bunga. 
 
Tengkolok KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur terdapat beberapa jenis destar yang pernah dipakai oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Tengkolok ’Sekelunsung Bunga’ yang diperbuat daripada kain songket yang warna natarnya biru kundang bersulam kencana ini adalah pakaian hulu rasmi yang dipakai D.Y.M.M Sultan Pahang pada masa sekarang. Walaupun bentuk destar ini agak ringkas dengan bahagian daunnya melonjong ke atas dan bahagian bawahnya mengembang seperti sebuah kelungsung bunga, seperti terdapat perbezaan di antara destar yang dipakai oleh kerabat diraja dengan destar yang dipakai oleh orang biasa, khususnya dari sudut posisi daun dan pucuk destar yang dipanggil ’sula’. 


  
Pakaian Hulu Sultan Kelantan : Tengkolok Ketam Budu.






 
Tengkolok KDYMM Sultan Negeri Kelantan Darul Naim Destar jenis ini merupakan ikatan hulu yang dipakai oleh D.Y.M.M Sultan dan pembesar di Negeri Kelantan, perbezaannya hanya pada warna natar kain destar dan sedikit bentuk bunga pucuk di bahagian atas depan kepala yang menyerupai bunga mekar. Ikat kepala ini dapat dikenali dengan mudah kerana ikatannya menutup seluruh bahagian kepala pemakai, tidak seperti jenis-jenis destar lain yang terdapat di Semenanjung Malaysia. 

 
Pakaian Hulu Sultan Terengganu : Tengkolok Belalai Gajah.







Tengkolok KDYMM Sultan Negeri Terengganu Darul Iman Destar Belalai Gajah adalah pakaian rasmi bagi D.Y.M.M. Sultan Terengganu. Destar ini diperbuat daripada kain songket bunga penuh warna kuning.
Daun pada bahagian atas depan destar ini dibentuk secara menggulung ke atas, seakan-akan seekor gajah sedang melambung belalainya. Bahagian bawahnya pula terdapat tiga takuk lipatan dan pucuk destar yang disebut sula diletakkan pada sebelah kanan, melambangkan pemakainya adalah seorang raja.


Isteri Pewaris Takhta Tanah Melayu

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan Tuanku Hajah Lailatul Shireen Binti Datuk Khalil Akashah,S.P.M.P.



Diputerikan pada 28 Mac 1970 di Hospital Besar Kuala Lumpur.Merupakan anakanda kedua daripada empat beradik kepada YBhg Datuk Haji Khalil Akashah dan YBhg Datin Hajah Nik Rahimah Wan Ahmad.Baginda merupakan pelajar Convent Bukit Nanas pada tahun 1977 hingga 1984.Melanjutkan pelajaran di Australia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1992.Bertemu jodoh dengan DYTM Tuanku Syed Faizudin Putra pada Mei 1994.Pada 1 Ogos 2002,baginda dikurniakan gelaran rasmi Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis.Baginda juga dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Dato' Seri pada 17 Mei 2002.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Muda Kedah Darul Aman Tunku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hismauddin Alam Shah Alhaj,D.K.,D.K.11(Selangor),S.P.M.K.,S.S.D.K.



Diputerikan pada 29 September 1929 di Istana Bandar Temasha,Kampung Bandar Jugra,Kuala Langat Selangor.Merupakan puteri sulung kepada Almarhum DYMM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Alaedin Sulaiman Shah dan YABhg Cik Puan Hajah Kalsum Binti Haji Mahmud.Berkahwin dengan Raja Muda Kedah DYTM Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 19 September 1956 di Istana Bukit Kota.

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Binti Datuk Salim Davidson,D.K.S.A.,D.K.A.



Diputerikan di Ipoh Perak pada 22 Mac 1973.Merupakan anak bongsu kepada pasangan Datuk William Stanley Walker Davidson (Salim Davidson) dan Datin Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin.Mendapat pendidikan awal di SMK Convent Ipoh.Seterusnya melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dan memperoleh Ijazah dari Universiti Nottingham.Baginda mendirikan rumah tangga bersama Raja Muda Perak DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah pada 17 Mei 2007.Baginda juga dikurniakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak oleh DYMM Sultan Azlan Shah dan dikurniakan Darjah Kerabat Sultan Azlan Shah(DKSA).Pada 14 Mac 2008 baginda dikurniakan seorang putera yang diberi nama Raja Azlan Muzaffar Shah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Selangor Darul Ehsan.

-Tiada Penyandang-

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Negeri Sembilan Darul Khusus.

-Tiada Penyandang-

Duli Yang Amat Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor Darul Takzim.

-Tiada Penyandang-

Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Darul Makmur Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar,D.K.,D.K.(Johor),S.P.M.J.



Diputerikan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang,Johor Bahru.Merupakan puteri ketiga kepada DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan YAM Inche Besar Hajah Kalsum Binti Abdullah.Pendidikan baginda bermula di Sekolah Taman Kanak-kanak Tunku Ampuan Marian Johor Bahru.Seterusnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim dan peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.Tunku Azizah bertemu jodoh dengan Tengku Mahkota Pahang KDYTM Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada bulan Mac 1986.Baginda dikurniakan 4 orang putera dan 2 orang puteri.

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Muda Terengganu Darul Iman.

-Tiada Penyandang-

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Darul Naim.

-Tiada Penyandang-

Bakal Mewarisi Takhta Negeri2 Melayu

Segmen baru iaitu PEWARIS akan memaparkan kisah pewaris takhta utama bagi Negeri Melayu yang beraja.Meraka ialah Raja Muda,Tengku Mahkota, dan juga Yang Dipertuan Muda sesebuah negeri.Berikut senarai pewaris takhta utama bagi 9 negeri-negeri Melayu :

DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizzudin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail,D.K.,S.P.M.P.


DYTM Raja Muda Kedah Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah,D.K.,D.K.H.,D.K.(Terengganu),D.K.(Selangor),S.P.M.K.,S.P.C.M.,S.P.M.J.,D.A.(Sarawak),P.S.B.



 DYTM Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah,D.K.,D.K.S.A.,D.K.A.,D.K.11 (Selangor),S.P.C.M.,S.P.T.S.,S.P.M.P.(Perlis),PhD(Harvard).




DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj,D.K.,S.P.M.S.,S.S.I.S.,S.P.M.K.(Kelantan).


Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz,D.K.Y.R.


Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ismail.


Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah,D.K.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.K.(Terengganu),D.K.(Johor),S.P.M.J.,P.A.T.


 Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Yahya Petra,D.K.,S.P.M.K. 


Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin,D.K.,D.K.R.,S.S.M.Z.



Segmen PEWARIS ini akan memaparkan kisah putera-putera raja ini yang suatu hari nanti bakal menduduki takhta kerajaan negeri masing-masing.Daulat Tuanku,semoga selamat bersemayam diatas takhta

Usia Permainsuri Agong ketika menaiki takhta

Raja Permaisuri Agong Pertama Tuanku Kursiah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.(1957-1960).

Usia ketika bertakhta : 46 Tahun.
Tahun Lahir : 1911.
Tahun Bertakhta : 1957.

Raja Permaisuri Agong Kedua Tengku Ampuan Jemaah Binti Almarhum Raja Ahmad.(1960).

Usia ketika bertakhta : 60 Tahun.
Tahun Lahir : 1900.
Tahun Bertakhta : 1960.

Raja Permaisuri Agong Ketiga Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.(1960-1965).

Usia ketika bertakhta : 36 Tahun.
Tahun Lahir : 1924.
Tahun Bertakhta : 1960. 


Raja Permaisuri Agong Keempat Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.(1965-1970).
 Usia ketika bertakhta : 37 Tahun.
Tahun Lahir : 1928.
Tahun Bertakhta : 1965.

Raja Permaisuri Agong Kelima Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.(1970-1975). 
 Usia ketika bertakhta : 40 Tahun.
Tahun Lahir : 1930.
Tahun Bertakhta : 1970. 

Raja Permaisuri Agong Keenam Raja Perempuan Zainab Binti Almarhum Tengku Muhammad Petra(1975-1979).
Usia ketika bertakhta : 58 Tahun.
Tahun Lahir : 1917.
Tahun Bertakhta : 1975.

Raja Permaisuri Agong Ketujuh Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad Perang.(1979-1984).
Usia ketika bertakhta : 46 Tahun.
Tahun Lahir : 1933.
Tahun Bertakhta : 1979.

Raja Permaisuri Agong Kelapan Sultanah Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.(1984-1989).
Usia ketika bertakhta : 44 Tahun.
Tahun Lahir : 1940.
Tahun Bertakhta : 1984.

Raja Permaisuri Agong Kesembilan Tuanku Siti Bainun Binti Mohamed Ali.(1989-1994).

Usia ketika bertakhta : 57 Tahun.
Tahun Lahir : 1932.
Tahun Bertakhta : 1989.

Raja Permaisuri Agong Kesepuluh Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.(1994-1999).

Usia ketika bertakhta : 70 Tahun.
Tahun Lahir : 1924.
Tahun Bertakhta : 1994.

Raja Permaisuri Agong Kesebelas Tuanku Siti Aishah Binti Abdul Rahman.(1999-2001).

Usia ketika bertakhta : 28 Tahun.
Tahun Lahir : 1971.
Tahun Bertakhta : 1999.

Raja Permaisuri Agong Keduabelas Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.(2001-2006).

Usia ketika bertakhta : 55 Tahun.
Tahun Lahir : 1946.
Tahun Bertakhta : 2001.

Raja Permaisuri Agong Ketigabelas Tuanku Nur Zahirah Binti Adil Bakeri.(2006-2011).

 Usia ketika bertakhta : 33 Tahun.
Tahun Lahir : 1973.
Tahun Bertakhta : 2006.

Raja Permaisuri Agong Keempatbelas Sultanah Haminah Binti Haji Hamidun.(2011-sekarang).

Usia ketika bertakhta : 58 Tahun.
Tahun Lahir : 1953.
Tahun Bertakhta : 2011.

Darjah Kebesaran Luar Negara Yang Diterima Oleh Permaisuri-Permaisuri Malaysia...

The Most Illustrious Order Of Chula Chom Klao (Thailand).

 
Penerima : Almarhum Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.
Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali.
DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
YAM Permaisuri Siti Aishah Binti Abdul Rahman.

Darjah Kerabat Brunei Yang Amat Dihormati (D.K.) - Brunei Darussalam.


Penerima : YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.
YAM Tunku Puan Zanariah Binti Almarhum Tengku Ahmad.

Grand Cordon Of The Order Of The Precious Crown (Japan).


Penerima : Almarhum Tengku Budriah Binti Almarhum Tengku Ismail.
YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.
DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Binti Mohamed Ali.
DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Order Of The Pleiades (Iran).

Penerima : Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

The Order Of Merit Of The Italian Republic.

Penerima : DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

The Order Of Isabella The Catholic (Spain).


Penerima : DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.

The Orders Of Diplomatic Service Merit 1st Class (Korea).


Penerima : YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

Order Of The Golden Hearts Philippines.

Penerima : YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

 
Order Of The Stars Of Mahaputra Adipurna 1st Class.

Penerima : Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

The Order Of Merit Of The Federal Republic Germany.


Penerima : YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu Tuanku Intan Zaharah Binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja.

The Order Of The Sacred Treasure Japan. 

Penerima : Almarhum Sultanah Bahiyah Binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.
  
Order Of The Tudor Vladimirescu 1st Class (Romania). 

 Penerima : Almarhum Tengku Ampuan Afzan Binti Almarhum Tengku Muhammad Perang.

Grand Cordon Of The Royal Order (Cambodia). 

 Penerima : DYMM Raja Perempuan Perlis Tuanku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid.