Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Disember 19, 2010

Pembongkaran Penipuan Sejarah



Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah

15 Dis — Saya dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu.

Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.

Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.

Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang:

“PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut pada asalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak. Tetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,”jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,”katanya.

Tanpa menjelaskan siapa pihak yang bertanggungjawab itu, Wan Samsudin berkata, tugas PSMCK ialah untuk menyuarakan kembali perkara itu memandangkan ramai pihak mula terlupa tentang sejarah sebenar negeri Pulau Pinang.

“Sama ada pihak tersebut mahu menuntut semula Pulau Pinang atau tidak itu terserah kepada mereka.

“Kami suarakan perkara ini kerana tidak mahu sejarah negeri Kedah dan Pulau Pinang terus dilupakan,”katanya.

Namun bukan semua orang menyenangi dengan cadangan itu. Ada yang mengatakan jika itulah pandangannya maka Tanah Melayu harus dikembalikan kepada Orang Asli?

DAP sudah tentu tidak mahu menyerahkan Pulau Pinang kepada Kedah. Mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan itu. Pulau Pinang bagi DAP ialah kubu terkuatnya (sekarang).

Sejarah Pulau Pinang, sudah tentu mereka 100 peratus bersetuju, hanya bermula dari kolonial Inggeris, Francis Light. Bukannya dari kesultanan Melayu Kedah. Mereka juga percaya Raffleslah yang membuka Singapura. Bukan kesultanan Melayu.

Namun, cadangan Wan Shamsuddin itu mesti dipertimbangkan dengan wajar dan serius. Patik — Ahli Mahkota Kedah ini — berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dapat meneliti perkara ini sedalam-dalamnya.

Umumnya komen-komen yang diutarakan dalam siber bagi mencantas cadangan itu jelas memperlihatkan kedangkalan sejarah dan persejarahan di kalangan rakyat Malaysia. Pemikiran dan sikap mereka dalam hal ini bersifat kebudak-budakkan sehingga ada mengatakan bahawa jika kita hendakkan yang asal, mengapa tidak kembalikan Tanah Melayu kepada orang asalnya, Orang Asli.

Beberapa lagi komen menjurus kepada mencabar kedaulatan Malaysia — dari segi mengembalikan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, Thailand dan Sabah kepada Filipina.

Wan Shamsudin telah membangkitkan satu isu penting dalam sejarah dan persejarahan negara, bukan hanya kaitan Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana sekian lama, sejarah dan persejarahan Malaysia, sama ada sengaja atau tidak, wujud dalam keadaan pelbagai kelompongan.

Saranan Wan Shamsuddin perlu disokong lalu diteliti dan dihalusi implikasinya dari segi sejarah dan persejarahan pasca kolonial. Kita bukan menolak kedatangan Inggeris dan kuasa barat ke Alam Melayu. Apa yang penting ialah usaha berterusan memberi tafsiran dan konteks yang lebih wajar kepada alam dan geopolitik kesultanan Kedah.

Murad juga dalam kenyataan akhbarnya menyebut, perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.

Oleh itu, katanya tidak mustahil jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia dituntut sekarang. “Pulau Pinang boleh dijadikan satu daerah atau wilayah khas dalam Kedah jika ia dikembalikan kepadanya.”

Kata Murad, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu. “Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu telah terpendam. Jika Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu,” jelas beliau.

Bagi menjelaskan lagi senario sejarah ini, saya menyarankan Persatuan Sejarah Malaysia dapat mengadakan seminar seperti cadangan Wan Shamsuddin itu seberapa segera. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada hak kesultanan dan tamadunnya yang asal.

Kerajaan Pusat juga harus mengikuti perkembangan ini dengan teliti.

Bagi mendapatkan ruang bicara mengenai cadangan dan pandangan ini, Prof. Murad yang juga Ketua Kluster Penyelidikan Kajian Oksiden di Alam Melayu, Universiti Teknologi Petronas memberi analisis impirikal ringkasnya mengenai hal ini. Katanya cadangan itu membuka perbincangan yang penting bukan hanya dari segi kedaulatan kesultanan Kedah (yang tertua di dunia dan Malaysia), tetapi juga usaha berterusan mengeluarkan sejarah dan persejarahan Malaysia dari kepompong kolonial Inggeris.

Ikuti tulisan beliau:

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan, cadangan Datuk Wan Shamsuddin itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Mengubah sempadan sesebuah negeri diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 1, Artikel 2, tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri terbabit dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Kita juga seharusnya tidak mengenakan sekatan pemikiran dan pergerakan untuk meluruskan masa lalu demi generasi masa depan. Kita maklum bahawa apabila Inggeris dan Belanda bertapak di Kepulauan Melayu, mereka melakarkan sempadan geopolitik. Ini membawa maksud mencampur tangan dalam hal ehwal masyarakat dan kerajaan Melayu.

Apa yang berlaku pada hakikatnya ialah pihak Inggeris telah campur tangan dalam hal-ehwal kesultanan Kedah. Dan campur tangan ini bermula lebih awal daripada Perjanjian Pangkor 1874.

Maka wujudlah nama-nama seperti Light, Scott dan Leith yang dikaitkan dengan sejarah Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia. Maka pelbagai buku dan bahan tentang sejarah Pulau Pinang mengandaikan bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sejarah selepas mendaratnya Francis Light di Tanjung Penaga pada 11 Ogos 1786, dan seterusnya perjanjian pada tahun yang sama dan pada tahun 1800.

Akibat dari perjanjian-perjanjian tersebut, alam Melayu mula dikotak-katikkan “ khususnya jajahan Kesultanan Kedah, kerajaan Melayu yang tertua di Malaysia dan kerajaan beraja yang tertua di dunia.

Jika kesedaran umum bahawa “segala-galanya” bermula dari Melaka, maka kita memesongkan sejarah. Ini tidak semestinya kita mengetepikan Melaka yang merupakan asas kepada institusi dan sistem kerajaan di Malaysia kini.

Namun demikian, kesedaran ruang dan masa yang lebih awal dari itu amat kritikal sekali dalam penulisan sejarah negara dan perlu diketengahkan pada tahap akademik dan popular.

Dan apabila kita baca penulisan tentang sejarah Pulau Pinang, Kedah hanya dirujuk dalam konteks Sultan Kedah membuat perjanjian dengan Francis Light. Lebih dari itu, Kedah hilang dalam persejarahan Pulau Pinang.

Begitu juga dengan pelbagai penulisan tentang sejarah Kedah. Apa yang saya perhatikan ialah persejarahan Kedah setakat ini tidak memberi penekanan kepada Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Kesultanan Kedah. Persejarahan Kedah juga menjadi mangsa kepada perspektif kolonial, yakni, menerima sebagai hakikat bahawa sejarah Pulau Pinang asing dan berbeza dengan sejarah Kedah.

Persejarahan Kedah memandang sepi penempatan Melayu Pulau Pinang dan warisan Kedah di pulau itu kecuali salah satu kertas kerja Datuk Wan Shamsudin beberapa tahun lalu yang ada menyebut penempatan Melayu sebelum kedatangan Inggeris.

Malah akibat daripada perjanjian dalam tahun-tahun tersebut, perhubungan Kedah dengan wilayah-wilayah di Sumatera pun tidak ditonjolkan seolah-olah tidak ada kesepaduan tradisi, bahasa, agama dan budaya di antara Kedah dan wilayah-wilayah tersebut.

Beberapa tahun lalu dalam syarahan saya pada PSMCK di Alor Setar, saya menganjurkan bahawa sejarah dan persejarahan Pulau Pinang mesti lari dari sudut kolonial lalu mencadangkan bahawa ia dilihat dari perspektif negeri dan Kesultanan Kedah.

Cadangan Datuk Wan mempunyai implikasi kepada sejarah negara. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh luruskan persejarahan. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengubah geografi alam kita sendiri demi menerokai satu ruang lapisan sejarah yang telah disisih.

Asal usul negara bangsa Malaysia perlu dihalusi dan dibincangkan secara terbuka. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan hakikat hendaklah ditangani sewajarnya demi masa depan.

Sebagai contoh, sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2007 dengan tajuk Malaysian Chinese and Nation-Building: Before Merdeka and Fifty Years After (Penerbit: Centre for Malaysian Chinese Studies, Kuala Lumpur) telah menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa bermula dengan pembukaan (founding) Pulau Pinang pada tahun 1786.

Bab satu buku itu yang bertajuk “State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective,”menyatakan bahawa dari situ, perkembangan seterusnya telah menjurus kepada pembentukan satu politik.

Dalam perbincangan pembentukan Malaysia, buku itu menekankan kepada warisan undang-undang dan pentadbiran British sebagai asas kesamaan wilayah-wilayah di Malaysia (ms.10).

Wacana-wacana sebeginilah yang memesongkan sejarah dan persejarahan Malaysia. Apakah ia mengandaikan bahawa Malaysia tidak ada sejarah sebelum 1786? — Utusan Malaysia

Kitakah orang itu

Sudah menjadi lumrah kehidupan dunia hari ini, Ramai orang lebih berminat untuk melakukan perkara yang agak sia-sia dari melakukan amalan yang boleh menambahkan saham pahala. Setuju tak dengan pendapat saya??? Ok... Sekarang cuba kita perhatikan, bila kita diajak untuk melakukan amalan kebaikan pastinya ramai dari kita memerlukan masa yang agak lama untuk memikirkan sama ada mahu turut serta ataupun tidak. Lebih malang lagi kiranya ada yang mencipta berbagai alasan untuk membebaskan diri dari ajakan tersebut.

Contohnya kita diajak untuk solat berjemaah di masjid, menghadiri kuliah agama, bergotong -royong membersihkan masjid, menyertai program tarbiyah ruhiyyah, mendengar ceramah dan lain-lain lagi amal kebaikan maka susah untuk menerima ajakan tersebut sekiranya tidak berfikir panjang terlebih dahulu. Namun saya tak menafikan bahawa ada golongan mereka yang cepat dan pantas menerima ajakan tersebut tapi golongan ini hanyalah minority dan bukanlah majority. Paling kurang jawapan yang diberikan ialah "kau pergi dulu, kejap lagi aku ikut belakang. Itupun nasib baik kalau betul dia ikut belakang. Kalau tak...
Cuba kita perhatikan lagi, sekiranya kita diajak untuk melakukan perkara yang sebaliknya. Contohnya kita diajak untuk tengok bola, shopping, bersiar-siar, tengok wayang, ponteng kuliah dan perkara yang sama waktu dengannya, pasti mudah untuk kita menerima ajakan tersebut dan dengan serta merta kita boleh bersiap untuk turut serta. Adakah betul tanggapan saya??? Tepuk dada tanya iman kita.
Setiap kali kita ingin melakukan kebaikan pastinya ada halangan yang perlu kita lalui iaitu godaan nafsu dan syaitan yang sentiasa menghasut manusia agar meninggalkan setiap kebaikan dan melakukan perkara sebaliknya. Bagi mereka yang lemah untuk melawan, maka mereka akan terkulai layu dengan pujukan dan rayuan nafsu dan syaitan. Inilah gambaran dunia hari ini. Tidak ramai yang mahu berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan untuk menambah koleksi pahala melainkan sedikit. Cukup berbeza dengan zaman para sahabat dahulu. Mereka berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Lihat saja ketika peristiwa solat sunat terawih. Pada asalnya solat ini hanyalah dilakukan oleh nabi seorang. Tapi bila para sahabat melihat nabi melakukan maka mereka pun turut serta melakukan walaupun perkara ini tidak disuruh oleh nabi. Dari hari ke hari bilangan jemaah yang turut serta dalam solat ini makin bertambah. Sehingga pada hari ketiga atau keempat nabi melakukannya di rumah. Maka pada keesokan hari para sahabat bertanya kepada nabi kenapa semalam engkau tidak keluar solat seperti hari-hari sebelumnya. Maka nabi pun menjawab, aku takut solat ini diwajibkan ke atas kalian semua.

Lihatlah sahabat sekalian, betapa bersungguhnya mereka ini dalam melakukan amal soleh. Bagaimana dengan kita??? Perkara yang wajib pun kita sudah liat untuk melakukan, apatah lagi yang sunat. Lontaran ini adalah sebagai muhasabah untuk kita semua. Sekiranya kedua perkara tadi bertembung maka utamakanlah perkara yang dapat menambahkan keimanan kita kepada Allah. Contohilah para sahabat nabi yang suka berlumba-lumba dalam melakukan amal kebaikan. Memang setiap amalan kebaikan itu agak susah untuk dilakukan. Tapi walau sepayah mana sekalipun kita tetap perlu bermujahadah melawan godaan nafsu dan syaitan untuk tetap melakukan sesuatu amalan kebaikan tersebut. Kesusahan di dunia inilah yang menjadi jaminan untuk kita selamat di akhirat kelak yang kekal abadi. Terlalu nikmatnya dunia yang kita rasai pada hari ini namun kenikmatan dunia ini tidak mampu untuk menandingi kenikmatan bila berada di syurga Allah kelak. Jadi, mana satu pilihan kita??? Nak nikmat dunia yang hanya sementara ini atau nikmat di akhirat yang kekal abadi??? Sekali lagi tepuk dada tanyalah iman.
Moga kita sentiasa berada sebaris dengan jalan yang dilalui oleh hamba-hamba Allah yang soleh. Diharap dengan apa yang saya lontarkan ini dapat menjadi muhasabah terutama buat diri yang lemah ini dan sahabat semua yang mendambakan syurga Allah kelak. Saya akhiri artikel ini dengan kalam Allah di dalam surah al-Hadid ayat 20-21 yang bermaksud

"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhoanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar".

Kitakah orang yang tergolong dalam ayat 21 di atas, atau sebaliknya??? The choice in your hands...

Mazhab Kristian yang mirip islam

Posted ImageSeumur hidup tidak pernah dengar tentang salah satu cabang mazhab kristian ini. Sebuah mazhab dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Waktu Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru, mereka bukan kaum

Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok. Kristian Ortodok, sebuah mazhab dalam agama Kristian. Kemungkinan orang awam akan terkeliru sebab aliran ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama. Tengoklah cara mereka solat.

Posted ImageSelain berkopiah dan dipimpin seorang imam. Ketika berjamaah, mereka juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis (dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Jesus Kristus. Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga membayar zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Kenapa ajaran ini muncul?

Ada pihak yang ragu ragu terhadap kemunculan mazhab ini sebab berpendapat untuk mengelirukan umat Islam. Tetapi saya tidak berpendapat sedemikian. Aliran ini muncul disebabkan segolongan kecil dalam komuniti kristian yang cuba mengamalkan apa yang di amalkan oleh nabi Isa as. (clik sini untuk mengetahui apa yang diamalakn nabi Isa nebgikut bible)

Sebagai Seorang Islam, kita seharusnya berdoa agar mereka semakin rapat dan mengenali Islam semoga dicerahkan hati menerima dan memeluk agama Islam. Elakkan dari berburuk sangka. Panjangkan langkah kita untuk menarik mereka ke dalam Islam berbanding mencaci mereka yang membuatkan mereka terus jauh dari Islam.

sumber: http://zharifalimin....irip-islam.html "
 

Jawapan kepada Jawab Lisan

Tarikh : 10 November 2010

Soalan

Y.B Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:

a) alasan perancangan projek lebuh raya Central Spine Expressway dari Seremban-Karak-Gua Musang-Kota Bharu dibatalkan pembinaannya; dan
b) apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaik taraf laluan yang sedia ada

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua;

Kerajaan tidak pernah berhasrat membatalkan perlaksanaan Projek Pelebaran Jalan Persekutuan Central Spine, sebaliknya projek berprofil tinggi ini sedang dibina secara berperingkat-peringkat oleh Kerajaan bagi tujuan merancakkan pembangunan infrastruktur di Wilayah Pembangunan pantai Timur (ECER)

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, skop Projek Pelebaran Jalan persekutuan Central Spine ini ialah menaik taraf Jalan Persekutuan 8 (FT08) dan sebahagian Jalan Persekutuan 9 (FT09) sepanjang 390 kilometer bermula dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangi Pahang sepanjang 390 kilometer kepada 2 lorong 2 hala berdasarkan piawaian JKR R5. Skop projek ini turut melibatkan pembinaan jalan pintas dibandar-bandar tertentu dan pembinaan lorong khas memotong di setiap 5 kilometer laluan. Pembinaan projek ini telah dibahagikan kepada 6 pakej, iaitu seperti berikut:

1) Pakej 1: Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan;
2) Pakej 2: Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan;
3) Pakej 3: Gua Musang, Kelantan ke Kg. Relong, Pahang;
4) Pakej 4: Kg. Relong ke Raub, Pahang;
5) Pakej 5: Raub ke Bentong, Pahang; dan
6) Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangi, Pahang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa kini Pakej 3, iaitu dari Gua Musang, Kelantan ke Kg. Relong, Pahang sedang dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2012 manakala pakej-pakej lain sedang dalam peringkat reka bentuk dan akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Sekian, terima kasih

*petikan dari Berita Harian

PAHANG TOLAK PROJEK BAIK PULIH JALAN HUBUNGKAN SEREMBAN-GUA MUSANG


2010/09/01

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang hari ini menolak projek untuk membaik pulih jalan raya yang menghubungkan Seremban, Negeri Sembilan ke Gua Musang, Kelantan selepas Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya hanya memperakukan untuk membaiki kawasan yang berlaku kemalangan sahaja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pendirian Exco kerajaan negeri hari ini ialah bahawa tidak perlu dilakukan sebarang pembaikan di jalan berkenaan sehingga ekonomi kembali pulih.
Mengikut perancangan awal, jalan berkenaan yang menghubungkan Seremban ke Gua Musang melalui laluan Simpang Pelangai, Bentong, Karak, Kuala Lipis, bakal dinaikkan taraf kepada empat lorong dengan membabitkan kos sebanyak RM3.7 bilion.
"Telah banyak perbincangan dilakukan sebelum ini dan berdasarkan perancangan sepatutnya dahulu jalan empat lorong kemudian dikurangkan kepada dua lorong dengan kos RM1.3 billion,"

"Dan keputusan terakhir, hanya untuk memperbaiki jalan terpilih iaitu tempat-tempat yang dipercayai mempunyai risiko tinggi punca berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Pahang di sini, hari ini.

"Oleh sebab perakuan ini dibuat oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Kerja Raya iaitu hanya baiki kawasan yang berlaku kemalangan saja, maka reaksi kerajaan negeri Pahang ialah saya cadangkan tak perlu buat apa-apa hingga ekonomi pulih.

"Walau apapun, keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), kita akur, tetapi pada EPU dan JKR, tak payah buat apa-apa, pesan pada orang balik Kelantan (cuti Aidilfitri nanti) hati-hati..," katanya dengan nada sinis.
Projek melebarkan jalan berkenaan adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Oktober 2007.

Adnan yang kesal dengan keputusan itu berkata apa yang perlu dilakukan cuma jalan terbabit ditambah papan tanda amaran di sepanjang kawasan berisiko kemalangan. - BERNAMA

Masalah tanah perkuburan islam di Johor


Batu nisan tenggelam

Berita Harian 31 Mei 2010

SEORANG penduduk menunjukkan tebing sungai yang semakin mendap berdekatan tanah perkuburan Islam Pekan Panchor.Tanah perkuburan Islam dekat tebing Sungai Muar makin mendap

MUAR: Penduduk di sekitar Pekan Panchor di sini, dilanda kebimbangan berikutan kawasan tanah perkuburan Islam yang berdekatan dengan tebing Sungai Muar di situ semakin mendap ke dasar sehingga menghanyutkan batu nisan.

Mereka mendakwa, sejak lima tahun lalu, kedudukan tanah perkuburan itu yang terlalu dekat dengan tebing Sungai Muar menyebabkan ia mudah ditenggelami air setiap kali air pasang. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Jamek Pekan Panchor, Jamal Sudin, 68, berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya lima meter kawasan tanah perkuburan Islam itu mendap ke dasar sungai.

Katanya, fenomena itu menyebabkan berpuluh batu nesan dihanyutkan air akibat hakisan yang melanda tebing sungai itu sama ada ketika air pasang atau musim banjir.

"Kedudukan tanah perkuburan berkenaan terlalu dekat dengan tebing Sungai Muar di pekan itu menyebabkan kawasan perkuburan itu mudah ditenggelami air setiap kali air pasang. Sebelum ini, tebing sungai berdekatan dengan tanah perkuburan itu pernah ditembok dan dikonkrit serta disalut dengan dawai berjaring bagi menghalang tembok itu runtuh jika dilanda banjir dan hakisan.

"Bagaimanapun, sebahagian daripada tembok sepanjang kira-kira lima meter yang dibina di tebing sungai bagi menghalang kawasan tanah perkuburan itu yang turut ditenggelami air kini pecah dan runtuh. Kami percaya kejadian itu berlaku ketika banjir besar yang melanda negeri ini pada akhir tahun 2006 yang turut menyebabkan seluruh Pekan Panchor ditenggelami air sedalam lebih dua meter.

“Kini bahagian kawasan yang berdekatan dengan tebing mudah ditenggelami air jika air pasang dan dikhuatiri lebih banyak lagi batu nesan dihanyutkan air pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui sempena program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan berkenaan, di Pekan Panchor, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Panchor, Saat Md Saman dan Pengerusi JKKK Kampung Jawa, Aladdin Ahmad.

Tinjauan Edisi Johor ke tanah perkuburan itu mendapati, kawasan tanah yang berdekatan dengan tebing didapati semakin mendap kerana kedudukannya dengan perairan sungai tidak sampai lima meter dari tebing.

Ada beberapa batu nisan yang semakin condong ke sungai dan menunggu masa untuk dihanyutkan air ke sungai terutama jika musim banjir atau air pasang besar.

Sementara itu, Saat yang turut bertanggungjawab terhadap pembangunan Pekan Panchor, berkata projek mendapatkan kawasan bagi tapak tanah perkuburan Islam yang baru dimasukkan dalam Pelan Tindakan Desa (PTD) Pekan Panchor 2010-2011.

Beliau berkata, melalui pelan itu, pihak JKKK mengenal pasti kawasan seluas kira-kira 40 hektar berdekatan dengan Jalan Panchor-Pagoh untuk dijadikan kawasan tanah perkuburan.

“Projek menyediakan tanah perkuburan yang baru adalah antara 10 projek pembangunan yang disenaraikan untuk dilaksanakan di sekitar pekan dan perkampungan berdekatan dalam usaha membangunkan semula Pekan Panchor sebagai destinasi pelancongan ke daerah ini.

“Langkah menyediakan tanah perkuburan baru penting kerana tanah perkuburan berdekatan dengan Masjid Jamek di pekan itu kini semakin penuh kerana turut membabitkan penduduk yang tinggal di beberapa kampung berdekatan selain penghuni pekan itu,” katanya.


Keluarga sengsara di negeri kelahiran Umno



Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut

******************
LIMA BERADIK HIDUP DAIF
Berita Harian 27 Mei 2010

Ibu meninggal, bapa terlantar hidap penyakit misteri

JOHOR BAHRU: “Pernah pada satu hari disebabkan kesempitan hidup dan tiada duit, lima anak saya hanya makan betik sehari semalam, hinggalah jiran menghulurkan sumbangan barangan keperluan rumah. Sekarang, kami hanya makan ala kadar hanya untuk menggalas perut, "kata Osman Ahmad, 46, yang terlantar akibat sakit misteri di rumahnya di Kampung Tengah, Majidee, di sini.

Ketika ditemui Berita Harian di rumah mereka, Osman yang bertaraf pemastautin tetap (PR) mengalirkan air mata mengenangkan nasib dua anaknya, Mohd Azri, 14 dan Izati, 13, manakala dua lagi anaknya, Noriah, 15, dan Mohd Faiz, 11, lebih baik kerana mendapat bantuan jiran untuk menyekolahkan mereka. Di rumah sewa yang berkeluasan tidak sampai 500 meter persegi itu, semua keperluan keluarga Osman ditanggung anak sulungnya, Mohd Ali, 29, yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dengan gaji hanya RM600 sebulan.

Lebih menyedihkan, Osman yang kematian isteri, Rohani Omar sejak 10 tahun lalu tidak pernah mendapat bantuan daripada sebarang agensi serta jabatan kerajaan dan hanya mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada jiran sekampung.

Osman berkata, beliau mula terlantar dan tidak mampu bergerak sejak lebih tiga tahun lalu. Pada mulanya dia cuba mendapatkan rawatan hospital tetapi kemudian dibenarkan pulang, selepas pihak hospital gagal mengesan penyakit.

“Mulanya saya hanya sakit perut dan panas badan, tetapi selepas beberapa bulan berulang alik mendapatkan rawatan di hospital, mereka gagal mengesan penyakit, saya pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, saya langsung tidak boleh bergerak.
“Setahun kemudian, semua sendi di seluruh badan mula membengkak dan ada yang berair, diri sendiri pun saya tidak mampu untuk menguruskannya, bagaimana pula hendak memastikan anak ke sekolah. Merekalah yang menjaga saya," katanya di sini, semalam.

Osman berkata, berikutan keadaan dirinya, yang terlantar, ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap keluarganya selepas beliau membenarkan anak keduanya, Noriah, untuk bekerja sebagai pembantu membuat kuih di kampung berkenaan.

“Orang itu berjanji akan menyekolahkan Noriah dan gaji anak saya akan diserahkan kepada saya dengan tujuan membantu membeli barang keperluan harian...tetapi ia tidak berlaku, malah, anak saya kini langsung tidak mahu bercakap dengan saya dan adiknya.

“Dia hanya pulang ke rumah pada sebelah malam, dan keluar semula tanpa mandi atau bercakap dengan sesiapa. Saya merayu anak saya dikembalikan kepada saya. Saya akan mencari jalan untuk menyekolahkannya," katanya.

Izati pula ketika ditanya sama ada mahu pergi ke sekolah, berkata tiada siapa yang mahu menjaga ayah dan adiknya, sekiranya, beliau pergi ke sekolah.

“Saya hanya bersekolah setakat Darjah Enam, kini, saya menguruskan ayah dan adik di rumah. Jika saya ke sekolah, siapa yang hendak tengokkan mereka," katanya.

Bagi Mohd Ali pula yang langsung tidak pernah ke sekolah mengakui mengharapkan ada pihak yang sudi membantu keluarganya untuk menyekolahkan adiknya.

“Dengan gaji sebulan RM600, saya menanggung semua keperluan di rumah ini, termasuk duit sewa rumah sebanyak RM250. Memanglah tidak cukup, tapi kami cuba untuk hidup. Harapan saya, ada pihak ikhlas membantu ayah mendapatkan rawatan sewajarnya serta adik dapat semula ke sekolah, " katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor Bahru, Khalid Mohamad yang ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Osman, berkata beliau terkejut apabila mendapat maklumat masih ada keluarga yang tidak mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

“Ini tidak sepatutnya terjadi. Saya tidak tahu mana silapnya. Memang benar Osman bukan warga negara ini dan hanya mempunyai taraf PR tetapi semua lima anaknya lahir di sini, mempunyai sijil lahir dan warga Malaysia.

“Mereka layak mendapat bantuan dan pembelaan sepenuhnya. Buat permulaan, saya sudah menyerahkan kerusi roda kepada Osman bagi membantunya bergerak dan tumpuan selepas ini adalah untuk menyekolahkan anaknya," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Limaberadikhidupdaif/Article

Sekolah Agama Johor Daif



Abdul Halim Suleiman mengangkat meja yang rosak teruk di Sekolah Agama Taman Daya, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia 12 Feb 2010

JOHOR BAHRU 11 Feb. - "Macam sardin! Seramai 45 murid belajar dalam satu kelas malah mereka terpaksa berkongsi kerusi dan meja yang rosak." Demikian luahan Guru Penolong Kanan Sekolah Agama Taman Daya di sini, Nafisah Baba mengenai kedaifan sekolah yang terpaksa diharungi kira-kira 2,300 murid.

Menurutnya, keadaan murid-murid seperti 'disumbat' beramai-ramai dalam satu bilik darjah dan terpaksa berkongsi meja serta kerusi tentunya menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau mengakui murid-murid sukar untuk memberi tumpuan dan lebih memburukkan keadaan, bilangan guru juga tidak mencukupi.

"Kami terpaksa mengambil guru sambilan dengan bayaran RM200 untuk satu sesi memandangkan bilangan seramai 29 guru tidak mencukupi untuk mengajar 2,300 murid," katanya kepada pemberita semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman ke sekolah itu hari ini.

Selain kedaifan bilik darjah, beliau turut melahirkan kebimbangannya dengan masalah pembiakan nyamuk di sekolah akibat sistem saliran yang tidak sempurna.

"Longkang yang dibina tidak rata menyebabkan aliran air terganggu dan tersumbat.

"Longkang menjadi sarang pembiakan nyamuk dan masalah itu lebih ketara di bilik darjah di tingkat bawah yang berdekatan longkang," katanya.

Sehubungan itu, Nafisah merayu pihak berwajib mengatasi segera masalah yang dihadapi di sekolah itu.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati banyak tingkap yang pecah dan pintu rosak di sekolah itu.

Seorang murid tahun tiga, Ahmad Shahir Mohd. Rozi, 9, mengakui kurang selesa untuk belajar kerana terpaksa berkongsi meja dan kerusi kerana bilangan murid yang terlalu ramai.

Murid tahun lima, Amir Bukhari, 13, pula sukar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran kerana keadaan bilik darjah yang 'sesak' dan diburukkan lagi dengan meja serta kerusi yang rosak.

Rakannya, Nor Nadira Sanip, 13, pula bimbang diserang demam denggi ekoran sering digigit nyamuk semasa berada di sekolah.

Sementara itu, Abdul Halim melahirkan perasaan sedih dan simpati melihat keadaan sekolah itu amat menyedihkan dan tidak berubah sejak lawatan beliau ke situ pada 2005.

"Sudah banyak kali saya bangkitkan perkara ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun tiada perubahan.

"Keadaan ini mencemarkan imej Islam kerana keadaan sekolah agama ini amat menyedihkan. Justeru, ia memerlukan tindakan segera daripada pihak yang berkaitan untuk mengatasinya," katanya.

Abdul Halim memaklumkan, dianggarkan sebanyak RM100,000 diperlukan untuk mengatasi masalah kekurangan kerusi dan meja serta membaiki sistem saliran di sekolah berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

DUN Tenang, adakah melayu dan rakyat Johor terbela???


Ibu tunggal miskin rayu simpati - Utusan Malaysia
KULAIJAYA 17 Dis. 2010 - Tiada apa yang diharapkan oleh seorang ibu tunggal, Jumiyam Ahmad, 50, dari Kampung Batu 36, dekat sini untuk mengubah kehidupannya yang serba miskin selain mengharapkan kecemerlangan pelajaran anak-anak. Bagaimanapun, dia hanya mampu merenung nasib dan menyerah kepada takdir kerana anak-anaknya yang tergolong sebagai pelajar pintar tidak menerima sebarang biasiswa. Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun bank RHB Jumiyam di nombor 10131600049620.



http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
 
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 banyak mendedahkan kelemahan pentadbiran Kerajaan BN Johor. Iaitu kelemahan-kelemahan di Mahkamah Tinggi Syariah (MTS), Aktiviti Perlombongan Dan Pengambilan Pasir, Prestasi Kemasukan Pelancong, Prestasi Pengurusan Kemudahan Awam, Pusat Internet E-Desa,Pengurusan Program Bantuan Rumah, Program Pemesatan Pembangunan Akuakultur, Program Galakan Usaha Tani,Pengurusan Program Penghayatan Modul Keluarga , PIJ Holdings Sdn. Bhd.,  YPJ Holdings Sdn. Bhd.
 
Ringkasan Laporan Ketua Audit Negara untuk Johor pada pautan berikuthttp://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html
 
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12), BN menewaskan PAS, Mohd. Saim dengan majoriti 2,492 undi. DUN Tenang mempunyai 14,511 pengundi iaitu Melayu seramai 49.66 peratus, Cina (38.13 peratus), India (12.11 peratus) dan kaum-kaum lain (0.1 peratus).
 
Di bawah ini beberapa masalah orang Melayu dan rakyat di Johor :
 
DI JOHOR SEKOLAH PUN TAK SIAP SIAP, BUKAN MASJID JE
 
KELUARGA MISKIN JOHOR MOHON BANTUAN SEJAK 2008 TAK DAPAT DAPAT
 
SEKOLAH DI JOHOR BAHRU TAK SIAP-SIAP SEJAK 2004
 
MASALAH TANAH PERKUBURAN ISLAM DI MUAR
 
MASALAH JALAN KAMPUNG TERUK DI BATU PAHAT
 
MASALAH JAMBATAN UZUR DI BATU PAHAT
 
MASALAH BANJIR KILAT DI MUAR
 
MASALAH KELUARGA MISKIN DI JOHOR BAHRU
 
MASALAH BANGUNAN SEKOLAH AGAMA USANG DI MUAR
 
SEKOLAH AGAMA DAIF DI JOHOR BAHRU
 
N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.
 
N5 Tenang mempunyai 13 buah daerah mengundi iaitu Kampung Redong,Pekan Ayer Panas,Ladang Labis Utara,Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah,Labis,Felda Tenang,Sawah Bahru,Tenang Station,Ladang Bukit Dato,Chemplak Barat dan Chemplak.Dari segi demografinya,penduduk kawasan Tenang terdiri daripada peneroka,pekerja ladang,pekebun dan peniaga.
 
Untuk rekod,terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan FELDA di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.Kawasan majoriti pengundi Cina pula terletak di kawasan peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis,di mana rata-rata mereka adalah peniaga dan pekebun.Pengundi India pula kebanyakannya terletak di kawasan ladang seperti Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.
"
 

Kita perlu berhati-hati dalam memilih dan memberikan nama

Kejahilan masyarakat dan kelalaian Ulama’ adalah di antara faktor mengapa berlakunya kesalahan (bertentangan dengan kehendak syariat) dalam memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir. Adalah amat menyedihkan perkara ini tidak begitu dipedulikan seolah-olah kesalahan tersebut tidak begitu penting walhal Nabi s.a.w. amat menitikberatkan hal ini dengan mengubah nama sahabat-sahabat yang tidak elok atau tidak sesuai. Di antara kesalahan dalam memberi nama yang dikenalpasti di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia adalah

1. Nama-nama yang memberi makna yang tidak elok. Nabi s.a.w. pernah menukar nama sahabatnya Zaham (yang bermaksud ‘menyibuk, mengganggu’) kepada Basyir (yang bermaksud ‘berita gembira’). Di antara contoh nama yang  sering digunakan : 
  • Hazan (Kesedihan), Hazin (Seorang lelaki yang sedih), Hazaniyyah (Hidup penuh dengan kesedihan)
  • Zani (Lelaki penzina), Zaniah (Penzina perempuan)
  • `Asiah (Perempuan penderhaka / Perempuan pembuat Maksiat)
  • Wati (Persetubuhan)
  • Azli (Celaanku), Azlan (Celaan)
 2. Nama-nama Allah (sifat Tuhan), contohnya:
  • Azali
  • Muhaimin
 3. Nama-nama yang berkaitan dengan tempat, contohnya:
  • Suyuti (Orang Asyut)
  • Bukhari (Orang Bukhara)
  • Ghazali (Orang Ghazal)
  • Nawawi (Orang Nawa)    
  • Misri atau Masri (Orang Mesir)
  • Baihaqi (Orang Baihaq)
  • Tirmizi (Orang Tirmiz)
 4. Nama-nama yang memberi makna terlalu elok sehingga tidak sesuai diletakkan pada empunya nama seperti Khairunnisa` (sebaik-baik wanita) sedangkan dalam hadits ada menyebutkan: “Sebaik-baik wanita di alam ini adalah Asiah dan Maryam.” Selain itu nama ini juga seakan berlawanan dengan hadits.  5. Nama-nama yang dilarang dalam hadits seperti Yasar, Robah, Aflah, Najah dan lain-lain kerana ada sempena baik pada suatu nama. Sebagai contoh Najah (Kejayaan). Apabila ada orang bertanya: “Najah ada tak disini?” Maka dijawab: “Najah tiada disini,” secara tidak langsung memberi maksud kejayaan tiada di sini. 6. Nama yang mengangkat diri sendiri kerana Nabi s.a.w. sendiri ada menukarkan nama Barrah (yang bermaksud ‘yang sangat baik’) kepada Zainab 7. Nama yang mengandungi unsur-unsur syirik seperti:
  • Abdul Manaf (Hamba berhala Manaf)
  • Ghulam `Ali (Hamba `Ali)
 8. Nama yang sepatutnya untuk lelaki tetapi digunakan pada perempuan, seperti Nur (cahaya) dalam bahasa Arab adalah muzakkar (untuk lelaki) 9. Nama dengan makna yang tidak tepat dengan pemakainya seperti:
  • Siti (Puan) sedangkan gelaran ‘Puan’ hanya digunakan pada orang yang sudah berkahwin dan begitu juga dengan Anisah (Cik) pula hanya digunakan untuk wanita yang belum berkahwin sebagaimana yang digunakan di tanah Arab pada masa ini.
  • Sayyid (Tuan) digunakan oleh orang `Arab pada sesiapa sahaja asalkan dia lelaki dan ini tidak bermakna dia adalah dari keturunan Nabi s.a.w.
 10. Nama yang sebenarnya adalah nama sesuatu pekerjaan dalam bahasa Arab, contohnya:
  • Masyitah (Tukang sikat rambut) digunakan pada mana-mana perempuan yang bekerja sebagai penyikat rambut
  • Halwani (Lelaki penjual kueh) digunakan pada mana-mana lelaki yang menjual kueh-mueh tetapi digunakan untuk perempuan di Malaysia.
 11. Nama yang tidak betul seperti nama asalnya, seperti:
  • Zaleha – sepatutnya Zulaikha
 12. Nama yang dihubungkan pada kisah yang tidak dipastikan kebenarannya, seperti:
  • ‘Zulaikha’ yang kononnya menjadi simbolik percintaan dan kasih sayang yang kekal berpanjangan bersama Nabi Yusuf yang terkenal dengan ketampanannya. Dipendekkan cerita kononnya Zulaikha bertemu semula dengan Nabi Yusuf setelah beliau sudah tua dan buta matanya. Oleh kerana cintanya begitu mendalam pada Nabi Yusuf akhirnya Nabi Yusuf menerimanya sebagai isteri. Kemudian Zulaikha kembali menjadi muda dan dapat melihat seperti sediakala. Inilah kekarutan yang direka-reka dan kemudiannya turut memberi kesan kepada masyarakat Islam sehingga menamakan anak-anak dengan nama Zulaikha dan menjadikannya sebagai doa dalam kad-kad perkahwinan.
  • Muti`ah kononnya adalah wanita pertama yang masuk syurga sebelum Fatimah al-Zahra` lagi. Dikatakan bahawa beliau adalah seorang wanita yang paling solehah kerana sangat baik dalam melayani dan berkhidmat pada suaminya.
 13. Nama yang memberi makna sifat, seperti:
  • Muti`ah (yang taat)
 14. Nama yang tidak memberi apa-apa makna, lebih buruk lagi jika apabila dipendekkan memberikan makna yang tidak elok seperti: 
  • Ezani – dipendekkan menjadi: Zani (lelaki penzina)
 15. Nama yang terpengaruh dengan budaya  barat, contohnya:
  • Isaac – asalnya Ishak (Nama Nabi)
  • Harry – asalnya Khairi (Kebaikanku)
 16. Nama yang memberikan makna yang tidak jelas atau lucu dalam bahasa Arab, contohnya:
  • Syamsul Bahri (matahari lautan)
  • Badrul Hisyam (bulan yang pecah-pecah)
  • Nik (kemaluan perempuan atau mentah, tidak matang)
  • Rafidhi (Syiah pelampau)
  • Atan (keldai betina)
  • Haikal (rumah berhala, kerangka, lembaga)
  • Jamalullail (keindahan malam)
 Nota: Sekiranya sesuatu nama memberikan beberapa makna termasuk yang baik dan buruk maka harus menggunakannya kerana ini ada dilakukan oleh Nabi s.a.w. sendiri, contohnya:
  • Zainab         - makna baik   : nama bagi sejenis pokok yang wangi
                              - makna buruk : pengecut
  • Mu`awiyah  - makna baik   : pembela / pejuang
                              - makna buruk : yang menyalak 17. Nama yang mempunyai ‘ni’ dihujungnya seperti ‘Halwani’ yang sering digunakan pada orang perempuan masyarakat Melayu yang sebenarnya bermaksud ‘lelaki penjual kueh’.  Nota: Nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai seperti:
  • Fairuz
  • Sirin (manis –bahasa Farsi)
  • Rustam
  • Sarfaraz (mulia)
  • Sibawaih (wangian epal)
 18. Nama-nama yang membawa maksud yang buruk atau langsung tidak memberikan apa-apa makna kerana salah sebutan atau ejaannya seperti:
  • Sukri (kemabukanku) – sepatutnya Syukri (Kesyukuranku)
  • Sya`ari (buluku) – sepatutnya Asy`ari
  • Nordin (tiada makna) – sepatutnya Nuruddin (cahaya agama)
  • Kadir (keruh) – sepatutnya `Abdul Qadir (Hamba kepada yang Maha Berkuasa)
  • Jamaluddin (Unta agama) – sebetulnya Jamaaluddin  جمال الدين(kecantikan agama) ya`ni sebutan yang panjang pada ‘maal’
 19. Gabungan yang salah atau tidak kena pada tempatnya seperti ‘Nurhafizah’ tidak memberi apa-apa maksud kerana gabungan ini salah dari segi kaedah bahasa Arab, dan contoh gabungan yang betul: Nurhayati (cahaya hidupku), Nur`aini (cahaya mataku) Nota: Harus menamakan dengan nama-nama bintang, burung atau bunga seperti Surayya, Aktar (tuah atau bintang dalam bahasa Farsi) dan lain-lain 20. Nama yang salah kerana tidak membezakan penggunaan ya mutakallim dengan ya nisbah.Ya mutakallimadalah ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna ‘sesuatu milikku’ atau ‘daripadaku’ seperti:
  • Syukri (Kesyukuranku)
  • Fathi (Kemenanganku)
Ya nisbah pula ada ‘ya’ pada akhir kata nama yang memberi makna nisbah atau hubungan pada tempat, pekerjaan dan sebagainya. Contohnya:
  • Imam Jalaluddin as-Suyuti yang bermaksud: Imam Jalaluddin orang asyut
  • Imam Muhammad bin Isma`il al-Bukhari yang bermaksud: Imam Muhammad bin Isma`il orang Bukhara
  • Muhammad Asri yang bermakna ‘Muhammad tawananku’, ini kerana sebenarnya ini adalah ya mutakallim dan bukan ya nisbah. Nama yang betul ialah Muhammad ‘Asri
 NotaSeelok-eloknya sesuatu nama hendaklah dipastikan betul ejaan ruminya kerana nama juga adalah merupakan doa kepada pemiliknya, sekiranya salah sebutannya maka berlainan pula maksudnya, contohnya:نعيمة bermaksud yang bahagia, yang lembut, yang mulia tetapi apabila dieja mengikut ejaan rumi maka ia menjadi Naimah نائمة bermaksud yang tidur. Selain itu terdapat ilmu yang dinamakan Ilmu Raksi yang mempunyai kaedah untuk mentafsir sifat seseorang berdasarkan namanya, ilmu ini juga pernah disebutkan oleh Ibnu Khaldun dalam bab jenis-jenis ilmu. Nota: Kita mungkin boleh mengelakkan kesalahan seperti ini dengan:  
  • Membenarkan ejaan mengikut bahasa yang berkenaan seperti jawi, Arab dan lain-lain dalam kad pengenalan atau surat beranak supaya dapat disebut dengan betul mengikut kehendak penama tersebut.
 Jabatan Pendaftaran membenarkan penama yang ingin menukar nama  yang tidak sesuai kepada nama yang menepati syariat.  
  • Undang-undang diwujudkan bagi mewajibkan pendaftar nama mengikut kaedah yang betul supaya tidak tersalah dalam memberi nama.
 Nota: Harus menggunakan nama gabungan dari ibu atau anak dan ayah sekiranya membawa makna yang elok, seperti nama seorang ulama`: 
  • Ihsan Ilahi Zahir – Ayahnya bernama Zahir (pembela, penyokong) bermakna ihsan Tuhanku nyata.
 
  • Fadhal Ilahi Zahir – bermaksud kurniaan Tuhanku nyata.
 21. Tidak boleh menggunakan nama ‘Malikul Muluk’ atau ‘Malikul Malak’ kerana ada larangan dalam hadits dan terdapat penggunaannya dalam al-Quran, firman Allah s.w.t:لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
(Pada saat itu Allah berfirman): "Siapakah Yang Menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): "Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang mengatasi kekuasaanya segala-galanya! [ Al-Ghafir :16 ]
 dan ayat:هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ 
Dia lah Allah, Yang tidak ada Tuhan melainkan dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat sejahtera (dari Segala kekurangan); Yang Maha melimpahkan Keamanan; Yang Maha pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi Segala KebesaranNya. Maha suci Allah dari Segala Yang mereka sekutukan dengannya. [ Al-Hasyr: 23 ]
 22. Tidak boleh menggunakan nama yang merupakan gelaran yang khusus kepada seseorang Nabi sebagai mukjizatnya, seperti: 
  • Ruhullah (Roh daripada Allah) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Isa a.s kerana Nabi Isa dilahirkan tanpa ayah dengan kuasa Allah
 
  • Khalilullah (Kekasih Allah) / Khalilurrahman (Kekasih kepada yang Maha Pengasih) – gelaran khusus yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s
 Selain itu nama-nama ini juga membawa maksud yang sangat tinggi dan keterlaluan untuk dipakai pada orang yang biasa selain bercanggah dengan hadits dan terdapat larangan yang terang berkaitannya.