Apa yang dikatakan oleh Najib itu memang betul dan Kelantan memang negeri yang miskin. Dan kadar kemiskinan di Kelantan adalah yang tertinggi dalam negara dan mengatakan ini taraf yang dikatakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dali turut meminta jika ingin membuat perbandingan, jangalah dibuat perbandingan dengan negeri Perlis tetapi bandingkan dengan negeri Terengganu yang sudah jauh kaya berbanding Kelantan.
Itu diantara kenyataan Dali Hussin Ketua Penerangan UMNO Kelantan. Dali sanggup bersekongkol dengan Najib menghina negeri Kelantan negerinya sendiri demi membodek Najib tanpa merujuk fakta yang sebenar. Ini kerana bank dunia sendiri telah menyatakan Sabah adalah negeri yang termiskin. Bahkan Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya, Che Mohd Rozaihan Rosli pernah menyatakan jumlah penerbangan ke Kota Bharu antara yang paling kerap, Pasar raya berebut ingin masuk ke Kelantan kerana ukuran kuasa membeli yang tinggi dan bagaimana timbul Kelantan adalah negeri yang termiskin dan sanggup pula orang Kelantan menyokong tindakan itu hanya kerana kepentingan politik.
Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula mendakwa jika Kelantan negeri paling miskin di negara ini, ianya hanya membuka pekung dirinya sendiri (Najib) sebagai pemimpin nombor satu negara dan jikalau benar pun dakwaan itu,ini berpunca daripada kegagalan kesemua enam perdana menteri termasuk Najib untuk memajukan kesemua negeri dalam Malaysia ini sejak BN memerintah lebih 50 tahun lalu.
Negeri Kelantan adalah negeri yang membangun tanpa pertolongan Kerajaan Pusat yang bertindak zalim ke atas rakyat negeri Kelantan dengan menyekat sumber ekonomi seperti mana Israel lakukan terhadap rakyat Palestine. Isreal menyekat bantuan kepada negeri lain tetapi memberi bantuan terhadap rakyatnya, berbanding kerajaan Malaysia menyekat terhadap rakyatnya sendiri dan menghina pula negeri sendiri tanpa menggunakan fakta yang benar. Perkara ini juga pernah diakui sendiri oleh Topa Mamat yang juga merupakan ahli UMNO dan juga merupakan rakyat Kelantan. Topa Mamat bersama Awe Adek juga diantara orang yang kuat menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapat wang royalti minyak.
Dali Hussin yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Kelantan pada ceramahnya disekokah jelas menunjukan beliau bukan berpolitik untuk rakyat Kelantan tetapi lebih kepada untuk Najib. Ini kerana, sepatutnya beliau tidak perlulah membodek Najib sedemikian sehingga sanggup bersama Najib menghina negeri Kelantan. Sebagai orang Kelantan, walaupun berlainan aliran politik, beliau tidak perlu masuk campur. Ini bukan sahaja masuk campur bahkan turut mengulangi lagi kata-kata Najib seolah-seolah "mung" tu bukan orang Kelantan.
Maka, pada PRU ini, tidak kira beliau bertanding atas tiket parlimen atau tiket adun, jangan sokong beliau, ini kerana, menurut Najib, Kelantan adalah negeri yang termiskin, jadi apa guna Ketua Penerangan UMNO Kelantan jika dapat wang ehsan tetapi Kelantan masih lagi negeri yang miskin. Mana semua wang-wang tersebut digunakan jika UMNO Kelantan yang dapat peruntukan tetapi Kelantan masih menjadi negeri yang miskin.