Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Mac 15, 2012

Kesultanan Kelantan Purba


Kemunculan negeri Kelantan dalam sejarah Tanah Melayu agak sukar untuk dijelas bagaimana ianya bermula. Negeri Kelantan dan Patani adalah antara negeri-negeri yang bernaung di bawah Empayar Langkasuka dan kedua-duanya pula sangat berkait rapat dari segi pemerintahan mahu pun hubungan kekeluargaan. Nama negeri Jaya dan Chermin adalah negeri di dalam Kerajaan Langkasuka yang kemudiannya berada di bawah penguasaan Empayar Sri Wijaya. Kedua-dua negeri tersebut juga pernah mempunyai pusat pentadbiran di Kota Mahligai. Tiada bukti mencukupi untuk menjelaskan hubungan kedua-dua pemerintah negeri tersebut.

Raja-raja Kelantan bagaimanupun mempunyai hubungan persaudaraan yang masih rapat dengan Kesultanan Melaka melalui keturunan Maharaja Sri Wijaya yang berpusat diPalembang. Maharaja Sri Wijaya inilah yang telah melahirkan Kesultanan Kelantan dan Melaka Purba.





Pada abad ke-11, Maharaja Malayur dari Empayar Sri Wijaya telah memerintah Kerajaan Langkasuka. Negeri-negeri yang di bawah pemerintahan baginda bermula dari Terengganu, Kelantan sehingga ke negeri-negeri di Segenting Kra. Maharaja Malayur tersebut bernama Raja Sakranta / Raja Zainuddin (1253 – 1267). Semasa pemerintahan baginda, Langkasuka telah didatangi pendakwah Islam (ahli sufi) dari Pasai yang dikenali di Kelantan sebagai Tok Loghe. Pernah suatu ketika Tok Loghe tinggal di sebuah kampung di sekitar antara Tok Uban dan Pasir Mas. Raja Sakranta sangat tertarik dengan cara dakwah Tok Loghe serta memeluk agama Islam dan menggunakan nama Raja Zainuddin. Pada tahun 1267, Raja Zainuddin telah menyerahkan tahta pemerintahan Kerajaan Langkasuka kepada putera baginda bernama Raja Sang Tawal. Tindakan baginda turun daripada tahta tersebut adalah kerana ingin berdakwah menyebarkan agama Islam bersama-sama Tok Loghe. Raja Zainuddin kemudiannya mengikuti Tok Loghe kembali ke Samudra Pasai. Disamping aktif berdakwah, Raja Zainuddin juga dikatakan telah dilantik oleh Sultan Malikul Salleh / Merah Silu (Sultan Samudra Pasai sehingga 1297) sebagai Penasihat Sultan selama 20 tahun.

 Pada tahun 1295, Kerajaan Siam Sukhothai di bawah pemerintahan Ram Khamhaeng (1279 – 1298), telah menyerang Langkasuka di Singgora. Serangan tersebut menyebabkan Raja Langkasuka, Raja Sang Tawal (1267 – 1298) yang berada di Ligor telah berundur ke selatan, berkemungkinan di Kelantan atau Patani.

Salah seorang puteri Raja Sang Tawal bernama Adrujawijaya Malasingha. Dalam tahun 1345, Ibnu Bhatutta dalam pelayaran membawa utusan Sultan Muhammad Tugluq (India) ke Chinatelah singgah di Kuala Krai. Di dalam catatannya, Ibnu Bhatutta terpesona dengan kecantikan raja perempuan bernama Urduja yang mempunyai paras seperti puteri Turki. Urduja itulah Adrujawijaya Malasingha iaitu raja yang memerintah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayung (1318 – 1348). Baginda dikatakan telah membunuh salah seorang raja Siam Sukhothai yang membawa kepada kebangkitan Siam Ayuthia menggulingkan kuasa Siam Sukhothai. Urduja juga disebut oleh rakyat Kelantan Che Siti Wan Kembang. (Nota: (i) 262 tahun kemudian muncul seorang lagi raja perempuan juga bernama Che Siti Wan Kembang yang memulakan pemerintahan pada 1610. (ii) Catatan Ibnu Bhatutta juga memberitahu penduduk Kelantan majoritinya beragama Hindu Ramayana).

Puteri Linang Cahaya juga merupakan salah seorang puteri Raja Sang Tawal. Puteri tersebut kemudiannya telah berkahwin dengan Sayyid Hussein Jamadil Kubra, seorang mubaligh Arab dari India. Perkahwinan Puteri Linang Cahaya dan Sayyid Hussein Jamadil Kubra telah melahirkan Maulana Malik Ibrahim dan Puteri Aishah. Maulana Malik Ibrahim juga lebih terkenal dengan panggilan Sunan Gresik iaitu seorang Waliyullah yang paling tua dikalangan Wali Sembilan (Wali Songo). (Nota: Terdapat juga dakwaan bahawa Maulana Malik Ibrahim adalah anak Sayyid Hussein Jamadil Kubra dengan isteri pertamanya di India bernama Puteri Nizam Al-Mulk. Bagaimana pun penulis berpendapat bahawa Sunan Gresik adalah putera kepada Puteri Linang Cahaya. Hal selanjutnya akan dinyatakan oleh penulis pada masa akan datang).

Putera Raja Sang Tawal bernama Raja Bharubhasa / Sultan Mahmud Syah (1339 – 1362) menaiki tahta Langkasuka setelah kemangkatan baginda. Raja Bharubhasa juga dikatakan meluaskan lagi Empayar Langkasuka sehingga ke Perak dan Kedah.

Pada tahun 1345, Siam Sukhothai di bawah Phaya Nguanamthom (1323 – 1347) telah sekali berjaya mengundurkan Kerajaan Langkasuka. Raja Bharubhasa sekali lagi memindahkan pusat pentadbiran dari Patani ke Kota Jiddah di Bukit Panau.

Raja Bharubhasa telah memeluk agama Islam melalui Sayyid Hussein Jamadil Kubra yang juga Penasihat Kerajaan Langkasuka pada tahun 1350. Baginda kemudiannya menggunakan nama Sultan Mahmud Syah sebagai nama pemerintah Islam. Nama rasmi baginda ialah Sultan Mahmud Jiddah Riayat Sa’adtus Salam.

Siam kemudiannya berjaya dihalau oleh Kerajaan Majapahit di bawah pimpinan Gajah Mada pada tahun 1357. (Raja-Raja Majapahit juga masih mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Kelantan. Hubungan ini bermula dari Raja Suran dan Ken Arok, Raja Singhasari adalah adik beradik. Raja Majapahit pula adalah piut Ken Arok. Ini bermakna Raja Bharubhasa dan Raja Majapahit, Sri Rajasanagara (1328 – 1350) adalah empat pupu). Semenjak itu tidak lagi kedengaran nama Langkasuka digunakan setelah digantikan dengan nama Empayar Chermin-Majapahit II). Sultan Mahmud Syah mangkat pada tahun 1362.

Seorang puteri Sultan Mahmud Syah bernama Puteri Nareswari telah dikahwinkan dengan Raja Champa bernama Che Bo Nga. Puteri Nareswari dan Che Bo Nga telah menerima Islam juga melalui Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan menukarkan nama baginda berdua kepada Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abidin (Raja Champa, 1360 – 1390).

Setelah Sultan Mahmud Syah mangkat, putera baginda bernama Sultan Baki Syah (1362 – 1418) menaiki tahta Kerajaan Chermin. Ada pun Sultan Baki Syah itu bukanlah hanya seorang pemerintah yang bergelar Sultan semata-mata, bahkan baginda juga merupakan seorang pendakwah yang turut bersama-sama ulama dalam menyebarkan syiar Islam.

Sultan Baki Syah mempunyai 2 orang putera dan 2 puteri. Kedua-dua putera baginda tersebut kemudiannya menjadi Raja Kelantan setelah kemangkatan baginda. Puteri bongsu Sultan Baki Syah bernama Puteri Selindung Bulan telah dikahwinkan dengan Sayyid Hussein Jamadil Kubra. Perkawinan ini telah melahirkan Sayyid Ali Nurul Alam yang menurunkan generasi ulama-ulama dan panglima-panglima Nusantara serta Raja-Raja Melayu Champa, Kelantan, Patani dan Jawa kemudiannya.

Dalam tahun 1380, Sultan Baki Syah bersama rombongan telah belayar dari negeri Chermin ke Grisek di Jawa. Turut serta dalam rombongan tersebut termasuklah putera sulung baginda, Saddiq Muhammad. Jawa. Rombongan dakwah itu adalah bertujuan untuk membantu sepupu baginda, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) untuk mengislamkan Raja Jawa bernama Hayam Wuruk / Sri Rajasanagara (1350 – 1389). Bagi tujuan itu juga, Sultan Baki Syah telah mengahwinkan puteri baginda, Puteri Darawati dengan Hayam Wuruk. (Puteri Darawati adalah kekanda Puteri Selindung Bulan juga merupakan kakak ipar Sayyid Hussein Jamadil Kubra).

Sultan Saddiq Muhammad Syah (1418 – 1429) merupakan putera sulung Sultan Baki Syah. Baginda menaiki tahta setelah kemangkatan ayahnanda baginda pada tahun 1418. Baginda memerintah negeri Chermin selama 11 tahun dan mangkat pada tahun 1429.

Negeri Kelantan telah mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Majapahit di Jawa. Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Syah (1429 – 1467), nama negeri Chermin sudah jarang disebut orang. Negeri tersebut sudah dimasyhurkan dengan nama Kelantan-Majapahit II. Sultan Iskandar Syah juga digelar sebagai Raja Kemas Jiwa dengan gelaran Majapahit sebagai Sang Ajit Jaya Ningrat. Bahkan Perdana Menteri Kelantan semasa pemerintahan baginda ialah Sayyid Ali Nurul Alam ibni Sayyid Hussein Jamadil Kubra, turut memakai gelaran Pateh Arya Gajah Mada (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II, 1432 – 1467).

Sultan Iskandar Syah telah berkahwin dengan puteri Raja Chandranekalawa (Raja Champa, 1460 – 1471).





Pada tahun 1465, negeri Kelantan telah diserang oleh Kerajaan Siam-Ayuthia di bawah pemerintahan Phra Boromma Trailoknat (1448 – 1488). Serangan Siam Ayuthia tersebut telah menyebabkan Sultan Iskandar Syah terpaksa berundur ke Champa. Bagaimana pun, pada tahun 1467, Siam Ayuthia telah dikalahkan oleh bala tentera Islam yang diketuai oleh Sayyid Ali Nurul Alam. Angkatan tentera Islam tersebut turut dibantu oleh Hang Tuah, Tun Mutahir, Laksamana Bentan Wan Demali ibni Ali Nurul Alam serta tentera Islam Acheh. Kemenangan tentera Islam tersebut telah melemahkan Kerajaan Siam Ayuthia yang beberapa tahun kemudian kerajaan tersebut telah dikalahkan pula oleh Kerjaaan Burma.

Sultan Iskandar Syah bagaimana pun mangkat dalam tahun yang sama iaitu 1467 di Champa, dan putera baginda Sultan Mansur Syah juga berada di Champa dan usia masih muda. Oleh yang demikian, Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah I (1488 – 1511) telah menasihati pembesar Kelantan dan Patani serta mencadangkan supaya dilantik Sayyid Ali Nurul Alam sebagai pengganti Sultan Iskandar Syah. Lalu semua pembesar kedua-dua negeri telah bersetuju menabalkan Sayyid Ali Nurul Alam sebagai Raja Besar bagi negeri Kelantan, Patani dan Terengganu dengan gelaran Sultan Qunbul. Di Kelantan, Sultan Qunbul melantik Sultan Mansur Syah (1467 – 1522) sebagai Raja Kelantan menggantikan Sultan Iskandar Syah.

Pada tahun 1522, Sultan Mansur Syah telah mangkat dan digantikan oleh putera baginda, Sultan Gombak (1522 – 1526). Sultan Gombak telah berkahwin dengan puteri Sultan Mahmud Shah I (Sultan Melaka dan Johor 1488 – 1528) bernama Raja Seri Dewi. Perkahwinan tersebut telah dikurniakan seorang putera benama Raja Mansur. Raja Mansur pula mangkat ketika ayahanda baginda Sultan Gombak masih lagi berada di atas tahta pemerintahan.  Baginda meninggalkan 2 orang putera.

Sultan Gombak mangkat pada tahun 1526 dan digantikan oleh cucunda baginda, Sultan Ahmad Syah ibni Raja Mansur (1526 – 1547). Sultan Ahmad Syah mempunyai seorang putera yang kemudiannya menaiki tahta setelah kemangkatan baginda. Selain itu baginda juga mempunyai seorang puteri yang diberi nama Che Siti Wan Kembang, sempena nama Urduja / Che Siti Wan Kembang (Raja Kelantan Serendah sekebun Bunga,1318 – 1348).

Setelah Sultan Ahmad Syah mangkat, putera baginda, Sultan Mansur Syah (1547 – 1561) telah menaiki tahta Kerajaan Kelantan. Pada tahun 1561 pula, Sultan Mansur Syah telah mangkat dan digantikan oleh putera tunggal baginda bernama Sultan Ibrahim Syah (1561 – 1565). Raja Umar ibni Raja Ahmad (1565 – 1570) telah dijemput oleh pembesar Kelantan untuk memerintah Kelantan. Pada tahun 1570 Raja Umar telah dijemput pula untuk memerintah Johor dengan gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1571 – 1597), maka Sultan Ibrahim Syah (1561 – 1565 & 1570 – 1579) telah menaiki tahta Kelantan bagi kali kedua.

Kemangkatan Sultan Ibrahim Syah pada 1579, telah digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad Syah (1579 – 1602). Sementara itu, Che Siti Wan Kembang, iaitu puteri Sultan Ahmad Syah (nenda saudara Sultan Muhammad Syah) telah memerintah di Gunung Chinta Wangsa pada tahun 1610 – 1677.

Setelah Kemangkatan Sultan Muhammad Syah pada  tahun 1602 dan Paduka Che Siti Wan Kembang pada 1677, maka berakhirlah Kesultanan Kelantan Purba dari Keturunan Wangsa Sri Wijaya. Negeri Kelantan selepas itu diperintah oleh Dinasti Kesultanan berdarah ulama dari Kerajaan Islam Champa yang dikenali sebagai Kerajaan Jembal Kelantan.

Kebangkitan Semula Nusantara(Empayar Chermin)



Siapakah yang benar-benar mempunyai bukti bagi menerangkan sesuatu peristiwa yang dinamakan sejarah Melayu terdahulu? Dari manakah sumber catatan yang menjadi bukti sehingga terbukunya subjek sejarah yang diajar serta dirujuk oleh masyarakat hari ini? Jawabnya dari Inggeris, dari luar negara…
Di manakah pula sumber dari orang Melayu sendiri…? Jawapannya juga ada di dalam sejarah Melayu yang di’kaji’ oleh bangsa asing… sumber dari bangsa Melayu sendiri adalah tidak sahih???


Syabas kepada pengkaji sejarah generasi baru yang benar-benar jujur dalam mencari kegemilangan bangsa mereka suatu masa dahulu. Dan di dalam pengkajian mereka, sudah hampir-hampir membongkarkan sesuatu yang misteri… mungkin menjadi kontroversi…. Dan sangat bertentangan dengan sejarah yang sangat masyhur kini….
Ketandusan akal disebabkan kuasa dan politik menyebabkan sejarah Melayu perlu dikaji semula… menurut selera mereka… yang berkepentingan…!!!! Hang Tuah tidak wujud… sejarah Melaka dikaji semula mengikut versi penjajah yang lain dari sebelumnya….
Selamat bersejarah kepada ahli sejarah yang menggunakan sejarah untuk keperluan isi perut dan isi rumah….


Sejarah Empayar Chermin…..!!!!



Asal Chermin
Empayar Chermin telah wujud kira-kira seiring dengan tenggelamnya nama Empayar Langkasuka, iaitu sebuah empayar yang wujud serta keluasan takluknya tidak terakam dengan tepat di dalam buku-buku sejarah di zaman berteknologi tinggi kini. Boleh dikatakan bahawa Empayar Chermin ini adalah warisan atau kesinambungan daripada kerajaan Empayar Langkasuka, begitu juga para raja-raja yang memerintah Empayar Chermin ini adalah keturunan Raja-Raja Sriwijaya.

Penguasaan Empayar Chermin
Menerusi asakan oleh tentera Siam, Raja Langkasuka telah berundur dari Cahaya di Segenting Kra dan membuka penempatan serta pusat pemerintahan di Kota Mahligai, pada abad ke-14. Dari situ maka bermulalah nama Chermin yang seakan mempunyai nama penghubung dengan penempatan awal kerajaannya di Cahaya. Semasa bermulanya keberadaan Empayar Chermin, nama Patani masih belum muncul. Asakan berterusan oleh tentera Siam menyebabkan pusat pemerintahan Chermin dipindahkan pula ke Kota Jiddah.  Setelah munculnya Kerajaan Patani pada abad ke-15, Empayar Chermin semakin mengucup, sehingga sedikit demi sedikit namanya semakin pudar sehinggalah wujudnya negeri yang dikenali sebagai Kelantan.
Menurut sesetengah riwayat, keluasan Empayar Chermin pernah menjangkau sehingga ke sebahagian negeri Perak sekarang, sebahagian negeri Kedah, ke sempadan Ligor sehinggalah Singgora. Disebabkan asakan serta perluasan Kerajaan Siam, maka lama kelamaan Empayar Chermin semakin mengecil, sehinggalah munculnya Kerajaan Patani, yang juga berasal dari Kota Mahligai, telah bangkit sebagai sebuah kuasa baru yang kuat bangkit menentang penguasaan Siam. Kekuatan Kerajaan Patani dapat diukur dari keluasan negeri yang berada di bawah naungannya, bermula dari Pahang sehinggalah ke Segenting Kra. Penguasaan Patani dalam merampas kembali kedaulatan negeri-negeri Melayu setelah berjaya menundukkan Ligor yang sentiasa mendapat bantuan dari Kerajaan Siam di Indo-China.



Champa: Asal Langkasuka-Nusantara
Chermin dan Patani sebenarnya adalah asalnya dari satu pemerintahan, juga adalah sebuah negeri yang sama. Raja-Raja yang memerintah Patani juga adalah bersaudara dengan Raja negeri Chermin, iaitu dari keturunan Maharaja Sriwijaya. Maharaja Sriwijaya itu sendiri sebenarnya asalnya dari negeri Chermin yang dikaitkan hubungan Medan Kemulan yang terdapat di Kelantan dan Medan Kemulan di Jawa, serta asal usul lagenda  Aji Saka yang melahirkan keturunan Raja-Raja Jawa. Namun ketika itu nama Sriwijaya masih belum masyhur, walaupun Chermin (Langkasuka) adalah tempat kelahirannya. Begitu juga asal usul Aji Saka adalah bermula dari Champa (Empayar Funan di Indo-China) yang berhijrah ke Langkasuka serta kemudiannya ke Tanah Jawa bagi mengembangkan zuriat yang bakal melahirkan Empayar Sriwijaya Agung, meliputi pemerintahannya ke seluruh Nusantara. Sedangkan bermulanya kedaulatan Kerajaan Sriwijaya adalah di Segenting Kra, meliputi Indo-China sehinggalah ke Champa. Kemudian pasang surut serta pusingan roda hukum karma yang menyebabkan Kerajaan Sriwijaya berundur ke Palembang di Sumatera bagi mengumpul semula kekuatan yang akhirnya berjaya menaikkan maruah bangsa Melayu untuk mentadbir serta menyusun pemerintahan di seluruh pelusuk bumi Nusantara.
Kelak setelah kedatangan Islam, putera-putera Raja dari Empayar Chermin kembali ke Champa, berjuang menentang penjajahan Vietnam seterusnya dilantik sebagai Raja Champa. Kemudian keturunan Raja Champa ini kemudiannya mengisi ketandusan pewaris tahta Kesultanan Kelantan dan Patani sehinggalah ke Seluruh Nusantara.

Chermin: Patani-Kelantan
Setelah Patani meluaskan semula penguasaanbangsa  Melayu di Segenting Kra, nama Chermin semakin terselit di celah lipatan keagungan Patani. Jika diperhatikan, sekiranya Chermin adalah saki baki Empayar Langkasuka, Patani juga boleh dikira sebagai tapak kebangkitan semula Empayar Chermin yang telah bertukar menjadi negeri Kelantan.  Sejarah pemerintah serta raja-rajanya juga adalah secara rawak dan silang dari keturunan yang asalnya sama. Sehinggalah kemuncaknya, Patani adalah pusat kepada pemerintahan raja-raja Melayu di sebelah Timur Tanah Melayu sehinggalah ke Segenting Kra. Raja Patani dengan sendiri dilihat lebih tinggi kedudukannya berbanding negeri di bawah naungannya.

Kelantan-Majapahit
Seperti secara umum yang telah diketahui bahawa Kelantan dan Majapahit adalah bersaudara. Persaudaraan tersebut adalah hubungan yang diperbaharui bagi menyambung kembali persaudaraan keturunan Lagenda Aji Saka, yang dikira sebagai datuk nenek orang Melayu di Nusantara. Semasa pemerintahan Empayar Sriwijaya, Kerajaan Sriwijaya tidak merampas tahta pemerintahan negeri di bawah naungannya. Menerusi ikatan perkahwinan, raja-raja pewaris tahta seterusnya adalah memiliki kedua-dua keturunan, iaitu Sriwijaya serta raja pemerintah yang asal. Begitulah hubungan persaudaraan diperbaharui dalam pemerintahan Sriwijaya. Dalam erti kata lain, pemerintahan Sriwijaya adalah bukannya secara menakluk, tetapi secara ikatan persaudaraan serta pengukuhan politik (pemerintahan) serantau bagi mengelakkan penguasaan bangsa lain yang ganas terhadap bangsa Melayu. Penduduk Jawa ramai berhijrah ke Chermin setelah Majapahit berjaya membantu Chermin menghalau Siam keluar dari bumi Melayu itu. Proses asimilasi ini telah membentuk pola kata unik di Kelantan bahkan pengaruh budayanya juga ikut diwarisi sehingglah ke hari ini.
Setelah kedatangan Islam ke Empayar Chermin, proses melengkapkan keturunan Bani Jawi juga berlangsung dengan teratur.Melalui perkahwinan dengan puteri diraja Chermin yang melahirkan zuriat pada kemudian menaiki tahta Kerajaan Kelantan. Penyebaran Islam ke Tanah Jawa yang dilakukan oleh pendakwah berdarah Kesultanan Kelantan-Champa juga bermula dari Empayar Chermin.

Patani-Kelantan
Semasa puncak penguasaan Patani di timur dan utara Tanah Melayu, Kelantan adalah saudara paling dekat dan rapat dalam menikmati atau mengharungi segala susah payah menyatukan bangsa Melayu di bawah satu pemerintahan pusat. Kemewahan di Patani bererti Kelantan turut sama dapat merasai nikmat tersebut, disebabkan bukan sahaja persaudaraan antara raja-rajanya, bahkan sejarah Langkasuka serta Champa membuatkan rakyat kedua-duanya mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Sehinggakan boleh diumpakan bahawa Raja Patani  dianggap bapa kepada rakyat Kelantan begitu juga Raja Kelantan juga adalah bapa kepada rakyat Patani. Hal ini adalah disebabkan seolah-olah tiada batas sempadan negeri bagi kedua-dua kerajaan Melayu tersebut.

Kemuncak Ketibaan Islam: Kelantan-Patani
Islam telah tiba di Nusantara pada kira-kita abad ke-8 Masehi melalui mubaligh atau pendakwah yang singgah semasa dalam perjalanan ke China. Terdapat juga riwayat yang menyebut bahawa terdapat ulama berdarah Arab dari Acheh yang datang berdakwah ke negeri Chermin. Namun ketika itu tahap penerimaannya masih terlalu sedikit serta amalan mereka masih bercampur baur dengan ajaran Hindu-Budha yang dianuti oleh datuk nenek mereka terdahulu. Puncak penerimaan dakwah Islam secara meluas ialah pada pertengahan abad ke-14 Masehi. Kedatangan Sayyid Hussein Jamadil Kubro bersaudara telah membangkitkan gelombang penerimaan Islam secara meluas. Chermin adalah tempat pertama yang dipijak oleh beliau dalam misi dakwahnya. Di Chermin, keturunan beliau telah membuka Kampung Sena (as-Sanawi), Jering/Jerim (al-Jarimi) serta beberapa kampong lagi di Patani (ketika itu nama Patani masih belum muncul). Setelah itu lahirlah golongan ulama yang ramai sehingga menjadi tumpuan luar ke patani dan Kelantan untuk mendalami ilmu agama.



Penyebaran Islam: Dari Champa-Chermin ke Seluruh Nusantara
Di Chermin, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah mengahwini Puteri rajanya yang bernama Puteri Linang Cahaya atau Puteri Mariam. Kemudian beliau membawa isterinya itu ke Champa untuk menyambung misi dakwahnya. Semasa di Champa, Puteri Mariam telah melahirkan seorang putera dan puteri. Putera tersebut ialah Maulana Malik Ibrahin (Sunan Gresik) dan adik perempuannya pula bernama Puteri Aisyah. Kedua putera dan puteri ini kemudian meneruskan usaha dakwa ayahanda mereka, dari Champa ke Tanah Jawa. Melalui perkahwinan dengan isteri kedua, iaitu puteri Raja Champa bernama Puteri Ramawati, telah melahirkan generasi Wali Sembilan (Wali Songo) serta golongan ulama/pemerintah yang kemudiannya mengembangkan dakwah Islamiyyah di kepulauan Indonesia. Mereka ini kelak bergabung dengan generasi pendakwah yang telah datang lebih awal sebelum mereka, seperti keturunan ulama/pendakwah/Sultan dari Acheh (yang sebelum itu telah banyak mengIslamkan kerajaan Melayu di sebelah Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu). Keturunan ini juga turut bergabung dengan pendakwah dari India dan Arab yang datang terkemudian lalu membentuk ikatan persaudaraan Islam yang mantap. Gabungan ulama-ulama inilah juga yang bangkit menentang penjajahan Portugis, Belanda serta Siam. Namun rahsia Allah Taala menerusi Qada’ dan Qadar-Nya, memperlihatkan bumi yang subur dengan Cahaya Islam ini jatuh satu demi satu kepada musuh Islam…..
Chermin adalah tempat kebangkitan Islamdi Nusantara, dari keturunannya raja-rajanya juga telah melahirkan kerajaan-kerajaan Melayu dan Islam, serta banyak lagi sejarah yang masih belum terungkai tentang Empayar Chermin yang banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah silam Nusantara…. Dan kini apakah sudah wujud petanda Kebangkitan Semula Empayar Chermin: Kelantan-Patani… ke Nusantara???



KOTA BHARU: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini berbanding Sabah umpama menepuk air terkena muka sendiri.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, juga berkata kenyataan memuji Sabah kerana ingin ‘membodek’ rakyat di negeri itu dengan fakta yang merapu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri itu ketika berucap di Lahad Datu, Sabah yang mendakwa Kelantan negeri termiskin di negara ini.

Menurut Zailah lagi, tindakan kerajaan Pusat terhadap Kelantan juga tidak ubah seperti mengingat kaki dan tangan, apabila merompak hasil kekayaan di negeri itu, namun tidak menyalurkannya semula.


“Jangan membuat sebarang dakwaan yang mengatakan Kelantan miskin selagi hasil royalty negeri ini dirompak serta tidak dikembalikan pada negeri kami.

“Kerajaan Pusat telah merompak hasil royalty Kelantan sejak sekian lama sebanyak RM300 juta setahun, kemudian menuduh Kelantan miskin,”ujarnya yang juga Anggota Parlimen Rantau Panjang.

Beliau juga turut menempelak kenyataan Perdana Menteri yang mengatakan Kelantan negeri termiskin di negara ini, sebaliknya Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah miskin berbanding Kelantan. Tegasnya, semua negeri berkenaan adalah diperintah oleh Umno dan BN bukan Pakatan Rakyat. Pada masa yang sama Zailah turut mempersoalkan Kelantan masih dianaktirikan sejak hamper 22 tahun lalu dengan menyekat pelaburan, jalanraya juga tidak dimajukan.

“Begitu juga tebatan banjir di Rantau Panjang telah dijanji nak buat sejak RMK-7, kini dah RMK-10 masih tak buat-buat lagi.

“Bila banjir besar melanda, rakyat tidak boleh mencari rezeki menyebabkan ekonomi mereka lumpuh, jadi jangan buat kenyataan yang membolehkan rakyat Kelantan marah,”ujarnya.