Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Ogos 06, 2010

Mengapa Dunia Islam Menjadi Sasaran Pemusnah

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy(isteri Rasulullah s.a.w), beliau berkata: 'Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk kedalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka(binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan(malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini," Kemudian baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari sebelahnya(jari telunjuk) kemudian mengisyaratkan seperti bulatan. Saya(Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: 'Ya Rasulullah! Apakah kami akan dibinasa sedang ada dikalangan kami masih ada orang-orang soleh?' Lalu Rasulullah bersabda 'Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.'

Hadis Riwayat Bukhari Muslim

Jangan biarkan umat binasa,
mungkar maksiat maharajalela,
kita semua nanti merasa,
akibat buruk datang menimpa.

Dinding Ya'juj mula terbuka,
tanda dunia akan binasa,
walaupun ada insan bertaqwa,
bila mungkar sudah melata.

Seluruh Dunia Datang mengerumuni Dunia Islam

Daripada Tsauban r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda, " Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, 'Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?' Rasulullah menjawab, 'Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'.Seorang sahabat bertanya: ' Apakah wahan itu hai Rasulullah?' Rasulullah menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati"

Hadis Riwayat Abu Daud

Dunia luar datang mengepung,
dunia islam sudah terkurung,
ibarat buih hanyut terapung,
dipukul ombak besar menggulung.

Bilangan banyak tidak berguna,
bila 'wahan' penyakit kita,
takutkan mati, cintakan dunia,
sangat rosak iman didada.

Taqwa & Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman

Daripada Abi Najih'irbadh bin Ariyah r.a berkata " Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan airmata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata; Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: ' Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seoran hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al Mahhdiyin (khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigit sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu(bid'ah) yang diada-adakan kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat".

Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

Jadikan taqwa sebagai jalan,
dalam hidup sepanjang zaman,
taat dan patuh pada pimpinan,
selama al-Quran jadi pegangan.

Sunnah Nabi dipegang teguh,
sunnah khulafah diikut penuh,
mesti waspada ajaran musuh,
bida'ah dhalolah wajib dijauh.

Waktu Doa Dimakbulkan

Pertama: Doa ketika azan

Nabi s.a.w bersabda:"Doa tidak ditolak dalam dua keadaan: Doa ketika azan dan doa ketika perang sedang berlangsung."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Hakim dan lain-lain)

Kedua: Diantara azan dan iqamah

Nabi s.a.w bersabda:"Doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah"
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Ketiga: Doa selepas solat fardu lima waktu

Para sahabat bertanya" diwaktu manakah doa lebih mudah diterima"

Baginda menjawab" Ditengah malam dan selepas solat fardu lima waktu".
(Hadis Riwayat Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)

Keempat: Suatu masa pada hari Jumaat

Nabi s.a.w bersabda:' Pada hari jumaat terdapat satu mas yang mana Allah pasti memperkenankan doa Hambanya yang sedang berdiri solat' Nabi mengisyaratkan dengan tangan untuk menunjukkan masa tersebut adalah terlalu singkat.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima: Semasa bermusafir

Nabi s.a.w bersabda: 'Tiga doa yang diterima dan tidak syak lagi penerimanya: Doa bapa kepada anaknya, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.'
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)
Keenam: Semasa berpuasa

Nabi s.a.w bersabda 'Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang dizalimi'
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Ketujuh: Sepertiga akhir malam

Nabi s.a.w bersabda 'Allah turun (rahmatnya) pada setiap malam ke langit yang dibawah sekali ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Sesiapa yang berdoa, pasti aku akan menerima doanya, sesiapa yang meminta pasti aku akan memberinya dan sesiapa yang meminta ampun pasti aku ampunkannya'.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)