Pertama: Doa ketika azan
Nabi s.a.w bersabda:"Doa tidak ditolak dalam dua keadaan: Doa ketika azan dan doa ketika perang sedang berlangsung."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Hakim dan lain-lain)
Kedua: Diantara azan dan iqamah
Nabi s.a.w bersabda:"Doa tidak ditolak diantara azan dan iqamah"
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Ketiga: Doa selepas solat fardu lima waktu
Para sahabat bertanya" diwaktu manakah doa lebih mudah diterima"
Baginda menjawab" Ditengah malam dan selepas solat fardu lima waktu".
(Hadis Riwayat Tirmizi, Nasaie dan Ibnu Majah)
Keempat: Suatu masa pada hari Jumaat
Nabi s.a.w bersabda:' Pada hari jumaat terdapat satu mas yang mana Allah pasti memperkenankan doa Hambanya yang sedang berdiri solat' Nabi mengisyaratkan dengan tangan untuk menunjukkan masa tersebut adalah terlalu singkat.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima: Semasa bermusafir
Nabi s.a.w bersabda: 'Tiga doa yang diterima dan tidak syak lagi penerimanya: Doa bapa kepada anaknya, doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.'
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)
Keenam: Semasa berpuasa
Nabi s.a.w bersabda 'Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang dizalimi'
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Ketujuh: Sepertiga akhir malam
Nabi s.a.w bersabda 'Allah turun (rahmatnya) pada setiap malam ke langit yang dibawah sekali ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Sesiapa yang berdoa, pasti aku akan menerima doanya, sesiapa yang meminta pasti aku akan memberinya dan sesiapa yang meminta ampun pasti aku ampunkannya'.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan