Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Isnin, Disember 20, 2010

Isu nama untuk muallaf atau saudara baru




Terdapat dua pendapat mengenai penukaran nama kepada bin Abdullah atau binti Abdullah apabila seseorang memeluk agama Islam.
Pertama: mengikut Quran dan sunnah
Kedua: budaya di Malaysia

Menukar nama kepada bin/binti Abdullah bukan ajaran islam tetapi lebih kepada budaya di Malaysia. Ia tidak pernah diamalkan pada zaman rasulullah saw mahupun di serata dunia, malah hanya diamalkan di malaysia sahaja. Agama Islam boleh menerima semua amalan dan budaya mana-mana bangsa selagi ia tidak bercanggah dengan Quran dan Sunnah.

Apakah nas yang memberitahu kita bahawa menukar nama bapa itu tidak dibenarkan atau bercanggah dengan Quran dan sunnah

Surah Al-Ahzab 33:5 “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah”

"Sesiapa yang secara memanggil bapanya dengan nama yang lain akan terkeluar dari syurga" Bukhari 8:578, Muslim1:120, Daud 3:5094.

"Sesiapa yang secara sengaja membiarkan dirinya dipanggil sebagai anak kepada yang bukan bapanya adalah melakukan kufur" Bukhari 4:467, Muslim 1:118, Daud 3:5095


Hikmah di sebalik larangan menukar nama bapa
1. Untuk mengelak dari berlakunya pernikahan di antara ahli keluarga yang diharamkan bernikah kerana tidak tahu tentang asal-usul kekeluargaan.

2. Nasab adalah sangat penting di dalam Islam; Allah telah mencipta seorang lelaki sebagai punca pertalian nasab keturunan. Surah Al-Furqan 25:54 “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya titisan baka dan pertalian keluarga”

3. Untuk menunjukkan bahawa seseorang yang ‘kembali’ kepada Islam itu masih mengekalkan perhubungan anak-bapa seperti biasa dan Islam itu tidak sekali-kali memutuskan pertalian silaturrahim kekeluargaan, malah sebaliknya begitu menitikberatkan hubungan ini.

Rasullullah tidak menukar nama bapa sahabat yang masuk Islam walaupun ia berunsur syirik
Contoh: Abdullah bin Abdul Asad. *(Ibn Al-Jawzee, Sifatus Safwah, Jilid 1 ms. 63).* nama bapanya tidak diubah walaupun mempunyai erti tidak baik iaitu 'Hamba Singa' (Abdul Asad); iaitu secara jelas mengandungi unsur-unsur syirik.Tambahan lagi jika kita lihat contoh-contoh lain seperti Umar Al-Khattab, Ali bin Abu Talib, dan ramai lagi kesemuanya telah mengekalkan nama bapa masing-masing, walaupun mereka tidak memeluk Islam.

Memandangkan tiada nas untuk menukar nama bapa kandung kepada Abdullah (atau apa-apa nama jua pun), dalam kes ini saya bersetuju 100% dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan pertukaran nama bapa kandung.Sebagai seorang muslim apabila kita dirikan ssuatu nas atau bukti, hendaklah kita mematuhi arahan tersebut sepertimana dalam Surah Al-Zumar 39:17-18, “….mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik diantaranya…”

Walaubagaimanapun, bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya terdapat pihak-pihak yang masih memilih untuk mengekalkan pendapat dan tradisi walaupun telah dikemukakan bukti yang menunjukkan pendapat dan tradisi tersebut bercanggah dengan ajaran Islam. Golongan ini ada dinyatakan di dalam Al-Quran (Surah Al-Zukhruf, 43:22-24), “Bahkan mereka berkata ‘sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja’ dan demikianlah halnya (orang-orang yang taqlid buta) kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) kepada sesebuah negeri,seseorang Rasul pemberi amaran, melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata ,sesungguhnya kami dapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami hanya mengikut jejak mereka sahaja. Rasul itu berkata, adakah (kamu akan menurut juga mereka) walaupun aku membawa kepada kamu agama yang lebih hidayah pertunjuknya daripada jalan agama yang kamu dapati datuk nenek kamu menurutnya.

Mengekalkan nama asal sebagai nama Islam

Apa sebenarnya nama Islam? Adakah ia nama di dalam Bahasa Arab, Bahasa Malaysia ataupun nama yang mempunyai makna yang baik? Ramai orang berpendapat nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab walaupun pada hakikatnya nama Islam adalah sesuatu nama yang mempunyai makna yang baik. Pada zaman nabi Muhammad saw, beribu ribu orang Arab memeluk agama islam ,tetapi pada masa yang sama baginda menasihati hanya segelintir orang Arab untuk menukar nama mereka atas alasan-alasan tertentu. Persoalannya jika nama Arab adalah nama islam ,mengapa baginda menasihati mereka untuk menukar nama? dalam erti kata lain, nama Arab tidak semestinya nama islam.Nama islam adalah nama yang mempunyai makna yang baik, dan ianya boleh dalam apa apa bahasa .

Sekiranya setiap orang Islam wajib mempunyai nama dalam Bahasa Arab, saya rasa orang yang perlu menukar nama mereka adalah orang melayu. Jika kita periksa senarai nama-nama orang melayu islam yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Negara, kita akan dapati tidak kurang daripada 30% daripada orang melayu tidak mempunyai nama dalam bahasa arab. Sekiranya wajib untuk seseorang mempunyai nama dalam Bahasa Arab, maka orang melayu hendaklah terlebih dahulu menunjukkan contoh yang baikdengan menukar nama mereka ke Bahas Arab.

Tambahan lagi, sekiranya wajib untuk seseorang menukar nama apabila memeluk agama Islam, sudah pasti Rasullullah saw telah mengamalkannya. Contohnya, baginda tidak menyuruh nama para Sahabat seperti Salman al-Farisy dari Persia dan Bilal ar-Rabah dari Etopia ditukar ke Bahasa Arab.

Erti nama dalam masyarakat Cina
Sebagai seorang muslim berbangsa Cina, saya berpendapat, mengekalkan nama asal adalah sangat penting kepada sebahagian masyarakat Cina. Ini adalah kerana setiap perkataan dalam nama seseorang yang berbangsa Cina membawa erti yang tersendiri. Contoh: Lim Jooi Soon. Lim adalah nama keluarga, Jooi adalah nama keturunan, Soon adalah nama diri saya, bayangkan sekiranya masuk islam kena buang nama keturunan (jooi) dan nama diri (soon), ini bermakna mereka telah putus pertalian dari nasab keturunan dan pada masa yang sama hilang identiti peribadi. Sudah tentu ini akan mengakibatkan kemarahan dari pihak ibubapa dan keluarga. Ini seolah-olah menunjukkan Islam adalah sebuah agama yang bisa memecah-belahkan institusi kekeluargaan. Satu info yang patut diketahui ramai, sebab penukaran mana ini, ramai non muslim tidak jadi untuk masuk Islam.

Hikmah di sebalik mengekalkan nama asal

1. Sebenarnya ramai orang Cina tidak jadi memeluk Islam kerana mereka diberitahu bahawa mereka perlu membuang nama keturunan dan nama diri. Dari sudut dakwah, kalau mereka dapat kekalkan nama Cina, kita dapat menukar tanggapan masyarakat bukan Islam di Malaysia bahawa agama Islam adalah sebenarnya agama universal dan bukan hakmilik bangsa-bangsa tertentu sahaja.

2. Ini juga dapat memperbetulkan tanggapan bahawa masuk Islam itu adalah masuk Melayu. Masuk Islam bukan bermaksud seseorang masuk Melayu dan mesti meninggalkan semua budaya Cina. Walaupun seseorang Cina itu telah memeluk Islam, beliau masih boleh mengamalkan budaya Cina selagimana budaya tersebut tidak bercanggah dengan syariat Islam. Dengan ini, hubungan silaturrahim dengan keluarga asal tidak putus malah akan dapat meredakan hati kedua ibubapa.

3. Bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan Islam, banyak perubahan dan pembaharuan yang perlu dilalui. Dengan mengekalkan nama asal, ia mungkin dapat membantu mereka membuat keputusan untuk menerima Islam.

4. Bagi orang yang bukan Islam atau belum bersedia untuk memeluk Islam, sekurang-kurangnya mereka mempunyai tanggapan yang betul dan baik mengenai Islam.

Bagi seseorang berbangsa Cina yang ingin memeluk Islam, saya berpendapat beliau wajar diberi salah satu dari tiga pilihan berikut:


1. Mengekalkan nama asal sepenuhnya, contohnya (Lim Jooi Soon). Penting bagi mereka yang ingin mengekalkan nama generasi dan nama diri mereka. Meletakkan “bin” di hujung nama adalah bukan budaya orang Cina tetapi sekiranya ingin meletakkan “bin” tidak menjadi masalah asalkan nama tersebut ber”bin”kan bapa kandung dan bukan nama lain seperti Abdullah (Lim Jooi Soon bin Lim Hong Nam). Berbeza dengan budaya orang India yang memang meletakkan “anak lelaki” ataupun “bin” Secara ringkas seseorang boleh meletakkan dengan syarat ber”bin”kan bapa kandung sendiri contohya (Shah Kirit bin Kalkulal Govindji)

2. Memilih nama Arab yang mempunyai makna yang baik disamping mengekalkan nama asal sepenuhnya (Abdul Rahman Lim Jooi Soon). Tambahan nama Arab ini adalah satu pilihan bagi mereka yang ingin mempunyai nama Arab yang baik dan ianya bukan satu kewajiban.
Walau bagaimanapun ada pihak yang sangsi sekiranya tiada nama Islam (Arab/ Melayu), Soalan yang sering dicetus adalah bagaimana saudara-saudara baru ini dapat dikenalpasti identity mereka sebagai saudara baru di dalam Islam?

Untuk menjawab persoalan ini, mari kita perhatikan bagaimana Rasullullah saw mengenali saudara-saudara Islam di negara Arab pada zaman baginda. Adakah baginda menilai dari segi nama, pakaian ataupun amalan mereka? Sudah tentu bukan dari segi nama atau pakaian kerana mereka semua mempunyai nama Arab dan pakaian yang serupa.

Seterusnya ada juga yang khuatir sekiranya tanpa nama Islam (Arab/Melayu) maka banyak masalah akan timbul jika seseorang itu meninggal dunia dan identiti muslimnya tidak diketahui ramai. Sebenarnya ini bukan satu masalah kerana status agama Islam ada dinyatakan dalam “MyKad” dan juga dalam kad Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam.

3. Memilih nama Arab yang mempunyai makna yang baik dan mengekalkan nama keluarga atau “surname” (Abdul Rahman Lim atau Abdul Rahman bin Lim Hong Nam). 

Antara Gambaran Kiamat

Gambaran Hari Qiamat:
 
 Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 
 
 Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 
 
 Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 
 
 Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 
 
 Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 
 
 Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 
 
 Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 
 
 Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 
 
 Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 
 
 Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 
 
 Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 
 
- Pemimpin yang adil. 
 - Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 
 - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 
 - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 
 - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 
 - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 
 - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 
  
 Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuha.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 
 
 Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 
 
 Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 
 
 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 
 
 Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 
 
 Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin
 
 Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 
 
 Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 
 
 Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 
 
 Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 
 
 Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 
 
 Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 
 
 Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 
 
 Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 
 
 Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 
 
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 
 - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 
 - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 
 
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 
 
 Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 
 
 Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 
 
 Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 
 
 Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 
 
 Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal AbidinMuhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
 

Perkahwinan palsu



beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

Setiap kali sebelum tidur, Valbona, 35, dari Peja, barat Kosovo, akan menatap gambar perkahwinannya yang diambil 13 tahun yang lalu. Di sebelahnya, kelihatan suaminya sedang tersenyum. 

Hari ini, detik-detik itu hanya tinggal kenangan. Dua tahun sudah, suaminya mengahwini seorang wanita Jerman. Valbona, ibu kepada empat anak berumur 4 hingga 11 tahun itu, bukan sahaja tahu tentang perancangan suaminya, malah merestuinya. 

Ini kerana, pada pandangan keluarga dan masyarakat, Valbona tidak diceraikan dalam erti kata sebenar. Ramai lelaki etnik Albania di Kosovo menceraikan isteri pertama mereka berdasarkan persetujuan bersama, kemudian berhijrah ke Eropah barat di mana mereka bertemu pasangan baru yang membolehkan mereka mendapatkan dokumen penduduk tetap.



Mereka meninggalkan anak-anak di Kosovo supaya kelihatan seperti lelaki bujang dan dapat berkahwin dengan segera. Apabila berjaya memperolehi taraf penduduk tetap di Jerman, atau negara-negara EU lain, mereka akan menceraikan isteri kedua, kembali kepada isteri pertama dan kemudian bawa mereka berhijrah bersama ke Barat. 

Jerman adalah destinasi popular pendatang Kosovo kerana terdapat ramai penduduk keturunan Albania tinggal di sana. 

Wanita-wanita barat yang dikahwini lelaki Kosovo ini sering beranggapan bahawa mereka telah bertemu dengan suami yang ideal dan bertanggungjawab. Namun, apabila taraf PR diperolehi – selepas lima tahun perkahwinan dengan warga Jerman – mereka mula menuntut cerai. 

Valbona yakin yang suaminya akan melakukan perkara yang sama. "Perceraian memang menyusahkan, tetapi apabila kami berdua tahu tujuannya, ianya menjadi lebih mudah," jelas Valbona.

Valbona, yang tidak dikenali ‘madunya’, menghabiskan musim panas lalu bersama bekas suaminya yang kembali ke Kosovo untuk bercuti. 

Faedah perceraian

Pada masa lalu, keluarga Albania tidak mudah menerima perceraian.Tetapi sekarang larangan perceraian semakin dilupakan apabila ramai yang mendapati kebaikan perceraian dan perkahwinan dengan warga asing bagi mendapatkan dokumen-dokumen untuk tinggal di barat Eropah.

Setiap bulan, bekas suami Valbona akan menghantar wang untuk kegunaannya dan empat anak mereka. Wang tersebut amat tinggi nilainya jika digunakan dalam negara miskin seperti Kosovo, di mana 40 peratus daripada penduduk masih menganggur dan purata gaji bulanan bagi yang bekerja pula sekitar hanya 200 euros (RM838).

Setiap tahun, warga Kosovo yang telah berhijrah ke negara-negara di barat Eropah mengirim wang berjumlah 530 milion euro kepada keluarga mereka di Kosovo. Jumlah ini menyumbang kepada 13 peratus KDN negara tersebut, menurut Bank Pusat Kosovo. 

Disebabkan latar belakang ekonomi yang tidak memuaskan, ramai yang terdesak untuk mendapatkan hak untuk tinggal dan bekerja di barat Eropah. Bagaimanapun, untuk mendapatkan visa bukanlah sesuatu yang mudah.

Tidak seperti sesetengah negara jiran Balkan mereka, warga Kosovo tidak mendapat kemudahan perjalanan tanpa-visa dalam Kesatuan Eropah. Ianya hampir mustahil bagi warga Kosovo untuk mendapat kerakyatan Jerman melainkan jika mereka dilahirkan di sana, atau masuk ke negara tersebut ketika masih bayi dan kemudian bersekolah di sana. 



Akan tetapi, seperti pendatang-pendatang dari negara bukan-EU lain, warga Kosovo boleh memohon status PR di Jerman, atau Niederlassungserlaubnis, jika sekiranya mereka telah menetap secara sah di Jerman melebihi lima tahun – tempoh yang dibenarkan samada untuk melanjutkan pengajian tinggi atau berkahwin dengan warga Jerman. 

Kadar perceraian meningkat

Di ibu negara Kosovo, Pristina, bandar berpopulasi sekitar 600,000, pihak berkuasa merekodkan 127 perceraian dalam tahun 2007. Jumlah tersebut dianggap kecil jika mengikut piawaian Eropah barat tetapi dianggap tinggi bagi warga Kosovo. Pegawai perbandaran di Pristina merekodkan hanya sebanyak 36 perceraian pada tahun 2003.

Serentak dengan kenaikan jumlah perceraian, perkahwinan dengan warga asing (kebanyakannya warga Eropah barat) juga meningkat. Pada 2009, pegawai di Pristina merekodkan sejumlah 98 perkahwinan seperti itu melibatkan lelaki Kosovo dan wanita dari Barat. 

Sonja, seorang wanita Jerman berasal dari Stuttgart, adalah sasaran lelaki yang ingin mendapatkan taraf PR di Jerman. Sekarang pada usia awal 30an, beliau pernah melalui pengalaman berkahwin dengan seorang lelaki berketurunan Albania dari kawasan Mitrovica utara Kosovo sejak 13 yang lalu.



Beliau yang ketika itu masih menganggur dan keseorangan, terus tertarik apabila dihampiri seorang lelaki tampan, berambut hitam, tampak beberapa tahun lebih tua darinya, dalam sebuah café di Stuttgart sambil mengucapkan hello.

Dia memang tidak tahu bahawa lelaki yang kelihatan bujang itu, sebenarnya, telah berkahwin pada usia 18 di Kosovo dan telah bercerai sebelum datang ke Stuttgart.
Tidak lama kemudian, mereka berkahwin, dan Sonja memaksa dirinya belajar bahasa Albania dan menjalani kehidupan sederhana seperti kebanyakan surirumah Kosovo. "Saya menjadi lebih Albania dari seorang wanita Albania," katanya.

Tidak seperti biasa, suami Sonja tidak meminta cerai selepas lima tahun. Ini kerana mereka mempunyai seoang anak lelaki yang masih kecil yang mungkin menyulitkan urusan perceraian. Suami Sonja mahu memastikan yang beliau diberi hak penjagaan ke atas anaknya sebelum berpisah. 

Mereka akhirnya bercerai dua tahun lalu, selepas Sonja bersetuju untuk menyerahkan anaknya, 8, kepada bekas suaminya. Lelaki itu kemudiannya berkahwin semula dengan isteri pertama, dan sekarang tinggal di luar Stuttgart bersama isteri dan anak hasil pekahwinan dengan Sonja.

Sonja tidak tahu cerita di sebalik perkahwinannya, tetapi beberapa orang jiran beliau berbangsa Albania Kosovo memang tahu latar belakang suaminya itu. Apa yang dia tahu bekas suaminya telah berkahwin dengan “seorang wanita Albania yang tidak memiliki apa-apa dokumen perjalanan".

Tradisi diketepikan

Beberapa tahun lalu, hanya faktor tidak subur yang membolehkan pasangan bercerai, kata Hamdi Veliu, 71, dari Polac, sebuah kampung di tengah Kosovo. 
"Jika isteri tidak boleh melahirkan anak, dia mempunyai dua pilihan; untuk bercerai, atau kekal bersama," jelasnya.

"Hari ini, situasi menjadi teruk," kata Veliu, yang tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah keluarga isteri pertama yang mendesak si lelaki supaya membawa isterinya bersama ke Jerman sebelum dapat menceraikan isteri kedua warga Jerman.

Kebanyakan warga Kosovo berketurunan Albania beragama Islam, tetapi terdapat juga minoriti kecil yang beragama katolik. Kedua-duanya melihat perkahwinan sebagai satu ikatan yang suci yang perlu dikekalkan.

"Perkahwinan hendaklah kekal tanpa had-waktu; ianya sesuatu yang tiada kesudahan," kata Bedri Syla, seorang imam dari Skenderaj, tengah Kosovo, yang beranggapan perceraian sementara seperti ini seperti mempermain dan memperalatkan agama.
Pendapat beliau disokong sepenuhnya oleh Don Shan Zefi, seorang paderi di Pristina. "Samada secara moral, psikologi atau sah di segi undang-undang, perkahwinan seperti ini memang tidak dibenarkan," katanya. 

'Pengorbanan yang berbaloi'

Bagaimanapun, Agron, 40, berkata pengorbanan beliau dan isteri memang berbaloi kerana kini memiliki kehidupan yang lebih sempuna di Eropah. 

Beliau yang bekerja sebagai pengukir batu nisan, kini tinggal bersama isteri pertamanya di sebuah kampung 30 km dari Stuttgart,setelah melalui proses perceraian yang sulit dan panjang dengan isteri kedua warga Jerman bagi membolehkan ia berkahwin semula dengan isteri pertama warga Kosovo itu.

"Pengorbanan ini memang berbaloi, selagi awak tidak melupakan isteri pertama dan anak-anak di Kosovo," ujar Agron. "Bagi saya, tinggal di sini bagai di syurga."
Untuk menikmatai ‘syurga’ yang sama, Valbona dan empat anaknya perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Ditanya apa perasaanya tentang perkahwinan kedua suaminya, beliau berkata: "Saya tak kisah…keadaan ekonomi memaksa kami berbuat begini."

Gambar majlis pernikahan Taib Mahmud


Taib: I am too old to get new wife
New Straits Times, May 30, 2010.
KUCHING: At 74, Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud has no plans to remarry after his wife, Puan Sri Laila Taib, 68, passed away on April 29 last year due to lung cancer. He jovially replied Semariang assemblywoman Sharifah Hashidah Syed Aman Ghazali’s pantun urging him to get married again.


I am already 74. It’s too old for me to get a new partner now,” Taib said in jest when launching the Kejiranan Mesra (Friendly Neighbourhood) programme at Kampung Malaysia Jaya in Petra Jaya here yesterday.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud, 74, is believed to have married a woman in her 30s from Lebanon. (Here)
 
 
 

1 Malaysia:Islam Syiah ditangkap, Israel Zionis disembah

Pada ketika ahli - ahli Parlimen di gantung kerana cuba menentang Zionis APCO kini pengikut mazhab syiah pula di tangkap kononnya di tuduh sesat.Apa sudah jadi dengan kerajaan UMNOPCO,adakah plan untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu air dan isu APCO dah terbarai? sebab kalau di fikirkan syiah bukan masalah besar di malaysia berbanding dengan ajaran - ajaran sesat yang lain termasuk yang pernah di lakukan dek Zambry Kader.

Selama 50 tahun kebelakangan ini pun lebih 80% dari umat islam di malaysia mengamalkan cara hidup dan budaya syiah contohnya kalau kita lihat di kampung - kampung masih ada lagi di antara mereka yang masih menyambut hari asyura dan hari karbala dan apabila tiba hari perayaan tersebut maka mereka akan memasak bubur asyura bagi meraikan hari tersebut.Takde pun ada mana - mana ulama yang kata ini sesat dan tak de pula mana - mana jabatan agama nak tangkap diorang.




Syiah adalah sekadar mazhab manakala agamanya pula adalah islam mungkin kewujudan kumpulan - kumpulan pelampau dalam mana - mana mazhab pun menyebabkan ia akan kelihatan menyeleweng.Dari asal sejarahnya Syiah adalah nama yang di reka oleh orang yahudi untuk menggelarkan penyokong - penyokong setia Saidina Ali.Golongan amat mementing ketinggian ilmu sama seperti saidina ali hingga ada yang melampau sehingga mengagung - agungkan saidina ali.

Nampaknya kalau kita lihat dari sudut global Syiah Adalah Islam manakala Musuh Syiah yang nombor satu adalah Zionis Israel sama seperti Sayyid Hasan Nasarallah dan juga Mahmoud Ahmadinejad.Jadi adakah Zionis sudah bagi arahan pada UMNPCO untuk memerangi Syiah di malaysia.Penganut dan negara yang mermazhab syiah adalah negara Islam,kalau negara ini negara ajaran sesat mengapa Pakistan,Iran dan Lebanon boleh di terima menjadi ahli OIC.
 

Tetapi realitinya di sini kalau kita lihat ajaran syiah ini amat menarik minat anak - anak muda ini kerana ajaran syiah menentang imperialis anglo-amerika manakala sunni cara Arab Saudi mengajar semua orang jadi barua Amerika dan Israel,kerajaan syiah Iran bangun menentang kuasa imperialis Amerika,Tetapi sunni Arab Saudi pula tunduk dan menyembah Amerika dan Israel.

Tetapi Syiah mengajar anak - anak muda supaya bangkit dan musnahkan Israel dan barua - baruanya (termasuk UMNO) dari peta dunia apabila prinsip Politik syiah itu bersifat menentang Amerika dan Israel tetapi Sunni Arab Saudi pula menyokong Amerika dan Israel contohnya kita sendiri lihat Mesir dan Jordan sendiri mengadakan hubungan diplomatik dengan negara haram ini.

Apabila palestin di zalimi dan di robek - robek oleh Anak - anak haram Zionis. golongan sunni ini di lihat berdiam diri dan berpeluk tubuh, tetapi yang tegar membekalkan senjata dan bantuan kewangan kepada Pejuang - pejuang Palestin adalah Syiah.Mungkin kita masih ingat lagi ada beberapa pejuang - pejuang Palestin yang di tangkap apabila cuba menyeludup senjata buatan Iran ke Ramallah di berapa lama dahulu dan george bush menuntut supaya pemimpin Palestin menjawab tentang penyeludupan itu.

Tapi kini di hadapan kita adalah golongan sunni yang menjadi barua Amerika dan Israel sama dengan sunni Arab Saudi.Mereka adalah UMNOPCO,kita sendiri telah saklsikan bagaimana Zahid Hamidi ke Tel Aviv dan berbincang secara tertutup dengan Ehud Barak.Kita sendiri lihat bagaimana dua orang agen MOSSAD yang di tahan kerana menceroboh ibu pejabat polis Bukit Aman di lepaskan begitu sahaja.


Kita sendiri lihat perlakuan kerajaan UMNOPCO adalah persis siapa hingga kita tak perlu untuk ke baitulaham,jenin atau pun ramallah untuk melihat pengusiran kejam oleh Israel.Kita hanya perlu saksikan sendiri pengusiran yang di lakukan di kampung Chu badak,kampung melayu Ampang,kampung Berembang dan Rimba Jaya.

Mereka - mereka ini khususnya orang melayu islam di usir dengan cara yang amat zalim sekali,rumah - rumah mereka di robohkan oleh jentolak dan bulldozer dan sebelum itu dalam TV3 suku mereka gah berkata yang mana penduduk - penduduk yang dah tinggal di kampung ini hampir 100 tahun adalah setinggan dan pendatang.Ia nya persis perlakuan Zionis Israel di tebing Gaza yang mengusir penduduk palestin dan mendakwa penduduk palestin adalah pendatang dan pelarian.

Manakala polis,FRU dan Cawangan Khas di gunakan untuk melakukan kekerasan dan kekasaran ke atas penduduk - penduduk yang di usir,perlakuan ini persis seperti yang di lakukan oleh tentera dan polis israel di Jenin dan tebing Gaza.Tidak kurang pula "Abang Long" dan "Abang Ngah"(Pekida) yang bertindak sebagai gangster yang bertujuan untuk menakut - nakutkan penduduk kampung juga persis dengan dua gangster yahudi yang berkerjasama dengan regim zionis untuk menghalau penduduk palestin iaitu "Irgun" dan "Haganah".





Kita tak perlu ke Gaza untuk melihat pembunuhan beramai - ramai tapi cukup sahaja kita lihat kezaliman di kampung memali.Kesan tembakan pada dinding sekolah semuanya masih jelas dan tidak ada satu pun negara di dunia ini yang menangkap seluruh penduduk kampung termasuk wanita,orang tua dan kanak - kanak dan memenjarakan mereka melainkan Zionis Israel. Tetapi kita tak perlu hairan yang fenomena itu ada di memali.Cuba fikirkan daripada siapakah mereka(UMNO) belajar semua ini?


Mereka kata ajaran syiah mendakwa hanya mereka sahaja yang betul tapi cuba lihat apa yang mereka (UMNO) lakukan seperti rasuah,penyelewengan kuasa, kezaliman, dan pembunuhan yang di nafikan,tidakkah ini juga menunjukkan yang mereka(UMNOPCO) lebih teruk daripada syiah.sekurang - kurangnya syiah tak ajar pengikutnya rampas tanah orang,sekurang - kurang syiah tak ajar pengikutnya menipu orang dan rasuah.



Sekarang maka terbongenglah di hadapan mata kita yang mana mereka - mereka ini adalah barua - barua kepada Zionis Israel.Oleh itu apa lagi yang kita tunggu kita di halalkan untuk bangun memberontak kerana di hadapan kita adalah barua kepada musuh no.1 Umat islam iaitu Israel Zionis.Mungkin ada di antara kita anak - anak muda bukan di kalangan syiah,sunnah, mahupun khawarij.Mungkin ada antara kita adalah di kalangan Para Revolusioner dan juga Mujahid yang bangkit memberontak untuk menuntut keadilan atas segala kezaliman yang di lakukan oleh keparat - keparat UMNOPCO yang menjadi kuda tungangan Israel Zionis.


OLEH ITU APA TUNGGU LAGI! MARI KITA BANGUN MEMBERONTAK! TEGAK KAN JIHAD FI SABILLAH!
"
 

Gempar lagi kemalangan di Simpang Pulai Perak

IPOH, 20 Dis – Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi tadi. Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan seoarang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang.
Menurutnya polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemand bas terbabit.
Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.
Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.
“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang,” katanya.
Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas.
Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Sor berkata syarikat akan merancang sesuatu.
“Buat masa ini saya amat sedih... saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya.
Pihak polis setakat ini telah mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi tadi.
1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)
25. Natkritta Poolsaeng, enam, (perempuan)
26. Weera Chuntanagon (lelaki) – Bernama

Korban bas terbalik dekat Cameron Highlands naik, 27 maut " 

website-website utama tentang kesesatan syiah

"Terdahulu, blog ini ada berkongsikan tentang Artikel Khas JAKIM tentang kefahaman Syiah dan video Mudzakarah Ulama Tentang Kesesatan Syiah serta video pembongkaran Dato’ Harun Taib.


Berikut pautannya:


Penjelasan JAKIM tentang fahaman Syiah –http://muzir.wordpress.com/2009/06/03/penjelasan-terhadap-fahaman-syiah-disediakan-jakim/
  • Video Mudzakarah Ulama Membongkar Kesesatan Syiah –http://muzir.wordpress.com/2009/06/03/mudzakarah-ulama-membongkar-kesesatan-syiah/

  • Video Dato’ Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah –http://muzir.wordpress.com/2009/06/01/dato-harun-taib-membongkar-hakikat-syiah/ 

  • Pautan Utama Yang Membongkarkan Kesesatan Syiah
    Di dalam posting kali ini, blog ini akan menyenaraikan beberapa pautan berbahasa Melayu yang insyaALLAH akan membuka kefahaman kita semua tentang bahaya kesesatan Syiah:
    1. JAKIM – Artikel Khas tentang fahaman Syiah:  http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html#seleweng
    2. DARULKAUTSAR.NET – Koleksi bahan ilmiah tentang kesesatan Syiah: http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93
    3. AL-AHKAM.NET – Himpunan beberapa artikel & bahan media tentang Syiah: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=category&id=62:bahaya-syiah
    4. http://www.tenteradajjal.blogspot.com - Syiah & Dajjal
    5. http://www.abunaaielah.blogspot.com - Catitan Blog Tentang Syiah
    Di dalam pautan-pautan yang diberikan di atas, tuan/puan akan didedahkan dengan hakikat Syiah yang sebenar.  Bukan sahaja dalam bentuk artikel atau rencana, malah banyak paparan dalam bentuk video juga terdapat di dalam pautan-pautan di atas, terutama pautan no. 2, 3 dan 4.  Lawatlah laman-laman web tersebut.
    Saudara-saudaraku,
    Ramai belum sedar tentang kesesatan Syiah.  Syiah bukan sahaja sesat malah amat menyesatkan dan jauh terpesong dari ajaran agama ISLAM yang sebenar.  Kita sedih kerana terdapat ramai penganut Syiah yang belum sedar tentang kesesatan Syiah.  Pernah saya terbaca kenyataan seorang wanita berumur dalam lingkungan 30an di Iran yang telah sedar tentang kesesatan Syiah dengan berkata:  “Oh, kenapa engkau datang lewat, selepas 30 tahun baru kami sedar tentang hal ini!!!”.  Beliau sedar tentang keindahan Islam yang sebenar setelah mendengar seruan dakwah dari seorang pendakwah Ahli Sunnah wal Jamaah. 
    Ternyata, kebanyakan penganut Syiah tidak menyedari kesesatan Syiah.  Di Iran, mereka hanya mewarisi apa yang dianuti oleh nenek moyang mereka tanpa mendapat pendedahan tentang Islam yang sebenar.   Mereka anggap itulah ISLAM.  Sedangkan pada hakikatnya mereka telah jauh tersasar dari menganut agama yang suci, iaitu ISLAM.  Kasihan kita kepada orang-orang awam yang jahil ini, mereka ditipu dan diperdaya oleh para ulama Syiah yang menyebarkan doktrin-doktrin palsu yang kononnya ia adalah agama Islam.
    Usaha taqrib di antara Sunni & Syiah telah banyak dilakukan oleh ramai ulama sejak dahulu hingga sekarang.  Malah terdapat beberapa ulama Malaysia yang terlibat sama dalam usaha ini.  Walaupun semua usaha taqrib untuk mendekatkan Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah menemui jalan buntu akibat daripada sifat taqiyyah yang menjadi salah satu daripada anutan Syiah, namun kita masih mengharapkan usaha-usaha taqrib ini diteruskan bagi menyelamatkan mereka yang berfahaman Syiah.
    Bukan setakat taqrib, tetapi yang paling penting ialah menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka dan menyedarkan mereka bahawa doktrin Syiah adalah sesat jauh dari ISLAM.  Semoga mereka kembali kepada ISLAM yang sebenar, amin…
    Mudah-mudahan pautan yang diberikan di atas dapat dimanfaatkan oleh semua dalam usaha memahami tentang kesesatan Syiah dan apa bahaya yang bakal menimpa ummat Islam khususnya di Malaysia sekiranya Syiah ini tidak dibendung sejak dari awal.  Rakyat Malaysia mesti didedahkan dengan hal ini supaya tiada generasi kita yang terjebak dengan Syiah.
    Sama-samalah kita do’akan agar penganut-penganut Syiah kembali ke jalan yang benar, amin…