Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Julai 23, 2011

Kesan Protokol Yahudi ke-10 terhadap Malaysia



"

Cuba kita renungkan kebenaran artikel ini sebagai rujukkan kita bersama dan sebagai ingatan kepada kita.

Di ingatkan semula agar kita tidak lupa dan lalai terhadap apa yang dunia hidangkan kepada kita.




Protokol Yahudi

Di bawah adalah Protokol ke 10 Yahudi (jumlah protokol 24 kesemuanya) mengandungi 8 perkara untuk melalaikan manusia. Sekaligus memudahkan mereka menguasai dunia seperti yang terjadi sekarang ini.

Dakwah melalui lagu? Setakat ini saya tak dapat lihat kesannya

Song

Lagu-lagu amat menghiburkan dan melalaikan. Ada anak-anak yang tidak tahu mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Tidak menghafal ayat-ayat al-Quran meskipun sependek al-Fatihah tetapi boleh menghafal lagu dalam bahasa yang tidak difahaminya. Berjayakah Yahudi? Sememangnya mereka berjaya sehinggakan kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? Boleh ke hidup tanpa lagu? Tanya diri anda sendiri. Al-Quran atau Protokol Yahudi yang anda ikut?

Sex

Sex sudah menjadi kegilaan remaja dan orang tua sekalipun. Sex senang didapati di mana-mana. Di kaca tv, di dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Filem 18SX amat laris di pasaran. VCD lucah amat mudah didapati dan harganya amat murah. Kini kita seakan-akan tidak kisah dengan filem yang mempunyai unsur sex. Lagi sekali Yahudi berjaya.

Smoke

Rokok adalah hasil ciptaan Yahudi. Tetapi mereka tidak merokok. Rokok telah menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak lelaki jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi perempuan yang kononnya mahu di gelar 'up to date'. Kita seakan-akan mendokong penuh dalam merialisasikan matlamat yahudi.

Sport

Pelbagai jenis sukan telah dipopularkan. Lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba untuk mencapai target dan kemenangan. Bila bersukan, jarang yang menutup aurat, sembahyang dan puasa juga boleh di tangguhkan dan dibaikan. Yang menonton pun leka dan lupa menunaikan solat. Ramai yang fanatik dengan pasukan sukan masing-masing. Sampaikan ada yang bergaduh. Menangis kerana menang atau kalah. Pernah kita menangis kerana Allah? Atau menagis kerana permainan Yahudi?

Berbaloikah tangisan ini?

Fun

Kita seolah-olah tidak dapat lari dari hiburan. Hiburan ada disekeliling kita. Betul ke kita tak dapat lari dari ini semua? Adakah pancaindera yang dianugerahkan kepada kita hanya untuk berhibur? Semua lapisan peringkat umur meminati hiburan. Akademi Fantasia contohnya memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. penonton melekat di depan tv berjam-jam lamanya. Seolah-olah itulah dunia mereka. Mereka gelak dan menangis bersama. Yang pasti yahudi gelakkan kita.

Apakah masa hadapan kanak-kanak ini?

Female

Perempuan, tawaran Yahudi ini amat mengasyikkan. Perempuan dijadikan sebagai 'pelacur' untuk melariskan produk-produk syarikat dan memeriahkan event seperti lumba kereta dan sebagainya. Apa relevannya meletakkan perempuan separuh bogel di dalam iklan bateri kereta? Ini adalah untuk merendahkan martabat dan maruah perempuan. Hak-hak perempuan? Apa itu? Dari Quran atau pemikiran Yahudi?

Adakah Nabi Muhammad s.a.w ingin hadir ke festival fesyen islam ini?

Fashion

Fesyen terutama perempuan ada bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka sudah tidak menutup aurat. Macam mana hendak dikatakan menutup aurat jika bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat? Yahudi lebih mengetahui nafsu syawat lelaki berbanding wanita. Faham apa yang saya sampaikan? Fesyen lelaki juga semakin pelik. Gambar lucah terpampang di dada-dada mereka. Gah berjalan seolah-olah bangga dengan fesyen mereka tampilkan. Yahudi ketawakan kita lagi.

Food

Lagi satu kegilaan Umat Islam ialah obses terhadap makanan dari Barat seperti MC D, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Hanya dibeli setahun sekali apabila bulan Ramadan tiba. Tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan walaupun memudaratkan kesihatan. Makanan-makanan ini memang dicipta supaya Umat Islam lemah berfikir dan akan menjadi 'pak turut' kepada Yahudi.


Itu semua adalah hasil dari kejayaan protokol yang ke 10. Yang lain-lain akan dirumuskan di dadalam artikel yang akan datang.

Jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, pilihlah Allah.
 
Follow di sini untuk membaca artikel sambungan <"

Bijih besi dikenalpasti di empat daerah



ALOR SETAR, 19 Julai 2011 – “Antara daerah-daerah yang dikenalpasti mempunyai bijih besi termasuklah Kuala Muda, Kubang Pasu, Baling dan Yan,” jelas Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya lagi, aktiviti perlombongan hanya akan memberi kesan yang minima kepada alam sekitar dan selepas aktiviti perlombongan dijalankan kawasan tersebut akan dipulihkan.

“Aktiviti perlombongan tidak melibatkan pembersihan hutan secara keseluruhan dan ianya tidak menggunakan air yang banyak. Oleh itu ia tidak menjejas atau mencemarkan anak-anak sungai di tapak tersebut,” sambungnya lagi.

Jawapan bertulis tersebut dikemukakan bagi menjawab soalan ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Mahawangsa, Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid sempena Mesyuarat Pertama Penggal ke Empat Dewan Undangan Negeri Kedah Ke Dua Belas. Soalan yang diajukan inginkan penjelasan daerah-daerah yang dikenalpasti mempunyai bijih besi serta kesan perlombongan kepada alam sekitar.

Berikutan soalan seterusnya yang berhubung kait dengan anggaran pendapatan  serta pengeluaran lesen dan garis panduan melombong, Azizan menambah lagi, kerajaan negeri  mengenakan royalti pengeluaran bahan bantuan sebanyak lima peratus iaitu anggaran RM100 ribu bagi tahun 2011 ke atas harga semasa pengeluaran. Anggaran ini dijangka akan meningkat setiap tahun melalui pertambahan kawasan perlombongan bijih besi pada masa akan datang.

“Garis panduan telah diwujudkan dan akan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sementara  permohonan lesen melombong kita mengutamakan permohonan dari syarikat-syarikat,” sambung beliau lagi.

Menteri Besar juga merupakan Pengerusi JawatanKuasa Tetap Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli.

EKSKLUSIF!! Rakaman Video Penuh, Mat Sabu dilanggar Polis



"PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan

Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [The Malaysian Insider].

Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.


Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di bawah dengan mata kepala anda sendiri.

Sila lihat video tersebut di SINI "

Tengku Indera Petra, Mantan Raja Muda Kelantan


Sudah lama Saya mencari gambar ini, Saya pernah meminta dari Kerabat DiRaja Kelantan tetapi tak siappun mahu membantu malah memberi berbagai alasan. Akhirnya gambar ini sebenarnya ada dalam simpanan MBS Mini Royal Library Syah di Rawang Residence. Tentu anda tidak mengenali individu yang Saya ingin perkatakan disini tetapi ia cukup dikenali dikalangan kerabat diraja Kelantan dan pihak Istana Kelantan. Beliau adalah YAM Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tengku Besar Indera Petra atau Tengku Indera Petra. Apa yang terjadi kepada beliau merupakan salah satu titik hitam dalam perjalanan sejarah kesultanan Kelantan dan iannya tidak boleh dilupakakan begitu sahaja kerana Sejarah Tidak Boleh Diubah cuma kita tidak perlu membangkitkan cerita lama ini untuk kepentingan diri sendiri.

  • Dari Kiri ke Kanan :- Raja Muda Kelantan, Tengku Indera Petra bersama adindanya Tengku Yahaya Petra (Sultan Yahaya Petra) yang ketika itu menjadi Tengku Bendahara Kelantan.
Tengku Indera Petra dilahirkan pada tahun 1916 di Kota Baharu, Kelantan. Beliau merupakan Putera Sulung Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim. Bondanya adalah Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Zainab binti Tengku Ahmad Zainal Abidin. Apabila menjadi anak sulung lelaki seorang Sultan sudah tentu beliau merupakan pewaris pertama tahta kesultanan Kelantan. Selepas ayahandanya ditabalkan sebagai Sultan Kelantan, beliau pula telah dilantik sebagai Raja Muda Kelantan (sekarang gelaran itu dikenali sebagai Tengku Mahkota Kelantan) pada 25.10.1944. Tengku Indera Petra merupakan seorang yang mendapat pendidikan Barat dan agak sosial. Walau bagaimanapun apabila terjadi perbalahan diantara beliau dan ayahandanya, Sultan Ibrahim, Tengku Indera Petra terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pewaris tahta. Tengku Indera telah menulis surat perletakan jawatan pada 25.11.1947 sebagai Raja Muda Kelantan dan keturunannya tidak akan menuntut tahta dan menjadi raja. Sehubungan dengan itu Sultan Ibrahim melantik putera kedua baginda, Tengku Yahya Petra iaitu ayahanda Sultan Kelantan sekarang menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 01.02.1948 . Bonda Tengku Yahya adalah YM Che Puan Besar Che Embung binti Daud yang merupakan salah seorang isteri Sultan Ibrahim dan bukan anakanda Sultanah Zainab. Memang pernah terjadi didalam sejarah kesultanan Kelantan, Tengku Mahkota dilucutkan dari jawatannya dan diambil alih oleh Tengku Bendahara Kelantan sebagai Sultan Kelantan.
  • Kiri ke kanan :- Sultan Ibrahim dan Sultan Yahaya Petra.
Apabila dilucutkan dari gelaran Raja Muda Kelantan, beliau telah menceburi bidang politik sebagai wakil rakyat di Ulu Kelantan, pernah menjadi duta di Sri Langka, Jepun dan Pakistan, beliau juga pernah memangku jawatan Yang Di-Pertua Besar Negeri Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan seorang perempuan British, Annette Edith Olive Wheller pada tahun 1939 dan kemudiannya bercerai pada 23.05.1949 di London. Isteri kedua beliau adalah Puan Sri Zainab bt Ali. Tengku Petra mangkat pada 1983. Salah seorang anakanda beliau, Tengku Ibrahim Petra pernah membuat tuntutan terhadap tahta Kelantan tetapi tidak berjaya.
  • Duduk dari kiri ke kanan :- YTM Tengku Ismail Petra (Sekarang Al-Sultan Kelantan), DYMM Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab, KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra, YAM Tengku Rohani
  • Berdiri dari kiri ke kanan :- YAM Tengku Rozan, YAM Tengku Salawani dan YAM Tengku Marjan.
Gambar kenangan Tuanku Yahya Petra sekeluarga. Kanak-kanak lelaki disebelah kiri sekali merupakan DYMM Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Peta ibni Al-Marhum Sultan Yahaya Petra.