Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Isnin, Januari 23, 2012

Tersungkurnya Raja di Hadapan Rakyat Yang "Hina"


Kerabat DiRaja yang dahulunya gah, angkuh dengan kuasa dan pangkat kini tidak punyai apa. Lagak mereka tidak umah seperti Si Minoriti yang ketakutan akan kuasa Majoriti. "Rempuh! Rempuh! Rempuh!" - jerit seorang anak muda di lorong-lorong kecil di Khatmandu. 

Pom! Pom! Pang!. Bunyi bunga api tidak henti-henti di Khatmandu. Tawa riang mengantikan derita dan suram. Berjuta-juta rakyat berbondong-bondong saling berpegang tangan turun ke jalan.Setiap wajah memaparkan satu harapan. Ya. Satu harapan. Mereka mahukan reformasi landskap politik. Sudah serik dengan sistem Monarki mutlak Nepal sebelum ini.

          Kini berjuta-juta telah memenuhi Khatmandu. Kerabat DiRaja yang dahulunya gah, angkuh dengan kuasa dan pangkat kini tidak punyai apa. Lagak mereka tidak umah seperti Si Minoriti yang ketakutan akan kuasa Majoriti. "Rempuh! Rempuh! Rempuh!" - jerit seorang anak muda di lorong-lorong kecil di Khatmandu. Anggota bertugas tidak lagi mampu menghalang kebangkitan rakyat. Ada yang mengungkapkan rakyat tiba bagaikan Tsunami. Besar dan menakutkan.

          Rata-rata anak muda Nepal bangkit. Berita tersebar. Raja yang dulunya gah ditampuk kuasa kini bergegas mengemas bagasi dan beredar dari kediaman rasmi.Ya, kediaman rasmi yang jauh lebih gah berbanding kediaman rakyat kebiasaan di Nepal. "Raja sudah tiada! Sistem berakhir! Rakyat Bebas"- teriak anak muda yang bertongkat. Mereka berpelukan, menyanyi dan menari sambil diperhatikan anggota polis yang bertugas.

          Jana Andolan II (Pergerakan Rakyat 2.0), masih segar di minda setiap masyarakat Nepal. Mereka yang menjadi sebahagian dari sejarah pasti tidak akan melupakan perasaan manis itu. Apabila sang penguasa yang zalim, rakus dan korup dan mengamalkan sistem pemerintahan warisan akhirnya tersungkur hina begitu sahaja. Rakyat Nepal juga harus berterima kasih kepada pemisah Maoist dan SPA yang juga sedikit sebanyak menjadi pemangkin gerakan massa.

          18 Mei juga merupakan hari-hari yang tidak akan dilupakan dan merupakan tamparan hebat kepada sistem monarki. Dimana 90,000 tentera monarki kini ditempatkan di bawah penguasaan Parlimen. Cukai juga dikenakan terhadap kerabat dan aset-aset mereka, tidak seperti sebelum ini. Majlis Penasihat Raja juga telah dibubarkan. Pelbagai lagi reformasi telah dilaksanakan bagi menghadkan kuasa mutlak monarki sebelum ini.

           "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah"
"Kuasa di tangan Rakyat, tidak terletak mutlak pada seseorang individu sahaja"

Umno bimbang Johor jatuh PRU 13 nanti


"Cakap cakap kebanyakan orang umno Johor, Menteri Besarnya  Datuk Seri  Ghani Osman diberitakan sangat leteh atau dengan kata lain betul betul leteh.Tidak kurang juga yang merasa amat kasian.

Dia kata dah leteh kerana lari ke hulu ke hilir membuat program  MB melawat kawasan.Yang peliknya ada yang berkata Hasilnya kosong.bermakna tak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini.


Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak kelihatan leteh kerana turun pandang bagi memastikan rakyat yakin dengan BN. Atau dengan kata lain dihati rakyat hanya Barisan Nasional bukan Pakatan yang buat janji kosong itu.
Dalam perhimpunan Agung umno tahun  2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari johor kubu kuat umno itu.
Niab Presiden umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan umno dalam PRU 13 nanti.
Perkara ini telah dinyatakan MB Ghani Osman yang melawat semua  kawasan Parlimen di bandar 2 di Johore akan jatuh ka tangan Pembangkang,  termasuk lah NUSAJAYA.
Menteri Besar Johor telah membuat  anggar 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan  tak selamat.

Ada orang umno sendiri yang kata padan muka Ghani Osman menandakan  marah sekali  rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corp.yang mengalami kerugian besar.
Johor Corp yang di bena oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai asset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp ,Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masuk beberapa orang luar ,budak2 yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai  mengendalikan J,Cop dan anak2 syarikatnya.
Terutama sekali Ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.Siapa yang tidak marah.Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman,Jamal,Ahmad Mohamad.

Yang sedehnya dato,penasihat sebenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim"superman"Sekarang tugas mereka ini ialah untuk 'merompak 'asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR.Tanah2 Commesial dan akhirnya estate 2 yang di miliki oleh Kulim.

sesetengah berkata jika umor panjang tulis dalam buku dairy  masing masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun semua harta2 ini habis.

J.Corp yang mempunyai hutang hampir RM3 billion,nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini,tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya.

Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali,malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block.

TANAH BERTUAH EDEN OF THE EAST DAN BANGSA AUSTRONESIA




Salam. Sudah terlalu lama rasanya tidak menulis, saya ingin meminta maaf kepada para pembaca kerana terlalu banyak hal yang telah menyebabkan saya tidak dapat menulis seketika. Dalam artikel kali ini saya ingin mengetengahkan mengenai Nusantara sebagai Atlantis atau Garden Of Eve yang sering disebut-sebut oleh masyarakat barat . Saya amat yakin bahawa Nusantara adalah tempat yang paling sesuai untuk ciri-ciri yang telah diberikan oleh para cerdik pandai dan pendita tamadun-tamadun dunia sejak beribu-ribu tahun. Sepertimana kebiasaannya yang kita baca dalam epic-epik atau kisah tentang Syurga dunia atau Garden Of Eve, kita sering mendengar bahawa mereka menggambarkan tempat tersebut sebagai sebuah tempat yang beriklim tropika.



Tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digambarkan mereka juga adalah dari iklim tropika. Oleh sebab itu saya agak sangsi jika atlantis diletakkan di sebelah barat atau lautan atlantik. Pemahaman masyarakat greek terdahulu tentang kedudukan laut yang sebenar juga adalah berbeza dengan pemahaman kita. Masyarakat greek menganggap bahawa lautan atlantik adalah satu-satunya lautan yang terbesar setelah lautan meditranian yang mehgelilingi dunia. Mereka tidak tahu dengan kewujudan lautan Pasifik apatah lagi laut cina selatan. Oleh sebab itu mereka meletakkan atlantis di sebelah barat meditranian.Seperti juga pemahaman masyarakat barat pada zaman gelap dimana mereka menganggap seluruh dunia adalah leper. Ini semua kerana mereka sendiri belum menjelajah lautan tersebut sehinggalah Columbus berjaya menemui jalan ke timur. Sama seperti masyarakat yunani sebelum itu Columbus juga sebenarnya mahu mencari lautan pasifik dan kawasan kepulauan Melayu atau Nusantara dan India dan bukan tujuan asalnya untuk menemui Amerika.



Berbalik kepada perincian masyarakat dunia tentang sebuah syurga  di dunia, tempat misteri ini sering digambarkan dengan tumbuhan-tumbuhan mewangi, kayu kayan yang berbau harum sepreti gaharu dan cendana dan kemenyan yang merupakan sesuatu yang amat berharga kepada mereka ketika itu. Seperti yang kita tahu masyrakat Austronesia adalah masyarakat yang sangat menggemari bau bauan . Buktinya masyarakat di seluruh kepulauan Nusantara sering menggunakan pelbagai jenis bauan ini untuk pelbagai tujuan sama ada perubatan, sihir, atau sebagai pakaian seharian. Bunga-bungaan yang wangi akan dimasak bersama minyak kelapa bagi dijadikan minyak rambut atau minyak urut. Halia, lengkuas kunyit juga digunakan untuk mengubati diri. Bunga-bunga pula dipakai oleh masyarakat ini dalam upacara keagamaan atau ritual dan menghiasi kepala serta dijadikan kalung. Apabila mereka mengembara bersama perahu-perahu mereka yang hebat mereka mengembangkan ilmu wangi-wangian ini kepelusuk dunia.



Masyarakat luar yang tidak pernah menghidu bau-bauan yang sebegitu hebat ini menganggap mereka datang dari tempat yang seakan syurga dibumi, maka berlakulah perdagangan atau pertukaran barang-barang diantara masyarakat Nusantara dengan masyarakat tamadun lain. Siapa tahu berkemungkinan besar sebelum para rahib, pendita, ilmuan India, Yunani dan Mesir Purba menggunakan baun-baun wangi ini, mereka telah berjumpa dengan orang-orang Nusantara dan mempelajarinya dari kita! Ini kerana kesemua bahan-bahan wangian ini berasal dari Nusantara. Malahan hal ini telah dapat dibuktikan oleh sains. Para saintis telah mengesahkan bahawa pokok kemenyan yang terdapat di Afrika dan Yaman juga adalah berindukkan daripada pokok kemenyan dari Nusantara dan telah berevolusi setelah beribu tahun berada dalam kondisi cuaca yang berbeza. Ini bermakna bangsa Nusantara adalah bangsa yang memperkenalkan kemenyan dan lain-lain bauan kepada mereka.



Sebagai contoh dalam kitab Taurat, terdapat ayat yang menceritakan tentang sejenis minyak atau wangian yang telah dikaji oleh saintis. Setelah bertemu dengan para rabbi mereka mendapat maklumat bahawa bahan utama dalam pembuatannya adalah terdiri daripada bahan asas yang sebahagian besar hanya boleh diperolehi dari Nusantara iaitu, kesturi, kayu manis, kulit kayu cassia, serai ( yang sememangnya hanya terdapat di Nusantara)dan lain-lain. Bahan–bahan ini digunakan dalam kuil yahudi bagi membina atau menghadirkan rasa atau perasaan sawai yang membolehkan para rahib bertafakur mengingatkan syurga sebenar, dalam erti kata lain mereka cuba mewujudkan bauan syurga melalui bahan-bahan dunia yang separuh daripadanya berasal dari Nusantara! Kayu gaharu atau depu yang sering digunakan dalam kuil-kuil juga adalah manifestasi syurga didunia yang cuba dicipta oleh imaginasi separa sedar mereka. Kita juga tahu bahawa kapur barus dan halia adalah salah satu daripada bahan yang diturunkan Allah dari syurga seperti yang terdapat dalam Al Quran dan hadis.



Sementelahan melalui kajian terhadap Book Of Enoch para pengkaji sejarah purba membuat kesimpulan bahawa masyarakat purba menganggap bahawa pokok pisang adalah pokok khuldi. Menurut Marco Polo sebahagian mayarakat India yang dijumpainya mengatakan bahawa khuldi yang disebutkan oleh kitab peerjanjian lama adalah pokok pisang. Dalam masyarakat Austronesia terutamanya Hawaii, pisang tidak boleh dimakan oleh perempuan. Mungkin ini ada kaitannya dengan buah khuldi yang dilarang makan oleh Allah SWT di dalam syurga. Dalam masyarakat Melayu pula pisang tidak boleh dimakan bagi perempuan yang memakai susuk dan perempuan yang dalam keadaan tertentu seperti bersalin dan dalam pantang . Selain itu pisang juga dianggap sebagai pokok kehidupan dan kematian. Dalam masyarakat Melayu, dukun dan bomoh selalunya menggunakan batang pisang untuk melakukan penyihiran yang membolehkan seseorang itu dianggap sebagai telah mati. Batang pisang juga digunakan oleh para dukun untuk membunuh musuhnya dengan menjadikan batang tersebut sebagai tumbalnya. Dalam upacara khatan juga batang pisang turut digunakan. Adakah semua ini ada kaitannya?



Pisang juga dikatakan sebagai salah satu tumbuhan yang paling awal ditanam oleh masyarakat Austronesia iaitu lebih kurang 10 ribu tahun dahulu. Oleh sebab itu banyak lagenda yang mengatakan bahawa pisang adalah tanaman dari syurga yang turun bersama Nabi Adam. Namun, walaupun pisang bukan pokok khuldi ,saya pernah mendengar seorang ulama menceritakan bahawa di dalam syurga ada terdapatnya pokok pisang dan bidara. Pokok pisang yang berasal dari nusantara ini juga wujud di negara-negara Afrika terutama Afrika timur. Hal ini kerana pokok pisang telah dibawa oleh para pedagang Nusantara bersama mereka untuk ditanam di destinasi dagangan mereka. Begitu juga dengan pokok kelapa yang menjadi saksi ilmu kelautan dan perdagangan Melayu purba.



Tidak dapat kita nafikan lagi tradisi merantau bahari dan dagang dalam masyarakat Melayu Nusantara sejak beribu-ribu tahun lamanya. Malahan para pengkaji barat memang menyokong kuat teori bahawa kaum Austronesia adalah pedagang yang paling hebat dalam ilmu kelautan sejak beribu-ribu tahun yang lampau. Buktinya dapat kita saksikan apabila para sejarawan dan pengkaji tumbuhan menemui kesan-kesan atau bukti yang menunjukkan bahawa rempah ratus yang terdapat di pantai timur Afrika  bukan tumbuhan tempatan sebaliknya dibawa daripada Nusantara melalui jalan perdagangan. Bukti yang lebih nyata adalah dalam maysarakat yang terdapat di Pulau Madagaskar sendiri dengan terdapatnya masyarakat yang bertamadun tinggi iaitu masyarakat Merina. Namun mengapa kita tidak mengesan nama-nama rempah ratus ini dalam bahasa Austronesia? Hal ini adalah kerana sejak 3500 tahun yang lampau rempah ratus ini selain dibawa terus dari Nusantara ia juga dibawa dari India yang turut mendapatkan rempah ratus ini di Nusantara dan menanamnya disana.

Oleh sebab itu nama rempah ratus yang terdapat di Timur Afrika mendapat pengaruh bahasa India berbanding bahasa Austronesia. Manakala bagi rempah ratus yang datang terus daripada laluan kayu manis atau Nusantara kebiasaanya mempunyai nama yang berpengaruh Austronesia tanpa dipengaruhi bahasa Indic. Dalam teks kuno berbahasa latin dan yunani juga ada disebut tentang suatu perkataan yang dikatakan berasal daripada Nusantara. Perkataan ini sering dikaitkan dengan nama rempah ratus yang berasal dari Nusantara . Menurut ahli bahasa perkataan REX sebenarnya merujuk kepada nama pihak yang menyelenggara atau mentadbir sebuah sistem perdagangan atau dalam erti kata lain ketua atau Raja. Dalam masyarakat Nusantara ada perkataan yang hampir menyamai bunyi ini iaitu Ratu atau Datu yang memang adalah perkataan asli Nusantara atau perkataan bahasa Melayu. Datu juga kebiasaannya mengetuai sebuah kapal atau ekspedisi perdagangan.



Oleh itu dapat di jangkakan bahawa perkataan REX yang banyak terdapat dalam nama rempah ratus yang berasal dari timur ini sebagai ratu natau datu. Mereka adalah raja di laut REX juga boleh disama ertikan dengan RAJA. Namun ahli bahasa juga mengatakan bahawa perkataan REX ini bukan berasal daripada perkataan INDIC sebaliknya perkataan suatu tamadun lain dari timur yang LEBIH TUA. Anda bisa mengangak sendiri apa yang dimaksudkan ahli bahasa tersebut.Tambahan lagi , satu tradisi masyarakat Austronesia yang dapat dikaitkan dengan perdangangan zaman purba ialah tradisi keranda perahu. Amalan ini hanya dapat ditemui dalam masyarakat Mesir purba, Viking dan Austronesia.



Apa yang hebat tentang bangsa Austronesia dan pada masa yang sama juga misterius ialah mengenai bahasanya. Seperti sebelum ini telah banyak artkel kita bincangkan perkaitan bahasa Melayu dengan bahasa Avestan dan Sanskrit. Namun ada yang lebih menarik . Menurut kajian yang dilakukan oleh prof Susumo Ohno dan Shichiro Murayama,mereka mendapati walaupun bahasa Jepun dari segi tatabahasanya lebih mirip kepada bahasa Korea atau Moggolic namun dari segi intonasi dan phonologi bahasa Jepun lebih banyak menyamai bahasa Malayo Polinesia. Solheim percaya bahawa tamadun manusia di utara seperti China , Korea dan Jepun telah bermula dari selatan iaitu dari Nusantara ke atas dan bukannya dari atas seperti teori Yunan dan Taiwan ke bawah. Oleh itu mereka bersepakat mengatakan bahawa budaya Yayoi adalah bawaan dari Nusantara keselatan China dan terus ke Semenanjung Korea dan kemudian ke Jepun . Malahan saya ada menjumpai kajian yang dibuat oleh saintis Korea yang menyatakan bahawa dari segi DNA masyarakat Semenanjung Korea dan Jepun mempunyai trait DNA yang lebih banyak persamaan dengan kaum Nusantara atau Asia Tenggara berbanding China atau Moggolia. Ini adalah suatu penemuan yang mengukuhkan lagi hipotesis bahawa permulaan tamadun timur adalah bermula dari sini!



Banyak lagi teori-teori yang dikaji oleh saintis barat yang menyatakan tentang ada kemungkinan besar berlakunya penghijrahan tamadun dari masyarakat Austronesia ke Yunan dan dari garisan pantai dan terus ke Jepun yang kemudian ke Amerika utara dan selatan. Ini belum lagi termasuk teori tentang asal usul ubi keledek yang memang berasal dari kawasan Nusantara dan dibawa ke Amerika selatan. Tambahan lagi kajian menunjukkan budaya Jomon juga dipengaruhi oleh budaya Nusantara atau Austronesia iaitu budaya maritime. Jumpaan artifak maritime seperti serampang ,jala dan serpihan tembikar yang sama rekabentuknya dengan di Nusantara mengukuhkan lagi teori Jomon-Nusantara ini.



Dalam tradisi masyarakat tamadun Aztek dan Mayan pula, mereka percaya mereka berasal dari tempat yang bernama Aztlan yang telah dimusnahkan oleh gunung berapi dan tenggelam. Mereka berpindah menggunakan perahu. Aztlan ini dipercayai adalah Atlantis dan Atlantis tersebut adalah tak lain tak bukan Nusantara atau Sundaland. Selain daripada membawa tamadun Nusantara atau Sundaland, masyarakat Austronesia juga dikatakan membawa ayam( bukan haiwan pribumi Amerika terutama Ayam Hitam yang hanya dapat diperolehi di Nusantara dan diketahui dalam perubatan Melayu sebagai banyak khasiat) , anjing dan budaya cacah atau tattoo.



Dalam tamadun Korea , Jepun, Amerika selatan dan juga tradisi masyarakat pasifik serta pribumi Nusantara, ada satu kesamaan yang lain iaitu amalan meletakkan TOTEM sebagai lambang nenek moyang. Reka bentuk totem yang terdapat di Rapanui dan di Amerika Selatan serta di Amerika Tengah juga adalah sama seperti dalam tradisi di Nusantara. Apakah makna semua ini?? Mereka semua mempunyai kedudukan tangan yang sama dan memakai sejenis topi atau mahkota yang seakan-akan sama. Satu lagi persamaan antara tamadun-tamadun hebat ini adalah tentang lagenda naga mereka. Setiap tamadun ada naga mereka yang tersendiri. Saya rasa tidak perlu saya ulangi apa kepentingan simbol naga dalam masyarakat Melayu Nusantara kerana telah disebut banyak kali oleh Srikandi dalam artikel beliau.



Zaman dimana padi mula diperkenalkan di tempat-tempat tertentu seperti di Taiwan dan Korea juga mempunyai misteri yang tertentu. Hampir kesemuanya bertepatan dengan masa berlakunya letusan-letusan gunung berapi besar seperti Pinatubo Arayat dan Toba. Ini mengukuhkan lagi teori penghijrahan selatan ke utara oleh Solheim. Pemakaian subang besar yang bergayutan atau yang menyebabkan lubang menjadi besar juga diamalkan di Amerika dan juga di Nusantara! Ini belum termasuk pembinaan bangunan berbentuk pyramid tangga yang diamalkan oleh seluruh masyarakat di Nusantara dan di Amerika Selatan dan tengah seperti Aztek dan Mayan serta di Tahiti dan Indonesia.


Daripada perbincangan diatas apa yang dapat saya simpulkan adalah hipotesis yang cuba meletakkan benua atlantis yang telah lenyap itu di Nusantara adalah berasas. Segala bukti dan petunjuk telah dibentangkan dari sudut anthropologi, geologi, geografi, sejarah, sosiologi, bahasa dan DNA. Apa yang tinggal untuk kita adalah membantu usaha-usaha murni pihak-pihak yang bertungkus lumus mencari bukti-bukti tersebut dengan mencari maklumat-maklumat tambahan dan melakukan perkongsian ilmu mengenai penemuan mereka dengan rakan-rakan dan saudara mara anda terutama dari kalangan rumpun Melayu Nusantara. Jika tidak dapat dibuktikan sekalipun sekurang-kurangnya kita tidak dituduh sebagai bangsa pemalas yang hanya mengharapkan bantuan bangsa lain untuk mengkaji sejarah sendiri. Malu rasanya jika ini berlaku. Sekian, wallah hu a’lam.

Angry Bird dari kacamata Islam


salah satu game yang paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah tokoh agama seperti Ustaz Hasrizal
semuanya suka bermain game ini

tidakkah anda pernah tertanya-tanya?
Kenapa?

Apa yang best sangat game ni?
Cam simple je, game berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri telur mereka

sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....

dipenuhi dengan nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah


1) Jihad dan Tadhiyyah (Pengorbanan)

antara ciri yang paling power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang 

marah tu semuanya sanggup berkorban

menyerahkan jiwa dan tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka

iaitu menghapuskan babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan

mungkin yang merah, biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri

tapi bagaimana dengan yang hitam dan putih?

yang hitam sanggup meletupkan dirinya sendiri!

yang putih pula?

sanggup mengorbankan anaknya!

itu bukanlah satu pengorbanan yang senang

menghantar anak yang masih dalam telur ke medan jihad

segala-galanya untuk mencapai satu matlamat

menjatuhkan tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan kepada mereka syurga..."

(At-Taubah 9:111)


2) Amal Jamaie

dalam nak meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh

burung-burung yang marah itu tidak bertindak secara berseorangan

malahan mereka tidak akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan

maka mereka bersatu, bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah

untuk meruntuhkan tembok-tembok jahiliyah itu


3) Tanzim (organisasi) yang tersusun

tapi adakah diorang main langgar je sape yang serang dulu?

tidak

diorang sedar setiap burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza

setiap burung mempunyai isti'ab (penguasaan) yang berbeza

jadi diorang susun

sape pergi dulu, lepas tu sape pergi dulu

kenapa?


sebab Saidina Ali mengatakan

"Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"


4) Gerak kerja yang Muntijah (berhasil)

bagaimana pula cara diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?

diorang susun dengan menilai

bagaimanakah cara yang paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu

maka setiap orang yang mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya

yang reti potong kayu pergi serang kayu

yang boleh hancurkan batu pg hancurkan batu

dan menjadi tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka

untuk detect, apakah kelemahan musuh kita

dan dengan segala kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza

bagaimanakah kita ingin menyusun strategi

untuk mencapai ustaziyatul alam

eh silap

untuk mengalahkan babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling cepat


5) Taat

dan sebagai qiyadah

perkara yang paling menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang

adalah kalau kita suruh burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas

dan kalau ke kanan, maka dia akan pergi ke kanan

pasti tidak ada orang yang nak main

dan selama-lamanya babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh

jika qiyadah suruh serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas


6) Ukhuwah

lastly

kena faham

bahawa ukhwah burung-burung yang marah itu sangat kuat

itulah teras dan tunjang utama kekuatan diorang

mereka sedih, marah, apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya

mereka merasai penderitaan saudara-saudara mereka

kerana sesungguhnya burung-burung yang berwarna itu bersaudara

seperti mana kita umat Islam bersaudara

jika salah satu daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya

dan kita akan berusaha untuk menyelamatkan saudara kita

daripada musuh yang nampak di dunia

dan juga musuh yang tidak nampak

yang menarik kita ke api neraka


kenapa?

sebab kita menyayangi saudara kita

sesungguhnya dakwah ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang

kerana cinta kita kepada Islam dan Umat Islam

tidak akan wujud game Angry Birds

jika tidak ada ukhwah di kalangan mereka

begitu juga tidak akan wujud gerakan Islam

malahan mustahil akan menang gerakan Islam

jika tidak wujud ukhwah dan muhibbah antara semua umat Islam


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"

(An-Nasr 110:1-3)


sedarlah

pertolongan Allah tidak akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam

dan prinsip kepada kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna

semua yang korang baca tadi

adalah pengajaran daripada Angry Birds

tapi ada satu lagi pengajaran yang tersirat

iaitu jika kita melihat dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih

kita akan memasuki sebuah dunia yang berbeza

dan kita akan mampu melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu menang-menang lagi sampai sekarang...


"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

tOK gURU hADI aWANG rela jadik nelayan


SUBKY Latif menulis dalam Harakahdaily hari semalam.

SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam. Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya.

Ada yang menyebut namanya sebagai seorang calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri.

Momentum atau persaingan hebat bagi menentukan penguasa Putrajaya dalam PRU 13 ini buat pertama kali, disebabkan keupayaan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri sejak Pakatan Rakyat terjelma. Hakikat menentukan keadaan jadi begitu. Tetapi suasana juga menuntut akan calon alternatif jika berlaku sesuatu. Ustaz Hadi sebagai seorang ulama haraki tidak pernah menolak tanggungjawab. Apabila beliau ditanya soalan itu, maka beliau memberikan satu jawapan politik dan dakwah mengikut semangat yang selalu diberi oleh ulama besar silam.

Pertama tidak menjawabnya secara tepat sebelum keperluan itu tiba tetapi adalah tanggungjawab ulama tidak menolak tanggungjawab apabila amanah itu diletakkan kepadanya. Saidina Abu Bakar cepat-cepat mencalon Umar al-Khatab sebagai khalifah menjalan tugas pimpinan sebaik Nabi SAW wafat, kerana merasakan dirinya bukan calon terbaik. Saiduna Umar r.a. pula cepat-cepat menolak selagi Saidina Abu Bakar ada.

Itu akhlak yang berkelayakan besar bagi memimpin umah. Pimpinan negara atau kerajaan adalah penting, tetapi pemimpin Islam yang berwibawa sentiasa melihat siapa berupaya dan berkelayakan selain daripadanya, kerana yang utama bagi Islam ialah tuntutan dan hendak Islam dapat dipenuhi dan ada orang lain yang dapat memenuhinya, kalau pun tidak lebih baik, sekurang-kurang sama baik dengannya.

Maka pilihan mereka ialah membuat pekerjaan sendiri bagi menyara diri seperti beternak, bertani, menangkap ikan. Abu Zar misalnya menolak semua jawatan, memilih menjadi tukang anyam bakul bagi menyara hidupnya. Ustaz Hadi adalah seorang tokoh besar ulama dan politik di peringkat nansional dan antarabangsa, pendakwah gigih, pernah menjadi Menteri Besar, berkelayakan untuk menjadi pentadbir. Semuanya bersetuju beliau diberi peranan.

Jika boleh diberi kebebasan untuk memilih kehidupan yang paling dekat di hatinya iaitu sebagai orang biasa yang kembali ke laut sebagai nelayan. Memang beliau dilahirkan dalam keluarga nelayan, besar sebagai keluarga nelayan. Walau pun sebok dengan hidup politik dan dakwah, tetapi ke laut dan menjala ikan tetapi menjadi hobinya dan ada kandang kambingnya sebagai tempat bersantai setelah penat kempen dan mengajar.

Jika tugas politiknya dapat dikurangkan, atau kewajipan itu dapat dipangku orang lain, tentu beliau ada masa yang selesa untuk mencandak sotong dan turun ke laut dalam menangkap ikan untuk keperluannya dan orang-orang sekelilingnya.

Mulanya saya tidak pernah memikirkan Ustaz Hadi patut lebih ke laut dari mengendalikan pemerintahan apabila Allah gilirkan bagi PAS untuk sama-sama memerintah. Keutamaan baginya di tempat pemerintahan ialah bagi memastikan tuntutan Islam itu berjalan sebaik-baiknya. Jika ada yang boleh mengendalikannya, maka pilihannya untuk ke laut seperti datuk-datuknya dulu dan saudara maranya.

Inilah pilihan yang dibuat oleh Rashied Ghanusi apabila Parti An-Nahzah memenang pilihan raya Tunisia baru-baru ini dan ini kaedah yang digunakan oleh Ikhwanul Muslimin yang menyertai pilihan raya Mesir sekarang. Pimpinan utama Ikhwan tidak menyertai pilihan raya pun, tetapi mereka memberi amanah kepada orang-orang yang dipercayai dapat memenuhi perjuangannya.

Kita boleh mengambil sikap terbuka boleh mengambil laluan yang diambil oleh rakan-rakan di Tunisia dan Mesir dan boleh menasihatkan Ustaz Hadi supaya menangguhkan dulu keinginannya menjadi nelayan penuh masa.


Mungkin buat masa terdekat ini ke laut itu jadi hobi seperti orang turun ke padang golf dan bermain tenis.


Saudara Ahmad Lutfi melalui http://www.detikdaily.net memaparkan tulisanSELENA TAY menyebutkan, bahawa orang Melayu sepatutnya terus mengundi PAS tanpa berfikir banyak-banyak lagi. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya berwibawa dan mempunyai akhlak yang baik serta mengamalkan cara hidup yang sederhana sahaja. Semua pemimpin PAS peramah dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat. Tiada seorang pun yang sombong, angkuh dan bongkak.

"Tetapi antara kesemua pemimpin PAS ada, saya merasakan tujuh daripada mereka wajar diberikan perhatian." Kata Salena Tay lagi.

Antaranya, menyebutkan, 

1. Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat: Walaupun Tok Guru berusia 82 tahun, semangat perjuangan beliau masih lagi membara dan berkobar-kobar dalam perjuangan menentang Umno-BN. Sebagai Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990, beliau telah berjaya mengatasi banyak serangan yang bertubitubi oleh pihak lawan dan masih kuat bertahan lagi. Tok Guru seharusnya memimpin Kelantan sehingga Tuhan beri isyarat untuk berhenti. Tak usah pedulikan nasihat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyeru TokGuru bersara.

2. Ustaz Abdul Hadi Awang: Presiden PAS yang mempunyai pemikiran yang berwawasan. Rakyat Terengganu disarankan memberi peluang sekali lagi kepada beliau untuk menjadi Menteri Besar memandangkan Umno telah diberi peluang begitu lama untuk mentadbir negeri Terengganu sehingga ada bumbung stadium yang runtuh dan dibina jambatan tanpa sungai yang merupakan sebahagian daripada Lebuh Raya Jabor. Kos pembinaan jambatan telah meningkat dari RM174 juta hingga RM210 juta manakala kos pembinaan lebuh raya tersebut dilaporkan telah meningkat dari RM3.7 bilion kepada RM5 bilion setakat ini. Begitu pandangannya.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat dari ahli PAS, sebelumnya mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira." Menurutnya.

Menurut Weblog Ibnu Hayim (A/Hadi, Menangkan Dulu, Itu Cakap Layak Jadi PM) "Dengan kenyataan Presiden PAS itu, jelaslah pada saya Ustaz Hadi layak jadi Perdana Menteri Malaysia, kalau PR tawan Malaysia.

"Kalau di Iran kuasa tertinggi adalah pimpinan ruhani Ayatullah, tetapi yang melaksanakan ialah presidennya Ahmadinejad, yang hidup secara sederhana.

"Apalagi bila saya sudah kenal peribadi-peribadi pemimpin PAS itu seperti Ustaz Abd Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang tawadhu' dan hidup sederhana. Juga seperti Mohd Sabu, Datuk Husam dan lain-lain, maka layak sangatlah Pimpinan PAS dilantik sebagai PM samada sementara atau seterusnya, jika perlu.... Itu pandangan saya yang kerdil ini.. " Jelas editornya, Dr Hj Mohd Hasyim.

Begitulah kira-kira, bukan dibiarkan Presiden PAS kembali balik asal menjadi nelayan semula. (IH)