Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 06, 2011

Umno yakin menang besar di Selangor, manakan tidak puluhan ribu PATI didaftarkan

Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu.                                      
     Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun.
Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang.
Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008.
Saya yakin dakwaan Shukor ini ada benarnya kerana Selangorlah antara negeri yang paling ramai pengundi-pengundi baru yang terdiri dari pendatang asing yang didaftarkan oleh SPR dengan bantuan JPN yang memberikan Kad Pengenalan.
Bukan setakat menang BN boleh memastikan PR hilang deposit dengan menambahkan lebih ramai PATI ada masuk pilihanraya umum ke 13 nanti. Apa gunanya diadakan pilihanraya kalau sistem pilihanraya yang ada ini penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Lebih baik BN batalkan pilihanraya dan isytiharkan BN menang. Atau BN boleh meniru jejak langkah Hosni Mubarak yang mendapat sehingga 99.99 % undi di Mesir dahulu.

Kelantan’s Park: Taman Perbandaran Tengku Anis.


Uploaded with ImageShack.us
Uploaded with ImageShack.us
Uploaded with ImageShack.us
Uploaded with ImageShack.us
Uploaded with ImageShack.us
Uploaded with ImageShack.us
Uploaded with ImageShack.us
TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS terletak lebih kurang 5km dari Bandar Kota Bharu menghala ke Pengkalan Chepa adalah antara tempat rekreasi yang serba moden dilengkapi kemudahan dan prasarana terkini untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Selain menyediakan trek untuk berjoging, TPTA turut menyediakan taman tema, taman rusa, pondok -pondok rehat, dan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan fungsinya sebagai tempat berekreasi pelbagai-guna. Kawasan sekitarnya yang bersih membolehkan keluarga yang berkunjung bersantai sambil menjamah juadah.
Suasananya yang tenang akan menggamit kedatangan pengunjung yang ramai apatah lagi pada petang Jumaat. Sebagai rakyat yang mendokong kerajaan yang akan mencapai umur 20 tahun pada 21 Oktober depan, apa jua usaha ke arah mensejahterakan rakyat perlulah sama-sama ianya dipergiat dan dibantu oleh semua pihak.

Diskriminasi Infrastruktur oleh Persekutuan di Kelantan


rakyat Kelantan, khususnya di bandar Kota Bharu sedang menghadapi satu dilema mobilisasi yang baru sejak sekian lama bermula pada tahun 2007 apabila projek Jejambat Kota Bharutelah bermula berkesinambungan daripada projek Jambatan Sultan Yahya Petra ke-2 telah menyebabkan Jalan Hamzah kini ibarat ‘lorong kampung’ disebabkan projek Kerajaan Persekutuan yang pada fizikalnya terlalu perlahan. Sama seperti projek ‘abangnya’ (Projek Jambatan Sultan Yahya ke-2) yang terlalu perlahan, tinjauan blogger sepanjang berada di Kota Bharu tempoh hari mendapati kesesakan amat teruk setiap hari bermula dari Pasir Pekan hinggalah ke persimpangan Wakaf Siku terutama pada sebelah pagi dan petang.
Projek jambatan yang bernilai RM150 juta ini sepatutnya dapat disiapkan pada penghujung 2009 tetapi tempoh pembinaannya dilanjutkan setahun lagi dan tarikh akhir ialah 12hb. Disember 2010. Walaupun tempoh pelaksaan projek dilanjutkan, sayangnya kontraktor yang terbabit tidak mengambil peluang yang diberikan sebaik mungkin dan perkara ini amat mengecewakan sekali terutamanya rakyat yang terpaksa menempuh kesesakan di jambatan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung peningkatan kapasiti kenderaan bermotor.
Dilema ini telah menghantui pengguna jalanraya yang sering menggunakan jalan ini sebagai laluan harian menyebabkan timbul keluh kesah tentang bilakah tarikh sebenar projek berkenaan dapat disiapkan meskipun tarikh asal telah pun diputuskan, sebaliknya, memandangkan keadaan fizikal projek berkenaan pada waktu ini amat perlahan, blogger yakin tarikh tersebut pasti tidak akan dapat dicapai. Soalnya, mengapa projek Jejambat di Bangsar (tempat blogger bermastautin) hanya mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan walhal skalanya lebih besar sedangkan projek Jejambat Kota Bharu hanya berskala lebih kurang 2.5 kilometer.
Projek jambatan kedua ini melibatkan pembinaan dua buah jambatan di sebelah kiri dan kanan jambatan sedia ada dan juga sebuah jejambat (flyover) sepanjang kira-kira satu kilometer. Pembinaan dua buah jambatan tersebut masih lagi di peringkat kerja-kerja asas, iaitu menanam cerucuk dan juga membina tiang-tiang jambatan. Itupun belum siap sepenuhnya dan kontraktor masih lagi terkial-kial untuk membina tiang-tiang utama sedangkan projek ini telah lama dilancarkan, iaitu pada 02hb. Ogos 2007 lagi. Dalam masa yang sama, pembinaan jejambat dari kepala jambatan sehingga ke Simpang 3 Langgar sepanjang kira-kira satu kilometer belum lagi bermula.
Adakah ianya hanyalah dijadikan gula-gula politik yang dicanang setiap kali Pilihanraya Umum berlangsung semata-mata meraih undi tanpa memikirkan soal kepentingan rakyat jelata. Diskriminasi infrastruktur ini akhirnya akan merugikan semua pihak. Jika PM menyatakan bahawa rakyat didahulukan, maka dahulukan rakyat dari kepentingan politik masing2. mohon jasa baik Kementerian Kerja Raya agar dapat memantau rapi pelaksanaan projek ini kerana ia melibatkan imej Kerajaan Pusat dan telah beberapa kali ditegur oleh Sultan Kelantan tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh yang menjayakannya. beberapa keping gambar yang diambil dari skyscrapercity menunjukkan keadaan terkini fizikal Jejambat Kota Bharu.

Kelantan’s Mosque: Masjid Nuraini Pasir Hor…


Masjid Nuraini juga dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku terletak di Pasir Hor, Kubang Kerian. Ianya mengambil masa kira-kira 10-15 minit dari pusat Bandar Kota Bharu dan lokasi masjid ini agak terselindung didalam kejiranan Pasir Hor. Masjid ini boleh menampung sehingga 1200 jemaah pada satu-satu masa dan kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM2 juta. Masjid ini telah dirasmikan pada 24 October 2009, oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia, Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat and dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Ahmad Rithauddeen, dan Masjid ini dinamakan bersempena dengan nama isterinya.
Keunikan Masjid Nuraini ini adalah ianya merupakan 100% ukiran kayu pada setiap penjuru masjid dibuat khas dari Bali, Indonesia. Ukirannya sangat indah, dan mendamaikan serta memberikan ketenangan kepada jemaah yang bersolat di masjid ini. Dinding-dinding kayu diukir dengan ayat-ayat al-Quran dan di alaskan cermin dibelakangnya menambahkan lagi keunikan masjid ini. Pada malam Jumaat, akan diadakan kuliah agama dari Ustaz Hussin bin Noor, pesara pensyarah Bahasa Arab dari Universiti Malaya. Ada kitab-kitab tertentu yang digunakan dan biasanya jemaah masjid akan bawa kitab tersebut. Kepada mereka-mereka yang lalu di sekitar Kubang Kerian atau Kota Bharu, singgah-singgahlah ke Masjid Nuraini untuk menikmatikan kekhusyukan beribadat di masjid ala Bali ini. Sama-sama kita imarahkan rumah Allah. Insya-Allah.

Kelantan’s Arabica: Pembinaan Batutta Ville. (Part II)


Pemandangan Keseluruhan Batutta Ville
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH KOMPLEKS PEMBANGUNAN BERCAMPUR ‘BATTUTA VILLE’ YANG MENGANDUNGI LIMA BLOK KOMPLEKS PERNIAGAAN STRATA 3 TINGKAT, 1 UNIT KOMPLEKS PODIUM MENGANDUNGI 1 BLOK TINGKAT PASARAYA,2 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA (TLK), 1 TINGKAT SUB-BASEMENT (TLK) 20 TINGKAT KONDOMINIUM SERVIS DAN 20 TINGKAT HOTEL DI SEK.22 & 23, JAJAHAN KOTA BHARU,KELANTAN.
PERSIAN COURT.
PERSIAN COURT
Bangunan berkembar 20 tingkat , hotel yang akan diuruskan oleh LEGEND HOTEL KL dan servis apartment yang terdiri daripada unit-unit studio, 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik.Tempahan apartment telah dibuka, dan kini status tempahan adalah seperti berikut:-
studio : 20 kekosongan
1 bilik : Habis Dijual.
2 bilik : Habis Dijual.
3 bilik : Habis Dijual.
ANDALUSIA COURT.
ANDALUSIA COURT
Bangunan (3) tingkat yang dibangunkan seperti bangunan di Andalusia ini akan dibangunkan di tepi Jalan Kuala Krai yang mana jalan utama yang menghubung bandar Machang dan bandar Kota Bharu.
TUNISIA COURT.
TUNISIA COURT
CHINA COURT.
CHINA COURT
Bangunan yang berlatar belakangkan Negara China ini juga tidak ketinggalan daripada menjadi sebahagian daripada KOMPLEK BANGUNAN BATUTTA VILLE.
INDIA COURT.
INDIA COURT
6 MODEL BANGUNAN BANDAR UTAMA DUNIA AKAN DI BINA DI KOTA BHARU.
Blogger ingin memaparkan satu projek yang dijangka akan menjadikan Bandaraya Islam Kota Bharu sebagai bandar termoden di Pantai Timur apabila projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai akan dimajukan tidak lama lagi. Projek pembinaan ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam.
Sedikit informasi yang dapat saya kumpulkan dari beberapa sumber mengatakan projek pembangunan semula tanah tapak bengkel MPKB-BRI seluas 2.91 ekar bagi lot 114 dan 469 yang kini menempatkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MPKB-BRI serta tanah-tanah milik persedirian Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot itu akan dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Majlis menandatangani perjanjian (MOU) perlaksanaan projek yang dinamakan Battuta Ville telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmod dengan Syarikat Alam Daya Maju pada 18 Jun tahun lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.
Perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato Haji Takiyuddin Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Ahli-ahli MPKB-BRI Haji Abdul Rahman Yunus, Hamid Seman, Mohamad Sulaiman, Ruzly Abdullah dan Setiausaha MPKB-BRI Haji Nazran Muhammad.
Pembinaan projek Battuta Ville yang berasaskan pengalaman pengembara Arab pada abad ke 14, Ibnu Batuta melalui lawatan beliau ke 6 buah bandar utama di dunia iaitu Tunisia, Andalusia, Parsia, Mesir, India dan China.
Keunitkan reka bentuk bangunan yang terdapat di negara-negara berkenaan telah dijadikan model untuk dibina di Battuta Ville tersebut khususnya dalam pembinaan kiosk atau medan selera.
Antara komponen utama projek yang bakal dilaksanakan, kompleks ruang perniagaan berstrata (lot kedai) 38 unit, 1 blok bangunan pejabat 6 tingkat, 135 unit apetment dan kondominium (12 tingkat), 20 unit medan selera dan 6 buah food court atau kiosk yang menyerupai bangunan di Andalusia, Sepanyor, Mesir, China, India, Tunisia dan Parsi, Dataran Tijarath, surau, kawasan rekreasi, Depatment store dan lain-lain lagi.
Apa yang pasti, saya merasakan projek ini akan mengangkat status Bandaraya Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam secara fizikalnya dan dapat ianya akan dapat menarik para pelabur luar untuk melabur di Kelantan atas faktor keyakinan yang ditunjukan Kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut. Diharap projek ini tidak hanya ‘indah’ di atas kertas sebaliknya perlu diterjemah kedalam bentuk fizikal mengikut jadual. Seni bina Moorish tetap akan menjadi pilihan kerajaan dan kita sebagai rakyat harus akur dengan kapasiti kerajaan negeri selain adalah untuk meninggalkan kesan sebuah pemerintahan kerajaan Islam. Kerajaan Kelantan mengadunkan senibina Islam/Arab ini untuk diketengahkan dalam perbandarannya dan tidak hanya western design semata-mata. Inilah uniknya Kelantan untuk pelancong2 luar berbanding negeri lain kerana dasar kerajan negeri ini iaitu menekankan Islamisasi. Ini kerana Islam dan Kelantan mempunyai ikatan yang kuat lagi tersendiri.

ANJUNG VISTA: Mercu tanda Kubang Kerian.


Gambaran artistic Anjung Vista
Lokasi Anjung Vista di Kubang Kerian
Pembinaan Anjung Vista Service Apartment dijangka bakal menjadi mercu tanda kepada bandar satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemaju tersebut telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. Itulah antara informasi terbaru tentang mercu tanda Kubang Kerian yang kami dapat melalui sebuah laman yang akan menyaksikan satu pembangunan menyeluruh di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian.
Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta. Pangsapuri itu menyediakan pelbagai kemudahan antaranya kolam renang, gimnasium, surau, dewan, kopitiam, kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan 24 jam kawalan keselamatan. Setakat ini, kami sedang mengenalpasti pemaju yang diberi hak untuk memajukan apartmen tersebut.
Selain itu, reka bentuk Anjung Vista Service Apartment yang menarik dan digabungkan dengan ciri elemen seni bina Islam ini di ilhamkan oleh arkitek tempatan yang mempunyai pengalaman dari luar negara. Perbezaan di antara Anjung Vista Service Apartment ini dengan pangsapuri lain di Kota Bharu ini ialah bangunan ini menyediakan kemasan dalaman yang tampak eksklusif dan bergaya. Ia sesuai dengan gaya hidup moden kini sebagai contoh keseluruhan ruang kecuali dapur, tandas dan balkoni menggunakan keemasan jenis kayu dan sebagainya. Projek pembinaan apartmen ini telah pun dimulakan dan dijangka siap pada pertengahan 2012.
Selain itu, untuk makluman, pemaju apartmen ini juga sedang dalam perancangan untuk memajukan projek lain di pinggir Kota Bharu seperti 224 unit perumahan teres di Jeli, 12 tingkat SOHO di Taman Sri Cemerlang, 60 unit perumahan mewah di Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan 120 unit perumahan berpagar mewah Super-link house di Lundang. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan informasi terbaru tentang pembinaan tersebut dan jika diizinkan Allah, kami akan siarkan di blog ini setelah informasi lengkap dikumpul sedikit masa lagi.
Kriteria Anjung Vista:
Location : Kubang Kerian (Main Front Road) Next to Muda Osman Book Store and 5 minutes walking distance from Mydin Hypermarket and HUSM.
Unit Types : Studio, 1 Bedroom, 2 Bedrooms, 3 Bedrooms, Duplex (4 Bedrooms). Fully furnished including Linen and soft furnishing, electrical appliances e.i LCD TV, Air-Cond etc.
Facilities : 24hours security, Swimming Pool, Mini Gymnaseum, Sundries Shop, Hall, Bistro, Playground, Balcony,Free Broadband, Covered Car Parking.
Construction Start : 9-Sep-2010
Construction Finish : 8-Sep-2012
Price From : RM 136,000.00
Interested Buyer: 09-741 9999 at office hour.
- Other Contact No. : 019-940 1100 (Razlan)
013-9213777 (Hj. Effendi)
*Updated: Developer:  GAZZRIZ Sdn Bhd.

1 Residence: Kondominium Baru di Kota Bharu.


Rekabentuk penuh kondominium 1 Residence
Diagrammatic Section 1 Residence
Lokasi 1 Residence di Kota Bharu
Rekaan Dalaman 1 Residence
Rekabentuk luar 1 Residence
Jenis-jenis rekabentuk dalaman 1 Residence
Jenis-jenis rekaan dalaman 1 Residence
Pelan utama 1 Residence
Rekaan Dalaman Jenis A
Rekaan dalaman jenis B
Rekaan dalaman jenis C
Rekaan dalaman jenis D
Ini merupakan model sebuah kondominium yang akan dibina di sub-urban Kota Bharu awal tahun 2011. Beberapa keping gambaran artistic yang dipapar menunjukkan model keseluruhan pembinaan kondominium 1 Residence. Kondominium ini memiliki rebentuk menarik dan gabungan senibina Islamik dan rekaan futuristik terletak di Kampung Cherang, 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kota Bharu. Dibina dengan ciri-ciri hiasan dalaman yang serba mewah untuk keselesaan moden dan ciri-ciri keselamatan terkini dengan jumlah keseluruhan pembinaan kondominium tersebut mempunyai 80 unit kondominium 3 bilik.
Setakat ini sebanyak 50% unit telah dijual dengan harga sekitar bermula RM262,000 untuk unit kondominium berukuran 1049 kaki persegi dan RM351,000 bagi unit kondominium berukuran 1404 kaki persegi. Terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi antara laluan HUSM, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra & Pusat Bandar Kota Bharu. Projek pembinaan kondominium ini telah dimajukan oleh Pemaju Promosi Mantap Sdn Bhd. Pembinaan dijangka akan bermula awal tahun 2011. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Noreen: 019-7916788 @ 017-9696788. Pejabat: 813, Tingkat 1, Jalan Sri Cemerlang, 16300 Kota Bharu Kelantan. @ emel: promosi888@gmail.com

KBTC Fasa II: Gabungan Apartmen-Hotel & KBTC.



gambaran penuh KBTC Fasa II (gabungan KBTC & apartment+hotel)

Gambaran KBTC Fasa I (2009)
Pusat Perdagangan Kota Bharu (KBTC), jendela baru perdagangan terkini yang menjadi landasan pengusaha Kelantan memperdagang dan memasarkan pelbagai perniagaan, kini berkembang pada skala yang lebih besar apabila blok menara gabungan apartmen dan hotel 17 tingkat, dibina tahun ini. Pembinaan blok menara berkenaan merupakan fasa II, selepas fasa I yang menempatkan pasar raya Giant dan Parkson, penyewa utama pusat itu serta beberapa perniagaan lain, mula beroperasi sejak Ogos 2009.
KBTC yang beroperasi pada Ogos 2009, terletak di kawasan strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Sebagai pusat tumpuan utama untuk perniagaan moden, blok podium menyediakan enam tingkat ruang perdagangan yang sesuai untuk pasar raya dan gedung membeli-belah manakala 17 tingkat lagi akan menempatkan gabungan hotel dan apartmen yang akan menjadi mercu tanda terkini gaya hidup moden di Kota Baharu. Jumlah kos pembinaan blok menara itu boleh dapat dianggarkan tetapi pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini.
Para peniaga dialu-alukan untuk merebut peluang perniagaan di KBTC dengan menyewa tapak-tapak perniagaan yang disediakan. Bumiputera, digalakkan menyewa petak-petak khas yang dibina di tingkat tiga KBTC, yang dikenali sebagai Medan Kelantan, pada kadar sewa yang berpatutan. KBTC merupakan projek usaha sama Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam dan EC Alamjaya Sdn Bhd, dibina untuk menyerlahkan potensi dan peluang perniagaan di Pantai Timur dan Kelantan, khususnya.
Kompleks itu yang menggabungkan para peniaga di bawah satu bumbung, merupakan medium untuk peniaga hasil kraftangan memperkasakan potensi hasil seni kraftangan di Kelantan sebagai satu bidang ekonomi istimewa yang lebih berdaya maju.