Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 06, 2011

KBTC Fasa II: Gabungan Apartmen-Hotel & KBTC.



gambaran penuh KBTC Fasa II (gabungan KBTC & apartment+hotel)

Gambaran KBTC Fasa I (2009)
Pusat Perdagangan Kota Bharu (KBTC), jendela baru perdagangan terkini yang menjadi landasan pengusaha Kelantan memperdagang dan memasarkan pelbagai perniagaan, kini berkembang pada skala yang lebih besar apabila blok menara gabungan apartmen dan hotel 17 tingkat, dibina tahun ini. Pembinaan blok menara berkenaan merupakan fasa II, selepas fasa I yang menempatkan pasar raya Giant dan Parkson, penyewa utama pusat itu serta beberapa perniagaan lain, mula beroperasi sejak Ogos 2009.
KBTC yang beroperasi pada Ogos 2009, terletak di kawasan strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Sebagai pusat tumpuan utama untuk perniagaan moden, blok podium menyediakan enam tingkat ruang perdagangan yang sesuai untuk pasar raya dan gedung membeli-belah manakala 17 tingkat lagi akan menempatkan gabungan hotel dan apartmen yang akan menjadi mercu tanda terkini gaya hidup moden di Kota Baharu. Jumlah kos pembinaan blok menara itu boleh dapat dianggarkan tetapi pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini.
Para peniaga dialu-alukan untuk merebut peluang perniagaan di KBTC dengan menyewa tapak-tapak perniagaan yang disediakan. Bumiputera, digalakkan menyewa petak-petak khas yang dibina di tingkat tiga KBTC, yang dikenali sebagai Medan Kelantan, pada kadar sewa yang berpatutan. KBTC merupakan projek usaha sama Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam dan EC Alamjaya Sdn Bhd, dibina untuk menyerlahkan potensi dan peluang perniagaan di Pantai Timur dan Kelantan, khususnya.
Kompleks itu yang menggabungkan para peniaga di bawah satu bumbung, merupakan medium untuk peniaga hasil kraftangan memperkasakan potensi hasil seni kraftangan di Kelantan sebagai satu bidang ekonomi istimewa yang lebih berdaya maju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan