Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Mei 28, 2010

Milatfacebook cabar Facebook apa kesudahannya

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam




ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.



Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Baca lanjut di Berita Harian Online, 29/05/10



Kebencian/anti terhadap Facebook(FB) diumumkan secara rasmi oleh enam ahli profeional IT muslim dari Pakistan setelah mereka melancarkan Millatfacebook(MFB) beberapa hari lalu , FB kini pastinya sedang merangka strategi utk berdepan dengan pencabar rasminya.



Kenapa masih ada muslim yg menyokong FB sedangkan FB jelas-jelas menyokong penyiaran laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam??

Kenapa Pakistan sahaja yang mengarahkan sekatan ke atas FB? Pemimpin/umat islam yang lain (termasuk Malaysia) tak rasa apa-apa ke??



Sebenarnya, persoalan utama yang perlu kita fikirkan adalah:

Inikah penyelesaiannya yang tuntas untuk menghadapi penghinaan yang melampau terhadap Islam?



Jika begini caranya, apabila ada orang kafir yang hina islam dalam satu web sosial, Muslim ambil tindakan dengan buat web sosial yang lain. (nampak wajar)

Pemimpin muslim buat bodoh sahaja. (memang tak wajar)



Tapi jika orang kafir hina islam dalam rangkain utama internet(yahoo/google), perlukah muslim bersusah payah mencipta rangkain internet yang lain sedangkan pemimpin muslim pasti tetap tak buat apa-apa??

Cara padam akaun facebook
caranya adalah dengan pergi ke alamat ini http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form=delete_account kemudian tekan "Submit". ikut arahan seterusnya untuk memadamkan akaun anda.




akaun anda akan diactivate selama 2 minggu. dalam tempoh tersebut jika anda tidak log in ke akaun anda selepas 2 minggu akaun anda tidak akan wujud lagi di dunia cyber ini. tetapi dalam masa 2 minggu anda berubah fikiran tak jadi nak padam akaun Facebook anda, apa yang anda perlu buat adalah log in ke akaun anda. bila anda log in dalam tempoh 2 minggu tersebut Facebook akan membatalkan pilihan memadamkan akaun Facebook anda.



sekian, selamat mencuba. ada yang ingin memadamkan akaun kerana Facebook Adalah Produk Yahudi. apa-apa pun pilihan ditangan anda, anda yang menilai, anda yang buat keputusan.

Mari kita beri pandangan/kritikan yang ilmiyah.

Wallahu a'lam.

http://www.millatfacebook.com/
http://www.millatspace.com/