Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, November 19, 2010

Sultan Muhamad V selamat ke Tanah Suci

Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda telah selamat berangkat bagi menunaikan fardhu haji di Mekah di mana pesawat yang akan membawa mereka semua ke Jeddah telah selamat berlepas pada jam 3.35 petang tadi (10 November 2010).

Turut berangkat ke Dewan Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bagi meraikan keberangkatan Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid.

Turut sama berada di sana bagi meraikan keberangkatan Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, kerabat-kerabat diraja Kelantan, Selangor dan Perlis, ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan, pembesar-pembesar negeri Kelantan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri Kelantan.

Doa Sultan Muhammad Ke-V, juga doa kita semua, adalah semoga kedamaian yang sudah mula wujud di negeri Kelantan akan terus berkekalan walaupun di saat Baginda tidak berada di dalam negeri.

Berpuluh rakyat T'ganu guna pam, tiada bekalan air



Oleh SINGALAUT, METRO
SIBUK AIR DI SELANGOR; TAPI DI TERENGGANU BERPULUH TAHUN GUNA PAM UNTUK DAPATKAN BEKALAN AIR

SEMUANYA kerana politik. Politik dijadikan permainan kotor, angkara hasad dengki dan iri hati. Ketika Selangor tidak berdepan masalah air dan rakyat di Selangor tidak pun merungut, kerajaan persekutuan sibuk menjaja kerepek besi konon rakyat di Selangor akan menderita kerana bakal kehilangan bekalan air bersih.


Namun kisah beberapa penduduk di Terengganu yang berpuluh tahun meneguk air perigi dan parit menggunakan pam langsung tidak dipedulikan!

Inikah kejujuran sebenarnya? Lihatlah pada nasib seorang penduduk Muda Awang, 54 yang tinggal di Kampung Tengah, Batangan, misalnya. Telah hampir 10 tahun anak MELAYU itu memohon untuk meminta bantuan penyambungan paip bekalan air bersih. Apa yang beliau dapat?
 
Diulangi. Beliau telah memohon selama 10 tahun (bukan 10 hari atau 10 bulan) namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Sebagai penoreh getah berpendapatan RM500 sebulan, Muda tidak mampu membayar kos yag tinggi bagi pemasangan paip itu.
 
Dengan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah termasuk seorang yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi, Muda berharap sangat bantuan disegerakan.
 
Beliau tidak pernah mempertikaikan berapa duit dihabiskan untuk memajukan Little India di Brickfields atau China Town di Petaling Street. Cuma Muda berharap, bantuan yang dipohonnya dinilai dengan hati dan perasaan yang jujur dan ikhlas.
 
Perlu diingatkan, Muda kadang-kala terpaksa memberanikan hati menggunakan air yang dipam itu, walaupun menyedari ia kadang-kala mengandungi minyak dan berbau. Pam yang digunakannya pula selalu rosak dan apalah yang mampu diharapkannya kecuali berdoa agar kita yang masih percayakan Tuhan, segera terbuka hati untuk membantu.
 
Muda juga tak mempersoalkan cadangan membina menara 100 tingkat atau mempertikaikan kebenaran kerajaan supaya KWSP boleh melabur dengan lebih banyak di luar negara. Yang Muda bimbangkan ialah nasib dan masa depannya sebagai anak Melayu yang terasa seperti tidak terbela sejak negara merdeka 53 tahun lalu!
 
Posted by SINGALAUTMETRO at 11:19 , 18 Nov 2010
  "