Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Jun 13, 2010

Surat Wasiat Khurafat Penjaga Makam Kini Tersebar

Bismillahirrahhmannirahim
Inilah surat yang selalu didapati di facebook atau myspace.com masa kini. Sungguh mudah umat Islam terpedaya tanpa menyelidik sesuatu perkara. Bacalah, kerana inilah kebenaran.Salinan surat itu :
baca sampai habis....lepas tu fowardkan.....ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW.selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuatkebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supayamembuat kebajikan, kerana haripenghabisan(Qiamat) akan tiba di manabintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kitaMuhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementaraPintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bilaberkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibubapa.

UNTUK MAKLUMAN

1.seorang saudagar dari bombay telahmenerima surat ini dan beliau telah mencataksebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepadaorang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allahdengan mendapat keuntungan yang besardalam perniagaannya.

2.seorang hamba Allah telah menerima suratini tetapi tidak mengendahkannya danmenganggap wasiat ini palsu, maka selangbeberapa hari kemudian anaknya meninggaldunia.

3.Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekasKetua Menteri Sabah menerima wasiat inikemudian mengarahkan setiausahanyamencetak sebanyak 20 salinan danmenghantarnya kepada orang lain, makaselang beberapa hari kemudian dia telahmendapat hadiah dari kebajikan masyarakat dimalaysia timur.

4.tan sri ghazali jawi, bekas menteri besarperak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerimawasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinanuntuk disebarkan kepada orang lain tetapibeliau telah menyedari kesilapannya lalubeliau mencetak semula wasiat ini danmengirimkannya kepada orang lain, beberapahari kemudian beliau telah dilantik menteriKabinet Perdana Menteri.

5.Zulfikar Ali Bhuno telah menerima suratwasiat ini dan tidak percaya akankebenarannya juga menganggap palsu lalumembuangnya ke dalam tong sampah.seminggu kemudian beliau telah dijatuhkanhukuman pancung sampai mati.

6.di Terengganu, seorang pekerja bengkelkenderaan telah menerima wasiat ini daripengirim yang tidak dikenali yang datangnyadari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20salinan seperti yang dituntut.Alhamdulillah diadianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut olehIslam.baginya anugerah ini paling agung dantidak ada tandingannya.

7.Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidakdikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dansengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.Beberapa harikemudian dia telah mendapat penyakit ganjildan penderitaanya amat menyedihkan.setelahtiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini danmengedarkannya kepada orang lain.Semingukemudian barulah beliau beransur sembuhsehingga sekarang.Banyak lagi contoh-contoh orang yangmenerima wasiat ini tetapi tidakmempercayainya dan tidak mengedarkannyaatau menyampaikan kepada orang lain.dimanamereka mendapat malapetaka.setelahkejadian yang menggembirakan danmenyakinkan ini anda jangan lupamenyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa96 jam dari masa anda menerimanya.InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatudari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.PERHATIANsetelahmembaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepdaorang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akandianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLahkata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkanTLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM..

Kebenaran Sebenarnya :KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTADMajlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dananak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."
Wassalam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Surat_berantaiSurat berantai - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasms.wikipedia.orgSurat berantai merujuk kepada surat yang mempunyai ayat yang menyuruh ia dikirimkan kepada beberapa orang yang lain. Sekiranya sipembaca membuat demikian, maka pembaca dijanjikan dengan hadiah atau diancam dengan kebinasaan. ...