Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, November 11, 2012

Allah Akbar sultan berjiwa rakyat



Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra
Sultan Muhammad V bersama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra menghadiri majlis tahlil.
Sultan Muhammad V merasmikan majlis peletakan batu asas Muhammadi Perempuan (MMP), April lalu.
Sultan Muhammad V merasmikan majlis peletakan batu asas Muhammadi Perempuan (MMP), April lalu.
Sebagai pemerintah negeri, Sultan Muhammad V tidak kekok mengimamkan solat.
Sebagai pemerintah negeri, Sultan Muhammad V tidak kekok mengimamkan solat.
Pada 1969 lahirnya sebutir bintang di Istana Kelantan iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Yahya Petra dan pada hari ini bintang tersebut terus bersinar bergemerlapan menerangi seluruh negeri.

Sinar gemerlapan itu terus terserlah apabila Tuanku Muhammad Faris dimahsyurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dengan memakai gelaran Sultan Muhammad V.

Sultan Muhammad V diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu dan merupakan putera sulung kepada,  Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Baginda yang juga anak sulung daripada empat beradik kini sudah mencecah usia 43 tahun dan Tuanku Muhammad Faris Petra ini ditabalkan menjadi Tengku Mahkota Kelantan, pada tanggal 6 Oktober 1985 yang kemudiannya ditabalkan sebagai Pemangku Raja pada 24 Mei 2009.

Detik lebih menggembirakan seluruh rakyat Kelantan, apabila baginda dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 pada 11 April tahun ini.

Menceritakan latar belakang kehidupan seorang sultan yang disanjungi rakyat jelata Ketua Istiadat Pejabat Sultan Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, tuanku mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu dan pada waktu itu dilantik sebagai ketua darjah sepanjang menuntut di sana.

“Selepas itu, tuanku melanjutkan pelajaran di Alice Smith School Association Jalan Belammay kemudian berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Oakham School Rutland, England kemudian tuanku melanjutkan pelajaran di Oxford dalam bidang pengajian Diplomatik. Baginda menuntut di Cross College dan Oxford Centre dalam bidang Islamic Studies.

“Baginda kemudiannya mengikuti kursus di Huron University dalam bidang Diplomatic Relation and Business Administration. Seterusnya di Deutche Stiftung Internationale Enfwicjklung, Berlin dalam bidang Diplomatic Relation,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, selain daripada cemerlang dalam bidang pelajaran baginda begitu aktif dalam bidang sukan seperti menembak, memanah, menyelam skuba, sukan berkuda, golf, go-kart, memancing dan lain-lain sukan lasak.

“Baginda merupakan seorang yang berani, lasak dan sukakan aktiviti yang mencabar,” katanya.

Antara hobi dan kegemaran baginda yang amat terserlah adalah seperti terlibat dalam aktiviti ekspedisi pacuan empat roda, sukan berkuda, golf, memanah, sukan menembak, memancing serta menyelam skuba, berburu, boling, badminton dan beberapa sukan lain.

Abdul Halim berkata, baginda banyak terlibat dalam membantu badan sukarela seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Sukan Berkuda, Persatuan Motor 4 X 4, Yayasan Sultan Kelantan, Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia (SAAARMM), dan dilantik Penaung Persatuan Menembak Kelantan.

“Tuanku banyak terlibat dalam aktiviti kebajikan, keagamaan dan menjadi kelaziman baginda menziarah rakyat yang menimpa kesusahan seperti kebakaran, sakit kronik dan mangsa bencana alam.

“Sebagai tanda kecaknaan baginda terhadap rakyat jelata, tuanku turut  mengunjungi rumah pesakit di kawasan pedalaman dan melawat pesakit di hospital,” katanya.

Tuanku juga banyak terlibat dalam bidang sosial dan kebajikan serta berpersatuan termasuk yayasan. Baginda merupakan penaung Yayasan Sultan Kelantan (YSK) yang banyak membantu memberi sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, asnaf, orang kurang upaya (OKU) dan bantuan pendidikan.

Baginda merupakan seorang sultan yang mempunyai karisma yang tersendiri. “Sultan di hati rakyat” merupakan ungkapan yang tepat untuk menzahirkan taat setia rakyat dan sanjungan hormat rakyat kepada baginda.

Didikan yang sempurna dalam bidang keagamaan dan rohani telah menjadikan tuanku begitu cemerlang dalam bidang yang diceburi dan memastikan pembangunan negeri berjalan dengan sempurna.

Rakyat negeri ini sangat bertuah dapat menumpang kasih dan bernaung di bawah Sultan Muhammad V. Sultan Muhammad V cukup sinonim dengan rakyat Kelantan tidak mengira kaum, warna kulit dan keturunan apabila semenjak baginda menyandang jawatan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Baginda telah menumpahkan sanjungan dan penghormatan yang cukup tinggi sehingga menjadi bualan rakyat kebanyakkan terutama mereka yang mendapat sentuhan peribadi tuanku.

Pegangan Islam yang kukuh di dalam diri baginda juga terserlah di kaca mata rakyat Kelantan dan menjadi bualan rakyat jelata sehingga diterjemahkan melalui penampilan tersendiri baginda serta kerapkali mencemar duli hadir ke majlis ilmu dan pelbagai  program di masjid.

Tidak dapat dinafikan baginda mempunyai sikap keprihatinan yang tinggi terhadap rakyat di bawah taklukan baginda dan terbukti dengan kunjungan serta sumbangannya kepada asnaf, OKU, anak-anak yatim, mangsa bencana dan rakyat daif melalui program yang diatur sepanjang tahun.

Tidak terkecuali juga, baginda tidak melupakan Orang Asli dan turut ke perkampungan tersebut bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk  di kawasan pedalaman negeri  ini.

Dalam masa sama, Abdul Halim berkata, tuanku begitu berminat dengan aktiviti keagamaan dan selalu berangkat ke masjid di seluruh negeri dan menunaikan solat berjemaah bersama rakyat jelata tanpa memberi keutamaan kepada protokol.

Dalam pada itu, baginda sering mengingatkan semua pihak memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan dengan ikhlas, di samping semua pegawai dan pihak kerajaan hendak menjalankan tugas mengikut peraturan.

Dengan aktiviti dan pergerakan tuanku yang mengambil berat hal rakyat jelata menjadikan tuanku dikasihi rakyat seluruh negeri, dan ini adalah disebabkan didikan diberikan oleh paduka ayahanda dan bonda yang selalu memberi pesanan kepada semua pihak supaya mematuhi peraturan dan undang-undang.

Tuanku mewarisi Kesultanan Diraja yang memerintah Kelantan sejak berkurun dahulu iaitu sejarah pemerintah Kelantan mempunyai nilai tersendiri dan sultan-sultan yang memerintah terdahulu begitu berminat dengan hal ehwal agama Islam.

Sultan Klate mengesa mengekalkan sumber asli di Kelantan



Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Petra
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Petra menghadiri istiadat perbarisan kehormat sempena sambutan hari keputeraan baginda, semalam. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Abdull
KOTA BHARU- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan Kerajaan Negeri supaya menjaga sumber asli termasuk tanah, sungai, dan kawasan tadahan hujan agar terus terpelihara.
Baginda bertitah, ia penting bagi memastikan Kelantan terus subur dan dapat menghasilkan bahan mentah yang banyak dan berkualiti sepanjang masa.
“Dalam merealisasikan dasar pertanian negeri, sektor pertanian perlulah dilihat bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan dan menjana ekonomi, tetapi adalah sebahagian ibadah untuk mendapat keredhaan ALLAH S.W.T,” titahnya sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-43 di Istana Balai Besar, di sini, semalam.
Selain itu, Baginda turut menyeru semua pihak agar meningkatkan usaha dalam rangka menaik taraf kemudahan asas terutama dari Kota Bharu ke Tok Bali, Pasir Puteh.
Titahnya, kemudahan itu penting bagi menampung keperluan yang dijangka meningkat berkali ganda setelah kawasan perindustrian dan bandar baru Tok Bali yang akan dibangunkan di tanah seluas 2,600 ekar berjaya dilaksanakan.
“Beta difahamkan sehingga kini ia sudah menerima nilai pelaburan mencecah RM600 juta. Jadi semua pihak yang terlibat perlu meningkatkan usaha menaik taraf kemudahan yang ada demi kepentingan masa depan,” titahnya.
Sambil mengalu-alukan kedatangan pelabur ke negeri ini terutama Tok Bali sebagai destinasi pelaburan dalam bidang pembuatan serta perkhidmatan berkaitan minyak dan gas, Baginda turut melahirkan kegembiraan dengan beroperasinya pengkalan bekalan (Supply Base) di kawasan itu.
“Beta percaya pembangunan kawasan industri dan Bandar Baru Tok Bali akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pengkalan bekalan itu,” titah baginda.
Baginda dalam titahnya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang tidak meminggirkan Kelantan dari arus pembangunan negara.
“Beta merasa sukacita dengan perkembangan projek ‘Central Spine Road’ yang sedang giat dilaksanakan di sempadan Negeri Pahang - Kelantan dan akan di laksanakan di Jajahan Gua Musang termasuk pembinaan persimpangan bertingkat di kawasan Bandar Baru Gua Musang,” titahnya.
Baginda berharap projek tersebut menjadi kenyataan, selain menggesa supaya ia dapat dipanjangkan hingga ke Kota Bharu.
Titahnya, bagi merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri ini, satu rangkaian jalan raya bertaraf lebuh raya perlu dibina sebagaimana negeri- negeri di Pantai Barat.
Terdahulu, Baginda berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia sempena sambutan ulang tahun keputeraan Baginda semalam.

Santai bersama The Red Warrior meriah



Santai Sinar Red Warriors meriah
Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah memberi ucapan kepada hadirin
Hampir 4,000 peminat setia The Red Warriors mengunjungi program Santai Sinar Red Warriors @ MIB  yang berlangsung di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh, Kota Bharu, semalam.

Program yang julung kali diadakan itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik berorientasikan acara bola sepak oleh Happy, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), cabutan bertuah dan kempen derma darah daripada Unit Transfusi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Kehadiran tiga pemain bola sepak Kelantan iaitu Zairul Fitree Ishak, Mohd Daudsu Jamaludin dan Mohd Norfarhan Muhammad jam 3 petang menghangatkan lagi suasana apabila mereka menyertai persembahan dikir barat oleh
Zaidi Buloh Perindu dan Mat Glamor di pentas utama.

Sambutan orang ramai terhadap program ini begitu memberangsangkan apabila sanggup menunggu beberapa jam hanya semata-mata untuk melihat dengan lebih dekat pemain kesayangan mereka itu.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Muhammad Nasir Hamzah, Timbalan Ketua Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK), Zainal Rahim dan
Pengurus Besar Perdana Resort, Zaidon Ismail turut hadir memeriahkan program tersebut.