Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, November 03, 2012

Rakyat teruja memasuki Istana Negeri Kubang Kerian

Rakyat teruja masuki Istana Negeri

Siti Nor Afeeqah (kanan) bersama rakan-rakan kagum melihat replika rumah Rasulullah yang dibawa ke Ekspo Maik 2012.


KOTA BHARU- Penganjuran Ekspo Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang menjadikan Istana Negeri, Kubang Kerian sebagai lokasi ternyata dinanti-nantikan rakyat negeri ini.

Seorang pengunjung, Siti Nor Afeeqah Md Azhar, 20, berkata, dia mungkin tidak berpeluang menjejak kaki ke istana jika bukan kerana Ekspo Maik yang diadakan di lokasi itu.

“Memang teruja. Saya tidak pernah masuk ke istana, dan peluang ini saya gunakan sebaiknya,” katanya ketika ditemui semasa melawat gerai pameran di Dewan Jubli Perak istana itu, di sini, semalam.

Mengulas mengenai pameran kesenian Islam yang diadakan yang menjadi sebahagian pengisian ekspo itu, Siti Nor Afeeqah berkata, dia mengharapkan program seperti itu diteruskan pada masa akan datang.

Seorang lagi pengunjung, Zakaria Mamat, 50, dia sanggup datang dari Machang semata-mata untuk melihat dengan lebih dekat artifak-artifak seperti rumah dan pedang Rasulullah dan para sahabat selain menjejak kaki ke istana.

Menurutnya, kunjungan itu adalah pertama baginya dan keterujaan lebih terserlah apabila diadakan di istana yang menjadi impian sebahagian rakyat untuk melihatnya secara lebih dekat.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan membuka pintu Istana Negeri, Kubang Kerian kepada seluruh rakyat bagi memeriahkan Ekspo Maik 2012 yang berlangsung di pekarangan istana selama 35 hari bermula kelmarin hingga 6 Disember depan.

Ekspo sempena sambutan 100 tahun penubuhan Maik dengan tema “Seabad Mendaulatkan Islam” itu dijangka menarik perhatian 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negeri ini.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti program bersama personaliti TV Al-Hijrah, konsert Mahabbah, pelancaran program Ikhwan Maik, demonstrasi penulisan khat, ceramah motivasi remaja, program bual bicara bersama tokoh agama dan demonstrasi masakan oleh chef terkenal negara.

Pintu gerbang moden di bukit bunga



CIQ Bukit Bunga pintu gerbang moden
CIQ Bukit Bunga yang lebih moden dan kondusif sedia perkhidmatan cekap dan selesa.
JELI – Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) Bukit Bunga merupakan pintu gerbang moden untuk rakyat dua negara dalam membangunkan sosio ekonomi setempat.

Penduduk, Zahari Jaafar, 53, berkata, CIQ mula beroperasi awal tahun lalu itu memberi banyak kemudahan dan keselesaan buat penduduk di dua negara berjiran, khususnya di kawasan Buketa, Selatan Thai dan Bukit Bunga.

Menurutnya, dahulu, orang ramai perlu naiki perahu tambang untuk ke seberang, sehingga sanggup bahayakan keselamatan kerana tiada laluan lain lebih cepat.

“Kini penduduk tempatan boleh menarik nafas lega kerana mampu berulang alik dengan lebih mudah bagi menjalankan aktiviti harian seperti berniaga.

“CIQ ini lebih besar serta selesa, perkhidmatan juga lebih cekap jadi kita tidak perlu beratur atau bersesak-sesak ketika waktu puncak,” katanya.
Tambahnya, pintu gerbang moden itu juga mempengaruhi pembangunan pesat sosioekonomi masyarakat setempat yang bergantung kepada aktiviti perniagaan.

Zahari berkata, malah ada yang menjadikan laluan setiap hari kerana masih mempunyai saudara mara yang menetap di Buketa.

“Memang banyak manfaat penduduk dapat, berbanding dahulu rakyat kena bersyukur dengan kemudahan yang diusahakan untuk mereka,” katanya.

sumber