Hari ini merupakan satu lagi detik bersejarah buat rakyat Kelantan amnya di atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Patik selaku rakyat jelata tumpang gembira dan bangga dengan perlantikan Tuanku yang sangat besar ertinya buat seluruh rakyat Kelantan. Suatu sejarah baru dimana Tuanku merupakan Sultan Kelantan kedua menyandang jawatan tersebut selepas Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 1979. Ia secara tidak langsung memberi gambaran sinar Islam akan terus didaulat di bumi Malaysia ini dan semoga Allah melanjutkan usia baginda untuk terus memerintah Kelantan dan Malaysia 5 tahun dari sekarang.
Baginda telah menambat hati seluruh rakyat Kelantan dengan perwatakan Islamik dimana saja baginda pergi yang menyebabkan hubungan Istana dan rakyat begitu akrab. Semoga Tuanku dipertemukan jodoh dengan isteri yang Islamik yang dapat membantu baginda menjalankan urusan pentadbiran bersama. Kami rakyat Kelantan masih menanti perkhabaran yang baik dari Istana Kelantan tentang Raja Perempuan Kelantan yang baru. Allahu Akhbar !
Sebagai rakyat Kelantan, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di zaman pemerintahan Malikussoleh Sultan Muhammad ke-V (Ketua Negeri) & Ulama’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Ketua Kerajaan)… Suatu gandingan ideal yang Islamik!