Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, April 16, 2010

Zaman Peradaban Islam期间,伊斯兰文明

Sejarahwan membahagikan peradaban Islam kepada beberapa zaman. Menurut Harun Nasution di dalam bukunya Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya, zaman itu terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
  • Zaman Klasik(650-1250 M)
  • Zaman Pertengahan(1250-1800 M)
  • Zaman Moden(1800 M sehingga sekarang)
Zaman Klasik(622-1258 M)
Zaman Klasik bermula dari Zaman Rasulullah hingga jatuhnya pemerintahan Bani Abbasiah di Baghdad. Zaman ini dikenali sebagai usaha perintis, mengembang dan maju menuju puncak pertama peradaban islam(622-1258 M). Zaman ini menggabungkan tiga zaman emas:
  • Nabi Muhamad di Mekah, Madinah (622-632 M)
  • Khulafah al-Rasyidin di Madinah(632-661 M)
  • Kerajaan Bani Umaiyyah di Damaskus(661-750 M)
  • Kerajaan Bani Abbasiah di Bahgdad(750-1258 M)
Zaman Pertengahan (1258-1923 M)
Zaman pertengahan bermula dari zaman kejatuhan Bani Abbasiah pada tahun 1258 hingga zaman kemasukan modenisasi di Eropah ke dalam dunia Islam. Zaman ini dikenali sebagai zaman kemunduran pertama peradaban Islam yang sering disebut masa lembap kerana selepas jatuhnya kerajaan Bani Abbasiah di Baghdad, lahir tiga kerajaan besar. Tiga kerajaan besar itu adalah:
  • Kerajaan Safawi di Parsi(1501-1722 M)
  • Kerajaan Mughal di India(1256-1707 M)
  • Kerajaan Uthmaniah di Turki(1299-1923 M)
Pada tahun 1500-1700 M, ketiga-tiga kerajaan ini berjaya mempelopori kemajuan kedua dalam peradaban Islam. Namun pada 1700-1800 M, kemunduran datang lagi apabila budaya moden Eropah masuk ke dalam dunia Islam. Kemasukan budaya ini melahirkan pergantungan kepada kekuatan kolonial sehingga kedudukan Islam sendiri mengalami kemunduran.
Zaman Moden (1923-sekarang)
Zaman Ketiga atau Zaman Moden bermula sejak tahun 1923 hingga sekarang. Zaman ini dikenali sebagai zaman penjajahan Eropah keatas Negara-Negara Islam dan melahirkan pengaruh modenisasi dikalangan umat Islam. Daripada peristiwa tersebut melahirkan kebangkitan serta usaha-usaha pembaharuan Dunia Islam. Negara-negara Islam dahulu seperti Mesir, Turki, India, Malaysia dan Indonesia melakukan pembaharuan selepas mereka memperoleh kemerdekaan daripada penjajah.
Apabila kita gambarkan secara umum pada Zaman Klasik, peradaban Islam mengalami kemajuan pesat. Pada Zaman Pertengahan, peradaban Islam mengalami kemunduran sedangkan pada Zaman Moden, peradaban Islam menglami kebangkitan dan pembaharuan.

Belajar Dari Empayar Safawi


Safawiyah (Parsi: صفویان, Safawian) adalah dinasti Iran yang memerintah dari tahun 1501 hingga 1736. Ketika era inilah agama Islam Syiah menjadi agama rasmi Iran (sehingga ke hari ini.) Safawi berjaya menyatukan seluruh kawasan-kawasan bekas Empayar Parsi sekaligus membentuk semula identiti bangsa Parsi. Era ini juga menyaksikan Iran memasuki dunia moden.

Asal-Usul Wangsa Safawi
Wangsa Safawiyah bermula daripada gerakan Sufi di kawasan Azarbaijan yang digelar Safawiyeh. Pengasas gerakan Sufi ini ialah Sheikh Safi Al-Din[3] (12521334).
Sheikh Safī al-Dīn Abdul Fath Is'haq Ardabilī berasal dari Ardabil, sebuah bandar di wilayah Iran Azerbaijan. Beliau merupakan anak murid seorang imam Sufi iaitu Sheikh Zahed Gilani (12161301, dari Lahijan.) Safi Al-Din kemudiannya menukar Ajaran Sufi ini kepada Ajaran Safawiyeh sebagai tindak balas kepada pencerobohan tentera Mongol di wilayah Azerbaijan. Pada kurun ke 15, Safawiyeh mula meluaskan pengaruh dan kuasanyanya dalam bidang politik dan ketenteraan ke seluruh Iran dan berjaya menawan seluruh Iran dari pemerintahan kerajaan Timurid. Penyatuan Iran juga turut dikenali sebagai gerakan Islam Shia


Sejarah

Dataran Naghsh-i Jahan, di Isfahan adalah bukti kegemilangan Safavid.
Ketika abad ke 15, Empayar Turki Uthmaniyah berkembang hingga ke Anatolia dan mula memasuki kawasan orang Parsi. Sebagai tindak balas, pengikut Safawiyeh dari Ardabil menawan Tabriz dari Turki dibawah pimpinan Alwand. Safawiyeh kemudiannya dipimpin oleh Ismail I dan dibawah pemerintahan beliau, Tabriz menjadi ibu kota dinasti Safawiyah dan beliau sendiri menggelarkan dirinya sebagai Shah Azerbaijan. Kemudiaanya Ismail I mara ke barat laut Iran dan menawan kesemua wilayah Iran daripada pegangan Turki. Pada tahun 1511 pula, tentera Uzbek berjaya dihalau keluar dari Iran (dimana kemudiannya mereka menawan Samarkand dan menjadikannya ibu negara Uzbek.) Ketika zaman Ismail I, bahasa rasmi Iran ialah Bahasa Azeri.
Sepanjang pemerintahan Safawiyah, Islam Syiah menjadi agama rasmi Iran walaupun Syiah sudah lama dipraktikan sebelum zaman Safawiyah. Raja-raja Safawiyah kemudiannya membawa masuk lebih ramai ulama-ulama Syiah dan menganugerahkan mereka wang dan tanah sebagai balasan kepada kesetiaan mereka kepada dinasti Safawiyah.
Zaman kegemilangan Safawiyah menyaksikan kebangkitan semula kegemilangan orang Parsi. Sastera, kesenian dan binaan Parsi berkembang semula dan bukti yang nyata ialah pembinaan Dataran Naghshi Jahan di Isfahan. Dari segi ekonomi perdagangan Iran berkembang kerana ia terletak di tengah-tengah Jalan Sutera.
Kegemilangan Safawiya mula menurun ketika abad ke 17. Raja-raja Safawiyah semakin lama menjadi semakin tidak efisien dan hidup berfoya foya. Iran pula sentiasa diserang oleh tentera Turki Uthmaniyah, Afghani dan Arab. Pada tahun 1698, Kerman berjaya ditawan puak Balochi dan Khorasan pula jatuh ke tangan Afghani pada tahun 1717. Selain itu, Safawiyah turut berhadapan dengan ancaman baru iaitu kemaraan Empayar Rusia di sebelah utara serangan tentera Mughal di sebelah timur. Turut memburukkan keadaan, ekonomi Safawiyah merosot akibat perubahan jalan perdagangan antara timur dan barat, dimana Jalan Sutera tidak lagi digunakan.
Pada tahun 1760 Karim Khan, seorang general tentera mengambil alih kuasa sekaligus menamatkan pemerintahan Safawiyah di Iran dan menubuhkan Dinasti Zand

Belajar Dari Empayar Mughal


Empayar Mughal, (Mughal Baadshah, atau sebutan lainnya Mogul) adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya memerintah Afghanistan, Balochistan, dan kebanyakan anak benua India antara 1526 dan 1857. Kerajaan ini didirikan oleh pemimpin Mongol, Barbur, pada 1526, ketika dia mengalahkan Ibrahim Lodi, Sultan Delhi terakhir pada Pertempuran Pertama Panipat. Perkataan mughal adalah versi Indo-Aryan dari Mongol. Agama rakyat Mughal adalah Islam.
Kerajaan ini sebahagian besar ditakluk oleh Sher Shah ketika masa Humayun, namun di bawah Akbar, kerajaan ini berkembang pesat, dan terus berkembang sampai akhir pemerintahan Aurangzeb. Jahangir, anak Akbar, memerintah kerajaan ini antara 1605-1627. Pada Oktober 1627, Shah Jahan, anak dari Jahangir mewarisi takhta dan kerajaan yang luas dan kaya di India. Pada abad tersebut, empayar ini mungkin merupakan kerajaan terbesar di dunia. Maharaja Mughal Shah Jahan, memerintahkan pembinaan Taj Mahal antara 1630-1653 di Agra, India.
Setelah kematian Aurangzeb pada 1707, kerajaan Mughal mulai mengalami kemunduran, walaupun masih berkuasa selama 150 tahun berikutnya. Pada 1739, empayar ini dikalahkan oleh pasukan dari Parsi yang dipimpin oleh Nadir Shah. Pada 1756, pasukan Ahmad Shah menceroboh Delhi sekali lagi. Empayar British akhirnya membubarkannya pada 1857.