Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Januari 21, 2012

Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional

Cuba Tuan-Puan renungkan fakta ini...

Siapa pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim - Islam/Melayu
Siapa pemimpin PAS - Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Islam/Melayu
Siapa pemimpin DAP - Karpal Singh (Pengerusi DAP) - Bukan Islam/Sikh
BN dianggotai oleh 14 parti 
Siapa pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekember) - Datuk Seri Najib - Islam/Melayu
Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Chua Soi Lek - Bukan Islam/Cina
Kongres India Malaysia (MIC) - G Palanivel - Hindu/India
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) - Koh Tsu Kon - Bukan Islam/Cina
Parti Progresif Penduduk (PPP) - M Kayveas - Bukan Islam/India
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - (PBB) - Taib Mahmud - Islam/Melayu
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Bukan Islam/Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) - Pairin Kitingan - Kadazan/Kristian
Parti Liberal Demokratik (LDP) - Liew Vui Keong - Bukan Islam/Cina
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - Joseph Kurup - Kristian/Kadazan
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu - Bernard Dompok - Kristian/Kadazan
Parti Demokratik Progresif Sarawak - William Mawan Ikon - Kristian/Bumiputera Sarawak
Parti Rakyat Sarawak(PRS) - James Masing - Kristian/Bumiputera Sarawak.
Pakatan Rakyat dipimpin 2 orang Melayu Islam hanya 1 orang bukan Islam/Cina - 2:1
Barisan Nasional dipimpin 2 orang Melayu Islam dan 11 orang bukan Islam/Pelbagai bangsa. 2:11

Aku Jimat:Permainan terbaik

PARIT BUNTAR, 20 Jan: Permainan terbaru Aku Jimat, bagi pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone dilihat satu lagi kreativiti rakyat yang memberi tekanan kepada Umno BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong ketika mengulas perkara itu berkata, Aku Jimat yang dipercayai diilhamkan dari watak Datin Seri Rosmah Mansor itu menjelaskan bagaimana tahap 'populariti' isteri Perdana Menteri Malaysia itu.

Menurutnya, dengan permainan yang mula menjadi kegilaan pengguna gajet Apple itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Rosmah kini liabiliti kepada Umno dan juga Najib.

"Situasi Umno nampaknya semakin genting dengan perkembangan ini, manakan tidaknya, isteri Presiden Parti sendiri merupakan liabiliti terhadap Umno-BN, dalam masa sama para ahlinya masing-masing membuat pendekatan "yes sir" dan tidak berani kemuka usul itu yang bercanggah dengan kehendak Presiden.

"Aplikasi permainan ini tidaklah khusus direka sempena nama DS Rosmah, tetapi saya yakin ahli Umno dan Rosmah khususnya jika pandang cermin pasti nampak siapakah watak sebenar dalam permainan Aku Jimat," katanya kepada Harakahdaily.

Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu.

Aplikasi ini memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, dan paling ketara pada gaya rambutnya.

Aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini, membolehkan para pemain berjimat dengan mengumpulkan duit, selain pada masa yang sama perlu membeli 12 jenis barangan mewah, seperti cincin berlian, beg tangan dan sebagainya melaluinya.

Sama seperti permainan-permainan lain, Aku Jimat turut menyertakan beberapa halangan, dimana para pemain perlu mengelak daripada mengumpulkan bom, dimana setiap bom akan menambah jangka umur, dan para pemain akan gagal apabila mengumpulkan sebanyak 99 biji bom.

"Fenomena “penjimatan” oleh Rosmah telah mencetus suasana baru politik tanah air.

"Memandangkan beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri, maka atas nama itu, isu ini telah menjadikannya sebagai tarikan luar biasa sehingga muncul aplikasi permainan telefon pintar yang mirip kisah Rosmah dengan cara belanjanya," katanya.

Kerajaan Negeri Perak disaman Veteren Umporno

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di  Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

Tindakan ini dibuat melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
(Gambar: Haji Jauhari menunjukkan surat yang difailkannya di Mahkamah Tinggi hari ini)

Berdasarkan kajian kes, pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.

Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan.

Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd.

Semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.

Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.

Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Jauhari yang dibatalkan.

Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.

Tindakan Mahkamah diambil kerana  Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan.

Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran Umno.  

NFC: Shahrizat dibidas Soi Lek

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, dengan pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil sewajarnya tahu tindakan yang harus diambil.

Tidak menyebut secara jelas sama ada tindakan tersebut adalah 'meletakkan jawatan', namun Soi Lek berkata Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang melaporkan porojek itu bermasalah.

Apatah lagi katanya selepas pendedahan itu, beberapa pihak termasuk dari BN sendiri mendesak beliau meletakkan jawatan.

“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.

“Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu,” katanya kepada The Malaysian Insider

Sambil menegaskan untuk menangkap lembu mestilah menggunakan tanduknya, Dr Chua juga menyifatkan tindakan BN terhadap Shahrizat bagi menangani isu itu juga 'sangat lemah' sehingga ianya dilihat 'sangat teruk' kepada masyarakat.

“Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.

“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini sudah ramai di kalangan Umno sendiri termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara berlapik mengisyaratkan kepada Sharizat agar Ketua Wanita Umno itu meletakkan jawatan ekoran terpalit skandal 'lembu gate' tersebut.

Selain Tun, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh turut membuat desakan sama.

Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Shahrizat untuk projek penternakan lembu disalah guna.

Ianya termasuk  pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.

Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.

Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.