Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sejarah. Papar semua catatan

Sabtu, November 10, 2012

Benteng terakhir dan kejatuhan Qurtuba


"Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian. Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan.

Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620 – 897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk.


Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandantangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan penyerahannya kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara. Namun perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian itu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini. Kesan-kesan peninggalan umat Islam, ketamadunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.

Penulis ketika menjejaki kaki ke Andalusia seketika dahulu melihat sendiri bagaimana kota yang dibina oleh pemerintahan Islam kelihatan dihancurkan dan hampir tidak ditemui oleh para sejarawan dan ahli arkeologi. Dalam kes ini, lebih jelas jika dilihat bagaimana kota Madinah al- Zahra ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan runtuhan kota itu seolah tidak dapat untuk diselamatkan. Walaupun kota ini dikhabarkan musnah akibat pergolakan dan peperangan saudara pada tahun 1010M, namun ia keunggulan kota ini terus malap apabila Andalusia jatuh ke tangan bukan Islam.

Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra’ atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

Oleh kerana berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada ini. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya, iaitu kepada saudaranya yang lain, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad. Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan. Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada ini kepada beliau, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella sebagai raja yang berjaya menumbangkan kerajaan terakhir Islam di Andalusia.

Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja. Selain itu, ia turut disebabkan beberapa faktor, iaitu:
i. Usaha agresif puak Kristian untuk menakluk kembali wilayah yang ditadbir oleh kaum Muslimin sehingga menyebabkan pertahanan mereka terus rapuh dan tidak mampu bertahan atas serangan fikri dan askari yang dilakukan tentera musuh. Gerakan ini lebih dikenali sebagai Reconquista. Tidak dinafikan ia mempunyai kaitan dengan usaha pihak Kristian untuk menakluk wilayah yang telah jatuh ke tangan umat Islam di seluruh dunia di mana ia seolah turut terkesan dengan pergerakan tentera Salib yang menumpukan perhatian di wilayah umat Islam di Asia Barat.
ii. Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah luar Andalus, melainkan sokongan yang sering diterima hanyalah dari Afrika Utara sahaja.

iii. Tiada mekanisma dalam mencari pengganti yang layak (succession plan) untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakkan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak beranak atau ahli keluarga.
iv. Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satuwilayah dengan wilayah yang lain. Perbezaan fikrah yang wujud dikalangan mereka banyak membawa keruntuhan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.

Kesan daripada kejatuhan inilah umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterunya runtuh. Kehinaan yang diterima sepertimana berdasarkan perintah yang dikeluarkan pada tahun 1492M iaitu setiap orang Yahudi yang enggan dibaptis, mereka perlulah keluar dari Andalusia dalam tempoh 3 bulan. Ia dikuti perintah yang dikeluarkan 10 tahun selepas itu kepada mereka yang tidak mahu dibaptiskan, iaitu perintah pada Februari 1502 di mana pihak Kristian mengusir golongan pendatang yakni orang Islam dari Seville dan sekitarnya.21 Jelas, kejatuhan pemerintahan yang berlaku bukan sekadar peralihan kuasa politik, tetapi ia turut memberi kesan kehinaan kepada umat Islam, malah ada di antara mereka yang diperangi ketika sudah bersedia keluar dari Andalusia.

Iktibar Sejarah Andalusia: Teladan dan Sempadan

Jika diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di Andalusia, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan keilmuan di samping perkembangan industri dan pertanian.

Namun, disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku, pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka selama hampir 8 abad itu kembali kepada Kristian.

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:
Perebutan kuasa dikalangan pemimpin yang mentadbir wilayah.

Ini dapat dilihat pada peringkat awal pemerintahan Andalusia di mana para pemimpin sering berselisih dalam hal ehwal pentadbiran. Gangguan dari dalam ini telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Di antara pergolakan itu berupa perselisihan di antara elite penguasa, terutama akibat perbezaan ras dan etnik. Disamping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika Utara yang berpusat di Kairawan. Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang paling berhak menguasai Andalusia ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah penggantian pemerintah atau wali (gabenor) berlaku lebih daripada dua puluh kali dalam jangka waktu yang amat singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringnya terjadi perang saudara sesama mereka lalu merencatkan pembangunan tamadun umat di sana.

1. Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah. Akhirnya, anasir-anasir tidak puas hati itu membawa kepada perancangan untuk merampas kekuasaan dikalangan umat Islam, sedihnya dengan melibatkan kerjasama dengan pihak musuh.
2. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.
Manakala kejayaan mereka yang boleh dijadikan iktibar ialah:

1. Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya sekiranya kita ingin sentiasa maju ke hadapan, kita harus bersikap terbuka kepada pemikiran-pemikiran kreatif dan idea-idea yang inovatif. Mereka telah mencapai kejayaan dari segi sains dan teknologi kerana menggalakkan suasana intelek dan tidak rigid dengan kemasukan ilmu-ilmu moden.

2. kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan industri memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang ini dengan bantuan teknologi maklumat, dan mengambil nikmat bioteknologi untuk dikembangkan dalam sektor ini agar pertanian tidak lagi dipandang enteng.

3. Lahirnya ilmuwan seperti Ibn Bajjah (1082 – 1138M), Ibn Zuhr (1091 – 1162M) dan lain-lain menuntut kita melahirkan cendikiawan Muslim yang versatile, mahir dari segi ilmu turath dan juga ilmu moden yang mampu untuk meninggalkan jejaknya yang tersendiri di dunia ini. Generasi ilmuwan moden ini harus dibina jati diri mantap agar memberi manfaat kepada pembangunan negara.
4. Ketamadunan yang dibina telah meninggikan Eropah yang pada waktu tersebut berada pada zaman kegelapan. Bandar Cordova di Andalusia dilihat sebagai Bandar yang terulung dikalangan Negara-negara Eropah yang lain dan mereka telah memajukan intelektualisme dari aspek falsafah, senibina, matematik, teologi, perubatan dan banyak lagi sehingga Islam gambarkan begitu kehadapan dalam soal ini. Mereka dapat measimilisasikan Islam dengan falsafah dan pusat kecemerlangan Greek sehingga ia menyumbang kepada keseluruhan negara Barat yang didominasi kaum Kristian.
Kejayaan mereka membina tamadun dalam keadaan mereka mempunyai kepelbagaian bangsa dan penganut agama samawi juga sesuatu yang unik. Sudah pasti ia ada kaitan dengan kefahaman terhadap ajaran Islam yang dipraktikkan dalam bentuk siyasi. Rujukan tentunya terhadap contoh-contoh awal yang ditunjukkan oleh Khalifah Islam dalam memberi dan menjamin hak asasi setiap penganut agama yang mana mereka boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam. Contoh-contoh jaminan ini terus dilaksanakan sehingga ke wilayah pemerintahan Andalusia. Oleh sebab itu kita dapat menyaksikan sejarah di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi saling membantu mewujudkan suasana keilmuan yang baik terutama di Cordova. Ini kelihatan begitu relevan dengan negara kita sekarang yang mempunyai kepelbagaian latar bangsa dan penganut agama. Oleh itu, demi mencapai puncak kemajuan, kerjasama antara kaum ini harus diberi tumpuan yang wajar bagi meningkatkan kerjasama dan kefahaman dikalangan rakyat yang ada.

Penutup

Kecemerlangan Tamadun Islam Andalusia berakhir tanpa dapat dipertahankan oleh umat Islam. Ia jatuh di bawah pemerintahan kerajaan Sepanyol dan kekal sehingga hari ini. Kesan peninggalan itu masih boleh dibanggakan walaupun hakikatnya tiada apa yang dapat diperolehi oleh umat Islam hasil peninggalan tersebut. Kejatuhan Andalusia kelihatan tidak memungkinkan ia kembali ditadbir oleh umat Islam. Pengalaman pahit ini harus dipelajari agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada ketika dahulu. Sejarah Andalusia itu sudah tidak dapat diperbaiki untuk manfaat wilayah itu, namun pastinya pengalaman atau pengajaran dapat diperolehi bagi manfaat generasi kini. Walau bagaimanapun, kesediaan Eropah membuka kembali pintu pada abad moden ini dan memberi peluang kepada bangsa-bangsa lain berada di wilayah mereka telah sedikit sebanyak menyaksikan kemunculan kembali umat Islam di Eropah, termasuk di Andalusia.
Lain-lain Artikel Empayar Andalusia

Ahad, September 16, 2012

PEMBUNUHAN TAK DIREKODKAN SEJARAH



Segenting Kra menghala kebawah dinamakan sebagai the Malay states. Peta ini dipetik dari buku,”Through the Buffer State,A Record Of Recent Travel Through Borneo, Siam and cambodia by Surgeon Major MacGregor, MD, Indian Medical Service,Published by FV White, London,1896.

Peta wilayah Nagara Kedah sebelum tahun 1821 dahulu.
Mangsa-mangsa pembunuhan tentera Kerajaan Raja Rama II Chakri Sokho Thai yang menjajah negeri Siam.
1) Pembunuhan Raja Ranong, Paduka Seri Sultan Tunku Anjang Johan ibni Sultan Mukammad Jiwa Nai Nal Adilin. Makam baginda terletak diPulau Eduan, Myanmar bersama Makam Laksamana Tok Wahab.
Salasilah Kedah dalam Royal Ark yang ditutup bukti, ditulis seperti berikut:
-H.H. Tunku Anjang ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-’Adilan Mu’azzam Shah, Tunku Sri Maharaja di-Raja Segara, of Laut (s/o Che’ Puan). Granted Tongkah, Trang, Kupa and Rundung (Ranong lah !!). Settled in Padang, in Pariaman, Sumatra .
a)Kalau Trang dalam wilayah Siam, kenapa pula dia perlu pergi ke Padang di Sumatera?
b)‘son of che puan’ yang dimaksudkan ialah Nang Che Puan, bergelar Phumintharaja sewaktu memerentah sebagai Raja Perempuan Ayuthia.

Majid Laem Nao di Ranong untuk segelintir umat Islam yang masih berada disana.
2) Pembunuhan Raja Satun, Paduka Seri Sultan Tunku Bisnu dan putranya,Ku Meh. Baginda berdua telah di tangkap di Istana Wang Mai Pekan Satun lalu di campak dalam laut hidup-hidup berdekatan Pulau Pho Kheag (Phukhet).
3) Pembunuhan Sultan Langkat Samudera Pasai yang di gelar Tok Pasai. Makam baginda Tok Pasai terletak di Jeti Kuala Kedah.
4) Pembunuhan Raja Legeh (Yala) Paduka Seri Sultan Tunku Long Taha ibni Tunku Long Putera. Makam baginda terletak di Kota Serjanna, Alor Ganu daerah Kubang Pasu Kedah. Ayahanda baginda, Tengku Long Putera Laksemana Datu turut juga dibunuh. Lihat gambar makam dibawah.
Salasilah Kedah dalam Royal Ark tertulis seperti berikut:
-Y.A.M. Tunku Long Putra Shah ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zain al-’Adilan Mu’azzam Shah (s/o Che’ Puan). Granted Tanah in fief, but later settled in Jambi, in Sumatra .
a)Kenapa harus baginda ke Jambi sedangkan negeri Legeh adalah negeri Kelantan hari ini dan istananya hanya terletak di Kok Lanas sahaja.
5) Pembunuhan Raja Bang Nara Narathiwat, Paduka Seri Sultan Tunku Nong Chik Makam di Kota Serjanna, Alor Ganu Daerah Kubang Pasu, Kedah.
6) Pembunuhan Tunku Ahmad Parsi (dan isteri) ibni Sultan Tunku Nong Chik dari Bangnara Narathiwat di Kota Naga Daerah Kubang Pasu Kedah Makam.
7) Pembunuhan Raja Surattani, Koya Fai Megat Iskandar ibni Syarif Yang Di Pertuan. Makam baginda terletak di dalam Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus, Daerah Kubang Pasu, Kedah.
8) Pembunuhan Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Raja Maha Besar Benua Siam Kedah di dalam Istana Ayut’ia Kota Meang Kuang, Mukim Wang Tepus Daerah Kubang Pasu Kedah. Makam baginda terletak di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang, Mukim Tualang. Kedah.
9) Pembunuhan Raja LegorKoya Ngah Megat Terawis di dalam Istana Kota Meang Kuang Mukim Wang Tepus Kedah. Baginda dimakamkan di Makam Di Raja Siam Islam, Kampung Tualang Mukim Tualang, Kedah.
10) Pembunuhan Pemaisuri Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Makam ‘Keramat Tok Jame’ atau Permaisuri Tengku Suria Marin. Baginda adalah Puteri kepada Sultan Langkat Samudera Pasai. Makam baginda permaisuri terletak di Kampung Padang, Alor Rambai Kota Meang Kuang, Kedah.
Salasilah Langkat dalam Royal Ark, tercatat seperti berikut:
17xx – 17xx Y.A.M. Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman ibni al-Marhum Raja Kahar, Raja of Langkat. He had issue four sons:
1) Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat – see below.
2) Y.M. Raja Wan Jabar. Wakil of Selesai. He had issue:
a) Y.M. Sutan Muhammad Shaikh. Wakil of Satabat.
3) Y.M. Raja Shahdan. Wakil of Pungai.
4) Y.M. Raja Indra Bongsu. Wakil of Kota Dalam. m. several wives, including a daughter of the Orang-Kaya Asim, of Pangalan Bulu. He had issue, five sons and several daughters, including:
a) Y.M. Tengku Wan Johor (half-brother of Sultan Ahmad). m. (first) (div.) Y.M. Raja Wan Perak, daughter of H.H. Sultan ‘Amal ud-din I Panglima Mangedar ‘Alam Shah ibni al-Marhum Tengku Panglima Gandar Wahid, Sultan of Deli.
b) Y.A.M. Raja Ahmad ibni al-Marhum Raja Indra Bongsu, Raja of Langkat (s/o the Pangalan Bulu lady) – see below.
c) Y.M. Tengku Wan Supan (half-brother of Sultan Ahmad).
d) Y.M. Tengku Wan Shah (half-brother of Sultan Ahmad).
e) Y.M. Tengku Wan Desan (half-brother of Sultan Ahmad).
a) Y.M. Raja Wan Chandradevi. m. (div.) Y.A.M. Raja Nobat Shah ibni al-Marhum Raja Hitam, Raja Kejuruan Jipura Bilan Jentera Malai , son of Y.A.M. Raja Hitam ibni al-Marhum Sutan Bendahara Raja Badi uz-Zaman [Kejeruan Tua], Raja of Langkat – see below.
5) Y.M. Tengku Marim. 
6) Y.M. Tengku Pandei, of Kejuruan Tindal.
………………………………………………………
11) Pembunuhan Raja Tenasirim Makam Koya Nai Cau Abu Megat Manja diKampung Kubang Lintah langgar, Kedah.
12) Pembunuhan Putera Raja Jammu PataniRadin Megat Tam Tunggal. Makam baginda terletak di Tanjung Inggeris, Langgar, Kedah.
13) Pembunuhan Raja Jammu Patani Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.
14) Pembunuhan Laksemana Dato’ Derga Makam di Kampung Pagar Air Mukim Limbong, Kedah.
15) Pembunuhan Laksemana Dato’ Maha Raja Lela, Kedah dan makamnya di Kampung Pagar Air, Kedah.
16) Pembunuhan Dato’ Khazi Shiekh Abdul Khadir . Makamnya di Kota Meang Kuang, Kedah.
17) Pembunuhan Mahsuri, isteri Wan Darus cucu kepada Paduka Seri Sultan Bisnu, Raja Satun di Pulau Langkawi (Setelah dibunuh, mereka pun menulis cerita Mahsuri. Hairan ye, kenapa waris Mahsuri melarikan diri ke Phuket, sedangkan mereka boleh terus menetap di Pulau Langkawi, melawati dan menjaga makam dsbnya. Sebenarnya, tentera Burma yang menyerang Langkawi bukannya tentera thai yang menjajah siam. Mereka ini seagama dan telah pun berpakat dan membentuk perikatan. Phuket masih lagi dibawah Wilayah Kedah ketika itu menanti serangan thai dari siam Bangkok. Maksud Pho-kheag ialah ‘bapa Islam’(kadang-kadang dieja ‘kheak’). dimana Rajanya beragama Islam.Ini juga adalah taktik ‘ethnic cleansing’ yang menjadi amalan ketika itu menyebabkan mereka takut dan melarikan diri dari Pulau Lagenda itu).

Masjid Koh Kaew di Phuket hari ini.
18) Pembunuhan Raja Riau Manila, Koya Ali @ Paduka Seri Sultan Tunku Ali Mindanau Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putera, Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah. Makam baginda di Kampung Kubang Besar, Mukim Tualang, Kedah.
19) Pembunuhan Puteri Tunku Dayang Ibni Paduka Seri Sultan Tunku Long Putra, Perdana Menteri Benua Siam Kedah dan suaminya, Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal. Baginda adalah cucu kepada Paduka Seri Sultan Idris Jammu Patani. Makam baginda terletak di Kampung Pulau Keramat, Mukim Lesong, Kedah.
20) Pembunuhan Raja Jammu Patani, Paduka Seri Sultan Idris Ibni Sultan Salahuddin dari keturunan Pateh Siam Baginda adalah putera kepada Paduka Seri Sultan Madzafar Syah, Raja Jammu Patani dan juga Permaisurinya Puteri Majapahit. Baginda dimakamkan di Makam di Raja Patani, Kampung Sena, Mukim Tobiar, Pendang, Kedah.
21) Pembunuhan Raja Perlis (Kayang) yang pertama Nai Ta @ Syed Mohammad Hatta Ibni Sultan Kemboja Pho Chan Mudzafar Syah III. Makam baginda berada di Alor Keladi Langgar, Mukim Langgar Kedah.
22) Pembunuhan Raja Chang Mai, Koya Shuib @ Megat Shuib. Makam baginda terletak di Kampung Alor Raja, Langgar Kedah.
Kebanyakkan mereka kembali untuk majlis perkahwinan dan serangan besar sememangnya berlaku di Kota Kuala Kedah sewaktu sambutan perkahwinan anak pembesar Kedah ketika itu. Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kononnya berada di Kuala Muda meyaksikan rakyat mengorek terusan padahal dia sudah mengetahui serangan thai dari negeri Siam pada tarikh tersebut. Keberadaan di Kuala Muda turut membuktikan bahawa dia Raja daerah, bukannya Sultan Kedah.
Walaupun kita tahu bahawa kawasan ini berada di bawah negara jiran, tujuan kami senaraikan disini adalah supaya kita lebih prihatin bahawa kawasan ini dulunya pernah bernaung dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Penduduk di wilayah ini bertutur bahasa Thai tetapi masih boleh lagi bertutur dalam bahasa Kedah atau Bahasa Melayu Patani (hampir loghat Kelantan) malah Kg. Kedah pun masih ada hingga kini. Penggunaan bahasa Siam Kedah walau bagaimana pun sudah lupus. Sekiranya saudara/i berada disana, makanan di kedai-kedai Muslim yang mempamerkan kalimah syahadah pada kaunter bayaran masih banyak dan mudah untuk kita bercakap dalam loghat Kedah atau Patani.
Menurut Dr. Ibrahim Bakar Langkawi, dalam bukunya “Sejarah Matawang Kedah Dan Perlis”,ms 22, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Kedah,
“Kawasan Pantai barat Semenanjong Tanah Melayu ini adalah kawasan penduduk orang-orang Melayu penutur dialek utara atau lazimnya dikenali juga sebagai dialek Kedah. Kawasan ini bermula dari sekitar Segenting Semenanjong Tanah Melayu (dikenali sebagai Segenting Kra), iaitu dalam kawasan selatan negeri Burma dan Thailand sekarang, mengunjur keselatan, hingga ke kawasan Lembah Kerian dalam negeri perak, Malaysia. Di lihat dari sudut etnologi, semua penduduk yang mengamalkan dialek pertuturan yang sama ini, yang juga mempunyai tata budaya yang sama, bolehlah dikatakan sebagai orang Kedah”.
Sempadan negara moden seperti sekarang ini hanya wujud dalam tahun1909/10 sahaja. Tidak dapat di nafikan memang berlaku konspirasi sejarah selepas Peperangan Kedah Siam dalam tahun Musuh Bisik 1821 dimana penjajah Inggeris turut terlibat membahagikan kawasan Se Genting Kra kepada dua.

Khamis, Ogos 30, 2012

Sejarah cap mohor amerika




SEJARAH MOHOR BESAR AMERIKA

Sifat semulajadi mohor besar begitu misteri sehinggakan sebahagian orang percaya bahawa ia berasal dari kekuatan alam ghaib. Satu kisah direkodkan oleh Dr Robert Jerome dalam bukunya "Founding Father Secret Societies", mengatakan bahawa mohor besar itu diberikan kepada Thomas Jefferson oleh satu lembaga berpakaian misteri. Kisah yang menceritakan bahawa Jefferson menceritakan sebuah kisah yang aneh:

Seorang lelaki mendekatinya memakai jubah hitam yang menutupi wajah dan kesemua dan memberitahu kepadanya bahawa dia pengunjung aneh tahu mereka cuba untuk mereka sebuah mohor, dan bahawa dia mempunyai reka bentuk yang sesuai dan bermakna. Dan dia kemudian menunjukkan kepada orang lain dan dia memberitahu mereka tentang bertemu orang ini di luar, seterusnya mereka pergi ke luar untuk pergi untuk mencari orang itu dan dia telah pun hilang.



Thomas Jefferson yang menerima rekaan mohor Amerika daripada seorang lelaki memakai jubah hitam.



Buku Founding Father Secret Societies oleh Dr Robert Jerome

Jadi dikatakan kita tidak akan mengetahui siapa yang mereka bentuk mohor besar Amerika Syarikat.

Sementara Dr Jerome mengakui bahawa dia curiga mengenai kisah-kisah seperti itu namun ada orang lain yang mendakwa percaya hingga hari ini. Mungkin ada hubungannya dengan John Adams yang berada di jawatankuasa mohor pertama dengan Thomas Jefferson. Menurut cerita Retny, John Adams berada di sana ketika peristiwa aneh ini berlaku. Anehnya memorial Adam di Washington DC dihiasi dengan lembaga berpakaian misteri.



John Adams yang merupakan Presiden Amerika ke-2 (1797–1801)



Memorial John Adam di Washington DC

sumber > http://rahsiaisidunia.blogspot.com/"
 

Jumaat, Julai 27, 2012

Sejarah Masjid Brunei di Danau Tok Uban


Masjid Sultan Brunei Pasir Mas Kelantan
Assalamualaikum. Sebagaimana yang dijanjikan ini adalah entri sekuel bagi entri Sepetang di Masjid Brunei Darussalam yang lepas. Ramai yang menyangka masjid serba putih yang tersergam indah walaupun agak terbiar ini terletak di negara Brunei Darussalam. Sebenarnya bukan. Maaflah atas kekeliruan dengan tajuk entri yang lepas.
Sebagaimana yang dah diterangkan sebelum ni, masjid yang dikenali dengan nama ringkasMasjid Brunei ini terletak di Danau Tok Uban, atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Kedudukannya di hujung jalan kampung dan di dalam kawasan yang berpagar. Yang menjadi tanda tanya, kenapa masjid ini dinamakan Brunei Darussalam? Itu yang nak kita rungkaikan kat sini melalui hasil bacaan daripada beberapa sumber di Internet. Teruskan bacaan.
Tak ramai yang tahu akan kewujudan masjid ni kecuali orang sekitar Rong Chenok dan Tok Uban sahaja, atau mungkin hingga ke Pasir Mas dan Tanah Merah. Jalan nak ke sana agak bersimpang-siur dengan keadaan jalan yang tak berapa menyelesakan. Kalau nak ke sana pastikan dengan motor ataupun kereta. Kereta 4WD rasanya tak boleh lepas ketinggian palang kat satu jambatan di pintu masuk ke kawasan perkampungan Masjid Brunei ni.
papan peringatan masjid brunei darussalamDaripada papan peringatan masjid yang ditulis dalam tulisan Jawi,Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Ini adalah kenyataan yang dipetik daripada blog Si Merah Silu, salah seorang yang hebat dalam misi menjejak sejarah. Kredit gambar papan peringatan kepada beliau.
Berdasarkan kenyataan ringkas di atas, kemungkinan besar Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin yang dimaksudkan adalah Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin III (TM1950-1967) dan Sultan Kelantan yang dimaksudkan adalah KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada DYMM Sultan Muhammad Faris Petra dengan gelaran Sultan Kelantan ke-V yang memerintah Kelantan sekarang. Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulahkepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Pendek kata ianya disponsor penuh oleh Sultan Brunei. Dalam papan peringatan ini juga ada disebut Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin. Masa aku ke sana hari tu memang ada institut tu tapi nampaknya macam tak digunakan dah. Tak pastilah keadaan yang sebenarnya macam mana.

Misteri Masjid Brunei Darussalam

Dengan suasana yang sunyi tapi tenang serta mendamaikan jiwa, kat masjid atau Danau Tok Uban ni memang tempat sesuai untuk meleraikan segala kekusutan hati. Mungkin atas sebab itu dulunya masjid ini adalah tempat pelajar-pelajar Tahfiz mengaji Quran. Cuma, bila berada kat sini rasa sedikit aneh, seolah-olah diperhatikan.
Kata orang, tempat yang sunyi adalah tempat yang mempunyai kelebihan. Kelebihan macam mana hanya orang tertentu sahaja yang dapat merasa. Ada juga yang mengatakan tempat tersebut adalah tempat yang keramat dan dipenuhi dengan ‘ahli-ahli khariah’ dari kota lama. Kat mana kota lama tu akan diceritakan dalam entri sambungan nanti ;)

Sejarah Pembinaan Masjid Brunei Darussalam

Tak dapat dipastikan cerita ini sahih ataupun tidak. Cerita ni dipetik daripada seorang forumer yang dia dengar sendiri daripada penduduk tempatan. Katanya dulu penduduk kat situ nak membina sebuah masjid tapi kekurangan sumber kewangan. Akhirnya AJK masjid menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan. Tanpa disangka Sultan Brunei perkenankan permintaan diorang dan sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan berterima kasih, nama Brunei Darussalam dijadikan nama bagi masjid serba putih ni.
Ada satu lagi versi cerita mengatakan yang Sultan Hassanal Bolkiah mendapat mimpi untuk membina masjid di Danau Tok Uban. Sejauh mana benarnya cerita ni, hanya Sultan Hassanal Bolkiah saja yang dapat menjawab. Tapi cerita ni dikuatkan dengan hubungkait antara Sultan Brunei dan Sultan Kelantan yang dikatakan berasal daripada salasilah keluarga yang sama iaitu daripada sanad Saidina Hussein r.a.cucu Baginda Rasulullah s.a.w.
Daripada keturunan cucu Nabi Muhammad s.a.w. lahirnya Wali 7 yang diketuai oleh Sayyid Hussein Jamadil Qubra yang bermudik dari Mekah dan berlabuh di sebelah Bukit Panau melalui Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Danau Tok Uban. Ada lagi kisah misteri dan menarik berkenaan dengan hal ini. Siapa Sayyid Hussein Jamadil Qubra? Apa kaitannya dengan Bukit Panau dan Danau Tok Uban? Apakah rahsia di dasar tasik Danau Tok Uban? Semua itu akan diceritakan dalam entri trikuel nanti. Mesti korang tertarik, sebab ada kaitan juga dengan Laksamana Hang Tuah ;)
Balik semula tentang mimpi Sultan Brunei untuk membina masjid di tebing Danau Tok Uban ada kemungkinan Baginda Sultan mendapat mimpi daripada salah seorang wali, sama adaWali 7 ataupun Wali 9 (Wali Songo). Betul atau tidak hanya empunya badan yang dapat sahkannya. Tapi sekiranya betul pun atas sebab-sebab tertentu dakwaan mimpi ni terpaksa dipalsukan. Maksudnya tak semua perkara boleh diberitahu kepada umum secara direct. Ada banyak sebab perlu diambil kira. Jadi betul atau tak cerita ni tak perlulah kita nak berdebat bagai. Baca sekadar pengetahuan dan kita sebagai orang Melayu mesti berbangga dengan keturunan kita yang dikatakan berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. daripada isteri Baginda yang ketiga iaitu Qaturah. Ini satu lagi sejarah menarik berkaitan dengan asal-usul kita. Nak tau lebih lanjut bolehlah baca Melayu Berasal Daripada Nabi Ibrahim a.s.
Aku bercadang nak tanya sendiri kepada penjaga Masjid Brunei Darussalam berkenaan dengan asal-usul pembinaan masjid ni termasuklah fungsi Masjid Brunei ni sekarang. Kalau ada sape-sape nak ikut boleh contact aku terus melalui contact form. Tak nak ramai, maksimum 3 orang saja termasuk aku. Kalau jadi, kita set time and place untuk meet up kat mana-mana. Ada ‘rezeki’, adalah :)

Sabtu, Julai 21, 2012

Walter Rothschild, 2 Baron Rothschild



Lord Rothschild

Lionel Walter Rothschild, 2 Baron Rothschild, Baron de Rothschild FRS [1] (8 Februari 1868 - ogos 27, 1937), keturunankeluarga Rothschild , British jurubank, ahli politik, dan pakar zoologi .

sunting ]

Biografi

Walter Rothschild adalah anak sulung dan pewaris Tuhan [Nathan] Rothschild , pembiaya amat kaya, Dinasti Rothschild kewangan antarabangsa, bukan mualaf 1 (agama Kristian) Yahudi rakan sebaya di England. [2]

Anak sulung daripada tiga orang anak, Walter telah disifatkan mempunyai kesihatan yang halus dan dididik di rumah. Sebagai seorang pemuda beliau mengembara di Eropah, menghadiri universiti di Bonn bagi tahun sebelum memasuki Magdalene College di Cambridge. Pada tahun 1889, meninggalkan Cambridge selepas dua tahun, beliau telah dikehendaki untuk pergi ke perniagaan perbankan keluarga untuk mengkaji kewangan.
Pada usia tujuh tahun, beliau mengisytiharkan bahawa beliau akan menjalankan muzium zoologi. Sebagai seorang anak, beliau mengumpul serangga , rama-rama , dan haiwan lain. [2] Antara haiwan peliharaan di rumah keluarga di Tring Park kanggaru dan burung eksotik. [2] Sebagai lelaki, Rothschild telah sekali diseret dari kudanya dan diserang oleh pekerja-pekerja semasa menaiki memburu berhampiran Tring, satu pengalaman yang dia sendiri disebabkan untuk Anti-Semitisme. [3]
Pada 21, beliau enggan pergi untuk bekerja di bank keluarga, NM Rothschild & Sons di London . Dia bekerja di sana 1889-1908. Нe ternyata tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau keupayaan dalam profesion kewangan, tetapi ia tidak sehingga 1908 bahawa dia akhirnya dibenarkan untuk memberi. Walau bagaimanapun, kedua ibu bapanya menubuhkan sebuah muzium zoologi sebagai pampasan, dan berkaki bil untuk ekspedisi di seluruh dunia untuk mencari binatang. [2]
Rothschild adalah 6 '3 "tinggi, mengalami bicara dan sangat pemalu, tetapi beliau mempunyai gambarnya diambil menunggang kura-kura gergasi , dan memandu pengangkutan dimanfaatkan kepada enam kuda belang ke Istana Buckingham untuk membuktikan bahawa kuda belang boleh boleh dijinakkan. [ 2]
Walaupun dia tidak pernah berkahwin, Rothschild mempunyai dua perempuan-perempuan simpanan, salah seorang daripada mereka melahirkan anak perempuan. [4] Pada tahun 1929, beliau membeli salah satu daripada rumah-rumah besar yang terbesar di Upper East Side Manhattan, New York, pada 70 Street, dengan lebih 11,000 kaki persegi (1,000 m2).

edit ]kerjaya Zoologi


Rothschild dengan terkenal beliau zebra (Equus burchelli pengangkutan), yang dia memandu ke Istana Buckingham untuk menunjukkan watak jinak Zebras kepada orang ramai

Lord Rothschild Tortoise Giant
Rothschild belajar zoologi di Magdalena College, Cambridge . [5] Mesyuarat Albert CLG Günther mencetuskan kepentingan beliau dalamtaksonomi burung dan rama-rama.
Walaupun Rothschild sendiri mengembara dan dipungut di Eropah dan Afrika Utara selama bertahun-tahun, kebimbangan kerja dan kesihatan terhad pelbagai, dan bermula manakala di Cambridge dia bekerja lain - peneroka, pemungut profesional, dan penduduk - untuk mengumpul untuknya di jauh dan sedikit- bahagian-bahagian dunia yang diketahui. Beliau juga mengupah pengawet binatang, seorang pustakawan, dan yang paling penting, saintis profesional bekerja bersama-samanya untuk pendita dan menulis koleksi yang dihasilkan:Hartert Ernst , untuk burung, dari 1892 sehingga beliau bersara pada usia 70 tahun pada tahun 1930; dan Karl Jordan entomologi, dari 1893 sehingga kematian Rothschild pada tahun 1937.
Pada terbesar, koleksi Rothschild termasuk 300,000 kulit burung, telur 200.000 burung, 2250000 rama-rama dan 30,000 kumbang, serta beribu-ribu spesimen mamalia, reptilia, dan ikan. Mereka membentuk koleksi zoo terbesar pernah dihimpunkan oleh individu swasta.
Beliau merupakan orang pertama untuk menghuraikan Zirafah Rothschild (Giraffa camelopardis rothschildi), 1 subspesies dengan lima tanduk dan bukan lagi dua, yang dinamakan sempena nama beliau. [2] Ia juga dikenali sebagai Uganda atau Baringo Zirafah, dan yang paling terancam sembilan subspesies. perlu petikan ] Satu lagi 153 serangga, 58 burung, 17 mamalia, tiga ekor ikan, tiga labah-labah, dua reptilia, satu kulum-kulum, dan satu cacing juga membawa namanya. [2]
Rothschild membuka muzium swasta pada tahun 1892. Ia menempatkan salah satu koleksi sejarah terbesar yang semula jadi di dunia, dan adalah terbuka kepada orang ramai. Pada tahun 1932 beliau terpaksa menjual sebahagian besar koleksi burung beliau kepadaMuzium Sejarah Semula Jadi Amerika selepas diperas ugut oleh seorang wanita. [2] [6] Pada tahun 1936, beliau menderma lain koleksi Pemegang Amanah Muzium British . Walter Rothschild Muzium Zoologi di Tring kini pembahagian Natural History Museum [7]
Rothschild telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Giessen pada tahun 1898, telah dilantik sebagai Pemegang Amanah Muzium British pada tahun 1899, dan telah dipilih sebagai ahli Royal Society pada tahun 1911. [1]

edit ]kerjaya Politik

Walter Rothschild adalah kesatuan Liberal Liberal dan Ahli Parlimen bagi Aylesbury dari 1899 sehingga beliau bersara daripada politik pada pilihan raya umum 1910 . [2]

sunting ]Zionisme dan Deklarasi Balfour

Sebagai aktif Zionis dan rakan rapat Chaim Weizmann , beliau bekerja untuk merumuskan draf perisytiharan untuk tanah air Yahudi di Palestin . Pada 2 November 1917, beliau menerima surat daripada setiausaha asing British , Arthur Balfour , yang dialamatkan ke rumah London beliau pada 148 Piccadilly . Dalam surat ini, kerajaan British mengisytiharkan sokongan bagi penubuhan di Palestin "rumah nasional untuk orang Yahudi". Surat ini menjadi yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour . [2]

sunting ]Peerage

Walter mewarisi gelaran bangsawan British " Baron Rothschild "dari bapanya Nathan Mayer Rothschild, 1st Baron Rothschild pada tahun 1915. Beliau meninggal dunia pada tahun 1937 di Hertfordshire berumur 69 tahun. Beliau tidak mempunyai kanak-kanak yang sah, dan adik lelaki Rothschild Charles telah meninggal dunia lebih dahulu beliau, jadi gelaran itu diwarisi oleh anak saudara (Nathaniel Mayer) Victor Rothschild .
Beliau juga mewarisi gelaran "Baron de Rothschild" bangsawan Austria , yang merupakan gelaran yang dibenarkan di United Kingdom oleh Waran 27 April 1932. [8]