Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Jun 04, 2011

Wilayah Ekonomi Pantai Timur

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region) atau ECER merupakan wilayah pembangunan ekonomi di Malaysia yang dirasmikan pada hari Selasa, 29 Oktober2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Program atas inisiatif kerajaan pusat ini merupakan program ekonomi ketiga selepas Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di utaraSemenanjung Malaysia. ECER melibatkan tiga buah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta daerah Mersing di Johor. Luas kawasan yang terlibat ialah 66,736 kilometer persegi atau 51 peratus daripada keluasan Semenanjung Malaysia. ECER melibatkan 3.9 juta penduduk.
Pembangunan ECER ini adalah selama 12 tahun dari tahun 2007 hingga 2020. Peneraju utama ialah perbadanan minyak dan gas iaitu Petronas.

Perasmian

Perasmian peringkat negeri Terengganu diadakan di Taman Awam Batu Burok. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Pahang Datuk SeriAdnan Yaakob, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan anggota Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Abdullah Ahmad Badawi turut merasmikan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC) dan Taman Ilmu. KTCC merupakan destinasi pelancongan, persidangan dan pameran antarabangsa (M.I.C.E) yang bertemakan "pintu masuk ke ECER dan bandar maritim". Taman Ilmu di Besut bakal menjadi pusat kecemerlangan industri pendidikan dan "edutourism" yang mampu menarik pelajar dari seluruh dunia ke Terengganu.
Perasmian peringkat negeri Kelantan diadakan di Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menyambut baik usaha Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Datuk Husam Musa berjanji kerajaan PAS akan memberi komitmen "1,000 peratus" untuk menjayakan 23 projek di Kelantan sepanjang tempoh 12 tahun itu.

Kos

Kos pembangunan akan dibiayai oleh syarikat Petronas iaitu sebuah perbadanan milik kerajaan Malaysia. Fasa pertama melibatkan kos RM6 bilion. Kos sebenar ialah RM112 bilion. Ia akan disalurkan melalui melalui kajian semula program Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) serta penambahan peruntukan semasa kajian separuh penggal RMK9.
227 projek bernilai RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun akan dilaksanakan oleh Petronas dan lain-lain.

Teras pembangunan

Teras utama pembangunan ialah:
§                     Pelancongan - membina kemudahan pusat peranginan dan hotel bertaraf antarabangsa di kawasan pesisir pantai. Bakal menarik kehadiran 7.4 juta pelancong luar negara dan 21.4 juta pelancong tempatan menjelang 2020.
§                                 Kuala Terengganu akan menjadi hab aktiviti pinggir pantai, terminal pelayaran, marina, pasaran kraftangan, pusat membeli belah, taman dan beberapa taman tema.
§                                 Taman Negara Endau-Rompin.
§                                 Jeti Mersing.
§                                 Pulau Tioman bakal menjadi daya tarikan pelancongan negara.
§                                 Pengkalan Kubur menjadi pusat pelancongan sempadan dan pusat perdagangan peringkat Asia Tenggara / segitiga pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand.
§                                 Kota Baru City Centre (KBCC) di Palekbang berhampiran Kota Baru akan dibangunkan.
§                                 Sungai Nenggiri, Sungai Burok, Sungai Jenera, Sungai Pulan serta kawasan sekitarnya akan dimajukan sebagai taman negara.
§                     Projek pembangunan Kuantan Sentral serta Bukit Gambang Resort City bagi negeri Pahang
§                     Industri minyak, gas dan petrokimia.
§                     Industri pembuatan - industri hiliran berasaskan minyak sawit, kayu dan susu getah serta hasil pertanian lain untuk mengeluarkan barangan seperti bahan oleokimia, perabot, sarung tangan dan makanan halal.
§                                 Taman Industri Halal di Pasir Mas dibina bagi menjana sektor hiliran.
§                     Pertanian
§                                 Hulu Setiu - projek agropolitan seluas 2,000 hektar .
§                                 Kuala Berang, Hulu Terengganu - Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kambing Nukleus. Dijangka mengeluarkan 10,000 induk kambing seperti Jamnapari, Boer dan Anglo Nubian yang bermutu tinggi pada 2015. Ketika ini Malaysia mengimport 70,000 ekor kambing dari Australia dan New Zealand setiap tahun. Perjanjian kerjasama (MoU) antara Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kambing Nukleus, di antara JPH dengan Marditech Corporation Sdn Bhd dan Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) telah ditandatangani.
§                                 Pusat penyelidikan baka ternakan seluas 800 hektar akan dibina di Tersat, Kuala Berang.
§                                 Ladang integrasi kambing dengan ladang getah seluas 2,000 hektar, milik Risda di Besut dan Hulu Terengganu. Kambing cepat matang dan peratusan penggunaan tanahnya adalah rendah berbanding lembu dan kerbau.
§                                 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) akan memajukan 5,200 keluarga di Gua Musang. Ia melibatkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
§                                 Gunung Musang, Dabong dan Lembangan Sungai Nenggiri diwartakan sebagai Taman Negeri. Lebih 10,000 orang Asli daripada suku Temiar yang miskin tegar akan menikmati kemajuan ECER ini.
§                                 Lembah Pertanian Moden di Bachok dan Pasir Puteh - ladang buah-buahan dan sayur-sayuran seluas 2,000 hektar.
§                                 Terminal Makanan Nasional (Teman) di Kota Baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bakal memajukan 4,000 petani.
§                                 Ladang ayam di Gua Musang.
§                                 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan memajukan 4250 keluarga dengan pertanian komersial.
§                                 Projek tebatan banjir dan pencegahan hakisan pantai.
§                     Pendidikan
§                                 Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
§                                 Taman Ilmu di Besut seluas 283 hektar akan menjadi bandar baru universiti. Bakal didiami kira-kira 10,000 penduduk.
§                     Prasarana
§                                 Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dinaiktaraf sebagai lapangan terbang antarabangsa (Penerbangan terus ke Mekah dari Kuala Terengganu)
§                                 Empangan akan dibina oleh syarikat tempatan.
§                                 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra turut diperbesarkan.
§                                 Jalan pesisir pantai dari Kota Baru ke Mersing akan dilebarkan menyamai lebuh raya.
§                     Perikanan / Pelabuhan
§                                 Pelabuhan Kemaman.
§                                 Pelabuhan Kuantan akan dinaiktaraf.
§                                 Jeti nelayan di Tok Bali, Pasir Puteh.

Red Warrior di Gunung Everest

OTA BHARU – Enam pendaki berhasrat memakai jersi resmi pasukan bola sepak Kelantan serta mengibarkan bendera The Red Warriors (TRW) itu di Gunung Everest dalam misi pendakian Mei depan.

Mereka yang diketuai Asyran Raeof Amran, 33, kini giat mengadakan latihan sebagai persediaan menawan tiga puncak di Everest iaitu Island Peak setinggi 6,160 meter dari aras laut), Everest Base Camp (6,050m) dan Kala Pattar (5,545m).

Asyran berkata, kumpulan pendaki yang dianggotai golongan profesional termasuk doktor pakar bersepakat untuk mengenakan jersi TRW sepanjang pendakian dan akan mengibarkan bendera untuk dirakamkan sebagai kenangan.

“Saya ke Everest secara solo pada tahun 2007 dan berjaya menjejakkan kaki ke Island Peak Himalaya. Sejak itu saya menanam hasrat untuk kembali semula kerana ia merupakan pengalaman yang cukup bermakna.

“Pada Mei depan saya akan ke Everest, kali ini ditemani lima rakan dan saya yang sudah melalui pahit getir pendakian sudah tentu diberi kepercayaan membantu mereka,” katanya.

Asyran mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menawan puncak Island Peak dalam tempoh satu hari walaupun ia lazimnya mengambil masa lima hari.

Asyran berkata, persetujuan untuk memakai jersi dan mengibarkan bendera TRW di Island Peak, Everet Base Camp dan Kala Pattar dianggap rasional sebagai sokongan kepada kejayaan pasukan itu di pentas bola sepak.

Dalam masa sama, Asyran dan rakan-rakan berharap misi itu mendapat ‘suntikan’ khususnya daripada barisan penaja TRW dan pihak berkenaan yang berminat untuk menaja boleh menghubunginya di talian 013-9000701.

“Kami tetap akan ke sana sekalipun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri termasuk menyediakan peralatan mendaki, mengadakan latihan di luar negara, membayar penunjuk arah dan banyak lagi. Sumbangan penaja pastinya akan meringankan beban kami,” katanya.

Dalam pendakian tahun 2007, Asyran menghadapi detik cemas apabila tergelincir akibat ribut salji namun bernasib baik apabila bergantungan selama beberapa minit.

Masjid Kobe Tahan Bom Atom dan Gempa Bumi

Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe berarti 'gate of God atau gerbang Tuhan'.

Pada tahun 1945, Jepun terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Serangan Jepun ke atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika telah membuatkan pemerintah Amerika memutuskan untuk melakukan pengeboman menggunakan bom atom pertama kali dalam peperangan.

Akhirnya Jepun kalah. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom Atom oleh Amerika. Pada masa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima kesannya. Bandar Kobe menjadi rata dengan tanah.

Ketika bangunan di sekitarnya hampir rata dengan tanah, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca jendelanya pecah.



Bahagian luar masjid menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di beranda masjid selamat dari serangan bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pengumpulan korban perang.

Pemerintah Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana ubahsuai dengan jumlah yang besar. Kaca-kaca jendela yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang dibawa khas dari Jerman. Sebuah lampu hias baru digantung di tengah ruang solat utama. Sistem pengatur suhu ruangan juga dipasang di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali diubahsuai dan beberapa bangunan tambahan pun mulai dibina. Umat Islam kembali menikmati aktiviti keagamaan mereka di Masjid Muslim Kobe.

Krisis kewangan sering merungsingkan jawatankuasa masjid. Pajakan bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid terpaksa mengeluarkan cukup belanja yang besar dari simpanannya.

Syukurlah banyak penderma yang datang menghulurkan derma untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan ubahsuai masjid ini. Derma yang diterima besar sehingga dapat menjadikan Masjid Muslim Kobe menjadi semakin berkembang.

Keutuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat pada tahun 1995. Tepat jam 5.46 Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lainnya.
Walaupun gempa ini hanya berlangsung 20 saat, namun gempa ini memakan korban sebanyak 6.433 orang, yang sebahagian besar merupakan penduduk kota Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar kota seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun setelah Gempa bumi besar Kanto 1923 yang menelan korban jiwa 140.000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh, seolah-olah tidak berlaku apa-apa walaupun menghadapi berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun sehebat masjid ini. duniaunik/Tulahan-Suara Istana Balai Besar

Mat Sabu Timbalan Presiden PAS di Rembau 18 Jun 2011

Timbalan Presiden PAS yang baru , Tuan Haji Mohammad Sabu dijadualkan berceramah di Kg Astana Raja, Rembau pada hari Sabtu 18 Jun 2011 bersama Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau dan YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani, ADUN sulong PAS di Negeri Sembilan yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Perkembangan terkini progam Abang Mat di Rembau akan dikemaskini di blog PAS Kawasan Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

Ahli Parlimen Scotland:Hamas Adalah Pejuang

Seorang ahli politik Scotland sedang memainkan peranan utama dalam kempen boikot Israel di negaranya dengan mengatakan bahawa anggota kelompok pejuang Hamas adalah "pejuang kebebasan" yang melawan pendudukan ilegal di Palestin oleh Israel.Pernyataan James Bollan ini, terdapat dalam korespondensi emailnya dengan aktivis Yahudi, yang diterbitkan oleh blog Cif Watch. Bollan, seorang anggota Parti Sosialis Skotlandia, adalah anggota dewan di Dunbartonshire Barat, yang telah memberlakukan boikot pada semua barang yang diproduksi di Israel, termasuk buku-buku Israel.

Isteri Pukul Suami dengan penyapu..Ape cer??


"Tuan kadi, program itu hari bagus, sambutan baik dari kaum ibu. Harap dapat buat lagi program macam tu.". Kata Puan tu, salah seorang peserta kursus tu.

"Terima kasih. Puan dan jawatankuasa puan boleh kumpulkan lagi, kalau sambutan baik boleh kita buat lagi". Kata saya.

"Yer tuan kadi. Masa panjang tapi rasa macam singkat sangat hari tu. Yang sedapnya, pendengar tak habis-habis tanya soalan, sampai tak cukup masa. Jawapan pula jelas dan banyak manfaat.". Kata puan tu.

"Macam-macam rupanya masalah rumahtangga ustaz. Satu kes tu dia tanya soalan, berdosakah dia pukul suami dia dengan penyapu ?". Kata puan tu lagi. Memang pandai dia bercerita, danmenarik ceritanya itu. Agak kalau tolong habiskan novelSudah Nasibku Mat Burger  bagus juga ...hehehe.

Alamakkkkk... pukul dengan penyapu pulak. Orang tua-tua kata kalau pukul dengan senduk, nanti tumbuh ekor jadi monyet, masuk hutan. Dengan penyapu tak tahu pulak jadi apa... hehehe.

Anak Nik Aziz, Hadi Awang menang

Dua anak pemimpin tertinggi PAS diumumkan menang dalam pemilihan Dewan Pemuda yang berlangsung hari ini.

Nik Abduh, anak Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat menang bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda dalam pertandingan empat penjuru.

muktamar pas youth 020611 nik abduhManakala, Muhammad Khalil, anak Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang bertanding jawatan anggota jawatankuasa.

Nik Abduh (kanan) mendapat 26O daripada 655 undi menumpaskan penyandang jawatan itu Azman Shapawi yang hanya mendapat 94 undi dalam pertembungan empat penjuru.

Nik Abduh sebelum ini hanya anggota jawatankuasa manakala Muhammad Khalil pula pertama kami dipilih menyertai jawatankuasa pimpinan ketuanya Nasrudin Hassan yang menang tanpa bertanding.

Nik Abduh yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu ketika dihubungi pemberita bagaimanapun mengakui kemenangannya mungkin disebabkan pengaruh bapanya.

"Saya harap boleh menjadi penggangti yang baik kepada Azman dan kemudiannya jadi pembantu yang baik kepada Nasrudin," katanya.

Gandingan baru untuk Muslimat
Kemenangan mereka berdua dijangka menguatkan lagi cengkaman kumpulan ulama dalam dewan itu. 

NONEWalaupun Nik Aziz dianggap sosok terpenting bagi kumpulan berbeza pendekatan Erdogan, pendekatan Nik Abduh dilihat lebih mirip kepada kumpulan ulama.

Sementara pemilihan bagi Dewan Muslimat pula melihat perkembangan yang berbeza sama sekali apabila tumbangnya gandingan Nuridah Salleh dan Wan Hasrina Wan Hassan.

Dengan asakan hebat 'kumpulan YB dan profesional', teraju kepimpinan dewan itu bukan lagi di tangan seorang ustazah.

Dewan itu kini akan dipimpin Siti Zailah Mohd Yusof (parlimen Rantau Panjang) manakala Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) akan bertindak sebagai timbalan yang baru.

Buku Jingga (siri 1)

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia


Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal.

Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Krisis parah sebegini memerlukan tekad dan azam politik untuk diatasi. Malaysia memerlukan dasar-dasar baru dengan membuat anjakan paradigma. Maka, Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan politik (tahalluf siyasi) mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dimeterai.

Dasar Bersama adalah berlandaskan 4 kerangka asas iaitu:

1. Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat;
2. Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil;
3. Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh; dan
4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.

Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.
Muafakat asas yang membentuk Dasar Bersama adalah ketulusan parti-parti Pakatan Rakyat meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya.

Tiga perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama adalah komitmen Kami untuk:

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.
2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.
3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Ketetapan Pakatan Rakyat mengangkat konsep muafakat di antara parti-partinya membentuk kesepakatan perjuangan di dalam Pakatan Rakyat, lantas memberi laluan kepada lahirnya sistem dua parti di negara ini. Sejarah besar yang dicipta dalam PRU12 perlu dimanfaatkan supaya tekad rakyat untuk menukar kerajaan persekutuan dan sistem pemerintahan yang bobrok dalam PRU13 berhasil. Tekad rakyat ini bukan sahaja mulia dan bersejarah, ia satu kemestian untuk menyelamatkan Malaysia dari krisis parah.

Agenda Pakatan ini adalah nadi kepada perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan pegangan untuk membina sebuah negara dan masyarakat yang menzahirkan semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek. Agenda ini menuntut perubahan mutlak (minda, pendekatan dan kaedah) untuk menggembleng muafakat semua pihak. Ini perlu demi membebaskan institusi-institusi penting negara dari durjana campur tangan sebahagian kecil golongan elit yang mempertahankan tembolok mereka semata-mata.

Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada kesemua program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang, demi membela nasib rakyat terbanyak.

Malaysia berdepan dengan prospek ekonomi yang pudar dan semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara serantau yang pernah setanding dengan kita. Tatkala Malaysia masih meraba-raba mencari penawar kepada kemunduran ekonomi ini, negara wajib waspada dengan saingan baru dari negara-negara yang sebelum ini lebih mundur dari kita. Darjat ekonomi kita di mata antarabangsa dan dalam konteks ekonomi global telah merudum.

Lebih parah lagi, pemerintah yang bongkak dan mementingkan diri mengabaikan penderitaan rakyat. Bantuan-bantuan kepada rakyat disekat atas nama mengurangkan beban kerajaan, sementara lohong ketirisan sengaja dibesarkan agar kekayaan negara dapat mereka bolot secara rakus.

Tindak balas pemerintah juga adalah songsang dan tidak mencerminkan keikhlasan untuk mengembalikan daya saing negara. Rencana ekonomi baru yang dipersembahkan hambar kerana janji untuk membawa ‘transformasi ekonomi’ bercanggah dengan tindakan semasa yang bertentangan dengan tuntutan reformasi.

Makanya, negara dan rakyat berdepan dengan ketakutan yang berlipat kali ganda. Amalan menunggang institusi-institusi negara demi menutup kelemahan sendiri dan menekan Pakatan Rakyat semakin berleluasa.

Matlamat kuasa BN adalah untuk terus berkuasa, bukannya mencari kebijakan yang adil dan berkesan untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi, politik dan sosial yang semakin menghimpit.

Malaysia perlu diubah sekarang. Perjalanannya dan masa depan rakyat di bawah pentadbiran persekutuan sedia ada adalah kabur. Jika perubahan tidak dilakukan sekarang, segala kerosakan bangsa dan negara akan berterusan. Malaysia akan bertukar dari status malap kepada gelap.

Harapan dan kepercayaan rakyat bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang berlandaskan prinsip keadilan dan permuafakatan perlu dikembalikan segera. Pakatan Rakyat yakin bahawa agenda perubahan yang dijunjung bersama akan meniupkan kembali roh keadilan dan permuafakatan dalam sistem negara dan masyarakat kita.

Agenda Pakatan ini menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil. Kami percaya kemakmuran negara hanya akan dicapai dan berkekalan jika ia ditunjangi oleh prinsip keadilan sosial dan persaudaraan rakyat. Hasrat ini akan mekar berkembang; bila mana semangat demokrasi meresap ke seluruh pentadbiran dan institusi-institusi negara.

Agenda Pakatan ini adalah penzahiran hasrat rakyat untuk melaksanakan islah masyarakat yang digariskan oleh Dasar Bersama. Ia adalah jendela yang paling luas untuk menggambarkan sebuah Malaysia yang makmur dan adil di bawah Pakatan Rakyat.

Bersama-sama kita berubah sekarang untuk menyelamatkan Malaysia. Ayuh kita bawa mesej perubahan ini ke seluruh pelosok negara.