Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here
Memaparkan catatan dengan label melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label melayu. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 27, 2012

Najmil Faiz Mohamed Aris(anak kelantan berjaya)


seorang yang nakal sewaktu remaja

NAMANYA mula menjadi sebutan pada awal tahun 2005 yang lalu. Najmil Faiz Mohamed Aris membuatkan rakyat negara ini tersenyum bangga apabila menjadi anak Malaysia pertama diberi
penghormatan membentangkan tesisnya di Parlimen Britain. Bukan hanya nama negara dijulang, bahkan kajiannya itu berjaya membuatkan Britain membuka mata tentang kebolehan anak watan negara ini.
Para hadirin yang terdiri daripada tetamu terhormat dan saintis di House of Common, London tertarik dengan pembentangan selama 15 minitnya itu. Mungkin tarikan itu datang daripada saiz tubuh yang lebih kecil, tapi hakikatnya, idea penyelidikan anak muda ini begitu mempesona. Kajiannya mengenai teknologi nano dalam kejituan kejuruteraan mendapat pujian Menteri Perindustrian Britain, Dr. Brian Iddon dan dinobatkan sebagai Prospek Terbaik untuk industri pembuatan.
Hebat sekali pencapaiannya. Terpilih sebagai seorang pelajar Asia paling cemerlang, mungkin ramai yang beranggapan dia sememangnya lahir sebagai insan terbilang. Benarkah begitu?
Dibesarkan di Pasir Mas, Kelantan dalam keluarga sederhana, dia merupakan pelajar sekolah yang nakal di sekolah dan pernah memakai tali rapia pada kasut sekolah. Lebih teruk daripada itu, dia turut terjerumus ke dalam kancah mat rempit jalanan.

Kerana sikapnya yang nakal dan culas, akibatnya, dia memperoleh pangkat 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dilabel ramai sebagai satu kegagalan.
“Kegagalan itu menjadi kaunselor hidup saya. ‘Dia’ membantu saya bangkit dan sentiasa di sisi untuk ‘memukul’ saya bagi meneruskan perjuangan,” katanya ketika dihubungi KOSMO! baru-baru ini. Najmil, 28, kini menuntut di Brunel London University dalam pengajian ijazah doktor falsafah. Selain telefon, emel juga menjadi penghubung di antara penulis dan Najmil bagi menyediakan bahan artikel ini.
Menyorot zaman ‘nakalnya’ dahulu, Najmil berkata, sejak di sekolah rendah lagi, dia minat bertukang dan mengubah suai basikal. Keadaan tersebut berlarutan ketika di peringkat sekolah menengah.
“Nama pun budak sekolah vokasional. Kalau dulu basikal... kini motosikal menjadi sasaran saya. Sikit sebanyak ilmu automotif yang diterima oleh saya dan kawan-kawan di sekolah telah dicampur dengan kreativiti sendiri untuk memperbaharui prestasi motor.
petah berpidato
“Namun, kebolehan yang ada disalah guna dengan menguji hasilnya di jalan raya tanpa menghiraukan keselamatan diri. Inilah masa untuk menguji sejauh mana lajunya motor kita dengan motor orang lain. Saya pernah terlibat dengan kemalangan tetapi tidaklah cedera teruk,” katanya.
Selepas ‘terkandas’ dalam peperiksaan SPM, dia bekerja sebagai pembantu pam minyak berhampiran rumah. Ejekan dan sindiran sinis daripada kawan-kawan serta ada yang ‘buat-buat seperti tidak mengenalinya’ membuatkan dia berasa perit dengan kegagalan. Dia mula sedar untuk menjadi lebih baik dan bertekad untuk ‘berhijrah’ menjadi insan berjaya.
“Saya berterima kasih kepada mereka yang mengejek saya gagal kerana ungkapan itu tidak melemahkan saya malah membakar semangat saya untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menjadi seperti hari ini,” ujarnya.
Perjalanan untuk bangkit tidaklah semudah itu. Dia kemudian memohon masuk ke sebuah institut pengajian tinggi swasta di Damansara, Kuala Lumpur dalam pengajian berkembar luar negara bagi kejuruteraan mekanikal. Bagaimanapun, keputusannya tidak memuaskan sekali gus memadam hasratnya untuk mendapatkan tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
sewaktu menerima anugerah terbilang daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi

Namun, dia tidak berputus asa. Dia memilih jalan sukar untuk masuk ke Leeds Metropolitan University, Britain. Dia berusaha mengumpul wang sebanyak yang termampu dengan bekerja di sebuah syarikat antarabangsa di Damansara. Berbekalkan duit gaji itu serta pinjaman bank yang dijamin oleh bapanya yang berpendapatan sederhana, cita-citanya untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut tercapai.
“Di sana, saya bekerja keras untuk hidup. Wang perlu dicari sendiri untuk membayar yuran universiti, sewa rumah, buku dan sebagainya. Saya bekerja dan dalam masa yang sama, tekun belajar. Hanya belajar dan bekerja menjadi rutin harian hidup saya. Tidak ada masa untuk berehat, melepak atau berhibur.
“Macam-macam kerja saya buat. Mengangkut barang, mencuci bangunan dan longkang serta membersihkan stadium. Kadang-kadang sampai tiga kerja sehari. Saya lihat, pelajar yang mendapat tajaan pun terpaksa bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan. Bermakna saya yang datang tanpa tajaan perlu bekerja lebih kuat lagi!
“Tetapi, saya tidak pernah ‘tuang’ kelas. Rasa takut pada kegagalan adalah penawar kepada keletihan. Perpustakaan menjadi rumah kedua saya dan saya ‘membesar’ di perpustakaan universiti sehingga dikenali oleh semua kakitangannya,” ujarnya.
Akhirnya, berkat kesungguhannya, dia berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan pembuatan dengan cemerlang dan penyelianya mencadangkannya untuk meneruskan pengajian ke peringkat doktor falsafah.
Belajar daripada kegagalan, Najmil berkata kegagalan dalam liku-liku perjalanan hidup adalah untuk mematangkan diri seseorang.
“Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Prinsip hidup saya adalah selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Jika orang lain boleh melakukannya, kita juga pasti boleh melakukanya,” tuturnya.
Dia sememangnya menanam cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke luar negara kerana melihat keperluan berhijrah ke tempat lain.
“Ia untuk mengeluarkan diri kita dari zon selesa yang menyebabkan kita kurang sifat cekal. Apabila kita berada di tempat orang, kita terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran seperti budaya, bahasa pertuturan dan layanan yang berbeza. Semua ini akan menguatkan semangat dan membuatkan kita berfikir lebih matang dan pantas,” ujarnya yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Isteri dan anaknya menemaninya di London.
Mengenai perkembangan terbaru, katanya, dia telah dilamar oleh beberapa syarikat swasta di negara-negara Eropah untuk bekerja dalam pelbagai industri yang berkaitan serta meneruskan kajian dalam bidang kejuruteraan pembuatan.
“Tetapi, saya rasa, saya mahu pulang ke tanah air dan berbakti. Apa yang pasti, tawaran yang diperoleh menunjukkan bahawa Eropah benar-benar mengiktiraf hasil kerja saya.
bersama orang tersayang

“Bisikan peringatan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika menerima Anugerah terbilang di Kuala Lumpur dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menerima Anugerah Gemilang di Manchester sentiasa bermain di minda agar terus memartabatkan agama, bangsa dan negara,” ujarnya.
Ditanya apakah pesanannya kepada remaja Malaysia, dia menasihati remaja supaya memikirkan kesan pada masa depan sebelum melakukan sesuatu perkara.
“Mereka perlu mula dari sekarang untuk merancang rangka perjalanan bagi menjayakan cita-cita. Jika mereka tahu mengatur hala tuju dan cita-cita, maka mereka akan sedar bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk dibuai dengan perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.
Ingin tulis buku lagi
SETELAH tampil dengan buku Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi dan versi Inggeris, Towards Greater Height pada tahun lalu, Najmil Faiz Mohamed Aris menyatakan kepada KOSMO! hasratnya untuk terus menulis buku.
“Saya masih ingin menulis buku. Sekarang pun, saya sedang menulis dan sudah menyiapkan satu buku panduan untuk belajar dan bekerja di luar negara. Saya juga sedang mengumpul pengalaman orang-orang Melayu yang berjaya di United Kingdom untuk dikongsi bersama,” ujarnya.
Dia amat berterima kasih kepada penaja bukunya iaitu Puncak Niaga, Kementerian Penerangan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Katanya, sebanyak 150,000 naskhah telah dicetak dan diedarkan secara percuma di seluruh negara. Pada masa sekarang, masih ada permintaan untuk dicetak semula sebanyak 50,000 naskhah.
ingin terbitkan lagi buku
“Saya berharap buku yang telah dan akan diterbitkan dapat memimpin dan membimbing pelajar sekali gus menyuntik semangat mereka agar berusaha keras untuk berjaya,” katanya yang gembira untuk turun padang melakukan siri motivasi bagi membimbing dan menyuntik semangat generasi muda untuk berusaha memartabat nama Malaysia di mata dunia.
Ditanya apakah matlamatnya yang masih belum tercapai, dia yang selayaknya diangkat menjadi idola remaja berkata, masih banyak lagi impiannya yang belum terlaksana.

“Saya ingin kormersialkan hasil-hasil penyelidikan yang boleh menyumbang dan membangunkan ekonomi negara,” ujarnya yang juga ingin menubuhkan kelab peminat bagi membolehkan mereka mengikuti perkembangan dan melakukan program bersamanya.

sumber : kosmo

Sejarah Masjid Brunei di Danau Tok Uban


Masjid Sultan Brunei Pasir Mas Kelantan
Assalamualaikum. Sebagaimana yang dijanjikan ini adalah entri sekuel bagi entri Sepetang di Masjid Brunei Darussalam yang lepas. Ramai yang menyangka masjid serba putih yang tersergam indah walaupun agak terbiar ini terletak di negara Brunei Darussalam. Sebenarnya bukan. Maaflah atas kekeliruan dengan tajuk entri yang lepas.
Sebagaimana yang dah diterangkan sebelum ni, masjid yang dikenali dengan nama ringkasMasjid Brunei ini terletak di Danau Tok Uban, atau lebih tepat di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Kedudukannya di hujung jalan kampung dan di dalam kawasan yang berpagar. Yang menjadi tanda tanya, kenapa masjid ini dinamakan Brunei Darussalam? Itu yang nak kita rungkaikan kat sini melalui hasil bacaan daripada beberapa sumber di Internet. Teruskan bacaan.
Tak ramai yang tahu akan kewujudan masjid ni kecuali orang sekitar Rong Chenok dan Tok Uban sahaja, atau mungkin hingga ke Pasir Mas dan Tanah Merah. Jalan nak ke sana agak bersimpang-siur dengan keadaan jalan yang tak berapa menyelesakan. Kalau nak ke sana pastikan dengan motor ataupun kereta. Kereta 4WD rasanya tak boleh lepas ketinggian palang kat satu jambatan di pintu masuk ke kawasan perkampungan Masjid Brunei ni.
papan peringatan masjid brunei darussalamDaripada papan peringatan masjid yang ditulis dalam tulisan Jawi,Masjid Brunei Darussalam ini dibina berserta dengan sebuah madrasah atas nama Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin iaitu ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan pada23 Januari 1992 bersamaan 18 Rejab 1412H. Ini adalah kenyataan yang dipetik daripada blog Si Merah Silu, salah seorang yang hebat dalam misi menjejak sejarah. Kredit gambar papan peringatan kepada beliau.
Berdasarkan kenyataan ringkas di atas, kemungkinan besar Almarhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddin yang dimaksudkan adalah Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddin III (TM1950-1967) dan Sultan Kelantan yang dimaksudkan adalah KDYMM Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, ayahanda kepada DYMM Sultan Muhammad Faris Petra dengan gelaran Sultan Kelantan ke-V yang memerintah Kelantan sekarang. Masjid ini diwakafkan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulahkepada sekolah tahfiz di Kampung Rong Chenok. Pendek kata ianya disponsor penuh oleh Sultan Brunei. Dalam papan peringatan ini juga ada disebut Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin. Masa aku ke sana hari tu memang ada institut tu tapi nampaknya macam tak digunakan dah. Tak pastilah keadaan yang sebenarnya macam mana.

Misteri Masjid Brunei Darussalam

Dengan suasana yang sunyi tapi tenang serta mendamaikan jiwa, kat masjid atau Danau Tok Uban ni memang tempat sesuai untuk meleraikan segala kekusutan hati. Mungkin atas sebab itu dulunya masjid ini adalah tempat pelajar-pelajar Tahfiz mengaji Quran. Cuma, bila berada kat sini rasa sedikit aneh, seolah-olah diperhatikan.
Kata orang, tempat yang sunyi adalah tempat yang mempunyai kelebihan. Kelebihan macam mana hanya orang tertentu sahaja yang dapat merasa. Ada juga yang mengatakan tempat tersebut adalah tempat yang keramat dan dipenuhi dengan ‘ahli-ahli khariah’ dari kota lama. Kat mana kota lama tu akan diceritakan dalam entri sambungan nanti ;)

Sejarah Pembinaan Masjid Brunei Darussalam

Tak dapat dipastikan cerita ini sahih ataupun tidak. Cerita ni dipetik daripada seorang forumer yang dia dengar sendiri daripada penduduk tempatan. Katanya dulu penduduk kat situ nak membina sebuah masjid tapi kekurangan sumber kewangan. Akhirnya AJK masjid menulis sepucuk surat kepada Sultan Brunei untuk meminta jasa baik daripada Baginda Sultan. Tanpa disangka Sultan Brunei perkenankan permintaan diorang dan sanggup membiayai keseluruhan kos pembinaan. Sebagai tanda syukur dan berterima kasih, nama Brunei Darussalam dijadikan nama bagi masjid serba putih ni.
Ada satu lagi versi cerita mengatakan yang Sultan Hassanal Bolkiah mendapat mimpi untuk membina masjid di Danau Tok Uban. Sejauh mana benarnya cerita ni, hanya Sultan Hassanal Bolkiah saja yang dapat menjawab. Tapi cerita ni dikuatkan dengan hubungkait antara Sultan Brunei dan Sultan Kelantan yang dikatakan berasal daripada salasilah keluarga yang sama iaitu daripada sanad Saidina Hussein r.a.cucu Baginda Rasulullah s.a.w.
Daripada keturunan cucu Nabi Muhammad s.a.w. lahirnya Wali 7 yang diketuai oleh Sayyid Hussein Jamadil Qubra yang bermudik dari Mekah dan berlabuh di sebelah Bukit Panau melalui Sungai Kelantan yang terletak berhampiran Danau Tok Uban. Ada lagi kisah misteri dan menarik berkenaan dengan hal ini. Siapa Sayyid Hussein Jamadil Qubra? Apa kaitannya dengan Bukit Panau dan Danau Tok Uban? Apakah rahsia di dasar tasik Danau Tok Uban? Semua itu akan diceritakan dalam entri trikuel nanti. Mesti korang tertarik, sebab ada kaitan juga dengan Laksamana Hang Tuah ;)
Balik semula tentang mimpi Sultan Brunei untuk membina masjid di tebing Danau Tok Uban ada kemungkinan Baginda Sultan mendapat mimpi daripada salah seorang wali, sama adaWali 7 ataupun Wali 9 (Wali Songo). Betul atau tidak hanya empunya badan yang dapat sahkannya. Tapi sekiranya betul pun atas sebab-sebab tertentu dakwaan mimpi ni terpaksa dipalsukan. Maksudnya tak semua perkara boleh diberitahu kepada umum secara direct. Ada banyak sebab perlu diambil kira. Jadi betul atau tak cerita ni tak perlulah kita nak berdebat bagai. Baca sekadar pengetahuan dan kita sebagai orang Melayu mesti berbangga dengan keturunan kita yang dikatakan berasal daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. daripada isteri Baginda yang ketiga iaitu Qaturah. Ini satu lagi sejarah menarik berkaitan dengan asal-usul kita. Nak tau lebih lanjut bolehlah baca Melayu Berasal Daripada Nabi Ibrahim a.s.
Aku bercadang nak tanya sendiri kepada penjaga Masjid Brunei Darussalam berkenaan dengan asal-usul pembinaan masjid ni termasuklah fungsi Masjid Brunei ni sekarang. Kalau ada sape-sape nak ikut boleh contact aku terus melalui contact form. Tak nak ramai, maksimum 3 orang saja termasuk aku. Kalau jadi, kita set time and place untuk meet up kat mana-mana. Ada ‘rezeki’, adalah :)

Jumaat, Jun 08, 2012

Kelantan dulu dan kini


Kota Bharu, walaupun sejarahnya tidak sehebat Kota Melaka, kerajaannya tidak sehebat Champa, kemajuannya tidak setanding Srivijaya & Majapahit, namun setiap sudut dan ruangnya turut tersimpan kisah dan terpalit sejarah sistem Kerajaan Islam yang masyhur di zaman Kesultanan Melayu Kelantan di era pemerintahan Sultan Muhammad II yang kini telah diwarisi oleh Sultan Muhammad V. Ia menyimpan seribu satu kisah, dari Kerajaan Melayu Islam sehingga monarki itu dikikis sekular British meninggalkan adat Melayu dan agama Islam yang diberi bicara. Dari originaliti kepahlawan as-Syahid Tok Janggut hinggalah kepada kesegakkan Pak Menteri Besar yang pertama Kelantan Moden, Nik Mahmood Nik Ismail. Dari pendaratan momentus Kuala Pak Amat hingga Pearl Harbour ketinggaan 95 minit dibelakangnya. Dari zaman kegemilangan keilmuan Islam al-Fathoni & Wali Allah Tok Kenali hinggalah tertubuhnya Kerajaan Islam Kelantan Moden iaitu satu-satunya Republik Islam di Malaysia. Bumi Tadahan Wahyu & Berkat Ulama’ Terdahlulu. Kota Bharu Kelantan Menggamit Memori.

Jalan Temenggong | Pintu Masuk Bandar Kota Bharu.
Jalan Temenggong | 1927
Jalan Temenggong | 1927

Jalan Temenggong | 2011

Jalan Temenggong | 1980-an
Jalan Temenggong | 2011

Jalan Hilir Pasar.
Jalan Hilir Pasar | 1940-an
Jalan Hilir Pasar | 2011

Istana Balai Besar.
Istana Balai Besar | 1907
Istana Balai Besar | 2011
Masjid Muhammadi.
Masjid Muhammadi | 1907
Masjid Muhammadi | 2011
Masjid Muhammadi | 1940-an

Masjid Muhammadi | 2011

Masjid Muhammadi | 1980-an
Masjid Muhammadi | 2011
Kota Bharu dari Sungai Kelantan.
Pemandangan Kota Bharu | 1907
Pemandangan Kota Bharu | 2011
Permakaman Di Raja Langgar.
Pemakaman Di Raja Langgar | 1907
Pemakaman Di Raja Langgar | 2011

Sebatang Jalan di Kota Bharu.
Sebatang Jalan di Kota Bharu | 1907
Sebatang Jalan di Kota Bharu | 2011
Tugu ‘Obelisk’ British.
Tugu 'obelisk' British | 1980-an
Tugu 'obelisk' British | 1980-an
Tugu 'obelisk' British | 2011
Padang Bank | Padang Merdeka.
Padang Bank | 1907
Padang Bank | 2011

Bot di Sungai Kelantan.
Bot di Sungai Kelantan | 1907
Bot di Sungai Kelantan | 2011

Jalan Padang Garong
Jalan Padang Garong | 1980-an
Jalan Padang Garong | 2011

Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah | 1990-an
Pasar Siti Khadijah | 2011
“rakyat Kelantan amat bertuah kerana diperintah oleh golongan ulama’ dan mempunyai seorang Sultan yang alim, negeri lain dok rok chettong” -Ustaz Azhar Idrus al-Terengganus | Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.
Sumber gambar original di ambil dari
1) Walter Armstrong Graham, Penasihat British di Kelantan.
2) Colour slides by Great Wall Photographers Sdn. Bhd. , Kuala Lumpur
Published by Great Star Enterprises, Kuala Lumpur.
3) Sumber asal yang tidak dapat dikesan pemiliknya. (minta dihalalkan) :)

Khamis, Mac 15, 2012

Kebangkitan Semula Nusantara(Empayar Chermin)



Siapakah yang benar-benar mempunyai bukti bagi menerangkan sesuatu peristiwa yang dinamakan sejarah Melayu terdahulu? Dari manakah sumber catatan yang menjadi bukti sehingga terbukunya subjek sejarah yang diajar serta dirujuk oleh masyarakat hari ini? Jawabnya dari Inggeris, dari luar negara…
Di manakah pula sumber dari orang Melayu sendiri…? Jawapannya juga ada di dalam sejarah Melayu yang di’kaji’ oleh bangsa asing… sumber dari bangsa Melayu sendiri adalah tidak sahih???


Syabas kepada pengkaji sejarah generasi baru yang benar-benar jujur dalam mencari kegemilangan bangsa mereka suatu masa dahulu. Dan di dalam pengkajian mereka, sudah hampir-hampir membongkarkan sesuatu yang misteri… mungkin menjadi kontroversi…. Dan sangat bertentangan dengan sejarah yang sangat masyhur kini….
Ketandusan akal disebabkan kuasa dan politik menyebabkan sejarah Melayu perlu dikaji semula… menurut selera mereka… yang berkepentingan…!!!! Hang Tuah tidak wujud… sejarah Melaka dikaji semula mengikut versi penjajah yang lain dari sebelumnya….
Selamat bersejarah kepada ahli sejarah yang menggunakan sejarah untuk keperluan isi perut dan isi rumah….


Sejarah Empayar Chermin…..!!!!



Asal Chermin
Empayar Chermin telah wujud kira-kira seiring dengan tenggelamnya nama Empayar Langkasuka, iaitu sebuah empayar yang wujud serta keluasan takluknya tidak terakam dengan tepat di dalam buku-buku sejarah di zaman berteknologi tinggi kini. Boleh dikatakan bahawa Empayar Chermin ini adalah warisan atau kesinambungan daripada kerajaan Empayar Langkasuka, begitu juga para raja-raja yang memerintah Empayar Chermin ini adalah keturunan Raja-Raja Sriwijaya.

Penguasaan Empayar Chermin
Menerusi asakan oleh tentera Siam, Raja Langkasuka telah berundur dari Cahaya di Segenting Kra dan membuka penempatan serta pusat pemerintahan di Kota Mahligai, pada abad ke-14. Dari situ maka bermulalah nama Chermin yang seakan mempunyai nama penghubung dengan penempatan awal kerajaannya di Cahaya. Semasa bermulanya keberadaan Empayar Chermin, nama Patani masih belum muncul. Asakan berterusan oleh tentera Siam menyebabkan pusat pemerintahan Chermin dipindahkan pula ke Kota Jiddah.  Setelah munculnya Kerajaan Patani pada abad ke-15, Empayar Chermin semakin mengucup, sehingga sedikit demi sedikit namanya semakin pudar sehinggalah wujudnya negeri yang dikenali sebagai Kelantan.
Menurut sesetengah riwayat, keluasan Empayar Chermin pernah menjangkau sehingga ke sebahagian negeri Perak sekarang, sebahagian negeri Kedah, ke sempadan Ligor sehinggalah Singgora. Disebabkan asakan serta perluasan Kerajaan Siam, maka lama kelamaan Empayar Chermin semakin mengecil, sehinggalah munculnya Kerajaan Patani, yang juga berasal dari Kota Mahligai, telah bangkit sebagai sebuah kuasa baru yang kuat bangkit menentang penguasaan Siam. Kekuatan Kerajaan Patani dapat diukur dari keluasan negeri yang berada di bawah naungannya, bermula dari Pahang sehinggalah ke Segenting Kra. Penguasaan Patani dalam merampas kembali kedaulatan negeri-negeri Melayu setelah berjaya menundukkan Ligor yang sentiasa mendapat bantuan dari Kerajaan Siam di Indo-China.



Champa: Asal Langkasuka-Nusantara
Chermin dan Patani sebenarnya adalah asalnya dari satu pemerintahan, juga adalah sebuah negeri yang sama. Raja-Raja yang memerintah Patani juga adalah bersaudara dengan Raja negeri Chermin, iaitu dari keturunan Maharaja Sriwijaya. Maharaja Sriwijaya itu sendiri sebenarnya asalnya dari negeri Chermin yang dikaitkan hubungan Medan Kemulan yang terdapat di Kelantan dan Medan Kemulan di Jawa, serta asal usul lagenda  Aji Saka yang melahirkan keturunan Raja-Raja Jawa. Namun ketika itu nama Sriwijaya masih belum masyhur, walaupun Chermin (Langkasuka) adalah tempat kelahirannya. Begitu juga asal usul Aji Saka adalah bermula dari Champa (Empayar Funan di Indo-China) yang berhijrah ke Langkasuka serta kemudiannya ke Tanah Jawa bagi mengembangkan zuriat yang bakal melahirkan Empayar Sriwijaya Agung, meliputi pemerintahannya ke seluruh Nusantara. Sedangkan bermulanya kedaulatan Kerajaan Sriwijaya adalah di Segenting Kra, meliputi Indo-China sehinggalah ke Champa. Kemudian pasang surut serta pusingan roda hukum karma yang menyebabkan Kerajaan Sriwijaya berundur ke Palembang di Sumatera bagi mengumpul semula kekuatan yang akhirnya berjaya menaikkan maruah bangsa Melayu untuk mentadbir serta menyusun pemerintahan di seluruh pelusuk bumi Nusantara.
Kelak setelah kedatangan Islam, putera-putera Raja dari Empayar Chermin kembali ke Champa, berjuang menentang penjajahan Vietnam seterusnya dilantik sebagai Raja Champa. Kemudian keturunan Raja Champa ini kemudiannya mengisi ketandusan pewaris tahta Kesultanan Kelantan dan Patani sehinggalah ke Seluruh Nusantara.

Chermin: Patani-Kelantan
Setelah Patani meluaskan semula penguasaanbangsa  Melayu di Segenting Kra, nama Chermin semakin terselit di celah lipatan keagungan Patani. Jika diperhatikan, sekiranya Chermin adalah saki baki Empayar Langkasuka, Patani juga boleh dikira sebagai tapak kebangkitan semula Empayar Chermin yang telah bertukar menjadi negeri Kelantan.  Sejarah pemerintah serta raja-rajanya juga adalah secara rawak dan silang dari keturunan yang asalnya sama. Sehinggalah kemuncaknya, Patani adalah pusat kepada pemerintahan raja-raja Melayu di sebelah Timur Tanah Melayu sehinggalah ke Segenting Kra. Raja Patani dengan sendiri dilihat lebih tinggi kedudukannya berbanding negeri di bawah naungannya.

Kelantan-Majapahit
Seperti secara umum yang telah diketahui bahawa Kelantan dan Majapahit adalah bersaudara. Persaudaraan tersebut adalah hubungan yang diperbaharui bagi menyambung kembali persaudaraan keturunan Lagenda Aji Saka, yang dikira sebagai datuk nenek orang Melayu di Nusantara. Semasa pemerintahan Empayar Sriwijaya, Kerajaan Sriwijaya tidak merampas tahta pemerintahan negeri di bawah naungannya. Menerusi ikatan perkahwinan, raja-raja pewaris tahta seterusnya adalah memiliki kedua-dua keturunan, iaitu Sriwijaya serta raja pemerintah yang asal. Begitulah hubungan persaudaraan diperbaharui dalam pemerintahan Sriwijaya. Dalam erti kata lain, pemerintahan Sriwijaya adalah bukannya secara menakluk, tetapi secara ikatan persaudaraan serta pengukuhan politik (pemerintahan) serantau bagi mengelakkan penguasaan bangsa lain yang ganas terhadap bangsa Melayu. Penduduk Jawa ramai berhijrah ke Chermin setelah Majapahit berjaya membantu Chermin menghalau Siam keluar dari bumi Melayu itu. Proses asimilasi ini telah membentuk pola kata unik di Kelantan bahkan pengaruh budayanya juga ikut diwarisi sehingglah ke hari ini.
Setelah kedatangan Islam ke Empayar Chermin, proses melengkapkan keturunan Bani Jawi juga berlangsung dengan teratur.Melalui perkahwinan dengan puteri diraja Chermin yang melahirkan zuriat pada kemudian menaiki tahta Kerajaan Kelantan. Penyebaran Islam ke Tanah Jawa yang dilakukan oleh pendakwah berdarah Kesultanan Kelantan-Champa juga bermula dari Empayar Chermin.

Patani-Kelantan
Semasa puncak penguasaan Patani di timur dan utara Tanah Melayu, Kelantan adalah saudara paling dekat dan rapat dalam menikmati atau mengharungi segala susah payah menyatukan bangsa Melayu di bawah satu pemerintahan pusat. Kemewahan di Patani bererti Kelantan turut sama dapat merasai nikmat tersebut, disebabkan bukan sahaja persaudaraan antara raja-rajanya, bahkan sejarah Langkasuka serta Champa membuatkan rakyat kedua-duanya mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Sehinggakan boleh diumpakan bahawa Raja Patani  dianggap bapa kepada rakyat Kelantan begitu juga Raja Kelantan juga adalah bapa kepada rakyat Patani. Hal ini adalah disebabkan seolah-olah tiada batas sempadan negeri bagi kedua-dua kerajaan Melayu tersebut.

Kemuncak Ketibaan Islam: Kelantan-Patani
Islam telah tiba di Nusantara pada kira-kita abad ke-8 Masehi melalui mubaligh atau pendakwah yang singgah semasa dalam perjalanan ke China. Terdapat juga riwayat yang menyebut bahawa terdapat ulama berdarah Arab dari Acheh yang datang berdakwah ke negeri Chermin. Namun ketika itu tahap penerimaannya masih terlalu sedikit serta amalan mereka masih bercampur baur dengan ajaran Hindu-Budha yang dianuti oleh datuk nenek mereka terdahulu. Puncak penerimaan dakwah Islam secara meluas ialah pada pertengahan abad ke-14 Masehi. Kedatangan Sayyid Hussein Jamadil Kubro bersaudara telah membangkitkan gelombang penerimaan Islam secara meluas. Chermin adalah tempat pertama yang dipijak oleh beliau dalam misi dakwahnya. Di Chermin, keturunan beliau telah membuka Kampung Sena (as-Sanawi), Jering/Jerim (al-Jarimi) serta beberapa kampong lagi di Patani (ketika itu nama Patani masih belum muncul). Setelah itu lahirlah golongan ulama yang ramai sehingga menjadi tumpuan luar ke patani dan Kelantan untuk mendalami ilmu agama.



Penyebaran Islam: Dari Champa-Chermin ke Seluruh Nusantara
Di Chermin, Sayyid Hussein Jamadil Kubro telah mengahwini Puteri rajanya yang bernama Puteri Linang Cahaya atau Puteri Mariam. Kemudian beliau membawa isterinya itu ke Champa untuk menyambung misi dakwahnya. Semasa di Champa, Puteri Mariam telah melahirkan seorang putera dan puteri. Putera tersebut ialah Maulana Malik Ibrahin (Sunan Gresik) dan adik perempuannya pula bernama Puteri Aisyah. Kedua putera dan puteri ini kemudian meneruskan usaha dakwa ayahanda mereka, dari Champa ke Tanah Jawa. Melalui perkahwinan dengan isteri kedua, iaitu puteri Raja Champa bernama Puteri Ramawati, telah melahirkan generasi Wali Sembilan (Wali Songo) serta golongan ulama/pemerintah yang kemudiannya mengembangkan dakwah Islamiyyah di kepulauan Indonesia. Mereka ini kelak bergabung dengan generasi pendakwah yang telah datang lebih awal sebelum mereka, seperti keturunan ulama/pendakwah/Sultan dari Acheh (yang sebelum itu telah banyak mengIslamkan kerajaan Melayu di sebelah Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu). Keturunan ini juga turut bergabung dengan pendakwah dari India dan Arab yang datang terkemudian lalu membentuk ikatan persaudaraan Islam yang mantap. Gabungan ulama-ulama inilah juga yang bangkit menentang penjajahan Portugis, Belanda serta Siam. Namun rahsia Allah Taala menerusi Qada’ dan Qadar-Nya, memperlihatkan bumi yang subur dengan Cahaya Islam ini jatuh satu demi satu kepada musuh Islam…..
Chermin adalah tempat kebangkitan Islamdi Nusantara, dari keturunannya raja-rajanya juga telah melahirkan kerajaan-kerajaan Melayu dan Islam, serta banyak lagi sejarah yang masih belum terungkai tentang Empayar Chermin yang banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah silam Nusantara…. Dan kini apakah sudah wujud petanda Kebangkitan Semula Empayar Chermin: Kelantan-Patani… ke Nusantara???