Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here
Memaparkan catatan dengan label dinasti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dinasti. Papar semua catatan

Khamis, Mac 15, 2012

Kesultanan Kelantan Purba


Kemunculan negeri Kelantan dalam sejarah Tanah Melayu agak sukar untuk dijelas bagaimana ianya bermula. Negeri Kelantan dan Patani adalah antara negeri-negeri yang bernaung di bawah Empayar Langkasuka dan kedua-duanya pula sangat berkait rapat dari segi pemerintahan mahu pun hubungan kekeluargaan. Nama negeri Jaya dan Chermin adalah negeri di dalam Kerajaan Langkasuka yang kemudiannya berada di bawah penguasaan Empayar Sri Wijaya. Kedua-dua negeri tersebut juga pernah mempunyai pusat pentadbiran di Kota Mahligai. Tiada bukti mencukupi untuk menjelaskan hubungan kedua-dua pemerintah negeri tersebut.

Raja-raja Kelantan bagaimanupun mempunyai hubungan persaudaraan yang masih rapat dengan Kesultanan Melaka melalui keturunan Maharaja Sri Wijaya yang berpusat diPalembang. Maharaja Sri Wijaya inilah yang telah melahirkan Kesultanan Kelantan dan Melaka Purba.





Pada abad ke-11, Maharaja Malayur dari Empayar Sri Wijaya telah memerintah Kerajaan Langkasuka. Negeri-negeri yang di bawah pemerintahan baginda bermula dari Terengganu, Kelantan sehingga ke negeri-negeri di Segenting Kra. Maharaja Malayur tersebut bernama Raja Sakranta / Raja Zainuddin (1253 – 1267). Semasa pemerintahan baginda, Langkasuka telah didatangi pendakwah Islam (ahli sufi) dari Pasai yang dikenali di Kelantan sebagai Tok Loghe. Pernah suatu ketika Tok Loghe tinggal di sebuah kampung di sekitar antara Tok Uban dan Pasir Mas. Raja Sakranta sangat tertarik dengan cara dakwah Tok Loghe serta memeluk agama Islam dan menggunakan nama Raja Zainuddin. Pada tahun 1267, Raja Zainuddin telah menyerahkan tahta pemerintahan Kerajaan Langkasuka kepada putera baginda bernama Raja Sang Tawal. Tindakan baginda turun daripada tahta tersebut adalah kerana ingin berdakwah menyebarkan agama Islam bersama-sama Tok Loghe. Raja Zainuddin kemudiannya mengikuti Tok Loghe kembali ke Samudra Pasai. Disamping aktif berdakwah, Raja Zainuddin juga dikatakan telah dilantik oleh Sultan Malikul Salleh / Merah Silu (Sultan Samudra Pasai sehingga 1297) sebagai Penasihat Sultan selama 20 tahun.

 Pada tahun 1295, Kerajaan Siam Sukhothai di bawah pemerintahan Ram Khamhaeng (1279 – 1298), telah menyerang Langkasuka di Singgora. Serangan tersebut menyebabkan Raja Langkasuka, Raja Sang Tawal (1267 – 1298) yang berada di Ligor telah berundur ke selatan, berkemungkinan di Kelantan atau Patani.

Salah seorang puteri Raja Sang Tawal bernama Adrujawijaya Malasingha. Dalam tahun 1345, Ibnu Bhatutta dalam pelayaran membawa utusan Sultan Muhammad Tugluq (India) ke Chinatelah singgah di Kuala Krai. Di dalam catatannya, Ibnu Bhatutta terpesona dengan kecantikan raja perempuan bernama Urduja yang mempunyai paras seperti puteri Turki. Urduja itulah Adrujawijaya Malasingha iaitu raja yang memerintah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayung (1318 – 1348). Baginda dikatakan telah membunuh salah seorang raja Siam Sukhothai yang membawa kepada kebangkitan Siam Ayuthia menggulingkan kuasa Siam Sukhothai. Urduja juga disebut oleh rakyat Kelantan Che Siti Wan Kembang. (Nota: (i) 262 tahun kemudian muncul seorang lagi raja perempuan juga bernama Che Siti Wan Kembang yang memulakan pemerintahan pada 1610. (ii) Catatan Ibnu Bhatutta juga memberitahu penduduk Kelantan majoritinya beragama Hindu Ramayana).

Puteri Linang Cahaya juga merupakan salah seorang puteri Raja Sang Tawal. Puteri tersebut kemudiannya telah berkahwin dengan Sayyid Hussein Jamadil Kubra, seorang mubaligh Arab dari India. Perkahwinan Puteri Linang Cahaya dan Sayyid Hussein Jamadil Kubra telah melahirkan Maulana Malik Ibrahim dan Puteri Aishah. Maulana Malik Ibrahim juga lebih terkenal dengan panggilan Sunan Gresik iaitu seorang Waliyullah yang paling tua dikalangan Wali Sembilan (Wali Songo). (Nota: Terdapat juga dakwaan bahawa Maulana Malik Ibrahim adalah anak Sayyid Hussein Jamadil Kubra dengan isteri pertamanya di India bernama Puteri Nizam Al-Mulk. Bagaimana pun penulis berpendapat bahawa Sunan Gresik adalah putera kepada Puteri Linang Cahaya. Hal selanjutnya akan dinyatakan oleh penulis pada masa akan datang).

Putera Raja Sang Tawal bernama Raja Bharubhasa / Sultan Mahmud Syah (1339 – 1362) menaiki tahta Langkasuka setelah kemangkatan baginda. Raja Bharubhasa juga dikatakan meluaskan lagi Empayar Langkasuka sehingga ke Perak dan Kedah.

Pada tahun 1345, Siam Sukhothai di bawah Phaya Nguanamthom (1323 – 1347) telah sekali berjaya mengundurkan Kerajaan Langkasuka. Raja Bharubhasa sekali lagi memindahkan pusat pentadbiran dari Patani ke Kota Jiddah di Bukit Panau.

Raja Bharubhasa telah memeluk agama Islam melalui Sayyid Hussein Jamadil Kubra yang juga Penasihat Kerajaan Langkasuka pada tahun 1350. Baginda kemudiannya menggunakan nama Sultan Mahmud Syah sebagai nama pemerintah Islam. Nama rasmi baginda ialah Sultan Mahmud Jiddah Riayat Sa’adtus Salam.

Siam kemudiannya berjaya dihalau oleh Kerajaan Majapahit di bawah pimpinan Gajah Mada pada tahun 1357. (Raja-Raja Majapahit juga masih mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Kelantan. Hubungan ini bermula dari Raja Suran dan Ken Arok, Raja Singhasari adalah adik beradik. Raja Majapahit pula adalah piut Ken Arok. Ini bermakna Raja Bharubhasa dan Raja Majapahit, Sri Rajasanagara (1328 – 1350) adalah empat pupu). Semenjak itu tidak lagi kedengaran nama Langkasuka digunakan setelah digantikan dengan nama Empayar Chermin-Majapahit II). Sultan Mahmud Syah mangkat pada tahun 1362.

Seorang puteri Sultan Mahmud Syah bernama Puteri Nareswari telah dikahwinkan dengan Raja Champa bernama Che Bo Nga. Puteri Nareswari dan Che Bo Nga telah menerima Islam juga melalui Sayyid Hussein Jamadil Kubra dan menukarkan nama baginda berdua kepada Siti Zubaidah dan Sultan Zainal Abidin (Raja Champa, 1360 – 1390).

Setelah Sultan Mahmud Syah mangkat, putera baginda bernama Sultan Baki Syah (1362 – 1418) menaiki tahta Kerajaan Chermin. Ada pun Sultan Baki Syah itu bukanlah hanya seorang pemerintah yang bergelar Sultan semata-mata, bahkan baginda juga merupakan seorang pendakwah yang turut bersama-sama ulama dalam menyebarkan syiar Islam.

Sultan Baki Syah mempunyai 2 orang putera dan 2 puteri. Kedua-dua putera baginda tersebut kemudiannya menjadi Raja Kelantan setelah kemangkatan baginda. Puteri bongsu Sultan Baki Syah bernama Puteri Selindung Bulan telah dikahwinkan dengan Sayyid Hussein Jamadil Kubra. Perkawinan ini telah melahirkan Sayyid Ali Nurul Alam yang menurunkan generasi ulama-ulama dan panglima-panglima Nusantara serta Raja-Raja Melayu Champa, Kelantan, Patani dan Jawa kemudiannya.

Dalam tahun 1380, Sultan Baki Syah bersama rombongan telah belayar dari negeri Chermin ke Grisek di Jawa. Turut serta dalam rombongan tersebut termasuklah putera sulung baginda, Saddiq Muhammad. Jawa. Rombongan dakwah itu adalah bertujuan untuk membantu sepupu baginda, Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik) untuk mengislamkan Raja Jawa bernama Hayam Wuruk / Sri Rajasanagara (1350 – 1389). Bagi tujuan itu juga, Sultan Baki Syah telah mengahwinkan puteri baginda, Puteri Darawati dengan Hayam Wuruk. (Puteri Darawati adalah kekanda Puteri Selindung Bulan juga merupakan kakak ipar Sayyid Hussein Jamadil Kubra).

Sultan Saddiq Muhammad Syah (1418 – 1429) merupakan putera sulung Sultan Baki Syah. Baginda menaiki tahta setelah kemangkatan ayahnanda baginda pada tahun 1418. Baginda memerintah negeri Chermin selama 11 tahun dan mangkat pada tahun 1429.

Negeri Kelantan telah mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Majapahit di Jawa. Semasa pemerintahan Sultan Iskandar Syah (1429 – 1467), nama negeri Chermin sudah jarang disebut orang. Negeri tersebut sudah dimasyhurkan dengan nama Kelantan-Majapahit II. Sultan Iskandar Syah juga digelar sebagai Raja Kemas Jiwa dengan gelaran Majapahit sebagai Sang Ajit Jaya Ningrat. Bahkan Perdana Menteri Kelantan semasa pemerintahan baginda ialah Sayyid Ali Nurul Alam ibni Sayyid Hussein Jamadil Kubra, turut memakai gelaran Pateh Arya Gajah Mada (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II, 1432 – 1467).

Sultan Iskandar Syah telah berkahwin dengan puteri Raja Chandranekalawa (Raja Champa, 1460 – 1471).





Pada tahun 1465, negeri Kelantan telah diserang oleh Kerajaan Siam-Ayuthia di bawah pemerintahan Phra Boromma Trailoknat (1448 – 1488). Serangan Siam Ayuthia tersebut telah menyebabkan Sultan Iskandar Syah terpaksa berundur ke Champa. Bagaimana pun, pada tahun 1467, Siam Ayuthia telah dikalahkan oleh bala tentera Islam yang diketuai oleh Sayyid Ali Nurul Alam. Angkatan tentera Islam tersebut turut dibantu oleh Hang Tuah, Tun Mutahir, Laksamana Bentan Wan Demali ibni Ali Nurul Alam serta tentera Islam Acheh. Kemenangan tentera Islam tersebut telah melemahkan Kerajaan Siam Ayuthia yang beberapa tahun kemudian kerajaan tersebut telah dikalahkan pula oleh Kerjaaan Burma.

Sultan Iskandar Syah bagaimana pun mangkat dalam tahun yang sama iaitu 1467 di Champa, dan putera baginda Sultan Mansur Syah juga berada di Champa dan usia masih muda. Oleh yang demikian, Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah I (1488 – 1511) telah menasihati pembesar Kelantan dan Patani serta mencadangkan supaya dilantik Sayyid Ali Nurul Alam sebagai pengganti Sultan Iskandar Syah. Lalu semua pembesar kedua-dua negeri telah bersetuju menabalkan Sayyid Ali Nurul Alam sebagai Raja Besar bagi negeri Kelantan, Patani dan Terengganu dengan gelaran Sultan Qunbul. Di Kelantan, Sultan Qunbul melantik Sultan Mansur Syah (1467 – 1522) sebagai Raja Kelantan menggantikan Sultan Iskandar Syah.

Pada tahun 1522, Sultan Mansur Syah telah mangkat dan digantikan oleh putera baginda, Sultan Gombak (1522 – 1526). Sultan Gombak telah berkahwin dengan puteri Sultan Mahmud Shah I (Sultan Melaka dan Johor 1488 – 1528) bernama Raja Seri Dewi. Perkahwinan tersebut telah dikurniakan seorang putera benama Raja Mansur. Raja Mansur pula mangkat ketika ayahanda baginda Sultan Gombak masih lagi berada di atas tahta pemerintahan.  Baginda meninggalkan 2 orang putera.

Sultan Gombak mangkat pada tahun 1526 dan digantikan oleh cucunda baginda, Sultan Ahmad Syah ibni Raja Mansur (1526 – 1547). Sultan Ahmad Syah mempunyai seorang putera yang kemudiannya menaiki tahta setelah kemangkatan baginda. Selain itu baginda juga mempunyai seorang puteri yang diberi nama Che Siti Wan Kembang, sempena nama Urduja / Che Siti Wan Kembang (Raja Kelantan Serendah sekebun Bunga,1318 – 1348).

Setelah Sultan Ahmad Syah mangkat, putera baginda, Sultan Mansur Syah (1547 – 1561) telah menaiki tahta Kerajaan Kelantan. Pada tahun 1561 pula, Sultan Mansur Syah telah mangkat dan digantikan oleh putera tunggal baginda bernama Sultan Ibrahim Syah (1561 – 1565). Raja Umar ibni Raja Ahmad (1565 – 1570) telah dijemput oleh pembesar Kelantan untuk memerintah Kelantan. Pada tahun 1570 Raja Umar telah dijemput pula untuk memerintah Johor dengan gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1571 – 1597), maka Sultan Ibrahim Syah (1561 – 1565 & 1570 – 1579) telah menaiki tahta Kelantan bagi kali kedua.

Kemangkatan Sultan Ibrahim Syah pada 1579, telah digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad Syah (1579 – 1602). Sementara itu, Che Siti Wan Kembang, iaitu puteri Sultan Ahmad Syah (nenda saudara Sultan Muhammad Syah) telah memerintah di Gunung Chinta Wangsa pada tahun 1610 – 1677.

Setelah Kemangkatan Sultan Muhammad Syah pada  tahun 1602 dan Paduka Che Siti Wan Kembang pada 1677, maka berakhirlah Kesultanan Kelantan Purba dari Keturunan Wangsa Sri Wijaya. Negeri Kelantan selepas itu diperintah oleh Dinasti Kesultanan berdarah ulama dari Kerajaan Islam Champa yang dikenali sebagai Kerajaan Jembal Kelantan.

Selasa, Mac 13, 2012

Teknologi Robot di zaman Khalifah Uthmaniyyah


Alamet was a robot built in 1889 in the Ottoman Empire. It was given as a gift from the Ottoman Palace to the Japanese Emperor during the period of Abdul Hamid II. Alamet's form was similar to that of the human form, and the robot was nearly life-size. It had a sound player which produced the adhan (the islamic call prayer). Alamet contained clockwork that enabled it to perform a specific series of actions: walk forward half a meter, open its arms, bow (ruku'), stand up, turn around, and return to its starting place.


Some pictures of the Alamet can be found in Yıldız in İstanbul.

Does Japan owe its current robot technology to the robot named ' Alamet ' bestowed by Abdulhamid Han ? What is the relationship of 7 masters who built up Alamet with SEIKO Clocks ? In his Article Series, Oktan Keles SIRDAŞ is once again narrating in historical documents.

The robot named 'ALAMET ', (Miracle, medal) built upon the order of Abdulhamid Han has a distinctive character as being the first clock in the world reciting the azan. Sultan dispatched this extraordinarily gifted clock to Japan. It is probable that the Japanese copied their current robot technology from this azan reciting and whirling clock.

In 1887 Japanese Emperor's nephew Prince Komatsu arrived in Istanbul on a battleship; presented some gifts to Abdulhamid Han and negotiated with Sultan.

In year 1889 Japanese Emperor Meiji sent private ambassadors to Istanbul. In the presence of them, he also sent Sultan Abdulhamid Han personal gifts and a confidential letter. Amongst these gifts there was also Great Krizantem Medal; the greatest medal of the Japanese. This medal was presented to Sultan Abdulhamid Han. In this confidential letter, Japanese Emperor asked Abdulhamid Han to " send them information in Japanese or French languages concerning subjects like Islam religion, science, technological innovation, funds, charities etc. ".

Abdulhamid Han brought up the issue to Shaylk al Islam Cemaleddin Effendi. The ambassadors could not be sent without any gifts to an overseas country that wanted to learn about the science and technology of Ottomans. In the first stage, an illuminated Koran and various gifts were sent to Japanese Emperor with ambassadors and some more time was asked to send the other information.

During this period Sultan Abdulhamid Han summoned Yeni Kapı Mevlihane clock master Musa Dede who was a great name in clock mechanics. Sultan demanded Musa Dede to " gather a perfect team and build a unique technological clock ". Hereon, Musa Dede started his works after establishing a team of seven and contemplated: " How can I make a clock that is unique, that has never been made before ? "
A few days passed and Sultan Abdulhamid Han summoned Musa Dede to ask about the progress. He examined the projects drawn by Musa Dede and his team but he was not satisfied because the drawings of Musa Dede were simply different versions of classical clocks. Dervish Dede who was standing in His Presence was consulted and he said: " Let this clock be in shape of a Whirling Dervish. Every hour let it open its arm on both sides and ring." Sultan Abdulhamid Han examined the project carefully, contemplated and uttered this genius idea: "No, not ring! Let it recite azan. Make it in such a manner that every new hour, it recites azan". Then he drew some details on the paper and gave it back to Musa Dede. Musa Dede, murmuring "As you wish so my Sultan, " left His Presence thoughtfully.

There were cuckoo, gong clocks and the ones with a variety of melodies. They could be set with bellow and mechanic plates but the sound of azan was human; how could it be made? He had left the Presence of Sultan, ' Your Highness, how is that possible ? ' Surrendered by these thoughts, Musa Dede ran into Fakir Dede while stalling around bibliopoles. Fakir Dede was a Melami Mevlevi Mesreb personality. Musa Dede secretly opened the matter to Fakir Dede. Fakir Dede overjoyed Musa Dede with this information: European invention Gramophone could be copied. Edison invented phonograph apparatus in 1877. He recommended this voice recorder. Gramophone's patent was received by Emil Berliner on Sept. 20, 1887. That meant it was possible to build azan reciting clock.

Without any delay, the work began. Soon after, a clocked watch in shape of a Whirling Dervish, approximately in regular human size was made. Such were the features of it: A body sat on a plate; whirling every new hour, opening both arms to each side, its silver plate skirt is whirling and at the same it is reciting azan. The sound of azan resonated from the loopholes above skirt. The mechanism operated in such a technique that while it was doing all of these acts it was whirling at the same time and when azan ended it once again moved half meter backwards, went back to its previous place, and lowered its arms and skirt. Robot was thoroughly covered with silver and gold. In back of it there was setting part and every seven hour it had to be reset.

When Robot was presented to Sultan Abdulhamid Han, he was delighted and a little bedazzled; " Let it be called ALAMET. This is indeed a MIRACLE, " he said.

In a part closer to neck Alamet had golden embroidered star and crescent, under the loopholes on its skirt there was the Symbol of Ottoman Empire. Below its right arm, initial letters of the masters' names were inscribed.






Sultan Abdulhamid Han sent this robot which was a miracle of the age, a work of art and technology on Ertugrul Frigate to Japanese Emperor together with a confidential letter, many other gifts and medals.

Lot Head of Frigate was Colonel Osman Bey, ship commander was Lt Col Ali Bey. The ship having departed from Istanbul in July 1889 arrived to Yokohoma Port in Japan on June 7, 1890 and met with glorious ceremonies held by Japanese Dynasty.

Well then, why has this azan reciting clock, Alamet, been kept hidden till today ? Let's look into this matter deeply: When Japanese ambassadors came to Istanbul and presented the greatest medal of Japan, Krizantem, to Sultan Abdulhamid Han, by way of return, they were asked if it was possible for Abdulhamid Han to offer Japanese Emperor a medal in the name of Ottoman Empire. With that, by Ertuğrul Frigate; Special Ottoman Medal, other gifts and medals were presented to Japanese Emperor by Osman Bey.

These incidents are recorded in historical documents and Ottoman archives. Yet there are still certain unknown facts : Why on earth has this azan reciting, clocked robot namely Alamet never been mentioned! According to official documents, that is because : " Ottoman medals were presented to Japanese Emperor side by side with the gifts. " These parts are recorded in Japanese documents such : " In the name of Ottoman Empire, Sultan Abdulhamid Han's ambassadors presented Ottoman medal and gifts to Japanese Emperor." The most delicate part of not mentioning the name of Alamet lies here. Now please pay attention : In Ottoman language, Alamet means, medal, sign, miracle. Therefore ALAMET word's equivalent in Ottoman dictionary is NİSAN (MEDAL). That is the secret. When records mention ALAMET as MEDALS AND GIFTS, Alamet is almost camouflaged, intentionally hidden. Finally a fact which has been kept hidden in the dusty pages of history is uncovered.

Still some more questions might be intriguing. Like why have Japanese never announced this robot (Alamet) reality ? The answer can be hidden here : During those ages Japanese Dynasty was in turmoil. Palaces and personal gift halls were loitered and robbed. In the chaotic atmosphere Alamet might have been taken by a robber. Another question mark; is it possible that clock companies of that age were inspired by Alamet ? To give an example, Seikosha clock factory was established in 1892 and in 1899 it introduced the first alarmed clock. In 1881 Seiko Co limited company was founded by Kintaro Hattori. Now the question is: Was Alamet a source of inspiration for these clocks ? The initials of 7 names of the masters of Alamet, did they symbolize something ? What is the effect of Alamet on the fact that Japan is the country of origin for azan reciting clocks ? It is a mystery but one thing is for sure; the first azan reciting robot-like clock was introduced to the whole world by Sultan Abdulhamid Han for the very first time.

SIRDAŞ narrates historical facts of Alamet to Sultan Abdulhamid Han and inscribes them to the Book. Sultan Abdulhamid Han comments ; " this technology needs to be improved more. "

The one and only photo of Alamet was probably burnt in YILDIZ Palace raid, the remaining, deformed pieces show; one of the masters in this project stand holding assemble lever in its hand, and next to him stands Alâmet. Above the photo there are blurred Ottoman inscriptions and on another corner erased Japanese letters are seen.




It should be of everyone's knowledge that as opposed to common belief, robot technology is not a new technology. In an Ottoman newspaper published at the start of 1900s, it was written that: Some were trying to capture the world by making use of Robots.

Islam scholars, centuries ago, performed studies known as robot however the first known and functional one is ALAMET. Robot as a term means mechanical apparatus performing the previously programmed commands. Very few of them are similar to humans. (Oktan Keles/netpano.com)
http://silverheritage.blogspot.com/2011/12/robotic-technology-of-ottomans-empire.html
 
"
 

Jumaat, Jun 10, 2011

List Citer Cina


A. Sebelum First Emperor

- Antah-berantah [hmpfh]
1. Holy Pearl (series)

- Dinasti Xia, Shang, dan sebelumnya
1. Ancient Legend / Chuang Shuo
2. Legend of 12 Zodiac
3. The Moon Lady / Chang E Ben Yue
4. Prelude to Lotus Lantern / Bao Lian Deng Qiang Chuan

- Perubahan Dinasti Yin Shang ke Zhou:

1. Legend and The Hero 1 & 2 ( cerita Feng Shen Bang "Penganugerahan Malaikat"), God of Honour
2. Ne Zha, Er Lang Sen (berbagai versi, merupakan bagian dari Feng Shen Bang)

- Periode Musim Semi dan Musim Gugur (chunqiu shidai)
1. Princess Miao Shan (Legenda Guan Yin Pu Sa / Boddhisatva Guan Yin)
2. The Great Revival
3. Sun Tzu - The Art of War

- 7 Kerajaan (periode Negara Perang)
1. Empress and the Warrior (movie)-cerita dinasti Yen
2. Battle of Wits (movie)

B. Mulainya kerajaan-kerajaan di Cina bergabung menjadi satu

Dinasti Pertama (Qin)
1. Great Wall
2. First Emperor (Qin Shi Huang)
3. A Step Into the Past
4. The Myth (movie dan TV seri) - Akhir dinasti Qin, berdirinya dinasti Han

- Dinasti Han
1. The Conqueror's Story (cerita Liu Bang, Han Xin, Xiang Yu, dll)
2. The Stories Of Han Dynasty (inti cerita sama dengan di atas)
3. Empress Lu Zhi
4. Mei Ren Xin Ji (cerita Dou Yi Fang)
5. The Genius Physician (Ti Ying) / Miracle Healer

- San Guo / Sam Kok (Tiga Negara)
1. Romance of Three Kingdom (TV Seri 2010, ada yg lbh lama, lihat di Wiki)
2. Red Cliff 1 & 2 (Movie)
3. Three Kingdom-Ressurection of the Dragon (Movie)
4. Legend of Guan Gong (bagian dari no. 1)

- Dinasti Jin
1. Butterfly Lovers / Sam Pek Eng Tay (Movie, TV Seri)

- Dinasti Sui
1. Lady General Hua Mulan (seri, movie)
2. Romance Of Red Dust
3. The Grand Canal

- Dinasti Tang
1. Legend of Shaolin Temple 2 (awalnya Li Shi Min / Tang Tai Zong)
2. Sui Tang Ying Xiong Zhuan / Legend of the Sui Tang Heroes (inti cerita sama dengan no. 1)
3. Da Tang Shuang Long Chuan / Twins of brother
4. Qin Wang Li Shi Min (inti cerita sama dengan no. 1)
5. Journey to the West / Pilgrimage to the West / Xi You Ji (Kera Sakti berbagai versi)
6. Legendary Warrior ( Xie Ren Gui / Sie Jin Kui - akhir masa Tang Tai Zong)
7. Lady Fan (cerita anak Xie Ren Gui, Xie Ding San dan Huan Lei Hua)
8. Empress Wu Ze Tian (First Empress in China - berbagai versi)
9. Mei Ren Tian Xia, Shadow of Empress Wu (cerita sama dengan yang di atas)
10. Detective Di Ren Jie / Shen Tan Di Ren Jie Qian Chuan, Shen Tan Di Ren Jie, Greatness of a Hero (masa pemerintahan Wu Ze Tian)
11. Whatever It Takes (cerita awal Li Long Ji, cucu Wu Ze Tian)
12. Emperor Li Long Ji, Yang Gui Fei / Lady Yang (akhir Li Long Ji)
13. Ba Sien / Eight Immortal / Delapan Dewa (berbagai versi)
14. Da Tang You Xia Zhuan / Paladin in Troubled Times
15. Heavenly Ghost Catcher (Zhong Kui)
16. Lotus Lantern / Bao Lien Deng (seri, movie kartun, cerita Cen Xiang, keponakan Er-Lang Shen)
17. Sin Sui Da Jin Xi (cerita jenderal Guo Ze Ie - Dinasti Tang akhir)

- Kerajaan kecil2, masa pemerintahan pendek
1. Curse of the Golden Flower (movie)

- Dinasti Song (Utara dan Selatan)
1. Judge Bao, Justice Bao (berbagai versi)
2. Sui Hu Quan / Water Margin / Tepi Air (cerita Wu Song, dll berbagai versi)
3. Si Da Ming Bu / The Four Detective Guards (berbagai versi)
4. White Snake Legend / Madame White Snake
5. Lai Bu Yi, kaisar Gaozong (高宗 Gāozōng) Southern Song 1127–1162
6. Yang Jia Ciang / Warriors of Yang Clan (berbagai versi, legenda para jenderal keluarga Yang)
7. Yang Men Nu Ciang (sambungan no. 4, pahlawannya istri2 dan putri keluarga Yang)
8. Tian Long Ba Bu / Demi God Semi Devil / Heaven Dragon (berbagai versi)
9. Crazy Monk / Ji Gong
10. Diao Man Qian Qi Su Xiao Mei (My Sassy Wive Su Xiao Mei)
11. Legend of The Condor Heroes / Pendekar pemanah Rajawali (cerita Guo Jing dan Huang Rong berbagai versi) - muncul tokoh Genghis Khan (Mongolia)
12. Return of the Condor Heroes (cerita Yang Guo dan Xiao Long Nu) - akhir dinasti Song dengan runtuhnya kota Xiang Yang oleh Kubilai Khan

- Dinasti Yuan (Mongolia)
1. Taichi Master (cerita Chang San Fung / Thio Sam Hong)
2. Heavenly Sword and Dragon Sabre / To Liong To (cerita Zhang Wuji dan Zhao Min)

- Dinasti Ming
1. Ming Emperor (berbagai versi)
2. The Legend of Cheng Ho (ada klentengnya- Sam Po Kong - di Semarang, lho)
3. Xiao Ao Jiang Hu / The Smiling, Pruod Wanderer / State of Divinity / Laughing In the Wind
4. Beauties in Jiang Hu
5. shaolin sheng bing, Dinasti Ming(Kaisar Jiajing)
6. Mischievous Princess, kaisar Zhū Yǔnwén(Jianwen), dinasti Ming 1398-1402
7. 14 Blades (movie)
8. Flying Dagger (Li Xun Huan)
9. Flying Dagger (Li Huai)
10. Pendekar Harum
11. Lu Xiao feng
12. Twins (sikembar)
13. Sword of 3rd master (san sao ye de jian)
14. pedang bulan sabit
15. Big Shot
16. Meteor Butterfly Sword
17. Wu Lin Wai Shi (kisah dunia persilatan)
18. Fu Hong Xue
19. Xiao Shi Yi Lang
20. The Switch
21. Reincarnation
22. Strange Hero Yi Zhi Mei
23. Xia Yin Ji
24. Wind and Cloud / Feng Yin / Storm Riders 1, 2 (seri dan movie)
25. Pendekar Chien Ping / Treasure Venture
26. Diao Man Qiao Yu Yi
27. Dragon Inn (berbagai versi)
28. Sword Stained With Royal Blood (akhir Dinasti Ming, masuknya Qing)

- Dinasti Qing (Manchuria)
1. Heroic Legend Of The Chin Dynasty
2. Prince's Study (cerita kaisar Kang Xi)
3. Huai Yu Gong Zhu / Puteri Giok
4. Pangeran Menjangan / Duke of Mount Deer / Royal Tramp
5. Fox Volant of the Snowy Mountain
6. Seven Swordsmen / Qijian Xia Tianshan
7. Bai Mao Nu / White Haired Bride (versi movie jadul)
8. Gong / Love in Jade Palace
9. Bu Bu Jing Xin
10. The Bronze Teeth / Ji Xiao Lan
11. Huan Zhu Ge Ge / Princess Returning Pearl / Puteri Huan Zhu 1,2,3 (masa kaisar Qian Long)
12. Strange Tales of Liao Zhai
13. Puteri Bunga Meihua
14. The book and the Sword / Pedang dan Kitab Suci (berbagai versi)
15. Crouching Tiger Hidden Dragon (movie dan Seri)
16. Empire of silver ( Dinasti Qing )
17. gé​gé​ yào​ chū​jià​, Shunzhi Emperor(dinasti Qing)
18. Hong Lou Meng / Dream of The Red Chamber
19. Puteri Sin Yue
20. Giok di Tengah Salju
21. DaLi Princess (Xinhai Revolution)
22. Huo Yuan Jia / Fearless (versi TV seri dan movie)
23. Once Upon A Time In China 1,2,3,4,... (Huang Fei Hung, entah sampai berapa serinya)
24. The Last Emperor (cerita akhir masa dinasti Qing, kaisar Henry Pu Yi)

- Cina Republik
1. Romance In The Rain (TV Seri)
2. Founding of a Republic (movie)
3. Cerita bersetting modern lainnya



p/s sorilah klau ader salah tulisan pinyin

Jumaat, Disember 10, 2010

Dinasti Qing清朝



Bendera Dinasti Qing dipercayai ditiru dariada Bendera Dinasti Tang cuma dan dihilangkan kalimat syahadah(bendera Tang)

CapitalShengjing
(1636–1644)

Beijing
(1644–1912)
Language(s)Chinese
Manchu
GovernmentMonarchy
Emperor
 - 1626–1643Huang Taiji
 - 1908–1912Xuantong Emperor
Prime Minister
 - 1911Yikuang
 - 1911–1912Yuan Shikai
History
 - Renamed from "Later Jin" to "Great Qing"1636
 - Captured Beijing1644
 - Complete conquest of southern Ming1662
 - Beginning of Xinhai RevolutionOctober 10, 1911
 - Abdication of the last emperorFebruary 12, 1912
Population
 - 1740 est.140,000,000 
 - 1776 est.268,238,000 
 - 1790 est.301,000,000 
 - 1812 est.361,000,000 
 - 1820 est.383,100,000 
CurrencyChinese yuanChinese cash
Sejarah
Penubuhan Negeri Manchu

Dinasti ini bukan ditubuhkan oleh bangsa Han yang membentuk majoriti populasi China, sebaliknya ditubuhkan oleh kaum Manchu yang pada zaman sekarang sekelompok etnik minoriti di China. Orang Manchu merupakan keturunan kaumJurchen (Cina女真pinyin: Nǚzhēn), sekelompok orang Tungus yang berdiam di sekitar rantau yang kini merangkumi wilayah Primorsky KraiRusia dan wilayahHeilongjiangChina. Penubuhan yang kemudiannya bergelar negeri Manchu itu ditubuhkan oleh Nurhachi, ketua sebuah puak Jurchen kecil di Jianzhou (建州), pada wala abad ke-17. Mula-mulanya seorang vasal Dinasti MingNurhaci pada tahun 1582 memulakan satu perbalahan antara puak yang berkembang menjadi satu kempen penyatuan puak Jurchen Jianzhou. Menjelang tahun 1616 beliau menggabungkan rantau Jianzhou dengan secukupnya agar mengisytiharkan diri beliau sebagai Khan'Jin Agung' yang menyentuh wangsa Jurchen sebelumnya. Ahli-ahli sejarah menggelar entiti pra-Qing ini sebagai 'Jin Akhir' untuk membezakannya daripada Dinasti Jin pertama. Dua tahun kemudian Nurhachi secara terbukanya meninggalkan ketuanan kedaulatan Wangsa Ming agar dapat melengkapkan penyatuan puak-puak Jurchen yang masih bersekutu dengan Dinasti Ming. Selepas serantaian pertempuran yang memihak kepada beliau, Nurhaci memindahkan ibu negerinya dari Hetu Ala ke kota-kota Wangsa Ming yang lebih besar secara berturut-turut di wilayah Liaodong (辽东), Liaoyang pertama (辽阳bahasa Manchudergi hecen) pada tahun 1621 dan sekali lagi pada tahun 1625 ke Shenyang (沈阳; dinamakan semula sebagai Shengjing; bahasa Cina盛京bahasa ManchuMukden).
Pemindahan istan dari Jianzhou ke Liaodong memberi Nurhaci tapak kuasa yang lebih besar dari segi sumber manusia dan bahan-bahan; secara georgafi ini juga mendekatkan beliau lagi dengan kawasan Mongol di dataran Mongolia. Meskipun menjelang masa ini negara Mongol yang pernah bersatu di bawah Genghis Khan sudah pun lama berpecah menjadi puak-puak individu yang kadang-kalanya bermusuhan, puak-puak yang berpecah-belah ini masih menjadi ancaman serius kepada keselamatan sempadan Ming. Dasar Nurhaci kepada orang Mongol adalah untuk bersahabat dengan mereka dan meraih kerjasama daripada mereka, maka terjaganya sempadan barat Jurchen dari musuh berpotensi. Lebih-lebih lagi, orang Mongolterbukti sebagai sekutu perang berguna yang meminjamkan kepakaran tradisional sebagai pemanah berkuda kepada orang Jurchen. Agar mengekalkan perikatan baru ini, Nurhacimelaksanakan dasar pengacukan antara orang Jurchen dan bangsawan Mongol yang setia kepada kepimpinan Jurchen, manakala sesiapa yang menentang dihadapkan dengan tindakan ketenteraan. Ini cuma salah satu daripada banyak inisiatif Nurhachi yang kemudiannya dijadikan dasar kerajaan Qing yang rasmi, oleh itu Nurhachi banyak dipercayai oleh ahli sejarah di samping keturunan beliau - maharaja Qing berturut-turut sebagai pengasas Wangsa. Sesetengah sumbangan penting lain oleh Nurhaci termasuk mengarahkan penciptaan bahasa Manchul bertulis yang berasaskan skrip Mongolia, dan penubuhan sistem pentadbiran sivil dan ketenteraan yang kemudiannya menjadi Panji-panji Manchu, unsur yang mendefinasikan identiti Manchu, maka tersedianya asas untuk mengubah wajah puak Jurchen yang renggang pertaliannya menjadi satu negara.
Kejayaan tentera Nurhaci berturut-turut tanpa henti akhirnya menemui kebuntuan pada Januari 1626 apabila beliau tewas kepada Jeneral Yuan Chonghuan ketika menyerang kota Ningyuan. Beliau meninggal dunia beberapa bulan kemudian[1] lalu diwarisi oleh anak lelaki kelapan beliau Hung Taiji yang timbul selepas satu pergelutan politik singkat di kalangan pesaing berpotensi lain sebagai Khan baru. Sungguhpun selaku jeneral berpengalaman dan komander untuk dua Panji-panji pada masa kenaikannya, pemerintahan Hung Taiji tidak bermula dengan baik dari segi ketenteraan. Orang Jurchen kalah lagi pada tahun 1627 di tangan Yuan Chonghuan. Seperti pada tahun sebelumnya kekalahan ini diakibatkan kekuatan senjatan api tentera Ming yang ketika itu baru membeli meriam dari orang Portugis. Untuk membetulkan kelemahan teknologi dan bilangan ini Hung Taiji pada tahun 1634 mereka kor meriam sendiri (Cina重军bahasa Manchuujen chooha) dari kalangan tentera Han beliau yang membentuk meriam sendiri berdasarkan rekabentuk Eropah dengan bantuan tawanan seniman Cina. Pada tahun 1635 sekutu Mongol Manchu diterapkan sepenuhnya ke dalam hierarki Panji-Panji berasingan di bawah arahan terus Manchu. Pada tahun 1637, Hong Taiji kemudian menewaskan tentera Raja Injo Korea yang mengakibatkan (i) Korea menjadi negara ufti Manchu dan (ii) Korea akan berkhidmat pada perang seterusnya menentang China Ming. Bersama-sama tentera Korea dan tentera yang dibentuk daripada pelbagai puak yang ditawan di Manchuria, orang Manchu pimpinan Hung Taiji mampu menewaskan tentera Ming dengan hebatnya dalam satu siri pertempuran dari tahun 1640 hingga 1642 untuk wilayah-wilayah Songshan (松山) dan Jingzhou (锦州). Kemenangan terakhir ini mengakibatkan penyerahan kalah kebanyakan tenteraWangsa Ming yang dikeraskan peperangan serta pengunduran sepenuhnya tentera Ming yang masih ada dari kawasan di utara Tembok Besar.
Dalam bidang sivil, Hung Taiji, atas nasihat pegawai Ming yang menyerah diri, mendirikan sistem birokratik asas berdasarkan model kerajaan Ming. Birokrasi Hung Taiji dianggotai sebilangan bangsa han yang di luar jangkaan, kebanyakannya pegawai Ming yang baru menyerah diri. Namun begitu, dominasi Jurchen yang berterusan dalam kerajaan dipastikan oleh satu kuota etnik untuk pelantikan birokratik peringkat atasan. Pemerintahan Hung Taiji juga melihatkan perubahan besar dalam dasar terhadap taklukan bangsa Han beliau. Sementara di bawah pimpinan Nurhaci kesemua orang China Han dilihat sebagai musuh dalam selimut bagi pihak Wangsa Ming dan dilayan seperti catel - termasuk yang kemudiannya memegang jawatan kerajaan penting, Hung Taiji sebaliknya menerapkan merkea ke dalam "negara" Jurchen sepenuhnya jika bukan warga kelas pertama yang turut diwajibkan untuk menawarkan khidmat ketenteraan. Perubahan dasar ini bukan shaaja mengukuhkan kekuasaan Hung Taiji dan mengurangkan pergantungan tentera kepada Panji-Panji yang bukan di bawah kawalan peribadi beliau, bahkan juga menggalakkan taklukan China Han yang lain dari Wangsa Ming untuk menyerah diri dan menerima pemerintahan Jurchen setelah ditewaskan sebagai tentera. Melalui ini dan langkah-langkah lain, Hung Taiji mampu memusatkan kuasa beliau sehingga kedudukan Khan yang mana pada jangka masa lama menghalang persekutuan Jurchen daripada berpecah setelah kematiannya.
Salah satu peristiwa terpenting ketika pemerintahan Hung Taiji ialah pengamalan rasmi nama "Manchu" (满族) bagi kesemua orang Jurchen pada bulan November 1635. Tambahan pula, apabila mohor diraja maharaja Yuan disembahkan kepada Hung Taiji oleh anak lelaki Ligden Khan, Khan agung Mongol yang terakhir, Hung Taiji pada tahun 1636 menamakan semula negara dari "Jin Akhir" menjadi "Qing Agung" serta menaikkan kedudukannya dari Khan ke Maharaja, menandakan cita-cita sebagai maharaja selain menyatukan wilayah-wilayah Manchu. Sesetengah sumber menyatakah bahawa nama "Qing" dipilih sebagai reaksi kepada perkara yang sama bagi Wangsa Ming () yang terdiri daripada aksara Cina untuk matahari () dan bulan () yang dikatikan dengan unsur api. Aksara Qing () terdiri daripada radikal air () dan aksara untuk biru-hijau (), kedua-duanya dikaitkan dengan unsur air. Yang lain mencadangkan bahawa perubahan nama melalui proses yang lama untuk memulihkan negeri Manchu di hadapan mata bangsa Han zaman Ming yang banyak dipengaruhi sistem pendidikan Neo-Konfusianisme maka melihat bekas dinasit JinJurchen sebagai penceroboh asing.
Manchu menuntut Mandat Syurga
Hung Taiji mangkat tiba-tiba pada September 1643 tanpa menetapkan pewarisnya. Memandangkan kaum Jurchen secara tradisinya "melantik" ketua mereka melalui majlis bangsawan, maka negeri Qing tiada sistem pewarisan yang jelas sehingga zaman pemerintahan Maharaja Kangxi. Pada ketika ini, kekuasaan direbut oleh anakanda sulung Hung Taiji, Hooge dan adinda tiri Hung Taiji yang sama ayahanda, Dorgon. Perbalahan Hooger dan Dorgon untuk merebut jawatan pemimpin dibendung dengan menobatkan anakanda lelaki Hung Taiji yang berusia lima tahun Fulin sebagai Maharaja Shunzhi, dengan Dorgon sebagai pemangku dan pemimpin de facto bangsa Manchu. Musuh ketat Manchu, Dinasti Ming pula sibuk melawan pemberontakan golongan petani sehingga tidak dapat mengambil kesempatan terhadap kemelut pewarisan istana Qing yang menyaksikan seorang kanak-kanak menjadi Maharaja. Krisis dalaman Dinasti Ming memuncak pada April 1644, apabila ibu kota (di Beijing masa kini) diserbu oleh sepakatan angkatan pemberontak pimpinan Li Zicheng, seorang pegawai bawahan Ming yang menjadi ketua pemberontakan para petani. Maharaja Ming terakhir, Chongzhen membunuh diri apabila jatuhnya kota tersebut, menandakan berakhirnya dinasti Ming.
Setelah mudah menawan Beijing, Li Zicheng memimpin pakatan pemberontaknya yang beratus-ribu orangnya untuk bersemuka dengan Wu Sangui, panglima yang memerintah garison Ming diShanhaiguan. Shanhaiguan ialah sebuah genting behrampiran Tembok Besar China yang terletak 50 batu di timur laut Beijing, dan di situlah terletaknya sistem pertahanan Ming yang menghalang kaum Manchu dari terus menyerang ibu kota Ming selama bertahun-tahun. Wu yang terkepit di antara segerombolan pemberontak yang dua kali bilangan bala tenteranya, dan sebuah musuh luar yang dilawannya bertahun-tahun, membuat keputusan untuk bersepakat dengan puak Manchu untuk melawan para pemberontak. Ada yang berpendapat bahawa tindakan Wu dipengaruhi oleh khabar penindasan terhadap keluarganya dan gundiknya Chen Yuanyuan di tangan para pemberontak setelah jatuhnya ibu kota. Tidak kira apa sebab sebenarnya beliau berbuat demikian,[2] perikatan yang janggal dan dikatakan sinis antara Wu dan bekas musuh ketatnya dilakukan dengan tujuan membalas dendam atas kemangkatan Maharaja Chongzhen. Kedua-dua bekas musuh itu bersama-sama menumpaskan angkatan pemberontak Li Zicheng dalam pertempuran pada 27 Mei 1644. Selepas itu, kaum Manchu menawan Beijing pada 6 Jun, di mana Maharaja Shunzhi ditabalkan sebagai "Anak Syurga" pada 30 Oktober. Kaum Manchu yang menggelar diri mereka sebagai pewaris politik kepadaDinasti Ming dengan menewaskan Li Zicheng, melengkapkan adat peralihan mereka dengan mengadakan upacara pemakaman rasmi untukMaharaja Chongzhen. Namun demikian, proses menakluki seluruh China mengambil masa 17 tahun lagi untuk bertungkus-lumus melawan puak setiawan Ming, pengaku takhta dan pemberontak, sehingga ramai sekali yang terkorban, termasuk peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Yangzhou selama sepuluh hari pada tahun 1645, apabila bala tentera memperoleh restu Putera Dodo untuk mengamuk di situ sehingga mengakibatkan kira-kira 800,000 orang terbunuh. Pengaku takhta Ming yang terakhir, Putera Gui, meminta perlindungan di Burma, sebuah negeri lindungan Dinasti Ming, tetapi kemudian diserahkan kepada pasukan ekspedisi Qing yang diperintah oleh Wu, lalu dibawa ke wilayah Yunnanuntuk dihukum mati pada tahun 1662.
Tujuh tahun pertama pemerintahan Shunzhi dikuasai oleh putera pemangku raja Dorgon, yang memusatkan kuasanya di bawah kawalannya atas nama Maharaja gara-gara ketaktentuan kedudukan politiknya dalam struktur kekuasaan Manchu, sehingga menjejaskan putera-putera Manchu lain yang turut merebut kuasa dengan menurunkan pangkat atau memenjarakan mereka dengan bermacam-macam dalih. Sungguhpun begitu pendek tempoh pemangkuannya, namun pengaruh Dorgon dalam dinasti Qing memang mendalam. Mula-mulanya, puak Manchu berjaya memasuki wilayah "China sebenar" hanya kerana Dorgon menerima rayuan Wu Sangui untuk menghulurkan bantuan ketenteraan. Selepas menawan Beijing dan bukan menjarah kota itu seperti yang dilakukan oleh para pemberontak sebelum kedatangan mereka, Dorgon mendesak agar Beijing dijadikan ibu kota Qing walaupun dibantah oleh putera-putera lain, lalu melantik semula kebanyakan pegawai Ming kepada jawatan masing-masing. Tindakan mengekalkan Beijing sebagai ibu kota itu kelihatan begitu mudah diterima akal, tetapi sebenarnya harus diingatkan bahawa sebelum itu tiada satu pun wangsa China utama yang pernah terus "mewarisi" ibu kota pendahulu langsungnya. Pengekalan ibu kota dan para pegawai Ming ini mempercepatkan langkah penstabilan negara dan proses penaklukan oleh Manchu. Namun demikian, bukan semua dasar Dorgon disambut baik atau dilaksanakan dengan mudah.
Salah satu keputusan paling kontroversi yang diambil oleh Dorgon adalah mengeluarkan titah perintah pada Julai 1645, yang mewajibkan semua lelaki berbangsa Cina Han forced untuk mencukur rambut depan dan menyikat rambut yang selebihnya menjadi tocang, jika tidak boleh dihukum mati.[3] Bagi kaum Manchu, dasar ini menguji ketaatan rakyat serta membantu membezakan sahabat daripada musuh negara. Bagi kaum Cina Han pula, tindakan ini merupakan "penurunan martabat yang mengaibkan" yang bercanggah dengan nilai-nilai Konfusius.[4] Perintah itu begitu terkutuk sehingga mencetuskan tentangan terhadap pemerintahan Qing di Jiangnan sehingga seawal-awalnya akhir 1640-an.[5]
Pada 31 Disember 1650, Dorgon mati secara tiba-tiba ketika dalam ekspedisi memburu, maka bermulanya Maharaja Shunzhi memerintah dengan sendiri. Walaupun demikian, memandangkan Maharaja hanya berusia 12 tahun ketika itu, kebanyakan keputusan dibuat bagi pihaknya oleh bondanya, iaitu Maharani Balu Xiaozhuang yang mahir dalam bidang politik. Sungguhpun pentingnya sokongan Dorgon kepada Shunzhi's ascent, namun Dorgon selama bertahun-tahun ini banyak memusatkan kuasa dalam tangannya dengan hajat untuk terus mencabar takhta, sebegitu hingga selepas meninggal dunia, beliau dikurniakan gelaran anumerta Maharaja Yi (義皇帝), satu-satu kalinya dalams sejarah dinasti Qing yang mana seorang "putera darah daging" Manchu diberi penghormatan sedemikian. namun begitu, setelah dua tahun Shunzhi memerintah sendiri, Dorgon bukan sahaja dilucutkan segala gelarannya, malah jenazahnya turut digali keluar lalu dicacat-cacatkan[6] sebagai balasan terhadap berbilang-bilang "kesalahannya", termasuk one of menghukum mati kanda sulung seayahanda Shunzhi, Hooge. Lebih penting lagi, kejatuhan muka Dorgon ini turut menandakan seluruh kerabat diraja dilucutkan kebanyakan kuasa politik sehingga ditumpukan kembali kepada Maharaja. Sungguhpoun bermula dengan begitu cemerlang, pemerintahan Shunzhi dipendekkan dengan kemangkatan akibat cacar air ketika berusia 24 tahun pada tahun 1661, lalu diwarisi oleh anakanda ketiganya Xuanye, yang memerintah sebagai Maharaja Kangxi.

Maharaja Kangxi




Selama 61 tahun, Kangxi merupakan Maharaja China yang paling lama memerintah. Penting sekali, selain begitu lama memerintah, pemerintahan Kangxi juga disanjungi sebagai bermulanya “Zaman Kegemilangan Kang-Qian” (康乾盛世), yang mana dinasti Qing mencapai kemuncak kuasa sosial, ekonomi dan ketenteraanya. Pemerintahan lama Kangxi bermula seusia lapan tahun setelah kemangkatan ayahandanya. Demi mengelakkan berulangnya pembolotan kuasa maharaja oleh Dorgon selaku pemangku, Maharaja Shunzhi yang ketika di ambang kemangkatan dengan terdesaknya melantik empat orang menteri jemaah kanan untuk mentadbir negara bagi pihak anakandanya yang masih belum cukup usia itu. Empat menteri tersebut: SoninEbilunSuksaha, dan Oboi, dilantik bukan sahaja kerana lama berkhidmat untuk maharaja, bahkan juga dengan tujuan mengimbangi pengaruh sesama sendiri. Lebih penting lagi, mereka berempat tiada pertalian rapat dengan kerabat diraja, oleh itu tidak boleh menuntut takhta. Namun setelah masa berlalu, Oboi, iaitu yang terbaru di kalangan empat menteri, mengambil kesempatan dan berkomplot untuk mencapai kekuasaan politik sehingga mampu menggugat maharaja. Biarpun tidak pernah dipertikaikan ketaatan Oboi, namun keangkuhan keperibadiannya serta pendirian konservatif dalam hal politik menjadikannya semakin bermusuhan dengan Maharaja muda itu. Pada tahun 1669, Maharaja Kangxi yang berusia 15 tahun menggunakan helah untuk mengatasi, melucutkan dan memenjarakan Oboi yang agak licik orangnya di samping berpengalaman sebagai pemerintah tentera.
Puak Manchu akhirnya terasa bahangnya ketika memegang "Mandat Syurga". Wilayah China begitu luas sehingga bilangan bala tenteranya hanya cukup untuk mempertahankan kota-kota terpenting yang membentuk tulang belakang kepada rangkaiana pertahan yang amat bergantung kepada askar Ming yang menyerah diri. Selain itu, tiga orang bekas panglima Ming dipilih atas sumbangan mereka kepada penubuhan dinasti Qing, diangkat sebagai putera feudal (藩王), serta dikurniakan jawatan pemerintah di China Selatan. Yang ketua di antara mereka ialah Wu Sangui yang ditugaskan ke wilayah Yunnan dan Guizhou, manakala Shang Kexi dan Geng Zhongming pula masing-masing diserahkan wilayahGuangdong dan Fujian.
Bertahun-tahun kemudian, ketiga-tiga pemerintah feudal dan wilayah mereka semakin berautonomi. Akhirnya, pada tahun 1673, Shang Kexi mengutuskan rayuan kepada Maharaja Kangxi mengenai hajatnya untuk bersara di kampung halamannya di wilayah Liaodong serta mencalonkan anaknya sebagai pengganti. Maharaja muda tersebut memperkenan persaraanya, tetapi menolak pewarisan tanah pegangannya. Sebagai balasan, dua panglima lain turut mengutuskan persaraan mereka untuk menguji ketetapan Kangxi, dengan sangkaan bahawa baginda tidak berani menyinggung perasaan mereka. Bagaimanapun, Maharaja akhirnya menyedari temberang mereka dengan memperkenan persaraan mereka lalu menitah agar ketiga-tiga tanah pegangan mereka diserahkan kembali kepada kekuasaan maharaja.
Berdepan dengan kelucutan kuasanya, Wu Sangui merasai dirinya tiada pilihan selain memberontak, dan oleh itu turut disertai oleh Geng Zhongming Shang Zhixin, anak kepada Shang Kexi, untuk memberontak selama lapan tahun. Ketika nasib paling menyebelahi mereka, mereka bertiga berjaya meluaskan pengaruhnya sejauh Sungai Yangtze di utara. Akhirnya, kerajaan Qing berjaya mematahkan pemberontakan itu dan mengusai seluruh China selatan.
Untuk menggabungkan semula empayarnya, Maharaja Kangxi dengan sendirinya melancarkan beberapa kempen tentera terhadap Tibet,Dzungar, dan Rusia. Baginda mengahwinkan puterinya dengan Khan Mongol Gordhun untuk mengelakkan persengketaan tentera. Kempen tentera Gordhun melawan Qing menemui kegagalan, sekaligus memperkukuhkan lagi Empayar. Taiwan turut ditakluki oleh tentera Empayar Qing dari kekuasaan Zheng Keshuang, cucu kepada Koxinga, pada tahun 1683. Koxinga pernah menawan Taiwan dari penjajah Belandauntuk menjadikan pulau tersebut sebagai pangkalan untuk menentang Dinasti Qing. Menjelang akhir abad ke-17, China mencapai kemuncak kekuasaanya sejak Dinasti Ming.
Maharaja Kangxi turut mengundang ramai mubaligh Jesuit yang tiba di China. Antara mereka, termasuk Tomás PereiraMatteo RicciMartino MartiniJohann Adam Schall von BellFerdinand Verbiest dan Antoine Thomas, juga memegang jawatan sebagai ahli matematik, ahli astronomi dan penasihat kepada Maharaja.
Islam di Dinasti  Qing
Hubungan antara Muslim dengan penguasa China mulai memburuk sejak Dinasti Qing (1644-1911) berkuasa. Tak cuma dengan penguasa, relasi Muslim dengan masyarakat Cina lain menjadi makin sulit. Dinasti Qing melarang pelbagai kegiatan Keislaman.
Menyembelih haiwan korban pada setiap Idul Adha dilarang. Umat Islam tak boleh lagi membina masjid. Bahkan, penguasa dari Dinasti Qing juga tak membenarkan umat Islam menunaikan rukun Islam kelima - menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci Makkah.
Taktik adu domba pun diterapkan penguasa untuk memecah belah umat Islam yang terdiri dari bangsa Han, Tibet dan mogol. Akibatnya ketiga suku penganut Islam itu saling bermusuhan. Tindakan represif Dinasti Qing itu mencetuskan pemberontakan Panthay yang terjadi di wilayah Yunan dari 1855 M hingga 1873 M.
Setelah jatuhnya Dinasti Qing, Sun Yat Sen akhirnya mendirikan Republik China.Rakyat Han, Hui (Muslim), Meng (Mongol) dan Tsang (Tibet) berada di bawah Republik China. Pada 1911, Wilayah Qinhai, Gansu dan Ningxia berada dalam kekuasaan Muslim yakni keluarga Ma.
Keadaan umat Islam di China makin memburuk ketika terjadi Revolusi Budaya.Kerajaan mula mengendurkan polisinya kepada Muslim pada 1978. Kini Islam kembali bangkit di China. Hal itu ditandai dengan banyaknya masjid serta aktiviti Muslim antaretnis di China.
Pemerintah

Nurhaci努爾哈赤
Hong Taiji皇太極-anak Nurhaci
Fúlín福臨-anak Hong Taiji
Xuányè玄燁-anak Fúlín
Yìnzhēn胤禛-anak Xuányè
Hónglì弘曆-anak Yìnzhēn
Yóngyǎn顒琰-anak Hónglì
Mínníng旻寧-anak Yóngyǎn
Yìzhǔ奕詝-anak Mínníng
Zǎichún載淳-anak Yìzhǔ
Zǎitián載湉-cucu Mínníng
Pǔyí溥儀-anak Zǎitián