Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, September 01, 2011

Bahasa Cina perlu menjadi bahasa kedua


“BARU-BARU ini dikatakan ada usaha-usaha untuk meletakkan bahasa Cina di papan-papan tanda Selangor di samping lain-lain bahasa… Ramai yang marah!” Kata kawan saya. “Apa pendapat saudara?”
Beliau adalah penganjur Kursus Borong China yang menjemput saya memberi ceramah besok pagi 20 Julai 2008 di Hotel Quality KL. Tapi saya baru pulang dari Indonesia, banyak kerja yang belum disiapkan, kerana pemergian kali ini berlaku banyak perkara-perkara di luar dugaan dan perancangan. Walaupun begitu saya sempat menemuinya malam ini.
“Pada saya, isu ini perlu dibawa oleh PAS sebagai parti Islam, bukan untuk menghalang tetapi menyokongnya. PAS perlu buktikan PAS bukan parti perkauman. Soal bahasa bukan soal pokok, bahkan ada seruan-seruan supaya ‘menuntut ilmu sampai ke negeri China’. Apa yang saudara buat Kursus Borong Di China adalah suatu usaha yang baik.” Kata saya.
Yang saya nak, kalau boleh di Malaysia ini diletakkan Bahasa Malaysia bahasa utama, bahasa Cina bahasa kedua dan meletakkan bahasa Inggeris di bawahnya.”
Mengapa saya berpandangan begitu?
Pertama:
Kerana penduduk berbangsa Cina adalah bangsa kedua ramainya di Malaysia, sesudah bangsa Melayu. Bangsa Eropah yang menggunakan bahasa Inggeris tidak termasuk bangsa yang ramai bahkan bangsa penjajah yang telah mengekalkan penjajahannya dari berbagai sudut sejak dulu hingga sekarang. Kini kita sudah merdeka, mengapa masih mengekalkan bahasa mereka terutama dalam pentadbiran negara? Menganggap tiada menggunakan bahasa itu sebagai menghalang kemajuan adalah bukan reality dan boleh dibahaskan lagi.
Kedua:
Bahasa Cina adalah bahasa yang digunakan oleh penggunanya bangsa yang teramai di dunia, bahkan bertebaran di serata negara. Ianya dapat membantu orang Malaysia di luar negara seperti juga penggunaan bahasa Inggeris yang sudah lama didaulatkan di negara ini.
Ketiga:
Mengseimbangkan pengetahuan bahasa di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia terutamanya orang Melayu. Kalau orang Cina wajib tahu bahasa Melayu, maka adalah lebih baik juga orang Melayu tahu bahasa Cina. Kalau ada yang menganggap tidak tahu bahasa Cina antara penyebab kelemahan orang Melayu dalam perniagaan, maka hal ini dapat diatasi.
Keempat:
Suatu kejayaan dan keuntungan dalam politik Islam, apabila dapat menarik orang Cina menyokong Islam, walaupun mereka tidak perlu masuk Islam. Yang penting sekali ialah agama, bukan sahaja bahasa dan bangsa.
Itulah pandangan ringkas dan sepintas lalu dari saya. Wallahu ‘aklam.

Kelantan Lebih Maju dari Melaka


PAS dalam kempen PRK Kerdau dan Merlimau cuba membawa imej Kelantan Maju untuk menandingi imej Melaka Maju yang dinobatkan pada 2010 lalu.

Benarkah Kelantan maju? Kelantan belum maju selagi rakyatnya tidak kembali untuk mencari makan ditempat sendiri. Hari ini rakyat Kelantan hanya pulang apabila hari mengundi dan Hari Raya korban sahaja.

Pelancong domestik yang pergi ke Kelantan pun hanya kerana tarikan dari sempadan Thai seperti Rantau Penjang, Pangakalan Kubur dan Bukit Bunga. Bahkan pasar Siti Khatijah pun penuh dengan produk Thailand.

Masalah air sudah cukup untuk bandingkan Kelantan jauh ketinggalan berbanding Melaka dan Pahang. Mari kita bandingkan pula pendapatan isi rumah di Kelantan dengan Melaka. Kadar pendapatan isi rumah, Melaka RM4,184 manakala Kelantan RM2,536. Hasil kutipan Kastam, Melaka RM1.6 bilion sedangkan Kelantan hanya RM37.3 juta. Siapa yang lebih maju? 21 tahun PAS membangun bersama Maksiat!