Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Disember 23, 2010

Mahasiswa tolong renungkan & sebarkan

Padan muka aku
Rakyat Malaysia merupakan rakyat yang sudah mula menanggung hutang dalam usia yang muda. Apabila tamat sahaja pengajian diUniversiti, segulung ijazah yang diterima dari universiti itu akan diiringi dengan beban hutang yang besar. Dengan segulung ijazah itu mereka akan mengambil giliran turun naik mahkamah kerana tidak mampu untuk melunaskan hutang yang begitu besar.


Belum pun mendapat kerja bekerja semua graduan akan berhadapan dengan hutang selalunya dengan PTPTN. Jika mendapat bekerjaan graduan-graduan ini, belum pun sempat membantu ibu bapa mereka yang membesarkan mereka selama ini sudah terpaksa memberikan tumpuan untuk membayar hutang.
Bila hutang hampir selesai ibu bapa tadi sudah terlalu tua dan ada yang tidak sempat menerima kemanisan hidup dengan anak yang telah berjaya dalam pelajaran mereka. Semakin maju negara ini semakin hilang kemudahan kita yang asas seperti pelajaran dan kos rawatan kesihatan.
 
Semasa pentadbiran sebelum Dr Mahathir mahasiswa kita mendapat pembiayaan pelajaran melalui biasiswa kerajaan. Mahasiswa kita boleh memohon banyak tempat untuk mendapatkan biasisa itu. Semasa itu pinjaman pelajaran hampir tidak wujud.
 
Setiap pelajar akan dibiayai oleh salah satu dari banyak punca pembiayaan. Kalau sekumpulan mahasiswa berkumpul setiap diantara mereka ada biasiswa mereka. Setengah mendapat pembiayaan kerajaan negeri yang semasa itu disebut sebagai ‘state scholarship’. Setengahnya mendapat ‘federal scholarship’ iaitu biasiswa kerajaan persekutuan. Yang lain-lain yang tidak mendapat biasiswa kerajaan negeri atau persekutuan akan mendapat biasiswa Bank Bumiputra (BBMB) atau PETRONAS.
 
Tengku Razaleigh Hamzah telah menggunakan kedudukannya diBBMB dan Petronas dengan menyediakan ribuan biasiswa bagi pelajar kita kerana salah satu dari matlamat penubuhan agensi-agensi kerajaan ini ialah untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang merupakan asas penting bagi kemajuan negara dan bangsa kita dimasa hadapan.
 
Segala-galanya itu hanya tinggal cerita yang nostalgik sahaja. Mencari pembiayaan untuk anak-anak untuk melanjutkan pelajaran merupakan satu usaha yang sangat memenatkan. Ibu bapa menaikki tangga satu jabatan kesatu jabatan untuk memenuhi hajat anak-anak yang ingin belajar. Pergi keMARA pegawainya kata MARA tidak ada duit. Pergi JPA pegawainya kata tak ada duit. Kemana-mana pergi pun jawapannya,tidak ada duit.
 
Baru baru ini MARA mengumumkan yang agensi tertua negara itu memberitahu yang MARA tidak lagi menaja pelajar untuk keluar negara bagi kursus sajana muda tetapi hanya menaja untuk kursus sarjana. Tetapi ramai pelajar yang hendak meneruskan pelaran keperongkat sarjana tidak juga dapat perhatian.
 
Macam mana nak ‘reconcile’ perancangan kerajaan hendak menjadi negara maju tetapi asas bagi rakyat untuk belajar tidak mencukupi? Pada tahun tujuh puluhan semua mahasiswa diberikan penajaan yang tidak payah dibayar kembali. Semasa itu negara kita saolah-olah hampir sama dengan kesebelasan negara-negara Scandinavia dalam mana pelajaran dan pendidikkan adalah percuma.
 
Tetapi semakin maju negara kita nampaknya semakin susah bagi rakyat hendak mendapatkan kemudahan untuk belajar keperingkat yang tinggi. Segala-galanya terpaksa dibayar dengan harga yang terlalu tinggi yang tidak berpatutan. Wang ratusan billion dibelanjakan sesuka hati dengan menawarkan projek mega yang harganya berlipat kali ganda. Harga yang RM 500 juta ditawarkan dengan harga RM 1 billion misalnya dan cara memerah wang rakyat secara sistematik ini sekarang sudah menjadi cara mentadbir negara kita ini.
 
Bagi negara maju sepatutnya pendidikkan, kesihatan dan bekalan air adalah percuma. Tetapi disisni semuanya terpaksa dibayar dengan harga yang keterlaluan tingginya.
 
Negara-negara Scandinavia adalah negara yang berpendapatan tinggi, malahan jauh lebih tinggi dari negara-negara G8. Tetapi pendidikkan adalah percuma. Negara German juga menyediakan kemudahan pelajaran percuma sehingga keperingkat yang tertinggi. Bagi kita Najib baru sahaja merancang untuk menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 kos pelajaran dan pendidikkan sudah naik keterlaluan dan kemudahan biasiswa telah hampir dihapuskan.
 
Kita baru berangan-angan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang belum tentu tercapai tetapi kos pelajaran sudah terlalu tinggi. Persoalannya dimanakah rakyat kelas menengah dan dibawahnya hendak mencari sumber kewangan bagi pendidikkan anak-anak mereka. Hanya yang ada ialah PTPTN yang akan mengejar mereka selepas sahaja mereka mendapat ijazah-ijazah mereka.
 
Semuanya ini tidak diambil endah oleh pimpinan sejak 3 dekad yang lalu. Apabila ada yang mengkritik maka penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu akan menerjah kepada pengkritik-pengkritik tersebut. Akhirnya yang menyokong tindakkan pimpinan mereka itulah yang sekarang terkapai-kapai hendak memberi pendidikkan kepada anak-anak mereka.
 
Lain-lain perkataan, kita ini menyokong kepimpinan yang akan memberikan kesulitan kepada anak-anak dan cucu kita. Kalau dikaji secara halusnya kitalah yang bertanggunjawab diatas segala kesusahan ini kerana kita juga yang memilih mereka dahulu.
 
Padan muka kita semua!

Oleh Aspan Alias http://aspanaliasnet.blogspot.com "
 

DAP terima Islam bukti kejayaan PR

KUALA TERENGGANU - Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu menerima Islam sebagai agama rasmi negara membuktikan kejayaan Pakatan Rakyat (PR) mendekatkan bukan Muslim kepada agama Islam. 
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, pada masa sama, UMNO gagal memberikan kefahaman yang jelas mengenai agama Islam terhadap kedua-dua parti komponennya iaitu MCA dan MIC. 

Bukti terbaru, wartawan MCA menganggap negara Islam adalah sebuah negara yang primitif. 

“Bahkan, UMNO juga menjauhkan golongan bukan Islam dengan mengambil pendekatan salah mengenai isu bacaan ayat suci al-Quran oleh orang bukan Islam dan isu larangan memasuki masjid oleh bukan Islam,” katanya, semalam. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong menegaskan, hal itu perlu dilihat secara terperinci oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN). 

Terdahulu, dalam kongres kedua PR, Karpal Singh menyatakan bahawa isu negara Islam perlu segera dibincang oleh PR kerana beliau tidak mahu Barisan Nasional (BN) mengeksploitasi isu berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 

Beliau juga buat pertama kalinya membuat kenyataan terbuka dan membuat ketetapan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara serta menzahirkan permuafakatan yang semakin kukuh antara ketiga-tiga parti komponen PR.

Lagi rampasan tanah rakyat oleh BN



Bergambar dengan penduduk yang dizalimi BN.

             Motor semacam ini lah yang dirampas oleh Jabatan Hutan ketika mereka menoreh getah.
Penyerahan bendera PAS kepada wakil penduduk di Simbuan,sook Keningau.
             Mereka berazam menumbangkan BN dalam PRU akan datang.


  Penduduk menunjukkan lokasi tanah mereka yang dirampas BN kepada Ketua Penerangan Pas Sabah.



Keningau,Sabah-Peristiwa rampasan tanah rakyat oleh Barisan Nasional di kampung Simbuan dan Kawakahan,Sook Sabah telah diambil cakna oleh Pas kawasan Keningau.


Pas kawasan Keningau yang diketuai oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Keningau,Hisammuddin Sulaiman berserta Ahli jawatankuasa Pas Keningau,serta Lahirul Latigu,Ketua Pemuda Pas Sabah telah turun padang untuk membantu penduduk menyelesaikan masalah mereka.Isu rampasan tanah ini tidak diambil peduli oleh Adun dan juga Ahli Parlimen mereka.

Tanah yang telah mereka usahakan sejak tahun 70’an lagi telah dirampas secara terhormat oleh Kerajaan BN,lebih teruk lagi apabila penduduk yang menoreh getah semenjak sekian lama telah ditangkap dan didakwa di Mahkamah atas tuduhan menceroboh kawasan hutan simpan.

Penduduk yang ditemui Pas kawasan Keningau telah menyuarakan hasrat mereka untuk menyertai Pas seterusnya menolak Umno dan kuncu-kuncunya.Menurut mereka lagi,Bn hanya pandai berjanji di waktu pilihanraya dan akhirnya hilang setelah waktu diumumkan menang.

Rampasan tanah yang berlaku ini bukan hanya kepada kampung-kampung tersebut namun terdapat juga berita bahawa banyak lagi tanah-tanah akan dirampas.

Hisammuddin yang juga Ketua Penerangan PAS Sabah,berjanji akan menyuarakan hasrat penduduk dan menyebar luas isu kezaliman ini ke seluruh Malaysia melalui blog,facebook serta media sosial yang lain.

Isu ini kian kritikal kerana setakat ini seramai 10 penduduk telah didakwa menceroboh hutan simpan dan pada masa yang sama motosikal yang digunakan penduduk kampung tersebut telah dirampas oleh jabatan hutan sehingga kini.

Agenda kezaliman ini dibuat secara halus oleh kerajaan untuk menghimpitkan perut rakyat marhein.Kenyataan bantahan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pas Sabah telah mendatangkan hasil apabila Tan Sri Joseph Kurup telah “terbangun dari kerusi empuk nya” dengan membuat kenyataan balas dalam akhbar Daily Express pada 18.12.2010.

Rakyat Sabah perlu bangkit menendang Umno dan kuncu-kuncu nya yang sentiasa menghisap kemewahan dan kekayaan serta merampas tanah rakyat untuk diberikan kepada kroni-kroni mereka.Rakyat perlu sedar bahawa Pakatan rakyat lah yang layak untuk menggantikan BN dalam pilihanraya akan datang.

sila lawati blog kami di laman http://paskeningau.blogspot.com/
" 

Najib Belanjakan RM 8,742,895.91 dalam masa274 hari


"Fakta tentang Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam masa 274 hari Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan !!! Wang sebanyak itu telah digunakan oleh Najib dan isterinya untuk perbelanjaan mereka ke luar negara!

Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

~ Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

~ Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

~ Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.
~ Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.
~ Najib membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.
~ Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).
~  Najib turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini. 
~  Sidang Wanita Pertama yang diilhamkan Rosmah yang hanya disertai oleh 16 orang (termasuk Rosmah Mansor) isteri-isteri ketua negara-negara Afrika  yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.
Fakta di atas telah didedahkan oleh Senator PKR Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara pagi ini.
Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu.  Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.
Dr Syed Husin Ali turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong
"Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?" tanya beliau. Lain-lain hal tentang Najib
" 

Cendikiawan Islam di bidang Kedoktoran

Nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Zakariyya Ar-Razi. Orang Barat menyebutnya Rhazes. Dia dianggap sebagai salah satu doktor terbesar dalam budaya Islam dan juga salah satu pembangun kimia moden. Prestasinya itu membuatkan dia digelar sebagai “bapa kimia moden”. Sumbangan besarnya dalam kimia ialah ketika dia membahagi bahan-bahan menjadi 4 kategori: logam, tanaman, haiwan, dan bahan-bahan bernilai.


Sambungan dari kisah Ibnu Sina
Nama penuh beliau adalah Muhammad ibn Zakariyya Ar-Razi. Orang Barat menyebutnya Rhazes. Dia dianggap sebagai salah satu doktor terbesar dalam budaya Islam dan juga salah satu pembangun kimia moden. Prestasinya itu membuatkan dia digelar sebagai “bapa kimia moden”. Sumbangan besarnya dalam kimia ialah ketika dia membahagi bahan-bahan menjadi 4 kategori: logam, tanaman, haiwan, dan bahan-bahan bernilai.Beliau dilahirkan di Ravy, Teheran, Iran pada 846 M. Beberapa cendekiawan pun mengakui bahwa Ar-Razi merupakan pengasas ilmu kimia moden. Ini dibuktikan dengan hasil karya tulisan dan hasil penemuan eksperimennya.
Ar-Razi berjaya memberikan maklumat lengkap dari beberapa tindakbalas kimia serta penerangan lengkap dan design lebih dari dua puluh peralatan untuk analisis kimia serta dapat memberikan description ilmu kimia secara sederhana dan rasional. Dia juga disebut sebagai orang pertama yang mampu menghasilkan asam sulfat serta beberapa asam lainnya serta penggunaan alkohol untuk perubatan zat yang manis.
Karya-karya hebat dari beliau antara lain adalah: AJ-JUDARI WA AL-HASBAH (cacar dan campak) yang telah diterjemahkan oleh J.Ruska dengan judul AR-RAZI’S BUCH:GEHEIMNIS DER GEHEMNISSE. Selain itu, edisi bahasa Inggerisnya sejak tahun 1498-1866 M telah dicetak sebanyak 40 kali. Lalu ada juga AL-HAWI, yang dianggap sebagai intisari ilmu-ilmu Yunani, Syria dan Arab. Selain itu ada juga AL-THIBBUR RUHANI (pengubatan rohani), SIRRUL ASRAR (Rahsia Segala Rahasia), AL-ASRAR FIL KIMIA (Rahsia-rahsia Kimia), NAFIS FI HISBAH WAL JADARI (Pengubatan Campak dan Cacar), serta MAN LA YAHDHURUHUTH (Pengubatan Alternatif Apabila Tiada Doktor)
2. Abu Qasim Az-Zahrawi
Nama lengkapnya Abu Al-Qasim Khalaf Ibnu Abbas az-Zahrawi. Masyarakat Barat menyebutnya Abulcasis. Dia lahir pada 936 M di Cordoba, Sepanyol. Penglibatannya bagi pengembangan dunia kedoktoran, khususnya ilmu bedah sungguh tak ternilai. Dia dikenali sebagai peletak dasar-dasar teknik ilmu bedah moden. Sementara itu, Az-Zahrawi, Bapa Ilmu Bedah Moden juga banyak membahas pembedahan telinga, hidung, dan tenggorok secara perinci dalam kitab AT-TASRIF LIMAN AJIZA AN AT-TA’LIF. Apa yang ditemukan dan dikembangkan oleh para doktor Muslim di era kekhalifahan itu diterap dan diserap doktor di Eropah. Inilah salah satu pengakuan terhadap penglibatan peradaban Islam dalam dunia kedoktoran.
Bahkan, AT-TASRIF LIMAN AJIZA AN AT-TA’LIF ini dianggap sebagai pereka bentuk ensiklopedia kedoktoran. Dia terkenal sebagai pakar bedah yang piawai mengaplikasikan aneka teknik paling tidak untuk 50 jenis pembedahan yang berbeza. Peralatan penting untuk bedah yang ditemuinya antara lain scalpel (pisau bedah), curette, retractor, senduk bedah (surgical spoon), sound, pengait bedah (surgical hook), surgical rod, dan specula. Beliau wafat pada tahun 1013 M.Lebih dikenali di Barat dengan nama Averrous. Ibnu Rusyd lahir di Cordoba, Sepanyol, tahun 1198 M. Ibnu Rusyd adalah seorang cendekiawan Muslim yang cerdas yang menguasai banyak disiplin ilmu. Dalam dunia ilmu kedoktoran, Ibnu Rusyd dikenali sebagai seorang perintis ilmu jaringan tubuh. Dia juga berjasa dalam bidang pemerhatian pembuluh-pembuluh darah, serta penyakit cacar.
Selain doktor, beliau juga ahli falsafah, sastera, logik, ilmu pasti, di samping dia sangat menguasai dalam pengetahuan keislaman, khususnya dalam tafsir Al-Qur’an dan Hadis, ataupun dalam bidang hukum dan fiqah. Kitab terkenalnya adalah BIDAYATUL MUJTAHID
Dalam ilmu kedoktoran, Ibnu Rusyd mempunyai lebih dari dua puluh buku. Salah satu buku karangannya, AL-KULLIYYAT FI AL-THIBB yang diterjemahkan ke dalam bahasa latin merupakan ikhtisar kedoktoran yang terlengkap untuk zamannya, dan diterbitkan di Padua pada tahun 1255 M. Salinanya dalam bahasa Inggeris dikenali dengan nama GENERAL RULES OF MEDICINE, dicetak berulangkali di Eropah. Karya-karyanya dalam bahasa Arab kira2 berjumlah 78 buah, yang masih tersimpan rapi di perpustakaan Escurial, Madrid, Sepanyol. Dia meninggal pada tahun 1198 M di kota Maroko.

Nahas Bas Ekspres:DPPNK Kesal Laporan Media Berunsur Khurafat

1.  Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) terpanggil untuk memberikan respon ekoran nahas Bas Ekspres di Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands yang mengakibatkan 27 orang maut pada 20 Disember 2010 yang lepas. DPPNK mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat termasuklah pelancong-pelancong dari Thailand dan semoga dapat bersabar di dalam menghadapi kehilangan orang yang tersayang.


2.       Di dalam masa yang sama, DPPNK terpanggil untuk memberikan respon terhadap laporan muka hadapan akhbar Kosmo, 21 Disember 2010 yang boleh menjurus kepada kepercayaan khurafat dan syirik.
3.       Laporan muka hadapan akhbar berkenaan cuba mengaitkan kehadiran ratusan burung gagak di atas bumbung hotel tempat penginapan mangsa nahas pada malam sebelum kejadian sebagai petanda bahawa nahas tersebut akan berlaku. Dilaporkan juga bahawa ratusan burung gagak berkenaan membuat bising pada malam berkenaan seakan-akan memberi petanda awal terhadap tragedi tersebut.
4.       Perlulah diingatkan, mengaitkan nasib malang atau tuah kepada burung yang terbang di udara merupakan amalan syirik yang sangat ditegah oleh Rasulullah SAW. Di dalam Islam, ia digelar sebagai amalan tatayyar. Di zaman Jahiliyyah, mereka akan melihat arah burung yang terbang sebelu memulakan perjalanan. Arah terbang tertentu dianggap sebagai nasib malang yang akan menimpa dan begitu juga sebaliknya.
5.       Amalan ini sangat ditegah oleh Rasulullah SAW berdasarkan hadisnya :
a.       “al-Tiyarah (tatayyar)  itu syirik” – maksud hadis riwayat Bukhari, Abu Daud dan Ahmad.
b.      “Sesiapa yang menggantung hajat kepada burung yang terbang sesungguhnya telah (melakukan) syirik..” – Maksud hadis riwayat Ahmad.
6.       Kesimpulannya, menggantungkan tingkah laku binatang khususnya burung dengan sesuatu perkara yang akan berlaku (kecuali mempunyai penjelasan logik) adalah merupakan amalan syirik dan khurafat. Sehubungan dengan itu, sukalah diingat kepada pengamal media untuk tidak memanipulasikan berita-berita seperti ini dari sudut yang boleh menjerumuskan kepada kepercayaan syirik. Janganlah pemberitaan sensasi menjadi keutamaan sehingga menyebabkan terlanggarnya batasan-batasan akidah dan syarak.
Sekian.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 23 Disember 2010 / 17 Muharam 1432
" 

Isu Penganugerahan Gelaran Dato oleh Tengku Iskandar

1. Kami telah dimaklumkan oleh beberapa pihak mengenai tindakan Persatuan Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus Kelantan, yang diketuai oleh Tengku Iskandar Tengku Ahmad selaku Yang Dipertuanya, melangsungkan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kehormatan Kebesaran Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus Kelantan di Istana Dusun Green, Pasir Mas, pada hari Rabu, 15 Disember 2010, lalu.

2. Kami dimaklumkan bahawa persatuan ini telah mengadakan sepuluh darjah, bintang, pingat dan surat kepujian, iaitu Darjah Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus (D.K.), Darjah Dato’ Sri Paduka D’Raja DYMM Long Yunus (D.S.P.D.), Darjah Dato’ Sri D’Raja DYMM Long Yunus (D.S.P.J.), Darjah Dato’ Paduka D’Raja DYMM Long Yunus (D.P.D.R.), Darjah Dato’ D’Raja DYMM Long Yunus (D.D.R.J.), Bintang Ahli D’Raja DYMM Long Yunus (A.D’Raja LY), Bintang Ahli D’Raja DYMM Tengku Iskandar (A.D’Raja TI), Pingat D’Raja Setia DYMM Long Yunus (P.S.D’Raja), Pingat D’Raja DYMM Tengku Iskandar (P.D’Raja TI) dan Surat Kepujian Penghargaan Jasa D’Raja DYMM Long Yunus (S.P.D’Raja).

3. Kami dimaklumkan bahawa, di dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kehormatan Kebesaran Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus Kelantan itu, Darjah Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus (D.K.) telah dikurniakan oleh Tengku Iskandar Tengku Ahmad kepada 3 penerima, Darjah Dato’ Sri Paduka D’Raja DYMM Long Yunus (D.S.P.D.) kepada 2 penerima, Darjah Dato’ Sri D’Raja DYMM Long Yunus (D.S.P.J.) kepada 7 penerima, Darjah Dato’ D’Raja DYMM Long Yunus (D.D.R.J.) kepada 17 penerima dan Bintang Ahli D’Raja DYMM Long Yunus (A.D’Raja LY) kepada 99 penerima.

4. Sukacita dimaklumkan bahawa Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) dengan jelas memperuntukkan bahawa: Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam Negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan Pangkat-Pangkat Kemuliaan, Pingat-Pingat Kebesaran dan Kehormatan.

5. Sukacita juga dimaklumkan bahawa Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kehormatan Kebesaran Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus Kelantan di Istana Dusun Green, Pasir Mas, itu tidak pernah sesekali disembah-maklum kepada, atau mempunyai perkaitan dengan, apatah lagi diperkenankan oleh, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, sebagaimana yang didakwa.

6. Kami juga dimaklumkan bahawa pihak berkuasa sedang membuat siasatan ke atas tindakan melangsungkan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kehormatan Kebesaran Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kerabat D’Raja DYMM Long Yunus Kelantan ini dan kami menyeru semua pihak supaya memberi kerjasama di dalam menjayakan siasatan ini.

7. Kami tidak menghalang mana-mana pihak dari membuat sebarang tuntutan ke atas takhta kesultanan Kelantan jika mereka berpendapat bahawa mereka mempunyai asas untuk berbuat demikian tetapi sukalah ditegaskan bahawa tuntutan ini perlulah dibuat mengikut saluran yang telah ditetapkan oleh perlembagaan dan undang-undang.

8. Tindakan mana-mana pihak memperuntukkan dengan secara semberono kepada diri mereka sendiri kedudukan dan kuasa yang diperuntukkan secara sah oleh perlembagaan dan undang-undang hanya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan sahaja adalah satu perlanggaran yang jelas ke atas perlembagaan dan undang-undang.

Ayatollah Abul Fadhal Al-Burqai tinggalkan Syiah


beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)

Nama penuh beliau

Abulfadhal the son of Al-Hasan the son of Hijjat Al-Islam Al-Sayyid Ahmed the son of Ridha Al-Deen the son of Al-Sayyid Yahya the son of Mirza Meeran the son of Yahya the son of Meer Muhsin the son of Meer Ridha Al-Deen the son of Al-Sayyid Muhamed the son of Meer Fakhr Al-Deen the son of Meer Hussain the son of Badshah the son of Meer Abu Al-Qasim the son of Meerah the son of Abu Al-Fadhal the son of Bindaar the son of Isa the son of Abi Jaffar Muhamed the son of Abu Al-Qasim the son of Ali the son of Ali Muhamed the son of Ahmed the son of Muhamed the lame the son of Al-Sayyid Ahmed the son of Mousa Al-Mubarqi’e the son of Al-Imam Muhamed Al-Taqi the son of Al-Imam Ali bin Mousa Al-Ridha the son of Al-Imam Mousa bin Jaffar Al-Khadhim the son of Al-Imam Jaffar bin Muhamed Al-Saddiq the son of Al-Imam Muhamed bin Ali Al-Baqir the son of Al-Imam Ali bin Al-Hussain Zaynul A’abideen the son of Al-Imam Al-Hussain bin Ali bin Abi Talib the son of Al-Imam Ali bin Abi Talib, may Allah be pleased at them all.

Diberi gelaran Al-Burqu’ei sempena nama moyangnya Al-Sayyid Mousa Al-Mubarqa’a.

Guru-Gurunya

Ayatullah Al-Uthma Abu Al-Fadhl Al-Barqa’ei menerima didikan daripada ulama-ulama berikut:
- Al-Sheikh Abdul Kareem Al-Ha’eiri Al-Yazdi,
- Ayatullah Hujjat Koh Kamrah,
- Ayatullah Al-Sayyid Abul Hassan Al-Esfihani,
- Al-Haaj Al-Sheikh Muhamed Ali Al-Qummi,
- Mirza Muhamed Al-Samera’ei,
- Al-Haaj Al-Shiekh Abdul Nabi Al-A’araki,
- Al-Qassim Al-Kabeer Al-Qummi,
- Ayatullah Shah A’abadi, dan lain-lain lagi

Fenomena Ayatullah Al-Barqa’ei

Al-Barqa’ei adalah sebahagian daripada fenomena yang perlu kita fahami dan diambil iktibar serta disebarkan. Fenomena yang dimaksudkan ini adalah tentang beberapa orang tokoh ulama Syiah yang meninggalkan fahaman tersebut setelah menyedari kepalsuan yang terdapat di dalamnya. Al-Barqa’ei menjelaskan dalam bukunya “Kemusnahan Berhala” atau “Kasr Al-Sanam” bahawa beliau dipengaruhi oleh Mustafa Tabteba’ei. Tabteba’ei adalah lulusan sekolah Syiah di Qumm, iaitu kota suci Syiah, yang telah mencapai tahap Mujtahid – berkelayakan untuk mengeluarkan fatwa Syariah - , tetapi kemudiannya meninggalkan fahaman Syiah. 

Penderitaannya

Semasa zaman pemerintahan Shah Iran, akibat hasutan pemimpin Syiah pada ketika itu iaitu Ayatullah Shari’timdari, Al-Burqa’ei telah dipenjara, disiksa dan dibuang daerah. Ayatullah Shari’timdari berjaya menghimpunkan enam ribu tandatangan bagi mengusirnya keluar dari masjid yang dipimpinnya pada ketika itu. Masjid tersebut terletak di Tehran. Memandangkan kerajaan Shah berfahaman sekular, maka beliau tidak menunjukkan sikap yang berbeza terhadap apa yang telah dilakukan oleh Al-Barqa’ei - meninggalkan fahaman Syiah. Bagaimanapun, kerana hasutan dan kebencian yang semakin memuncak di kalangan ulama-ulama Syiah menyebabkan beliau terpaksa menanggung penderitaan yang berat. 

Penderitaan dan kejatuhan sebenar beliau bermula selepas Revolusi Iran. Tidak setakat menyiksa beliau secara mental dan fizikal, ulama-ulama Syiah juga menggalakkan orang ramai menyerangnya. Akibatnya, banyak kali kediamannya diserang. Apabila pihak regim mendapati beliau masih meneruskan usaha menceritakan kebatilan Syiah, maka satu perancangan telah disusun bagi membunuh beliau seperti mana yang telah dilakukan kepada Haydar Ali Qalamdaran, yang juga telah meninggalkan Syiah. 
Pihak regim telah menghantar seseorang ke rumah Al-Barqa’ei untuk membunuhnya.

Insiden berlaku ketika Al-Barqa’ei mengerjakan solat apabila satu tembakan dilepaskan menembusi pipi kiri dan kanan. Al-Barqa’ei yang ketika itu berusia 80 tahun dan dibawa ke hospital untuk rawatan. Malangnya, doktor-doktor diarahkan pihak regim supaya tidak merawat beliau di sana, dan kemudiannya dinasihatkan supaya dirawat di rumah sahaja. 

Semua itu tidak menghalang Al-Barqa’ei dari meneruskan usaha menceritakan kebenaran sehinggalah beliau dipenjarakan. Penjara bukanlah sesuatu yang asing bagi Al-Barqa’ei; tetapi kali ini, beliau ditempatkan di Evin, iaitu sebuah penjara politik yang terkenal di Iran. Beliau berada di sana selama setahun, kemudian dibuang daerah ke Yazd, sebuah bandar yang jauh dari Tehran.

Selepas 5 tahun dalam buangan, beliau dimasukkan semula ke penjara dan kemudiannya dibuang ke bandar yang sama. Beliau kemudiannya meninggal dunia, dan tiada siapa yang tahu samada beliau dibunuh atau tidak. 

Al-Barqa’ei kembali ke Rahmatullah pada tahun 1993 dan mewasiatkan kepada sahabat dan ahli keluarganya supaya jasadnya tidak disemadikan dalam tanah perkuburan Syiah dan juga melarang sajak ditulis atas kuburnya. 

Hasil Kerjanya

Berikut adalah antara beberapa hasil tulisan Al-Barqa’ei :

- Indeks Kepercayaan kepada Sheikh dan pertentangannya dalam Islam (Fahras Aqa’eid Al-Sheikhiyah wa Mukhalafatha lil Islam)
- Kajian Doa Al-Nadab (Dirasat Du’oa Al-Nadab)
- Doa Al-Nadab dan pertentangannya kepada Quran (Du’oa Al-Nadab wa Mukhalaft Ebaratuh lil Quran)
- Perkara Khurafat semasa Menziarahi Kubur (Al-Khurafat Al-Katheerah fi Ziyarat Al-Quboor)
- Larangan Perkahwinan Mut’ah dalam Islam (Yahreem Al-Mut’ah in Al-Islam)
- Pemusnahan Berhala – Kajian Hadis Al-Kafi (Kasr Al-Sanam)
- Kajian Saintifik Hadis Al-Mahdi (Dirasah Eilmiyah li Ahadeeth Al-Mahdi)
- Pertentangan antara ‘Kunci-kunci ke Syurga’ dan teks Al-Quran (Mukhalafat Mafateeh Al-Jinan li Ayat Al-Quran)

Beliau juga menterjemahkan buku “Al-Muntaqa” karangan Al-Thahabi ke bahasa Parsi, iaitu sebuah ringkasan dari “Minhaj Al-Sunnah Al-Nabawiya” karangan Ibn Taymiyah.

BIG : Adakah yang di Malaysia tu lebih mengenali syiah dari Abul Fadhal?

Pokok Krismas Termaha(USD 11 Juta) di Uae

Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah melancarkan sebuah pohon Natal berharga 11 juta dolar di sebuah hotel di ibukota Abu Dhabi menjelang Tahun Baru Kristian 2011.
General Manager Emirates Palace Hotel, Hans Olbertz mengatakan pada hari Rabu lalu (15/12) bahawa pohon krismas yang ada di hotelnya adalah "pohon Natal yang paling mahal yang pernah ada," dengan nilai harga lebih dari 11 juta dolar!
Dengan tinggi 13-meter (40 kaki) , pohon natal dari cemara palsu yang terletak di lobi hotel, dihiasi dengan busur perak dan emas, ornamen berbentuk bola dan lampu putih kecil, AFP melaporkan.
Kalung, anting-anting dan perhiasan lainnya terpasang di cabang-cabang pohon memberikan nilai lebih dari pohon natal ini.
Pohon Natal tersebut memiliki total 181 berlian, mutiara, zamrud, safir dan batu berharga lainnya, kata Khalifa Khouri, pemilik Style Gallery, yang menyediakan perhiasan.
"Pohon itu sendiri harganya sekitar 10.000 dolar," kata Olbertz. "Jika ditambah perhiasan maka pohon natal ini memiliki nilai lebih dari 11 juta dolar - saya pikir 11,4, 11,5 juta dolar."
Emirates Palace Hotel merencanakan untuk menghubungi Guinness book of World Record untuk memasukkan pohon natal ini dalam catatan mereka, yang dapat membuat tawaran agar masuk sebagai pohon yang dihiasi paling mahal di dunia.(fq/prtv)