Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Ahad, November 11, 2012

Santai bersama The Red Warrior meriah



Santai Sinar Red Warriors meriah
Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah memberi ucapan kepada hadirin
Hampir 4,000 peminat setia The Red Warriors mengunjungi program Santai Sinar Red Warriors @ MIB  yang berlangsung di Medan Ikan Bakar, Kedai Buloh, Kota Bharu, semalam.

Program yang julung kali diadakan itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik berorientasikan acara bola sepak oleh Happy, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), cabutan bertuah dan kempen derma darah daripada Unit Transfusi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Kehadiran tiga pemain bola sepak Kelantan iaitu Zairul Fitree Ishak, Mohd Daudsu Jamaludin dan Mohd Norfarhan Muhammad jam 3 petang menghangatkan lagi suasana apabila mereka menyertai persembahan dikir barat oleh
Zaidi Buloh Perindu dan Mat Glamor di pentas utama.

Sambutan orang ramai terhadap program ini begitu memberangsangkan apabila sanggup menunggu beberapa jam hanya semata-mata untuk melihat dengan lebih dekat pemain kesayangan mereka itu.

Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf (KMK), Muhammad Nasir Hamzah, Timbalan Ketua Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan (PKINK), Zainal Rahim dan
Pengurus Besar Perdana Resort, Zaidon Ismail turut hadir memeriahkan program tersebut.

Jumaat, Ogos 10, 2012

Konspirasi world cup 2010

Salamua’laik,
Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR,BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.
Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkanBilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.
Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.
Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.
Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.
Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)
Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..
[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]
Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.
Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.
Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!
[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]
Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadiumSoccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api.
Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitosKraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.
Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.

Jumaat, Julai 27, 2012

Anak kelantan terpilih berlatih di barcelona


As'salam



Rahmat Che Hashim, anak jati kelahiran Pengkalan Chepa, Kelantan, bertuah kerana terpilih untuk berlatih di bawah bimbingan pemain legenda Barcelona Pep Guardiola di akademi belia kelab tersohor itu, La Masia.

Rahmat, 24, bersama tiga orang lagi pemain dari Asia Tenggara, masing-masing dari Indonesia, Singapura dan Thailand adalah antara 100 pemain dari 55 buah negara yang akan menjalani latihan insentif bersama kelab gergasi Sepanyol itu pada Ogos ini.

Mereka terpilih melalui kejohanan The Chance Global Finals, yang diadakan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini. Rahmat pada mulanya hanya dipanggil untuk menggantikan tempat salah seorang pemain dari Malaysia, Mohd Raphi Azizan, 16, yang dipanggil menyertai skuad Harimau Muda untuk sesi percubaan. namun siapa sangka beliau akhirnya muncul antara yang terbaik dalam pertandingan peringkat serantau itu di Jakarta.

The Chance bertujuan memberi peluang sekali seumur hidup kepada pemain muda bola sepak untuk mencapai cita-cita mereka dan berada di laluan ke arah menjadi pemain bola sepak profesional. 

Tahniah buat Rahmat Che Hashim !

Sumber: Sinar Harian

Jumaat, Julai 06, 2012

Mental Kelantan menakjubkan, apa jadi kes shokri nor?

Berpeluang menyaksikan pertemuan Liga Super antara Kelantan dan Selangor minggu lalu, tidaklah mengejutkan untuk menyaksikan Kelantan mengutip 3 mata pada perlawanan itu. Mereka lebih dari segala aspek – kualiti permainan, kekuatan pasukan, sokongan peminat, dan paling penting, MENTAL yang kuat!

foto : theredwarriors.com
Mana tidaknya, kalau bukan kerana mental yang kuat, saya yakin Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pastinya sudah menjadi saksi kepada perlawanan gusti atau muay-thai, bukannya perlawanan bolasepak – mental dan disiplin tinggi pemain tuan rumah cukup menakjubkan dan wajar diberi pujian, di sebalik provokasi hebat dari pemain Selangor, ‘dibantu’ pula pengadilan yang ‘cukup mantap’ oleh Jeffery Zolkifli.

Pemain Selangor, malah pengadil sendiri boleh dikatakan bernasib baik, kerana Kelantan pada hari ini berbeza dengan Kelantan yang cukup dikenali dengan sikap panas baran suatu masa dahulu, pantang diprovoke, pasti ada yang sudah bertindakbalas, pasti tangan sudah naik ke muka - kalau-kalau ada yang masih ingat kes Hashim Mustapha, Zahasmi Ismail, Akmal Ahmad Tabrani, atau Halim Napi, pastinya hakikat itu diakui.

Mungkin Irfan Bakti tersilap mencatur strategi, dengan andaian bahawa jika pemain Kelantan diserang dari segi psikologi, mereka akan mudah diperangkap sepertimana Irfan melakukan perkara sama ketika membimbing Terengganu menewaskan Kelantan di suku akhir Piala Malaysia tahun lalu – ketika itu serangan psikologi Irfan berhasil dengan dua pemain Kelantan, Daudsu Jamaludin dan Shakir Shaari diperintah keluar padang.

Namun, jerangkap samar itu tidak berkesan kali ini – deretan aksi kasar yang tidak diendahkan atau ‘tidak dikesan’ Jefferi membuatkan pemain Selangor bermaharajalela BERMAIN GUSTI di atas padang, tatkala Kelantan di gelanggang keramat mereka, merelakan diperlakukan sedemikian, kerana bagi mereka apa yang penting, tonjolkan kredibiliti dan perwatakan sebagai juara – itu sudah cukup untuk memastikan lawan pulang berputih mata.

Apapun, mutu pengadilan pastinya tidak terlepas dari diketengahkan di sini. Apakah FAM telah melantik pengadil yang benar-benar bertauliah untuk mengendalikan perlawanan yang begitu penting di dalam kalendar Liga Super musim ini, atau sekadar main tangkap muat?

Di manakah terjemahan perkataan INTEGRITI yang terpampang di dada baju, di lilitan lengan atau yang hebat dicanang dalam laungan ikrar? Atau pengadil-pengadil ini hanya berprestasi sedemikian untuk ‘perlawanan-perlawanan tertentu’ yang sudah ditetapkan pihak tertentu?

Ghaddar berulang kali menjadi sasaran serangan Irfan Bakti
Kenapa boleh ada dua peraturan berbeza untuk satu kesalahan yang sama? Sebagai contoh nyata, mengapa ketika Nurul Azwan menarik baju Bosko Balaban, dia dilayangkan kad kuning, tetapi ketika Razman Roslan menarik Ghaddar (exactly sama seperti kesalahan Azwan), bukan sahaja tiada kad, tetapi ianya tidak langsung dilihat sebagai kesalahan. Yang arif mohon jawab.

Apa yang dilakukan Amri Yahyah tidak perlu saya ulas, dan pengadil mungkin boleh kata kejadian itu tidak dikesan kerana ia berlaku terlalu pantas, tetapi bagaimana pula kekasaran Bunyamin Umar ke atas Ghaddar? Pengadil menghentikan permainan untuk mendapatkan penjelasan dari dua pembantunya, sekadar untuk meneruskan permainan sebarang tindakan?

Bagaimana pula dengan sepakan tepat ke muka Ghaddar oleh Nasriq, yang disifatkan pengulas pada malam itu bahawa ia sepatutnya layangan kad merah?

Bukti : kat mana bola sebenarnya, kat muka Ghaddar? foto : gawang.my
Tujuan saya bukan mahu mencetus provokasi, malah kalau saya melihat perkara sama berlaku dalam perlawanan lain, akan tetap saya suarakan, tetapi pointnya di sini, inikah kualiti pengadilan kita?

Oleh kerana pengadil tidak tegaslah, maka pemain lebih berani untuk bertindak sedemikian - saya yakin kalau Ghaddar atau pemain Kelantan yang lain bertindak balas, layangan kad merah pastinya sudah menyusul namun apakah tindakan kepada pemain yang memulakan? Terlepas kerana pengadil tidak nampak?

Saya masih ingat bagaimana insiden antara pemain QPR, Joey Barton yang mengasari Carlos Tevez pada perlawanan terakhir menentang Manchester City, pengadil tidak mengesan insiden itu, namun selepas mendengar dari pembantunya, Barton dilayangkan kad merah. Situasi itu jarang berlaku di Malaysia, dan sampai bila kita nak merungut tentang mutu pengadilan yang kritikal ini, terus menjadi satu persoalan.

Dan, apa pula yang berlaku kepada kes Shokri Nor dan S.Thanasegar, dua individu yang ditahan dibicarakan di mahkamah Singapura? Kenapa kes ini mulanya begitu hangat, tetapi selepas 31 Mei tiada update tentang kesudahan kes mereka? Apa terjadi? Kenapa ia ditutup begitu sahaja? Apakah ada ‘tangan ghaib’ yang menyelamatkan mereka? Atau sekiranya saya ketinggalan, sila update kepada saya.

Selebihnya, saya akan mendapatkan pandangan pengerusi jawatankuasa pengadil, Datuk Astaman pada Kongres FAM yang berlangsung Sabtu ini.

Jumaat, Mac 09, 2012

Taruhan terbaru The Red Warrior

Kelantan berjaya mendapat khidmat penyerang muda Pahang , Azamuddin Akil untuk memperkukuhkan barisan serangan Kelantan dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Pemain yang diberi gelaran Alex ini dijangka akan bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha di barisan depan Kelantan untuk merobek gawang pasukan lawan nanti. Semoga kehadiran Alex ini dapat meringankan beban yang tergalas di bahu Norshahrul Idlan untuk menjaringkan gol. Selamat maju jaya kepada "Alex".

Daudsu terlibat kemalangan


Daudsu Kemalangan Jalan Raya
Mitsubishi Lancer Milik Daudsu Musnah - Foto : Daudsu
Tonggak Pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaludin terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 8 malam semalam.
Namun Daudsu dan keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk tetapi kereta Mitsubishi Lancer miliknya musnah dalam kemalangan itu dipercayai kerana merempuh pagar berdekatan dengan lapangan terbang tersebut.
Daudsu akan diberikan cuti oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) dan kemungkinan akan terlepas 2 aksi bersama Red Warriors pada 7 Mac menentang Navibank Saigon dalam saingan Piala AFC dan 10 Mac menentang Kuala Lumpur dalam saingan Piala FA.


Read more: http://kelantanfa.com/#ixzz1oc8QYZbp

Sabtu, Februari 25, 2012

Penyokng Klate koma dibelasah penyokong Selangor


Kawe tak tahu cerita sebenar. Gambar yang kawe dapat ini dari sebuah blog penyokong Kelantan. Rujuk blog itu jika anda mahu lebih maklumat sebenar. Gambar di bawah diambil selepas perlawanan suku akhir pertama di Stadium Shah Alam

Wahai orang yang ada mata, telinga dan otak.
Anda lihatlah sendiri kejadian sebenar dan anda nilailah apa yang sebenarnya berlaku.
Seorang penyokong Kelantan telah meninggal dan seorang lagi tidak diketahui keadaannya. Ada yang katakan dia koma.


Kenapa media tidak bercerita mengenai insiden ini?

Kenapa media menyorok insiden ini?

Kenapa polis berdiam diri tentang ini?









 
Yang dilaungkan oleh media-media adalah penyokong Selangor dibelasah. Yang ditunjuk oleh tv3 adalah seorang penyokong Selangor yang berdarah di kepala. Itulah yang ditunjukkan dan dicanang. Kenapa tidak tunjuk mengenai penyokong Kelantan yang telah terbaring meninggal dan yang sedang tak sedarkan diri di tanah?

MEDIA TIDAK ADIL TERHADAP KELANTAN

Penyokong Kelantan tidak ganas??????????????

Gambar Penyokong Selangor Kelantan


Gambar ini diambil ketika perlawanan Kelantan vs Selangor.Adakah Penyokong Selangor di tumbuk ? di sepak ? di terajang ? tanya mereka sendiri bagaimana layanan Penyokong Kelantan kepada mereka.
Sedarlah wahai rakyat malaysia yang mengutuk negeri kelantan ( mungkin mereka terpedaya dengan tipu helah media yang sentiasa mencari keburukan kelantan ).
Tiada apa pun yang berlaku kepada penyokong selangor padahal mereka duduk sekali dengan 25 ribu penyokong kelantan yang lain pada malam itu.
Anda kata penyokong kelantan ganas ? sila tarik balik kata kata itu kerana yang ganas hanya lah mereka yang “pijak banner” orang tanpa sebab ( siapa makan cili dia terasa pedas ).
Layanan terbaik buat tetamu.Itulah adab sopan rakyat kelantan.Usah takut untuk bertandang ke Stadium Sultan Muhammed Ke IV kerana Penyokong Kelantan sangat mesra bukan seperti yang di gembar gemburkan oleh media dan mereka yang tidak boleh berfikir dengan baik.
Penyokong Kelantan tidak akan buat hal jika tidak di kacau dan sebaliknya.






uPDATE 30 oKTOBER 2011

Penyokong Terengganu

Isnin, Februari 13, 2012

Secret Olimpic London 2012

Sukan Olimpik London 2012 / semakin menghampiri, dan sudah banyak ditulis tentang kemungkinan ada konspirasi di sebaliknya. Tajuk ini sudah basi pun sebenarnya tetapi saja saya mahu aktifkan kembali menulis tentang konspirasi Dajjal dan anak-anak wek nya ni. Maka di sini saya telah cuba mengumpulkan fakta-fakta yang diperolehi setakat pengkajian saya terhadap isu ini.

Sangat menarik Sukan Olimpik ini akan di adakan di kota London, ibu negara yang didiami oleh 'permaisuri' mereka sekarang ini iaitu Queen Elisabeth II , salah seorang keluarga The Merovingian (iaitu salah sebuah keluarga Illuminati). Dan dijangka banyak peristiwa besar juga akan berlaku dalam tahun 2012 itu nanti. Kelihatan seperti satu rancangan yang sungguh teliti dan hampir kepada matlamatnya.

Sukan Olimpik 2012 atau nama lainnya Games of the XXX Olympiad (Sukan Olimpiad XXX) akan diadakan di London, England, United Kingdom dari 27 Julai hingga 12 Ogos 2012. London akan menjadi bandar pertama menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tiga kali, selepas berbuat demikian pada 1908 dan 1948. Ya, nombor 3 naik lagi tu!

Moto nya pula ialah 'Live as one'. Sinonim dengan 1 Israel, One Singapore, 1WTC, 1Malaysia dan macam-macam 'one' lagi kan?

Kita sedia maklum, logo Sukan Olimpik London 2012 ini ada maksud tersembunyi di sebaliknya. Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu, bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis.




Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini.

Dan logo di bawah juga tidak terlepas dari adanya matahari terbit, sepertimana logo Shell.


Dan bukan logo Sukan Olimpik London 2012 ini sahaja yang ada perkataan ZION dan mata satu tersembunyi di dalamnya, tetapi juga logo Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelum ini.


Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata SATU. Yang sememangnya sudah menjadi identiti Dajjal iaitu bermata satu. Ya saya tahu Dajjal yang sebenar seperti yang disebut di dalam hadith bermata dua, tetapi matanya BUTA sebelah. Mata satu itu adalah satu KIASAN. Begitu juga hadith-hadith nabi yang menyebut tentang Dajjal juga banyak KIASANnya.


Ada banyak bentuk piramid di bahagian atas tepi stadiumnya ya .......

Stadium Olimpik ketika dalam pembinaan - September 2010

Great Eastern Road, East Cross Route, Carpenter's Road, Angel Lane, Temple Mills Lane, Church Road, Leyton Road, Leytonstone Road merupakan nama-nama jalan yang ada di sekeling stadium itu. Yang anehnya, jalan-jalan tersebut sudah wujud selama ratusan tahun di situ, tetapi tidak pernah dibina apa-apa di atasnya. Mungkin jalan-jalan tersebut menunggu 2012 ini?

Great Eastern di sabitkan kepada Great Eastern Star iaitu nama lain bagi Bintang Pentagram. East Cross ialah Salib yang berbentuk bukan seperti salib biasa (anti-krist). Carpenter disandarkan kepada Joseph (saya masih belum mengetahui kaitan dengan nama Joseph). Angel disandarkan kepada Archangel Gabriel (kononnya malaikat Jibril). Temple Mills Lane disandarkan kepada Temple of Solomon. 

Tapak Sukan Olimpik 2012 terletak antara jalan Leyton dan Leytonestone. Perkataan "Ley" ditemui dalam nama-nama yang berasal dari istilah 'Garis Ley' / 'Ley Lines'. ('Ley','lea' - 'A clearing')

Negara-negara lain juga ada istilah masing-masing tentang 'garis' ini. ('Heilige Linien'  'Fairy lines' bagi Jerman ke Ireland, 'Dragon Lines' bagi orang China, 'Spirit Lines' bagi orang Peru dan 'Dream path' (Turingas) bagi orang asli Australia - dan seterusnya di seluruh dunia) .

Bagi mereka yang berada dalam kegelapan, garis Ley, atau Leys, adalah penjajaran (alignment) dari tapak kuno yang membentangi satu lanskap. Tapak Purba atau tempat suci mungkin terletak dalam garis lurus mulai dari satu atau dua hingga beberapa kilometer panjangnya. Ley mungkin dikenalpasti dengan terletaknya tanda untuk tapak-tapak pembinaan yang selari, atau mungkin kelihatan atas tanah untuk semua atau sebahagian panjangnya dengan sisa-sisa dari sebuah jejak lurus tua.

Orang-orang dulu tahu bahawa Garis Ley, grid bumi dan vortex merupakan sumber tenaga dan pusat yang dianggap suci. Satu 'Garis Ley' adalah salah satu sejumlah garis yang merupakan sebahagian daripada suatu grid tenaga yang merentasi bumi. Tenaga - dalam keadaan metafizik. Jadi apakah ada bukti dokumentari yang 'Garis Ley' merentasi dekat Leyton dan Leytonestone? Tentu ada ...

Tapak pembengkok (Bender), dan pohon Yew tua di dalamnya, adalah jantung hidup-pendek dari Leytonstonia, dihiasi dengan 'kerb-henge' (batu penghadap tepi jalan yang tinggi), replika 'Stonehenge' dibuat dengan 'kerbstone'. Tapak Olimpik terletak di daerah yang sinonim dengan tenaga bumi - mistik - metafizik.

'Ley lines' ini berkait juga dengan 'Galactic alignment' yang ahli Astronomi berkata mungkin berlaku pada 21 Disember 2012 nanti. 'Galactic alignment' itu ialah satu keadaan di mana matahari akan sejajar dengan pusat galaksi Bima Sakti semasa Solstis Musim Sejuk bulan Disember.



Di bawah ini video tambahan berkenaan logo dan maskot Sukan Olimpik 2012 dan kaitannya dengan Konspirasi.