Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here
Memaparkan catatan dengan label cina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cina. Papar semua catatan

Sabtu, November 10, 2012

Kisah Keislaman Lee Jo Yee binti Abdullah


Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini. Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Sabtu, Disember 03, 2011

Love of The Millennium



Sinopsis
Five hundred years ago, the Black Dragon King of Devildom was sealed into a cave in the Kunlun Mountains after being defeated by 5 powerful beings from Fairyland (Xuan Wu, Zhu Que, Qing Long, Bai Hu, Qi Lin). Now he is plotting revenge with the help of his daughter Huo Qi Lin, who lives in Fairyland. During one of Huo Qi Lin's battles with Fairyland, she discovers that Zhu Que's eldest disciple Zhen Er is really her older half sister and that they share the same biological father, the Black Dragon King. With the advice of Bai Zu Zhen Ren, Huo Qi Lin calculates a plan to let Zhen Er discover the truth behind her family background, jeopardizing Zhen Er's profound romance with Fairyland's Shu Shen Qiong Sang.


Pelakon-Pelakon


Anda boleh saksikan cerita ini di TV8 pada pukul 5 petang isnin hingga jumaat

Sabtu, November 26, 2011

China meminta bantuan sulug perangi monggol

Sehingga hari ini belum ada mana-mana pihak yang membuat kajian terhadap tradisi lisan Sulug. Perancangan perlu dilakukan untuk membukukan semua tradisi lisan yang masih ada dalam pedalaman Jolo kerana golongan tua masih ramai. Beberapa orang telah dikenal pasti berusia antara 80 hingga 100 tahun yang masih hafal tradisi lisan samada dalam bentuk,
  • Kata-Kata, bercerita samada sejarah atau kehidupan dengan gaya bahasa berbunga yang mempunyai rima yang sama.
  • Kamilla-kamilla, jampi serapah ilmu-ilmu kebatinan.
  • Tarasul, kisah-kisah para pahlawan dan para Nabi dan Rasul, diolah dengan gaya bahasa berbunga dengan rima yang sama.
  • Daman, seperti pantun dan seloka.
  • Langan @ Lugo', nyanyian mengiringi pengantin, sultan, atau jenazah. Turut juga digunakan untuk mendodoi anak.
  • Cerita rakyat, cerita biasa yang diceritakan oleh datuk kepada cucunya tentang sejarah silam dan kepahlawanan, mitos dan lagenda.
Dalam fakta tambahan pertama ini kami masukkan satu tradisi lisan seorang tua Sulug bernamaMaas Ulla tentang cerita nenek moyang Sulug membantu Maharaja China memerangi tentera Monggolia. Menurut Maas Ulla pada suatu hari telah datang wakil dari tanah besar China ke Sulu untuk memohon bantuan menghalau Tentera Monggolia keluar dari tanah China. Maka Maharaja Sulu pun menyediakan bala tenteranya yang terdiri dari Gagandilan dan Pahallawan yang perkasa menuju ke China. Setelah sampai di China maka Panglima Sulug pun langsung menyertai peperangan yang juga turut dibantu oleh tentera-tentera China. Peperangan yang sengit sudah tentu mengorbankan banyak tentera kedua belah pihak tetapi pada akhirnya tentera Sulug yang dibantu tentera China telah berjaya mengalahkan tentera Monggol.

Kemenangan tentera China bersama Sulug telah berjaya mengembalikan kekuasaan Bangsa China semula seperti sebelumnya. Maharaja China yang baru sangat gembira lalu menghantar utusan mengadap Maharaja Sulu. Dalam perutusan tersebut Maharaja China bertanya kepada Maharaja Sulu apakah yang orang-orang Sulu mahu beliau berikan sebagai ganjaran.
  • "Kami tidak mahukan apa-apa ganjaran dari bantuan ini" Ujar Maharaja Sulu kepada utusan.
Mendengar jawapan tersebut sang utusan yang mungkin sudah bersedia dengan soalannya berkata, "Kalau tuanku tidak mahukan apa-apa maka bolehkah kami membuat permohonan kepada tuanku pula?" maka dijawab oleh Maharaja Sulu "Apakah dia permohonan mu itu?"
  • "Kami memohon kepada tuanku agar tentera-tentera tuanku kami kahwinkan dengan wanita-wanita kami serta tinggal bersama kami di China"
Maka Maharaja Sulu pun bersetuju, tinggallah pahlawan-pahlawan Sulug di China beranak pinak dan anak-cucu mereka menjadi pembela kepada bangsa China.


Fakta Sejarah Dinasti Yuan
Wilayah China Utara telah mula diserang secara besar-besaran oleh Monggol pada tahun 1211 M. Cucu Genghis Khan, Kublai Khan, menyempurnakan penaklukkan China pada tahun 1279, sekitar setengah abad setelah datuknya (Genghis Khan) meninggal. Dinasti Monggol di China dikenal sebagai Dinasti Yuan. Di bawah Dinasti Yuan, banyak posisi penting pemerintahan dan ilmu pengetahuan diisi oleh orang-orang Islam. Ketika dinasti ini runtuh pada pertengahan abad ke-14, posisinya digantikan oleh Dinasti Ming yang dalam beberapa sumber dikatakan sebagai sebuah dinasti Muslim. Sejak masa Dinasti Yuan, kaum Muslimin di China sudah dikenal sebagai orang-orang yang terpelajar.

Pada masa Dinasti Ming, peranan mereka jadi lebih menonjol lagi. Cheng Ho, yang dikenal sebagai salah satu admiral terbesar sepanjang sejarah dan disebut-sebut telah tiba di benua Amerika tiga perempat abad lebih dulu dari Colombus, merupakan pelaut Muslim yang mengabdi pada masa awal keberadaan Dinasti Ming. Kaum Muslimin memang telah ditaklukkan oleh bangsa Monggol yang bersatu padu dan kuat secara militer. Namun pada akhirnya mereka yang menaklukkan bangsa Monggol melalui sistem keyakinan dan pengetahuan mereka yang lebih menonjol. (http://www.hidayatullah.com/kajian-a-ibrah/sejarah/10521-mongol-penakluk-yang-tertaklukkan)

Rahsia Perhubungan China & Sulug
Dalam sejarah Nusantara kita lihat Melaka ketika era Parameswara dan kesultanan selepasnya mempunyai hubungan yang istimewa dengan kerajaan China. Mengapa hal ini berlaku adalah kerana terdapatnya Orang Sulug yang ramai di negeri Melaka yang rata-rata merekalah yang menguasai perdagangan ketika itu. Malah mereka jugalah yang menjadi pahlawan dalam bala tentera Melaka. Kalau kita perhatikan tradisi lisan Sulug berdasarkan cerita Maas Ulla di atas adalah sangat bertepatan dengan masa Maharaja China mengahwinkan puteri Hang Li Po kepada Sultan Melaka dengan kemenangan tentera China keatas tentera Monggol yang dibantu oleh tentera Sulug.

"Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring."http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka

Maharaja China bukannya semudah itu menghantar puteri dan mengahwinkannya dengan orang luar yang bukan sebangsa lebih-lebih lagi seperti Sultan Melaka yang begitu jauh dari tanah besar China. Berdasarkan tanda-tanda ini maka tradisi lisan Sulug di atas adalah benar iaitu tentera Sulug membantu Maharaja China memerangi Monggol. Perhubungan China dengan Sulug memang terlalu rapat ketika era Dinasti Ming sebagaimana yang tercatat dalam catatan Eropah dan Arab. Pengaruh Sulug terhadap China terlalu besar sehingga membawa perubahan drastik kepada dasar luar dan budaya China itu sendiri. Dinasti China sangat terhutang budi kepada Sulug sehingga apa sahaja yang boleh mengeratkan hubungan dengan Sulug akan mereka laksanakan,

"So close was the relation between Lusung and Quanzhou that, according to Tome Pires, Malay and Javanese ships were not allowed to enter Quanzhou, but the Luções could travel freely to the port city." (*sambali.blogspot.com/2005/12/glossary-lusung.html)

Pendiri Dinasti Ming, Maharaja Zhu Yuanzang.

Kawasan penempatan Sulug ketika itu banyak antaranya ialah Selurung (Manila), Champa, Cebu, Butuan, Johor, Melaka, Sumatra. Yang pasti pusat dan tumpuan bangsa Sulug ialah di Pulau Jolo, Sulu. Berikut beberapa catatan berdasarkan penilaian kami tentang perkaitan hubungan China & Sulu,
  • Orang yang bertanggungjawab memohon bantuan dari Maharaja Sulu ialah seorang pahlawan dan ketua pemberontak China. Beliau adalah anak yatim piatu yang miskin bernama Zhu Yuanzhang. Memohon bantuan melawan tentera Monggol Dinasti Yuan yang menguasai China dengan zalim ketika itu.
  • Menurut beberapa catatan Zhu Yuanzhang berdarah semitik yang beragama Islam (kemungkinan berketurunan Arab era dinasti Tang), kemungkinan juga Zhu berketurunan dari Sulu kerana sifatnya yang ganjil dengan keberanian dan ketabahan, mewarisi genitik kepahlawanan Sulug. Sulug secara genitik sebenarnya adalah semitik dan juga sebahagian besar pedagang Sulug ketika itu sudah menganut Islam.
  • Terbukti Zhu memohon bantuan ke Sulu bukannya kepada bangsa lain menunjukkan Zhu telah mengenali budaya perang serta biasa dengan bangsa Sulug yang sudah lama berdagang di pelabuhan penting China.
  • Setelah menang kalahkan Monggol, Zhu Yuanzhang diangkat menjadi Maharaja China pertama kalinya yang bukan berdarah Maharaja. Beliau meminta pahlawan Sulug menetap di China dengan mengahwinkan mereka. Menurut tradisi lisan, sejak dulu Sulug selalu diminta oleh bangsa lain untuk dikahwinkan dengan anak perempuan mereka hanya semata-mata dapatkan zuriat atau baka Sulug. Sehingga hari ini masih berlaku di Mindanao, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
  • Dinasti Ming banyak mendapat manfaat selama berhubung dengan Sulug antara manfaatnya ialah dapat belajar membuat kapal-kapal besar dari pakar-pakar perkapalan Sulug, malah sejak dinasti purba lagi hubungan ini sudah lama terjalin. Terbukti hanya di zaman Dinasti Ming sahaja bermulanya pelayaran secara besar-besaran. "...The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors..."Johnstone, 1980: 191-92. Hal ini diakui sendiri oleh Portugis tentang kehebatan Sulug meneroka lautan Asia "Earlier it was mentioned that the Luções were viewed by the Portuguese as great "discoverers" who helped them with their explorations of Asia."
  • Bermulanya pelayaran Laksamana Cheng Ho pada 1405 M iaitu serentak kenaikan takhta Sultan Syariful Hasyim di Sulu. "It was also in this year 1405 that China sent mission to Sulu. This was perhaps to witness the enthronement of Sayyid Abubakar as Paduka Batara Maulana Al-Sultan Shariful Hashim in Buansa City, Sulu as the first ever Sultan of Sulu. Before this, Sulu was ruled by Raja Baginda under the Rajaship system of Banua or villages fragmented governance. By the Admiral Zheng Ho’s ventures brought Chinese merchants to actively participate in trading and many migrated to places like Singapore, Manila, Mindanao, Sulu and Borneo to take advantage of the new commercial opportunities.In 1408, one of the Zheng Ho’s companions Pei Pei Hsien aboard fleet Sam Po Kong died and buried at Jati Tunggal in Jolo, Sulu after having their emergency stop because of monsoon rain at Tanjung, Indanan and proceeded and settled to Maubuh in Patikul on their way to visit Melaka. On his stay in Maubuh of about 8 years he built a deep-well artesian as a symbol of gratitude for the hospitality of Sulu native people. His memorial tomb stands today known as Poon Tao Kong." (*theislandsofpearls.blogspot.com)
    Batu peninggalan China di Tubig Laya berhampiran makam Makhdum AminullahJolo Sulu.
  • Pada 1417 M Sulu menghantar deligasi diplomatik menemui Maharaja China malangnya salah seorang dari utusan tersebut telah meninggal dunia dalam perjalanan pulang. Sebagai tanda persahabatan dan terima kasih Maharaja China kepada Sulug yang menjaga Cheng Ho serta anak-anak kapalnya ketika berlabuh di Tanjung, Indanan maka Maharaja telah menyediakan tapak makam diraja dan turut bersedih malah menyertai upacara pengkebumian tersebut di Shandong.
  • Pada tahun 1459 M Sultan Mansur Syah di Melaka telah dikahwinkan dengan puteri Maharaja Ming bernama Hang Li Po kerana Sultan Melaka telah diketahui sebagai anak Raja Sulug (susur galur Sri Vijaya) tidak hairan majoriti pedagang di Melaka ketika itu ialah orang-orang Sulug. Tome Pires berkata pada 1515 "[The Luzones] are almost one people, and in Malacca, there is no division between them...They were already building many houses and shops. They are a useful people; they are hardworking... In Minjam, near Malacca, there must be five hundred Luzoes, some of them important men." Gelaran Luzoes, Lusung atau Locoes merujuk kepada Sulug.
Hebatnya perhubungan Sulug dengan China terutama ketika Dinasti Ming telah mengesahkan bahawa "antara mereka mempunyai hubungan keluarga" sebagaimana yang diceritakan dalam tradisi lisan Sulug di atas. China senantiasa menggunakan khidmat Sulug dalam masa sukar sebagai contoh ketika China dan Jepun mengalami hubungan dingin Sulug lah yang menjadi orang tengah mengangkut barang-barang dagangan antara kedua belah pihak.

Dakwaan Maharaja Zhu Yuanzang beragama Islam
Penjelasan yang kami paparkan di atas terdapat unsur-unsur bahawa Dinasty Ming beragama Islam sebagaimana pelayaran Cheng Ho, perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka serta kewujudan tradisi lisan Sulug yang mengatakan China memohon bantuan melawan Dinasti Monggol (Yuan) yang menguasai China ketika itu. Untuk menguatkan dakwaan ini terdapat fakta yang didedahkan dalam www.hceis.com,

"Many people question the identity of the first Ming emperor, Zhu Yuanzhang or Hongwu Emperor. Some claim that he was a Muslim of Semitic (Semu) Non-Han origin. Yusuf Chang, a Chinese Muslim from Taiwan, was one of those who made this claim. He claimed that his ancestor had married a Ming princess and thus he was a descendant of Zhu Yuanzhang and knew the secrets of the Islamic religion of the Ming royal family."

Antara dakwaan Yusuf Chang ialah,

  • 1. When Zhu Yuanzhang was young, his family perished in a famine and he buried them by wrapping them in white clothes. Wrapping the dead in white clothes is a Muslim custom.
  • 2. Zhu Yuanzhang's closest associates were Muslims. Thus, the Ming dynasty was founded by Muslims.
  • 3. Zhu Yuanzhang passed a strict law forbidding 'wine'. Once he had the son of his close associate executed for breaking the law. 'Wine' is strictly forbidden in Islam.
  • 4. Empress Ma (Zhu's consort) was a Muslim. She had personally cook all the meals for Zhu, even after he had become the Emperor.
  • 5. The royal colour of the Ming dynasty was green, the colour which symbolizes Islam.
  • 6. Zhu Yuanzhang ordered the building of a mosque in Nanjing soon after he ascended the throne and he personally wrote a poem praising Islam and Prophet Muhammad. This poem is seen by Muslims as the 'syahada' the testimony of Zhu's faith in Islam.
  • 7. Many Muslims rose to high ranks during the Ming dynasty. One good example was Admiral Zheng He. Admiral Zheng He's fleet sailed to Mecca, Arabia and performed the 'haj'. Yusuf Chang claims that Zheng He was sent by the Ming emperor to perform the 'haj' on his behalf because the emperor was not able to do so as he wanted to keep his religion a secret among the non-Muslim masses. This practice is allowed in Islam.
  • 8. The Ming dynasty established good ties with many Muslim countries. This is because the Ming dynasty is Muslim and the religion of the Ming royal family is Islam.
  • 9. The Islamic Calendar was made the official calendar during the Ming dynasty.

Ghost Catcher Of Legend Of Beauty

Ghost Catcher - Legend Of Beauty (TV8)
TARIKH SIARAN: 12 NOVEMBER 2010 – 7 JANUARI 2011
HARI: SETIAP ISNIN – JUMAAT
MASA SIARAN: 7.00 – 8.00 MALAM
TOTAL EPISOD: 40 X 60 MINIT
SUMBER: BUDIEY.COM

Sinopsis Ghost Catcher - Legend Of Beauty (TV8)

Drama yang diambil dari kisah lagenda popular GHOST CATCHER : LEGEND OF BEAUTY, drama bersiri ini mengisahkan lagenda ‘ghost hunter’ Zhong Kui. Kisah yang popular dengan hero-hero berani dan heroin-heroin yang cantik ini membawa penonton kehidupan semula Zhong Kui untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan yang selamat dan sediakala.

Zhong Kui dan rakannya Du Ping dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam peperiksaan diraja. Zhong telah mendapat keputusan yang baik namun seorang pegawai pemeriksa yang merima rasuah telah menggagalkan beliau hanya kerana penampilan beliau yang agak selekeh. Berang dengan ketidak adilan yang berlaku, Zhong bertindak membunuh diri di hadapan istana raja.

Maharaja Jade yang tersentuh dengan pengorbanan Zhong telah memohon kepada Dewa untuk mengisytiharkan Zhong sebagai dewa. Bermula dari situ, Zhong Kui dan rakan-rakannya pulang ke bumi untuk memburu roh-roh jahat dan membantu dunia dari malapetaka.

Dibintangi bintang popular Bobby Auyeung, bergandingan dengan Hou Si Yan, William Feng dan Bowie Tsang, drama bersiri Cina bercorak fantasi ini banyak menyelitkan kesan-kesan khas grafik di bawah arahan Poon Man

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2010/12/ghost-catcher-legend-of-beauty-tv8.html#ixzz1ep2Ruyw5

Sabtu, September 03, 2011

Dou Yifang vs Rosmah Mansor

Pendahuluan
Teringat mase tahun lepas ade satu citer cine TV2 bertajuk 'Beauty Rival In The Palace'. Jalan cerita dia menarik, lagu opening dan closing pown menarik. Dibintangi pelakon terkemuka seperti Sammul Chan sebagai Maharaja Liu Heng dan Ruby Lin sebagai Dou Yifang.

Siapa Dou Yifang??

Permaisuri Dou Yi Fang ( Dinasti Han mangkat 135 SM ) merupakan salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam sejarah berdinasti China. Suaminya Liu Heng ( Maharaja Wen ) dan anaknya Maharaja Jing sering meminta buah fikirannya dalam melaksanakan pentadbiran negara. Zaman Permaisuri Dou ini boleh dikatakan sebagai zaman keemasan bagi dinasti Han. 
Beliau telah lahir dalam sebuah keluarga yang miskin di Qinghe Hebei. Beliau memiliki 2 orang saudara iaitu Dou Zhangjun dan Duo Gangguo . Beliau telah terpilih keistana untuk dipilih untuk dipilih menjadi gundik maharaja. Tetapi tidak lama kemudian beliau telah diperintahkan oleh Maharani Li untuk menjadi perisik di Dai. Disini raja Dai iaitu Liu Heng telah meminatinya dan mereka telah jatuh cinta dan melangsungkan perkahwinan walaupun ditentang oleh Maharani Bo yang merupakan ibu kepada Liu Heng. 
Beliau telah melahirkan seorang puteri iaitu Liu Piao dan seorang lelaki Liu Qi dan seorang anak angkat iaitu Liu Wu. Liu Qi telah diangkat menjadi maharaja selepas kematian maharaja Wen. Permaisuri Dou adalah pengikut Tao yang taat . Beliau mengikut banyak ajaran Tao termasuklah dalam perkara Wu Wei. Beliau juga mampu mempengaruhi suaminya Liu Heng untuk turut mengamalkan ajaran tersebut.
Semasa pentadbiran anaknya yang memakai gelaran Maharaja Jing,beliau banyak mempengaruhi kerajaan,dasar kerajaan mengikut garis jalurnya dan kebanyakan dasar hanya diteruskan dengan dasar Maharaja Wen. Liu Wu telah diangkat menjadi Raja Liang dan akhir sekali telah dibunuh oleh Liu Piao kerana dikatakan Raja Liang ingin memberontak. Tindakan tersebut telah menyebabkan maharani Dou amat berdukacita dan telah menyebabkan beliau amat marah kepada anaknya maharaja Jing yang beliau percayai mengarahkan pembunuhan raja Liang.

Semasa pemerintahan cucunya Maharaja Wu fungsi beliau telah dikurangkan apabila maharaja Wu dihasut oleh beberpa orang pegawai. Ajaran Tao juga telah dibuang dan diganti dengan Konfusius namun ia hanya berlaku selpas kematian maharani Dou.

Cuba Bandingkan Dengan Rosmah Mansor 
 Maghi kita bandingkan dengan nenek tua Rosmah Mansor
Dier nie banyak membawa kehancuran kepada Malaysia. Menghabiskan duit rakyat Malaysia. 
Senarai pembaziran Najib-Rosmah
1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta


2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta


3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun


4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta


5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam


6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99


7) Cincin berlian - RM24 juta


8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta


9) Gelang tangan - RM1.65 juta

Akhir Kata

Beruntunglah kiter kalu ader 'jelmaan' Dou Yifang' di Malaysia. Manelah tau mungkin akan muncul kegemilangan Melayu Moden.


Khamis, September 01, 2011

Bahasa Cina perlu menjadi bahasa kedua


“BARU-BARU ini dikatakan ada usaha-usaha untuk meletakkan bahasa Cina di papan-papan tanda Selangor di samping lain-lain bahasa… Ramai yang marah!” Kata kawan saya. “Apa pendapat saudara?”
Beliau adalah penganjur Kursus Borong China yang menjemput saya memberi ceramah besok pagi 20 Julai 2008 di Hotel Quality KL. Tapi saya baru pulang dari Indonesia, banyak kerja yang belum disiapkan, kerana pemergian kali ini berlaku banyak perkara-perkara di luar dugaan dan perancangan. Walaupun begitu saya sempat menemuinya malam ini.
“Pada saya, isu ini perlu dibawa oleh PAS sebagai parti Islam, bukan untuk menghalang tetapi menyokongnya. PAS perlu buktikan PAS bukan parti perkauman. Soal bahasa bukan soal pokok, bahkan ada seruan-seruan supaya ‘menuntut ilmu sampai ke negeri China’. Apa yang saudara buat Kursus Borong Di China adalah suatu usaha yang baik.” Kata saya.
Yang saya nak, kalau boleh di Malaysia ini diletakkan Bahasa Malaysia bahasa utama, bahasa Cina bahasa kedua dan meletakkan bahasa Inggeris di bawahnya.”
Mengapa saya berpandangan begitu?
Pertama:
Kerana penduduk berbangsa Cina adalah bangsa kedua ramainya di Malaysia, sesudah bangsa Melayu. Bangsa Eropah yang menggunakan bahasa Inggeris tidak termasuk bangsa yang ramai bahkan bangsa penjajah yang telah mengekalkan penjajahannya dari berbagai sudut sejak dulu hingga sekarang. Kini kita sudah merdeka, mengapa masih mengekalkan bahasa mereka terutama dalam pentadbiran negara? Menganggap tiada menggunakan bahasa itu sebagai menghalang kemajuan adalah bukan reality dan boleh dibahaskan lagi.
Kedua:
Bahasa Cina adalah bahasa yang digunakan oleh penggunanya bangsa yang teramai di dunia, bahkan bertebaran di serata negara. Ianya dapat membantu orang Malaysia di luar negara seperti juga penggunaan bahasa Inggeris yang sudah lama didaulatkan di negara ini.
Ketiga:
Mengseimbangkan pengetahuan bahasa di kalangan bangsa-bangsa di Malaysia terutamanya orang Melayu. Kalau orang Cina wajib tahu bahasa Melayu, maka adalah lebih baik juga orang Melayu tahu bahasa Cina. Kalau ada yang menganggap tidak tahu bahasa Cina antara penyebab kelemahan orang Melayu dalam perniagaan, maka hal ini dapat diatasi.
Keempat:
Suatu kejayaan dan keuntungan dalam politik Islam, apabila dapat menarik orang Cina menyokong Islam, walaupun mereka tidak perlu masuk Islam. Yang penting sekali ialah agama, bukan sahaja bahasa dan bangsa.
Itulah pandangan ringkas dan sepintas lalu dari saya. Wallahu ‘aklam.

Selasa, Ogos 30, 2011

Al-Kisah golongan anti-tazkirah dengan Maharaja China


"Pada pandangan ana, Ramadhan tahun ini nampak berbeza daripada ramadhan-ramadhan sebelum ini. Pelik dan Takjub. Ramadhan tahun ini ana lihat bilangan jemaah 'terawih' tidak seperti dahulu.

Dulu-dulu di kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau di Selangor, pada awal Ramadhan, masya'allah ramai jemaah. Sampai terpaksa buat khemah di luar. Siap kena agihkan tikar sholat tambahan. Tetapi, semakin minggu berlalu, minggu demi minggu semakin berkurangan jemaah. Hingga lahpada pengakhiran minggu ke-4. Tinggal tak sampai 1 saf.

Bak kata ustaz-ustaz. Jemaah Terawih ni, seumpama 'kahwin' jugak. 1, banyak-banyak... 2, sikit-sikit... 3, jarang-jarang dan 4, kadang-kadang...
Pada Ramadhan kali ini, sehingga malam 28 Ramadhan, nampak berbeza sekali. Tidak seperti teka-teki yang diberi kepada Pak Nujum Belalang. Apakah ramuan dan rahsia Sholat Terawih pada tahun ini?
Hah ini lah perlu Jabatan-jabatan agama dan kerja senator JPM yang dilantik tu, untuk siasat dan buat kerja mereka. Boleh dapat tesis sekurang-kurangnya Sarjan, insya'allah.
Disini ingin ana cerita sebuah kisah ikhtibar, yang ana perolehi daripada salah satu malam Ramdhan ini jugak. Ianya agak sesuai dengan tajuk perbincangan ana ini, ada siasat menyiasat, ada satu golongan yang tidak suka, dan ada pihak berkuasa.
Dimasa dahulu, semasa zaman pemerintahan seorang maharaja China yang terkenal (ana lupa namanya), terdapat lah sebuah masjid mengadakan sessi tazkirah pada setiap malam.
Nak jadi cerita, ada juga segolongan manusia yang tidak suka akan tazkirah ini, lalu cuba menimbulkan fitnah dan melaporkan kepada maharaja bahawa tazkirah dimasjid itu adalah satu ancaman kepada maharaja. Didalam tazkirah itu, para jemaah telah diseru untuk memberontak menentang maharaja.
Maka, maharaja sendiri telah turun padang, menyamar sebagai salah seorang jemaah masjid tersebut dan telah turun mendengar tazkirah yang disampaikan selama beberapa malam.
Nak jadi cerita, pada satu malam, apabila penceramah mengajukan soalan sekiranya ada sebarang pertanyaan, maka bangunlah maharaja tersebut dan menyatakan bahawa beliau adalah maharaja China.
Terkejut semua para jemaah dan takut. Maka diperlawa maharaja kedepan mimbar untuk menyampaikan titah. Maka maharaja kedepan dan menyampaikan titahnya. Berikut adalah titahnya (lebih kurang).
"Selama beberapa malam ini, beta telah menyamar sebagai jemaah ke masjid ini, kerana beta telah menerima aduan bahawa program tazkirah yang di buat di masjid ini, telah disalah guna untuk mencetuskan pemberontakkan kepada beta. Tetapi, setalah mendengar tazkirah-tazkirah yang disampaikan, beta amat terharu dan suka. Kerana tazkirah itu adalah baik, menyeru rakyat untuk melakukan amal mulia, berusaha, taat kepada tuhan dan sebagainya. Maka dengan ini, beta titahkan. Sesiapa yang menabur fitnah keatas masjid ini. Mereka akan dipancung".
Masya'allah. Betapa hebatnya maharaja china tersebut. Tidak percaya kepada cerita-cerita dari mulut orang lain, dan mahukan kebenaran dan kepastiaan dengan dirinya sendiri. Masih adakah pemerintah sebegini di dunia? ataupun di Malaysia ini? Beliau mencontohi Rasulullah dan Para sahabat, walaupun bukan muslim.
Tak salah juga bila salah seorang ulamak berkata (lebih kurang), "Di bumi Islam, saya nampak ramai MUSLIM, tetapi di negara barat, saya nampak ISLAM". Masya'allah, benar lah apa yang dikatakan. Di bumi islam seperti Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab dan lain-lain. Memang kita nampak ramai orang Islam, tetapi di negara Barat, kita tengok, negara itu lebih islami, iaitu mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam. Di negara Islam, RASUAH, kebersihan alam sekitar, semangat kerjasama, hormat menghormati, melaporkan berita FITNAH dll dianggap REMEH. Tetapi kita tengok apa yang dibuat di negara BARAT. Berani mereka MERASUAH, berani mereka mengamalkan KRONISMA dll.
Berbalik kepada kisah tadi, dapat lah dirumuskan peranan kita dan pemerintah dalam beberapa perkara yang ana sampaikan diatas amatlah penting. Jangan bertindak sebelum PASTI kebenarannya dan ikutilah ajaran dan suruhan Rasullullah dan para sahabat. 
Kelebihan negara islam adalah kita memiliki IMAN, manakala negara Barat memiliki AKHLAK yang baik. Sekiranya negara Islam memiliki kedua-duanya, IMAN dan AKHLAK sempurna, Pasti negara Islam bakal menjadi CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.
Berbalik kepada misteri Ramadhan kali ini. Apakah rahsia yang menyebabkan jemaah Terawih pada tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya? Rahsianya adalah "TAZKIRAH" . PadaRamadhan kali ini, kerajaan negeri Selangor telah memainkan peranan dengan menggalakkan masjod-masjid dan surau-surau untuk mengadakan Tazkirah. 
Pada permulaannya memang ada segolongan yang ANTI-TAZKIRAH ini, tetapi lama kelamaan, setelah mendengar Tazkirah yang disampaikan. Makin sejuk hati dan makin rapat dan kerap mengunjungi rumah Allah. Alhamdulillah. Tambahan pula majlis-majlis ILMU ini, para penceramahnya hebat-hebat belaka.
Moga-moga, majlis ILMU seumpama ini diteruskan, bukan sahaja dibulan Ramadhan sahaja, malahan di bulan-bulan lain, dan moga-moga ianya menjadik ikutan, pada negeri-negeri lain. Insya'allah.
Dengan ini ana ingin akhiri pandangan ana yang tak seberapa ini dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan dengan sepenuh jiwa. Bak kata ustaz, "Seperti Ramadhan terakhir kamu", dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang beragama Islam, dan selamat bercuti panjang bagi yang beragama lain, semoga kita bertemu lagi di Ramadhan tahun depan, insya'allah. Maaf zahir batin. "Taqabarallahhu minna wa minkum".

ADUN cina menyertai takbir Raya rumah ke rumah



"IPOH 1 Syawal 1432 ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini. Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir.

Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini yang turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.







"

Jumaat, Ogos 26, 2011

Kaum Tionghua hargai kepimpinan nik Aziz



Datuk Anuar Tan bersama penerima sumbangan Kifaalah
KOTA BHARU ( Kota Lama ) 11.OgosKepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri Kelantan semakin mendapat kepercayaan masyarakat Tionghua walaupun pelbagai cara digunakan oleh pihak tertentu untuk mengugatkan kerajaan Kelantan.
Dengan adanya pelbagai skim kebajikan yang dilaksanakan seperti Skim armalah, Pemberian beras percuma (Al-It’am ) dan juga Kifaalah warga emas, masyarakat kini boleh menarik nafas lega walaupun sumbangan kerajaan adalah sedikit.
Melalui skim Kifaalah warga emas yang tidak mengira fahaman politik,kaum dan kedudukan ekonomi keluarga, semua rakyat negeri ini yang berusia 60 tahun ke atas adalah layak menerima sejumlah RM1500 sekiranya warga emas tersebut meninggal dunia.
Baru-baru ini penyampaian sumbangan wang kifaalah kepada wasi dari masyarakat Tionghua seramai Sembilan orang telah diadakan di pejabat Pusat Khidmat Dun Kota Lama yang disampaikan sendiri oleh Adunnya Datuk Anuar Tan Abdullah. Turut hadir Penghulu Tanpa Mukim Lim Guan Seng dan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Chia Chuan Lay.
Menurut Lim Guan Seng sehingga kini sejumlah 3378 warga Kota Lama dari masyarakat Tionghua telah berdaftar dengan skim Kifaalah ini dan setakat ini mereka yang meninggal dunia berakhir disember 2010 telah mendapat sumbangan tersebut.
“saya berharap bagi wasi yang ahli keluarganya meninggal dunia dalam tahun ini bersabar dan pihak Dun sentiasa berusaha untuk membuat pembayaran secepat mungkin..
Lee Gee Leong
Penerima sumbangan tersebut Lee Gee Leong, 49 yang kini tinggal di Kampung Balai Bachok berkata walaupun sumbangan ini berjumlah seribu lima ratus sahaja namun ia amat besar nilainya dari segi keperihatinan kerajaan negeri kepada rakyat
“ Sebelum ini saya merasa ragu-ragu juga dengan kedudukan sumber kewangan negeri yang terhad, macamana hendak membuat pembayaran tersebut, namun saya kini yakin kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mampu mencari jalan untuk menyelesaikannya”ujar beliau.
Beliau yang merupakan wasi kepada bapanya juga mengucapkan terima kasih kepada Adun Kota Lama yang begitu serius mengambil berat terhadap masyarakat tionghua bukannya sahaja di Dun kota Lama malah di seluruh negeri ini.
Gan Soo Beng
Bagi Gan Soo Beng,51 dari Kampung Kubur Kuda pula berkata dengan adanya sumbangan kerajaan ini ia boleh membantunya untuk menyara hidup seharian.
“ Saya amat terharu dengan sumbangan kerajaan ini dan ini amat berbeza dengan kerajaan umno di negeri lain yang sering menindas rakyat dan tidak mengambil berat kebajikan rakyat. Di sini Tok Guru begitu cakna terhadap semua rakyat walaupun berbeza agama dan kaum”katanya lagi.
Sementara itu bagi Madam Yam Chuin Hwa,48 dari Wakaf Mek Zainab pula berkata dengan adanya sumbangan ini ia boleh digunakan untuk buat kebajikan kepada mendiang ayahyanya.
“ Kerajaan Kelantan kini sudah mampu membantu rakyat dengan tanpa mengira fahaman politik dan kaum dan ini menunjukkan kerajaan di bawah tok guru nik aziz amat baik dan bersih dari rasuah, saya amat berterima kasih kepada tok guru dan wakil rakyatnya yang ambil berat masalah rakyat”kata beliau.