Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Mei 01, 2010

Solat Qasar

Maksud Qasar:
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar:
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
1. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud:“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
2. Al-Sunnah yang bermaksud:‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al-Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-Nya”(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)Jarak Dibenarkan Qasar:Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 90 kilometer.
Syarat Solat Qasar:
1. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
2. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (90 kilometer/56 batu).
3. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
5. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Maksud disebalik bulan(Kalender Masihi)

January
berasal dari perkataan 'Janus' iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat kedepan dan sebelah muka melihat ke belakang.

February
berasal dari perkataan 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini Bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung dalam satu majlis untuk menghilangkan dosa.

March
berasal dari perkataan 'Mars'. Iaitu salah satu tuhan berhala.

April
berasal dari Bahasa Latin iaitu 'Aperto' yang beerti 'terbuka' atau 'berkembang'. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon mengelar bulan ini sebagai Easter kerana menghormati tuhan musim panas(summer).

May
berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.

June
berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.

July
berasal dari bahasa Latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.

August
berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caesar Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum ini ia bernama 'Sextitiles' (bulan keenam) mengikut kalendar bangsa Romawi.

September
berasal dari nama perkataan 'Septem' yang bermaksud tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ketujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan kesembilan.

October
berasal dari perkataan 'Octo' yang beerti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan kesepuluh.

November
berasal dari bahasa Latin iaitu 'Novem' yang beerti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.

December
berasal dari bahasa Latin iaitu 'Decem' yang beerti sepuluh tetapi kemudiaannya telah diubah menjadi bulan ke dua belas