Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Disember 17, 2010

Kisah wanita bertudung labuh

Aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan. Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah. Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.
Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku. Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal. Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.
Di mana? Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada. Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.
Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali! Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik. Tudung tak labuh pun masih tutup aurat. Dont judge people by its cover. Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.


Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata. Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak. Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?
Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan. Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.
Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya. Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Golongan yg selamat dari azab kubur


1. Bersuci daripada hadas(wuduk).
Nabi s.a.w bersabda:
“Pada malam ini aku melihat satu keajaiban; aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku yg diseksa di dalam kuburnya. Maka datang amalan wuduknya dan menyelamatkannya dari azab kubur.” (Hr Tobrani)
2. Syahid fi sabilillah.
Nabi s.a.w bersabda:
“Orang yg mati syahid di sisi Allah mendapat enam perkara 1. Diampunkan dosa2nya ketika mula2 terpancut darahnya. serta melihat kedudukannya di syurga. 2. Selamat daripada azab kubur. 3. Selamat dari huru hara hari kiamat. 4. Dipakaikan dikepalanya dgn mahkota ketenangan.. Batu yaqut yg ada pdnya lebih baik drpd dunia dan seisinya. 5. Dikahwinkan dgn 72 bidadari. 6. Diizinkan utk mensyafaatkan 70 saudara maranya.”(Hr Tirmizi)
Nabi s.a.w bersabda:
Sesiapa yg berjuang fi sabilillah dan sabar sehinggalah dibunuh atau menang maka dia tidak akan diazab dlm kuburnya selama2nya.”(Hr Hakim)
3. Ribat fi Sabilillah.
Ribat adalah menjaga tempat2 yg dilalui musuh utk masuk ke Negara Islam.
Nabi s.a.w bersabda:
“Ribat sehari semalam lebih baik drpd puasa dan qiamullail selama sebulan. Sekiranya seorang yg sedang ribat itu mati maka pahala amalannya akan berterusan, sentiasa diberi rezki dikuburnya dan selamat dari azab kubur.”(Hr Muslim)
4. Membaca surah al-Mulk
Ibnu Abbas menceritakan:
“Seorang Sahabt Nabi membina khemah diatas kubur tanpa dia menyedari ia adalah kubur. Tiba2 dia melihat seorang manusia di dalam kubur membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka sahbat tadi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakannya. Nabi s.a.w bersabda
“Surah al-Mulk adalah penegah dan penyelamat yg menyelamatkan org yg membaca serta menjaganya dr azab kubur.”(Hr Tirmizi)
5. Mati disebabkan sakit perut.
Nabi s.a.w bersabda:

"Siapa yg mati disebabkan penyakit dlm perutnya maka tidak diazab dlm kubur."(Hr Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad-sahih)

6. Mati malam jumaat.

Nabi s.a.w bersabda:

"Tidak ada org Islam yg mati malam jumaat atau hari jumaat melainkan Allah akan memeliharanya dr azab kubur."(Hr Tirmizi-Doif)

"Ya Allah akhirilah kehidupan kami dengan husnul khotimah"

Rujukan: 'Alaqah bainal Ahya wal amwat oleh Dr Kamil Musa, Tuhfatul Ahwazi, sunan Ibnu Majah, Sunan Nasaie dan Musnad Imam Ahmad.

Cari Kiblat guna Google Earth

Mungkin ramai lagi yang tak tahu...Google Earth berkait rapat dengan 3D Google Sketchup...

Kerana visual 3D (model 3D dalam Google Earth) dibuat menggunakan Google Sketchup.Dan ukurannya adalah TEPAT.







Dengan ukuran yang tepat inilah,boleh digunakan untuk mencai arah kiblat.

Video ini sekadar panduan, terutamanya kepada umat Islam
yang nak cari arah kiblat..kalau tiada kompas dan petunjuk lain.

 

Sekadar perkongsian...

Semakin ramai gunakan kerusi di Masjid



beritaislamglobal.blogspot.com (Original English version here)
Wednesday, December 15, 2010
ISTANBUL - Daily News with Radikal

Peningkatan penggunaan kerusi dalam masjid-masjid di Turki “tidak selaras dengan budaya Islam,” kata Majlis Agama Kebangsaan, sambil menasihati Muslim yang sihat tubuh-badan supaya tidak berkerusi semasa mengerjakan sembayang.

Kerusi dalam masjid dan penggunaannya yang menyerupai gereja Kristian menjadi subjek perbincangan dalam mesyuarat Majlis Agama yang diadakan pada 1 Disember lepas. Mesyuarat memutuskan bahawa mereka yang bersembahyang secara duduk di atas kerusi mestilah “jelas meyakini” bahawa mereka melakukannya kerana tidak ada cara lain lagi untuk mendirikan sembahyang. 

Kesakitan atau kecederaan kecil tidak boleh dijadikan alasan untuk membolehkan sembahyang duduk kerana ia hanya akan membawa “imej yang tidak elok” tentang Islam dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat, kata mereka. 

Sembahyang Muslim, yang dilaksanakan lima kali sehari, dilakukan atas sejadah dan memerlukan mereka berdiri, rukuk, sujud, duduk dan mengarah ke kiblat. Menyediakan kerusi di masjid-masjid tidak selaras dengan budaya sembahyang cara Islam, malah si sakit atau yang cacat perlu bersembahyang secara duduk di atas sejadah/lantai, tambah mereka.

Dalam keputusan mereka, pihak majlis menjelaskan bahawa kaedah mendirikan sembahyang telah diajar oleh Nabi Mohammed secara teori dan praktis, tetapi membenarkan bahawa tanggungjawab agama hendaklah ditentukan mengikut kemampuan pengamalnya. Pihak majlis berkata “prinsip kelonggaran” diaplikasikan sebagai contoh, jika seseorang itu tidak berkemampuan. 

Menurut keputusan majlis, orang yang boleh berdiri, tetapi tidak boleh rukuk, mesti memulakan sembahyang dalam posisi berdiri dan melakukan pergerakan lain dalam keadaan duduk. Kaedah yang sama boleh digunakan oleh orang yang boleh berdiri tetapi tidak boleh bangun selepas duduk. Mereka yang tidak boleh berdiri DAN tidak boleh duduk di atas lantai boleh duduk di atas kerusi untuk menunaikan ibadah tersebut, kata majlis itu lagi.

Warga buta dapat membaca Al-Quran

Perkataan pertama dalam al-Quran ialah Iqra. Rasulullah SAW ialah seorang ummi, bagaimana Baginda boleh membaca dan mempelajari al-Quran. 

Malaikat Jibrail a.s membaca al-Quran didengari dan dihayati Rasulullah. Kemudian Rasulullah mengulangi sehingga betul bacaannya (Surah al-Qiyamah16-19). Pun begitu, setiap Ramadan selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Rasulullah menguji bacaannya dengan Jibrail. Pada tahun akhir sebelum kewafatannya, baginda sempat menguji bacaannya dua kali. 

Kaedah bacaan secara hafalan ini kemudian diajar kepada sahabat, tabi’in dan sebagainya. Kaedah yang sama juga diamalkan oleh mereka yang cacat penglihatan (talaqqi bi al-mushafahah) dan ternyata teknik itu berkesan. Orang buta mempelajari al-Quran dengan cara mendengar dan menghafal. 

Walaupun dunia pemandangan mereka gelap, tetapi Allah SWT memberi kecerahan hati kepada mereka. Bahkan, ramai orang buta mempunyai keupayaan menghafal dan membaca al-Quran lebih baik. 

Antara sahabat Rasulullah yang buta ialah Abdullah ibn Umm al-Maktum r.a, beliau seorang hafiz hebat dan Abu al-Qasim al-Shatibi yang digelar tokoh qari dan hafiz terkenal dalam sejarah Islam. 

Penciptaan sistem menggunakan kod titik timbul yang boleh dibaca secara sentuhan atau Braille telah mengubah keadaan ini, khususnya bagi orang buta. Sistem Braille boleh digunakan dalam pelbagai bahasa termasuk Arab. Apabila al-Quran dicetak menggunakan sistem Braille, membolehkan orang buta membaca kitab suci itu secara sentuhan. 

Ramai mengetahui Braille dicipta di Perancis oleh Louis Braille pada 1821. Tetapi sistem sama dicipta 600 tahun terdahulu oleh seorang intelek Muslim dari Syria, Zain Din al-Amidi, iaitu profesor di Universiti Moustansiryeh di negara yang kini dikenali sebagai Iraq. 

Pada 1982, Arab Saudi menjadi negara Timur Tengah pertama dan ketiga di dunia menggunakan komputer dicipta khas menghasilkan al-Quran Braille. Fatwa Abdul Aziz bin Baz pada 1985 membenarkan percetakan al-Quran menggunakan Braille dan tahun sama, naskhah pertama di Arab Saudi dicetak. 

Di Malaysia dianggarkan kira-kira 65,000 orang buta walaupun hanya sepertiga sahaja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walaupun harga al-Quran Braille di Malaysia lebih murah dari di Indonesia, namun ia masih sukar diperoleh. Ini kerana satu-satunya pencetak al-Quran braille tempatan ialah Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) yang menghadapi kekangan dana dan kakitangan. 

Ditubuhkan 30 tahun lalu, Pertis menjalankan kajian 15 tahun sebelum memperoleh pengiktirafan dan kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mencetak al-Quran Braille. 

Pertis kini menghasilkan dua naskhah setiap hari. Oleh kerana membabitkan tebukan timbul, maka kertas perlu lebih tebal. Bagi senaskhah al-Quran Braille, 1,666 helai kertas diperlukan. Dilengkapi 30 jilid mewakili setiap juzuk mengambil masa seminggu untuk disiapkan. 

Modal masih menjadi faktor utama kepada Pertis. Memandangkan permintaan besar, Jabatan Perdana Menteri menzahirkan sokongan kepada Pertis melalui Majlis Kasih Sejuta Harapan yang dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) pada 17 Disember lalu. 

Pembiayaan diberikan kepada Pertis untuk mencetak lebih banyak al-Quran Braille untuk diagihkan kepada lebih ramai orang buta di negara ini. Melalui program ini, kita yakin lebih ramai Muslimin cacat penglihatan dapat merasa nikmat membaca sendiri kitab suci al-Quran, waima melalui sentuhan. 

Menyingkap Ketuanan Cina



Bagi maksud undang-undang yang berkaitan dengan sosiologi Negara Republik China, orang-orang Cina [seperti di Tanah ‘Motherland’ China]biasanya mengenalpasti seseorang Cina itu dengan asal etnik bukankewarganegaraan kebangsaanya, lantas menjunjung kokoh konsep asal usul keturunan Cina bagi maksud teori ketuanan yang terlalu tersembunyi dalam konteks sistem sosialisma-komunisma . Selagi orang itu keturunanCina, mana dialah yang dianggap orang Cinadan jika orang yang hidup diluar Chinaorang itu adalah orang Cina di luar negeri [Overseas Chinese]. Konsep ini penting dalam kajian perundangan dan imigrasi antarabangsa kaum keturunan negeri China. Konsep ini perlu di ulas dan di garap dengan lebih mendalam, memandangkan subjek ketuanan ini telah di ganyang oleh beberapa pihak yang kurang cerdik.
[Sila emel komen kajian sosiologi/sejarah berkaitan kepada kami]
Sepintas lalu, Perlembagaan Negeri China [Untuk renungan]

Perkara 33. Semua warga negara Republik Rakyat China adalah sama rata di sisi undang-undangSetiap warga negara menikmati hak-hak dan pada masa yang sama harus melakukantugas yang ditentukan oleh Perlembagaan dan undang-undangNegara menghormati danmelindungi hak asasi manusia (dimasukkan dalam 2004 pindaan).


Perkara 34Semua warga negara Republik Rakyat China yang telah mencapai usia 18 tahunmempunyai hak untuk memilih dan mencalonkan diri dalam pilihanraya
tanpa mengirakerakyatanbangsajantinapekerjaanlatar belakang keluargaagamapendidikanstatus hartanyaatau tempoh bermastautin , kecuali orang yang dirampas hak-hak politik menurutundang-undang.

Perkara 35Warga negara Republik Rakyat China menikmati kebebasan bercakap,kebebasan akhbarberkumpulberpersatuanberarak dan demonstrasi.