Daripada Tsauban r.a berkata; Rasulullah s.a.w bersabda, " Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, 'Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?' Rasulullah menjawab, 'Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'.Seorang sahabat bertanya: ' Apakah wahan itu hai Rasulullah?' Rasulullah menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati"
Hadis Riwayat Abu Daud
Dunia luar datang mengepung,
dunia islam sudah terkurung,
ibarat buih hanyut terapung,
dipukul ombak besar menggulung.
Bilangan banyak tidak berguna,
bila 'wahan' penyakit kita,
takutkan mati, cintakan dunia,
sangat rosak iman didada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan