Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Mac 11, 2011

Siapa kata Jawi Melayu Punya??????????

Teori Tonggang-Langgang Jawi Melayu
Para pembaca budiman sekalian, gambarajah berikut memaparkan serba sedikit teori yang diguna pakai oleh sejarawan tempatan mengenai asal usul bahasa Melayu dan huruf Jawi. Akibat kecelaruan sejarah, idea yang sama disogok serta dilanggan oleh sekalian umat manusia yang berstatus rakyat Malaysia sehinggalah ke hari ini - penulis juga tidak terkecuali kerana berasal dari satu sistem persekolahan yang sama.

Untuk mendapatkan kepastian, para pembaca boleh melayari wikipedia mengenai asal usul huruf Jawi. Lenggok penceritaanya pasti berasaskan teori seperti dalam gambarajah dibawah.

Gambarajah 1 - Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita

Carta ini dibikin dalam lingkungan tahun 1963. Yang mana pada waktu berdegar-degar para pejuang bahasa kebangsaan bangkit menegakkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pengantar disekolah-sekolah. Ini berikutan daripada proses pembentukkan sebuah negara baru yang bernama Malaysia. Pada tahun-tahun yang sama kecamuk politik kebangsaan semakin hangat.

Masing-masing ingin menjadi juara mempertahankan identiti totok kaum mereka sendiri. Penghujungnya meletus peristiwa berdarah 13 Mei 1969 - memuntahkan lahar, mengalirkan nanah busuk dari isi perut puak yang bercakaran. Yang Cina berkurang ajar, yang Melayu pantang di cabar, yang Kaling atas pagar...yang TAR menegak layar.

Penulis sendiri pernah menemubual seorang 'champion' 13 Mei wilayah selatan tanahair. Keberaniannya 'memenggal' kalau menurut cerita bukanlah satu mainan bagi orang yang lemah palalutut. Namun soalan penulis memang tidak dapat dijawab dengan tepat. Sememangnya ini pergaduhan kaum, bukan dituntut dalam Islam.
Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya.. (UUK Ms 85)
Bahasa Jiwa Bangsa?
Antara slogan yang lahir berikutan daripada peristiwa berdarah itu. Namun bahasa apa yang menjadi jiwa kepada apa? Hampir tiga puluh tahun slogan itu menghiasi dinding batu DBP namun makin celaru. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Masalah kaum tetap tidak selesai.

Penulis tidak akan membuang masa menganalisis perihal kejadian yang terjadi akibat penipuan sejarah, boleh mendatangkan darah tinggi dengan tidak semena-mena.

Namun begitu kita tidak boleh menyalahkan pejuang-pejuang bangsa pada zaman itu seratus peratus. Mereka juga seperti kita, termakan dek kata-kata manis yang membangkitkan semangat kebangsaan caca-marba. Memperjuangkan Melayu atau Malaysia. Bagi kaum yang dilabel pendatang mereka tentunya memilih untuk menjadi bangsa Malaysia, bagi kaum tempatan tentunya Bangsa Melayu tiada pilihan.

Martabatkan Jawi?
Baiklah, apa yang cuba dihuraikan dibawah ini berkait rapat dengan seruan retorik kerajaan membuai dan melayan karenah pejuang-pejuang kebangsaan ciptaan mereka sendiri. Mari martabatkan Jawi, katanya.

Penulis amat terpanggil dengan slogan ini. Ya, kita sebagai orang Melayu mesti martabatkan tulisan kita sendiri. Tapi setakat mana? Apa yang cuba dimartabatkan? Apa relebannya huruf Jawi dalam dunia ICT hari ini? Bagaimana ingin memartabatkan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu tinggi mana martabat dan darjatntya suatu perkara itu?

Permata yang hilang
Apa itu takrif Jawi? Soalan yang amat payah sekali akan jawapannya. Ada yang kata berasal dari perkataan Jawa, ada yang kata lembu betina dan sebagainya. Puas dan bertahun sudah usaha dilakukan, namun hampa. Jawi masih tidak bermatabat di mata penulis. Sekian hari ia semakin hilang seri dan kekuatan. Usaha kerajaan itu hanya gula-gula untuk mendiamkan budak pejuang bahasa...

Akhirnya, dengan kehendak Allah S.W.T, telah dipertemukan penulis dengan seorang hamba Allah. Soalan pertama yang penulis ajukan adalah apa itu maksud Jawi. Dengan perkenan dan keizinannya, penulis hari ini ingin berkongsi maklumat tersebut dengan para pembaca budiman, yang tentunya ingin sekali memartabatkan kembali Jawi dipersada tanahair tercinta. Diharap permata yang hilang akhirnya berkilauan kembali menampakkan sinarnya.

Tiada guna menyimpannya kerana sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi penulis pula untuk berkongsi dengan sa-udara sa-ugama yang mengunjungi blog ini. Bak kata pepatah orang Jawi lama-lama, alang-alang berminyak biar licin, alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, alang-alang menggenggam bara biar jadi arang, alang-alang bukan kepalang bukan calang Syed Alang, Panglima Bukit Gantang.

Takrifan Jawi
Untuk mendapatkan tafsiran yang jelas mengenai hal ini, penulis telah membuat beberapa rujukan daripada yang mahir dalam berbahasa Siam. Diantaranya adalah TNL Kassim dan En Salmi Baharom, kedua-duanya dari waris Mahawangsa. Jadi penulis bersumberkan rujukan yang tepat pada ahlinya! Manakala fokusnya kali ini juga berkenaan peranan Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam memartabatkan tulisan Jawi itu sendiri. Sumber teks utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah manuskrip Undang-Undang Kedah, 2005.

Tujuannya untuk mendapatkan takrif alternatif bagi JAWI. Ini kerana takrifan JAWI yang ada pada hari ini tidak dapat membawa kita kemana-mana, malah tidak boleh hendak dipadankan dengan sejarah realiti umat Islam - tergantung. Lihat sahaja gambarajah 1.

Bagi yang mengikuti perkembangan, persoalan ini sebenarnya telah penulis bangkitkan dalam entri yang lepas Peranan keris di era Majapahit:

Jadi sila ikuti penerangan dibawah ini mengenai asal tulisan JAWI yang dikaitkan dengan Bangsa Melayu itu.


(jawapan dibawah ini adalah satu refleksi berdasarkan pemahaman untuk kegunaan penulis sendiri)


Jawi datang bersama Siam Islam?



Gambar 2 - Sejarah kedatangan Islam dan Salasilah Merong Mahawangsa 

Sila ikuti penerangan dibawah ini dengan teliti:

Sebermula, Khalifah Uthman Affan R.A 23H membukukan Al Quran yang telah pun mula disusun pada awalnya di zaman Abu Bakar As-Sidiq R.A. 

Saad Waqas R.A adalah antara sahabat yang didik oleh Rasullulah S.A.W sebagai diplomat dan seterusnya berkhidmat dibawah Khalifah Uthman Affan diamanahkan untuk membawa syiar Islam ke China - Seharusnya Al Quran sudah ada ditangan Saad pada ketika itu.

Tulisan Al Quran (Arab) inilah yand di gelar sebagai 
JA - (Perubatan, pembaikan)
WI- (Tulisan)

Oleh itu menurut TNL Kassim, JAWI dalam bahasa Siam bermaksud 'tulisan bawak sebar kebaikan ataupun tulisan sebar dakwah Islamiah'

Maka sesuailah benar gelaran yang diberikan itu kerana huruf Jawi memainkan peranan utama dalam siri penyebaran Islam oleh Raja Siam Merong Mahawangsa dirantau nusantara atau dengan lain kata, penyebaran Islam di wilayah Selatan Benua Chey-Na. Asal bermula dari Gunung Jurai tempat Wali Mustapa anak keturunan Nabi Noh A.S bersemayam sebelum banjir besar melanda dunia.

Penulis beranggapan, walaupun Saad Waqas R.A berupaya menyebarkan Islam terus ke tanah Semenanjung Malaka atau Pulau Sumatera atau Jawa, tapi sebagai menghormati tuan punya wilayah maka beliau berjumpa terus penghulunya di Xinjiang yang juga berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain. Lagipun itu amanat Rasullullah S.A.W.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna Islam belum wujud di tanah semenanjung sebelum kedatangan Merong Mahawangsa, mungkin sudah ada lebih awal (dizaman Maharaja Sai Tee Sung) tetapi secara 'officialnya' Merong Mahawangsa lah yang menyebarkannya secara menyeluruh ke wilayah nusantara.

Bahasa Siam juga masuk Jawi
Bahasa Siam pun asalnya dalam tulisan JAWI. Untuk mendapatkan kepastian sila lihat UUK ms 36 dimana terdapat beberapa patah perkataan Siam yang bertulisan Jawi. Begitu juga dengan kata-kata 'Raja Tui Yangkam Belat Yukbat!

Lihat sahaja beberapa huruf yang tiada dalam bahasa Arab tetapi di Jawikan oleh Siam, contohnya Yangkam - hurug Ga dan Cau Phya Kersan - huruf Cha. (Boleh jadi dalam 'vault' Raja Thai kalau dibongkar pun terdapat banyak naskhah berbahasa Siam bertulisan JAWI!)

Oleh sebab itu gaya penulisan JAWI dalam UUK amat fasih sekali. Tidak menghairankan, kerana tulisan Arab ini sudah lama digunapakai oleh Raja Siam sejak dari 650M - 835M (220H UUK). Cuma UUK ditulis dalam bahasa Melayu untuk memudahkan kerja penyebaran dakwah Islamiah di rantau nusantara. (hal bahasa Melayu disebut pada ms 36). 

Maksudnya sudah ada pakar bahasa yang menterjemahkan undang-undang syariat Islam yang asalnya mungkin dalam bahasa Arab ke bahasa Siam akhirnya ke bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Ini bukan calang-calang orang punya kerja, kerana melibatkan tatabahasa dan penggunaan ayat baku yang perlukan penelitian yang mendalam. Daya intelektual satu ketamadunan bangsa yang tinggi dapat dirasai di sini. Dan terbukti Jawi berupaya melakukan semua itu! Inilah kelebihan huruf-huruf Al-Quran.

Lagi pembuktian kelebihan huruf Jawi
Ia tidak sahaja menjadi tulisan rasmi pentadbiran dan undang-undang Empayar Islam Siam Kedah, malahan menjadi tulisan rasmi kepada kerajaan-kerajaan Islam yang lain seperti Monggol Khan, Ottoman, Mameluk, Parsi dan lain-lain lagi. Jawi dapat berasimilasi dengan bahasa tempatan dengan mudah, cuma mungkin lagi mudah jika kerajaan-kerajaan itu menggunakan bahasa Arab sebagai perantara. Manakala keaadannya dinusantara ini ada unik sedikit. Tetapi, walaupun Jawi dalam bahasa Melayu, ulama-ulama kita Siam-Patani-Banjar sebagai contoh memang hebat berbahasa Arab dan memang terkenal alim lagi mahsyor di Haramain dan Turki Ottoman.

Kedatangan Ingris
Kedatangan Inggeris membawa huruf Roman tidak langsung menghapuskan kepentingan tulisan dakwah ini dari jiwa umat Islam terutama dari rantau Nusantara khasnya.

Jawi terhapus akibat agen-agen yang ditinggalkan atau dinaikkan Ingris demi kepentingan politik mereka. Agenda mereka meresap dalam sistem pendidikan selepas merdeka! Kayu juga yang membelah kayu, ini kerana kedua-duanya kayuJika orang mungkin tidak dapat dibelahnya...

Oleh kerana kita semua telah menjadi kayu maka akibatnya Jawi semakin hilang peranan asalnya dalam konteks penyebaran dakwah Islamiah. Apabila terhapusnya Jawi maka secara tidak langsung hilanglah segala hikmah dan kebaikan, serta ilmu yang tersirat didalamnya tadi. 

Dengan itu, terputuslah penyalinan ilmu dari kitab2 JAWI lama karangan ulama yang hebat-hebat zaman purbakala diganti kitab RUMI karangan ahli agama sebagai contoh: lulusan Great Britain. (kalau tidak silap, kitab-kitab lama ini banyak terdapat di Patani)

Penyudahnya nanti, jadilah gejala buta huruf Al Quran secara besar-besaran. Maka terbantutlah syiar Islam yang datang bersama tulisan JAWI yang telah ditinggalkan oleh Raja Siam Merong Mahawangsa sejak seribu tahun dahulu, titisan dari Saad abi Waqas R.A utusan Nabi Muhammad S.A.W .




gambarajah 3: Bahasa Siam bertulisan Jawi



Tanggungjawab kita umat Islam memartabatkan Jawi
Jawi itu adalah huruf Al-Quran. Sebagai umat Islam yang sempurna aqal fikiran maka sudah tentu tahu akan nilai darjat dan martabatnya setiap huruf Jawi tersebut. Sudah tentu penzahirannya dalam warkah dan tulisan dalam sebarang media atau surat khabar bukan sebagai bahan kencingan atau dihujungkan menjadi alat membungkus belacan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memartabatkan kembali sejarah asal Jawi dan peranannya dalam dakwah Islamiah. Sejarah realiti umat Islam yang berasaskan Empayar Islam Benua Siam Kedah membuktikan peranan penting tulisan Jawi dalam bentuk asalnya. Semestinya ia bukan datang ke sini untuk memartabatkan bangsa yang sibuk digelar MELAYU! Oleh itu kita jangan jadi kayu...

Kesimpulannya, tidak kira Siam, Melayu, Jawa dan sebagainya, jika faham akan maksud sebenar Jawi itu, dan berusaha untuk memartabatkanya kembali maka sedarlah ia tidak secara langsung memartabatkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Pejuangan yang tidak sia-sia. Dan hakikat itulah yang cuba digelapkan dari sejarah fantasi. Cuma, adakah pihak yang beretorik politik selama ini sedar akan hakikat sebenar Jawi?

Akhirul kalam, kalau sungguh bagai di kata, bersama-samalah kita melupakan segala perbezaan yang ada. Memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada rakan taulan dan sahabat handai akan kebenaran sejarah realiti ini. Kembalikan kegemilangan huruf Jawi. Dari mana patut ia bermula? Seharusnya seawal peringkat sekolah. Itu tanda menjunjung syariat namanya.

Semoga mendapat manafaat.

Sekian.
Herman Abdullah
The Malay Press
Kuala Lumpur, Malaya.


---------------------------------------------
Nota Tambahan.

Bahasa Arab dan Bahasa Melayu telah saling melengkapi dalam menyampaikan syariat Islam ke seluruh nusantara. Buktinya Undang-undang Kedah 222 Hjirah yang dibikin pada zaman Sayyidina Ali Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir anakanda Merong Mahawangsa bersemayam dinegeri Aceh Darusalam. Jadi tidak perlu dipersoalkan lagi kedudukan bahasa Melayu dan Jawi yang tinggi martabatnya sejak zaman purbakala. Undang-undang syariat ini bersalin terus dari bahasa Arab-(Siam)-Melayu melalui tulisan Jawi. Takde kena mengena dengan sanskrit hindu ke buddha....

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)
-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf:2)
"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)
"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)
"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)
"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti� (Surah Al Zukh�ruf :3) Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan