Ya Allah, jika ulasanku ini ada nilai di sisi-Mu, Engkau jadikanlah ganjaran itu sebagai penyelamat ibu dan ayahku daripada bakaran api neraka.
Ya Allah, jika ulasanku ini terdapat kelemahan padanya, ampunilah aku. Janganlah Engkau humbankan aku ke dalam neraka kerananya.
Ameen.
Nih apa yang ANON 3:24 tu tulis :-
Beza UMNO dan DAP ialah UMNO memartabatkan Islam. Kalau kita lebih rela kafir memerintah, jadilah kita seperti Patani, Singapura, Islam di China, Iraq, Palestin dan sebagainya dimana Islam hanyalah agama anutan semata-mata. Di Malaysia, agama Islam dijulang. Kalau masih nak sangkal. Bezakanlah apa yang kerajaan Singapura telah lakukan terhadap agama Islam diperingkat nasional? Sudah pasti agama Islam tidak dipedulikan. Kalau semua orang Melayu berfikiran seperti kamu, alamatnya lebih cepatlah Islam hancur di Malaysia.
Aku akan bahagikan komen ANON 3:24 ini kepada beberapa bahagian supaya mudah untuk kita fahami.
Pertama - Beza UMNO dan DAP ialah UMNO memartabatkan Islam.
UMNO memertabatkan Islam? Ko nih baru bangun tido ker atau mabuk todi? Apa bukti ko nak kata UMNO memartabatkan Islam?
Wujudkan Tabung Haji? Ok. Rakyat negara lain tunaikan haji tak? Ada Tabung Haji tak di negara mereka?
Muslim di Argentina tunaikan haji tak? Ada atau tidak Tabung Haji di negara mereka?
Maknanya urusan haji itu tanggungjawab kerajaan atau badan Islam di sesuatu negara itu. Kalau takde UMNO pun boleh berdiri juga Tabung Haji tu kerana itu merupakan tanggungjawab kerajaan.
Ko kena pandai bezakan di antara UMNO dan kerajaan. Ko jangan main kira "sama" jer kedua duanya.
Ambil contoh diri ko. Ko kepada ayah ko dengan ko kepada anak ko, sama tak? Tak sama, kan? Walaupun ko adalah ko yang sama.
Sama jugalah di antara Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden UMNO. Kedua duanya tak sama walaupun kedua duanya adalah sama.
Apa yang tak sama? Peranan dan tanggungjawab.
Maknanya, mewujudkan Tabung Haji dan membina masjid yang banyak bukanlah suatu alasan untuk mendakwa UMNO memartabatkan Islam di Malaysia.
Bina masjid yang banyak tetapi dalam masa yang sama kilang arak pun berlambak - memartabatkan Islamkah itu?
Mewujudkan mahkamah syariah tetapi memperlekehkan keputusan mahkamah syariah - memartabatkan Islamkah itu?
Mewujudkan UIAM tetapi dalam masa yang sama mewujudkan ribuan kelab malam - memartabatkan Islamkah itu?
Menganjurkan tilawah al-Quran setiap tahun tetapi dalam masa yang menjadi penganjur kepada puluhan program realiti TV yang macam gampang - memartabatkan Islamkah?
Mewujudkan halal hub tetapi dalam masa yang sama mewujudkan pusat peranginan berasaskan perjudian - memartabatkan Islamkah?
Membina ribuan masjid tetapi dalam masa yang sama mengekang dan membantutkan fungsi masjid - memartabatkan Islamkah?
Banyak lagi kalau aku nak tanya. Cuma takut ANON 3:24 tak leh nak jawab jer.
Kedua - Kalau kita lebih rela kafir memerintah, jadilah kita seperti Patani,Singapura,Islam di China,Iraq,Palestin dan sebagainya dimana Islam hanyalah agama anutan semata-mata.
Apa bukti ko untuk kata Islam di semua tempat itu hanya sekadar anut anutan sahaja?
Mata ko buta atau kepala otak ko tu jenis tanah liat? Mereka lebih cintakan Islam berbanding kita. Mereka mengangkat senjata menentang musuh Islam. Bukan seperti UMNO yang muka Melayu tetapi perangai Amerika.
Ko jangan serlahkan kebodohan ko. Jangan cakap main sedap mulut jer. Dah berapa ramai orang UMNO syahid? Mereka setiap saat syahid !!
Dah berapa ramai orang UMNO yang mengangkat senjata untuk membela saudara kita di tempat tempat tersebut?
Mereka sibuk mengangkat senjata menentang musuh Islam tetapi UMNO sibuk melobi untuk bertemu pemimpin haram Israel.
Islam menderita di tempat tempat itu kerana pengkhianatan pemimpin mereka terhadap Islam dan bukannya kerana mereka berbaik baik dengan bangsa lain.
Pemimpin mereka dengan pemimpin UMNO tidak ada bezanya.
Musuh Islam bukan membawa erti masyarakat bukan Islam. Musuh Islam bererti kelompok yang memusuhi Islam. Kelompok yang memusuhi Islam ini boleh jadi kelompok bukan Islam dan boleh jadi kelompok yang juga pernah mengucapkan kalimah syahadah.
Pandangan UMNO yang menganggap musuh Islam itu adalah masyarakat bukan Islam adalah salah sama sekali.
Yang dikategorikan sebagai musuh Islam adalah kelompok kelompok yang seperti UMNO yang tangan kanan memegang mushaf tetapi tangan kiri memegang senapang.
Ertinya, menggunakan Islam untuk menghapuskan Islam itu sendiri. Itulah kerja UMNO.
Lagipun, negara negara itu bukan negara Islam. Kita sedang bercakap dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang UMNO sering dakwa. Ko janganlah larikan topik perbincangan secara sembrono sebegitu.
Ketiga - Di Malaysia, agama Islam dijulang.Kalau masih nak sangkal.Bezakanlah apa yang kerajaan Singapura telah lakukan terhadap agama Islam diperingkat nasional?Sudah pasti agama Islam tidak dipedulikan.
Apa bukti untuk ko kata Islam dijulang di negara kita ini? Sekadar retorik dan sekadar penyedap telinga jer kan?
Kalau Islam di julang di negara ini, kenapa Shahrizat melenting apabila penguatkuasa JAWI menyerbu Zouk satu ketika dulu?
Jika Islam dijulang di negara ini, why Rosmah sampai sekarang tidak bertudung?
Jika Islam dijulang di negara ini, kenapa lulusan pengajian Islam begitu sukar mendapat kerja?
Jika Islam dijulang di negara ini, kenapa bantuan kepada sekolah sekolah agama dihentikan?
Ko tak perlulah nak beretorik di sini kerana ""Islam slogan" yang UMNO praktikkan itulah sebenarnya yang merosakkan kesucian dan kemurnian Islam.
Keempat - Kalau semua orang Melayu berfikiran seperti kamu, alamatnya lebih cepatlah Islam hancur di Malaysia.
Berfikiran seperti aku atau berfikiran seperti ko? Cermin diri beb. Cari masa untuk cari ilmu supaya ko menjadi manusia yang tahu dan faham. Hanya orang jahil jer yang akan bercakap macam ko nih.
Islam dah lama hancur di Malaysia. Jika PAS tidak wujud di negara ini, Islam bukan sekadar hancur tetapi telah lama berkubur hasil usaha gigih yang penuh dengan kejahatan oleh UMNO.
Ko tak payah nak kompang lelebih kerana ko sendiri merupakan sebahagian daripada armada tentera Abrahah versi Melayu pimpinan UMNO.
p/s : Aku takde mood sebenarnya. Mood aku hilang bila aku baca komen ANON bangang tu berulang kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan