Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, April 01, 2011

Menghina Islam atas Nama Islam

Penyebaran fesyen jahiliah atas nama Islam di pentas Islamic Fashion Festival (IFF)
Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?
Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?
Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.
Itulah BUSANA MUSLIMAH.
LANDSKAP 1990′AN
“Mak Fatih di Turki, purdahnya bukan sehelai kain tambahan yang menutup muka. Tetapi tudung yang dipakai, digenggam dengan tangan di bahagian hidung. Semua perempuan pakai seluar besar,” saya berbual dengan ibu tentang cara berpakaian wanita Anatolia yang saya lihat.
“Nak kenal mahasiswi Turki senang sahaja. Ramai di kalangan mereka suka memakai tudung dengan sanggul tinggi,” saya bersembang dengan rakan-rakan di Jordan.
“Bukan sanggul tinggi itu, bonggol unta yang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam laknat dalam hadith tu ke?” tanya rakan saya.
“Betul dah tu. Tak apa, kita buang sanggul tu, kita ambil tudungnya sahaja. Buat hadiah. Bukan senang nak dapat tudung sutera Turki di Malaysia” saya menokok perbincangan.
Kelana saya ke pelbagai negara umat Islam di era 90′an, memperkenalkan saya kepada pelbagai bentuk pakaian yang disesuaikan dengan budaya, persekitaran dan keperluan, namun masih mengekalkan prinsip-prinsip asas berpakaian menurut Islam. Pelbagai bentuk seluar, abaya, tudung, malah pelbagai bentuk niqab, kesemuanya membentuk satu kesediaan pada diri saya untuk lebih dinamik dalam mendefinisikan apa itu fesyen dan seluas manakah ruang yang disediakan oleh Islam untuk ia berkembang.
Ketika itu, segala-galanya masih asing daripada masyarakat kita.
Baju kurung, masih kekal dengan potongan baju kurung yang biasa.
Tudung juga tidak banyak jenis.
Malah berpurdah masih asing dan pantas dikaitkan dengan Jemaah al-Arqam.
Saya juga boleh rancak bercerita tentang pengalaman saya di negara Arab kerana jarang-jarang sekali muka Arab ditemui di jalanan ibu kota negara. Malah Malaysia hampir-hampir tidak termasuk di dalam destinasi pelancongan warga negara Arab yang ketika itu masih berkiblatkan Eropah untuk percutian mereka.
LANDSKAP SEMASA
Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.
Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.
Baguslah begitu.
Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.
Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa.
Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.
Versi DUBAI!
PENTAKRIFAN
“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]
Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?
Bagaimana dengan batas-batas Aurat?
Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?
Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]
Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?
Sekadar meletakkan sesuatu di atas kepala, atau melabuhkan top hingga ke bawah ala-ala jubah atau abaya, jadilah ia BUSANA MUSLIMAH!
Di manakah Islamnya?
Pakaian ini diberikan kepada artis-artis yang mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat di hati sesama insan. Tetapi niat yang baik itu ditemukan dengan solusi yang sangat jauh daripada Islam. Apatah lagi, dengan status pemakainya sebagai ikon masyarakat (jika masih mahu mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.
Tidak sampai ke suku ketiga tahun 2010, penyelewengan cara berpakaian menurut Islam semakin menjadi-jadi.
Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?
Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.
KUASA BESAR DI SEBALIK TABIR
Sedutan www.islamicfashionfestival.com.my
Bukan hanya di Dubai seperti paparan di atas, penyebaran konsep asing ini di atas nama Islam tidak berlaku sekadar di peringkat akar umbi masyarakat malah didukung oleh sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai Islamic Fashion Festival (IFF). Penganjur kepada Festival Fesyen Islam di peringkat antarabangsa ini ditubuhkan pada tahun 2006 dengan warga Malaysia menjadi tulang belakang utamanya, dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sebagai penaung utamanya.
Gagasan ini mahu menyebarkan satu rujukan budaya dan visual yang mahu memperlihatkan bagaimana Islam boleh dimesrakan dengan dunia moden semasa serta memperbaiki imej Islam yang tercalar oleh keganasan di sana sini. Amat malang sekali apabila ijtihad sebenar ini tiada langsung memperlihatkan sebarang rujuk silang dengan agamawan, atau badan-badan agama untuk membimbing konsep rekaan fesyen yang mahu ditampilkan.
Terkini, Islamic Fashion Festival yang berlangsung di Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 mengulangi penampilan atas nama Islam, yang sangat jelek dan terang-terangan menghina Syariat Allah Subhanahu wa Ta’aala.
“Saya berbangga kerana IFF telah berjaya sampai sebegini jauh untuk mempromosikan busana Islam dan mendapat maklum balas daripada pelbagai latar belakang dan agama di samping memperkukuhkan industri fesyen tersebut ke peringkat lebih tinggi” ujar Datin Paduka Seri Rosmah Mansor usai berlangsungnya Festival Fesyen Islamik tersebut.
Penyelewengan konsep ‘Busana Muslimah’ ini sesungguhnya bukan lagi kerja tukang jahit di Masjid India atau butik-butik kecil sekitar ibu kota. Islamic Fashion Festival bertindak sebagai sebuah gagasan antarabangsa yang mendapat empati dunia atas nama Islam progresif, moden dan anti keganasan.
Ia adalah sebuah gerakan.
“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”
BEBAS
“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.
“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.
Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.
Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).
Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.
Kami cemburu dengan agama kami.
BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.[al-Ahzaab 33: 36]

Resipi Laksa Kelantan


Hari ini I akan tulis resepi dalam bahasa Melayu.

Hari minggu yang lau, saya telah masak Laksa Kelantan. Ini adalah kali kedua saya memasak nya. Pada mula nya saya nak masak Laksam tapi takut lambat sebab dah lapar so beli je laksa kering rebus.

Memang puas haati masak Laksa sebab adik- adik saya datang makan , anak - anak cakap " mama sedapnye" and husband makan tak ingat dunia.

saya berkong si resepi seperti di bawah:

Bahan A:
Laksa kering- rebus sampai masak... biar overcook sikit baru sedap

bahan B (kuah)
  • 10 ekor ikan kembung/sardin/pelaling - saya pakai ikan pelaling sbb banyak dalam fridge tak masak
  • santan kara 2 kotak
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 10 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • air secukup nya
  • garam
  • 10 keping asam keping
  • gula
bahan tabur
  • daun kesum
  • bunga kantan
  • kacang panjang
  • timun
  • tauge
  • sambal belacan - mesti kena pakai cili padi baaru ummphh and belacan + asam limau kena lebih
cara-caranye:
rebus ikan dengan sikit air, 10 asam keping and garam sikit. rebus semalam sebelum lagi bagus. saya rebus pagi untuk makan malam, so asam dia akan serap dalam ikan
then, asingkan isi ikan. separuh isi ikan di mesin bersama bawang- bawang, halia dan lada hitam. mesin dengan sedikit air sampai lumat. lagi separuh tumbuk sampai lumat. pastu mesin tulang-temulang ikan dengan air rebusan, then campur dalam ikan yang telah ditumbuk/mesin(jgn lupa tapis nye, kalau tak tercekik tulang) lepas tu masak dengan santan, taruk 2 keping asam yg yang telah digunak masa rebus ikan tadi. masak hingga mendidih, kalau pekat sgt campur air . rasakan dengan garam, gula.tutup api then boleh makan.

kalau nak laagi sedap, masa makan tu amik le sikit belacan , campur dalam laksa tu....sedap gile...

Resipi Nasi Kerabu

NASI :

2 cawan nasi
3 helai daun limau purut@daun pandan
10 kuntum bunga nasi kerabu @ pewarna

CARA:

basuh beras seperti biasa.
kemudian masukkan bunga nasi kerabu.
anda juga boleh gantikan bunga nasi kerabu
dengan perwarna. untuk perwarna, anda hanya
perlu guna 2 titik perwarna untuk 2 cawan nasi.
jangan guna perwarna terlalu banyak kerana ia boleh
merosakkan warna nasi.

untuk menambahkan sedikit haruman
pada nasi, anda boleh letakkan daun limau
purut atau daun pandan. pastikan daun limau
purut atau daun pandan di koyak dengan menggunakan
tangan. jika daun limau purut atau daun pandan
dihiris dengan pisau, aroma baunya tidak
semerbak seperti dikoyak.

TUMIS BUDU :
budu secukup rasa
2 cawan santan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering(direndam dengan air panas)

cara :
kisar bawang putih, bawang merah, cili kering, santan
dan juga budu. kemudian panaskan dia atas api sehingga
santan hampir pecah minyak.

KELAPA GORENG :

2 cawan kelapa goreng (di goreng sekejap)
2 ekor ikan kembung @ selar (di rebus)
1 biji bawang besar (hiris dadu)
garam dan gula secukup rasa

cara :
buang tulang ikan yang di rebus.
kemudian campurkan ikan tadi ke dalam
kelapa yang telah di goreng. kemudian
masukkan bawang besar yang telah di hiris tadi
bersama garam dan gula secukup rasa.
kemudian goreng semua bahan tadi sehingga warna kekuningan.

KERABU :
untuk bahan kerabu,
anda boleh gunakan pelbagai ulaman seperti

kubis
bunga kantang
taugeh
kacang panjang
timun batang
etc

bahan2 ini kemudiannya di hiris halus
untuk di hidangkan bersama nasi kerabu.

untuk menambahkan selera,
makan nasi kerabu bersama daging bakar
atau ayam koreng kunyit. boleh juga ditambah keropok
keping.

Resipi Nasi Dagang

Sumber : resepi dr my resepi tp diubahsuai ikut resepi mak 
Bahan: 
* 2 cawan beras pulut merah + 2 cawan beras wangi 
* 1 tin(400ml) santan pekat 
* 4 ulas bawang putih-dimayang 
* 2 ulas bawang merah-dimayang 
* 1cm halia - hiris kecil2 
* 1 sudu kecil halba 
* garam, gula 

Cara-cara : 

1. Bersih beras dan rendam semalaman 
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan . Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/4 cawan air . 
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. 
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak. 
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit. 
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar
. Gulai ikan tongkol
Nasi Dagang sedang dikukus
Acar mentah

Woh Gomok


Kuih tepung gomok atau juga dieja sebagai buah gomok, atau woh gomok atau juga dikenali sebagai Kuih buah beluru merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. 

Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung pulut dan berbentuk bulat getel dengan inti kelapa manis. Di bahagian luar tepung gomok dilumur dengan tepung pulut / tepung kacang hijau untuk mengelakkan ia daripada melekat sesama sendiri.

Kuih tepung gomok ini popular di Kelantan dan ada terdapat dijual secara meluas secara harian. Ia amat lazat, mudah dihasilkan dan harganya juga berpatutan.

Nama gomak kurang pasti bagaimana ia dinamakan sebegitu. Kemungkinannya sempena bentuk kuih yang bulat gemuk.

Ia tepat sekali, buoh gomok (kelantanese) nama diberi kerana bentuk nya yang bulat gemuk bersalut debu tepung gandum putih berintikan kelapa

Kuih tepung gomok ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal

Kuih tepung gomok kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung pulut yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

Kes Cik Puan Elia Suhana



KOTA BAHRU: Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau. 

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah semalam. 


Elia Suhana menyifatkan kebenaran sudah memihak kepada dirinya memandangkan kes rumah tangganya itu dianggap pelik kerana ia sudah membabitkan campur tangan orang ketiga. "Syukur Alhamdulillah. Seperti biasa, apa yang berlaku saya tetap bersyukur walaupun (keputusannya) berbeza atau tidak. Alhamdulillah saya masih lagi isteri tuanku (Ismail Petra) dan tetap akan mendoakan kesejahteraan untuk tuanku.
 

"Ini juga adalah hadiah paling istimewa sempena hari kelahiran baginda hari ini (30 Mac) dan saya doakan untuk kesejahteraan dan keselamatan tuanku," katanya ketika ditemui di mahkamah, selepas prosiding itu, semalam. Ditanya sama ada beliau akan bertemu dengan suaminya itu, Elia Suhana berkata, akan tiba masanya nanti dan beliau akan mengikut arahan dikeluarkan mahkamah sebelum ini mengenai perkara itu. 

“Kali terkahir saya bertemu tuanku tahun lalu dan saya akan mengikut arahan mahkamah untuk bertemu dengan suami sebagaimana yang sudah diputuskan," katanya.
 Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana, pada 9 Mac. 

Elia Suhana melalui peguam syarienya, Fakhrul Azman Abu Hassan, kemudian mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana itu.
 Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Februari tahun lalu di hadapan beberapa orang saksi ketika menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.