Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Mac 11, 2011

Siapa kata Jawi Melayu Punya??????????

Teori Tonggang-Langgang Jawi Melayu
Para pembaca budiman sekalian, gambarajah berikut memaparkan serba sedikit teori yang diguna pakai oleh sejarawan tempatan mengenai asal usul bahasa Melayu dan huruf Jawi. Akibat kecelaruan sejarah, idea yang sama disogok serta dilanggan oleh sekalian umat manusia yang berstatus rakyat Malaysia sehinggalah ke hari ini - penulis juga tidak terkecuali kerana berasal dari satu sistem persekolahan yang sama.

Untuk mendapatkan kepastian, para pembaca boleh melayari wikipedia mengenai asal usul huruf Jawi. Lenggok penceritaanya pasti berasaskan teori seperti dalam gambarajah dibawah.

Gambarajah 1 - Sejarah Pertumbohan Bahasa Kebangsaan Kita

Carta ini dibikin dalam lingkungan tahun 1963. Yang mana pada waktu berdegar-degar para pejuang bahasa kebangsaan bangkit menegakkan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan pengantar disekolah-sekolah. Ini berikutan daripada proses pembentukkan sebuah negara baru yang bernama Malaysia. Pada tahun-tahun yang sama kecamuk politik kebangsaan semakin hangat.

Masing-masing ingin menjadi juara mempertahankan identiti totok kaum mereka sendiri. Penghujungnya meletus peristiwa berdarah 13 Mei 1969 - memuntahkan lahar, mengalirkan nanah busuk dari isi perut puak yang bercakaran. Yang Cina berkurang ajar, yang Melayu pantang di cabar, yang Kaling atas pagar...yang TAR menegak layar.

Penulis sendiri pernah menemubual seorang 'champion' 13 Mei wilayah selatan tanahair. Keberaniannya 'memenggal' kalau menurut cerita bukanlah satu mainan bagi orang yang lemah palalutut. Namun soalan penulis memang tidak dapat dijawab dengan tepat. Sememangnya ini pergaduhan kaum, bukan dituntut dalam Islam.
Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya.. (UUK Ms 85)
Bahasa Jiwa Bangsa?
Antara slogan yang lahir berikutan daripada peristiwa berdarah itu. Namun bahasa apa yang menjadi jiwa kepada apa? Hampir tiga puluh tahun slogan itu menghiasi dinding batu DBP namun makin celaru. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Masalah kaum tetap tidak selesai.

Penulis tidak akan membuang masa menganalisis perihal kejadian yang terjadi akibat penipuan sejarah, boleh mendatangkan darah tinggi dengan tidak semena-mena.

Namun begitu kita tidak boleh menyalahkan pejuang-pejuang bangsa pada zaman itu seratus peratus. Mereka juga seperti kita, termakan dek kata-kata manis yang membangkitkan semangat kebangsaan caca-marba. Memperjuangkan Melayu atau Malaysia. Bagi kaum yang dilabel pendatang mereka tentunya memilih untuk menjadi bangsa Malaysia, bagi kaum tempatan tentunya Bangsa Melayu tiada pilihan.

Martabatkan Jawi?
Baiklah, apa yang cuba dihuraikan dibawah ini berkait rapat dengan seruan retorik kerajaan membuai dan melayan karenah pejuang-pejuang kebangsaan ciptaan mereka sendiri. Mari martabatkan Jawi, katanya.

Penulis amat terpanggil dengan slogan ini. Ya, kita sebagai orang Melayu mesti martabatkan tulisan kita sendiri. Tapi setakat mana? Apa yang cuba dimartabatkan? Apa relebannya huruf Jawi dalam dunia ICT hari ini? Bagaimana ingin memartabatkan sesuatu yang kita sendiri tidak tahu tinggi mana martabat dan darjatntya suatu perkara itu?

Permata yang hilang
Apa itu takrif Jawi? Soalan yang amat payah sekali akan jawapannya. Ada yang kata berasal dari perkataan Jawa, ada yang kata lembu betina dan sebagainya. Puas dan bertahun sudah usaha dilakukan, namun hampa. Jawi masih tidak bermatabat di mata penulis. Sekian hari ia semakin hilang seri dan kekuatan. Usaha kerajaan itu hanya gula-gula untuk mendiamkan budak pejuang bahasa...

Akhirnya, dengan kehendak Allah S.W.T, telah dipertemukan penulis dengan seorang hamba Allah. Soalan pertama yang penulis ajukan adalah apa itu maksud Jawi. Dengan perkenan dan keizinannya, penulis hari ini ingin berkongsi maklumat tersebut dengan para pembaca budiman, yang tentunya ingin sekali memartabatkan kembali Jawi dipersada tanahair tercinta. Diharap permata yang hilang akhirnya berkilauan kembali menampakkan sinarnya.

Tiada guna menyimpannya kerana sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi penulis pula untuk berkongsi dengan sa-udara sa-ugama yang mengunjungi blog ini. Bak kata pepatah orang Jawi lama-lama, alang-alang berminyak biar licin, alang-alang mandi biar basah, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan, alang-alang menggenggam bara biar jadi arang, alang-alang bukan kepalang bukan calang Syed Alang, Panglima Bukit Gantang.

Takrifan Jawi
Untuk mendapatkan tafsiran yang jelas mengenai hal ini, penulis telah membuat beberapa rujukan daripada yang mahir dalam berbahasa Siam. Diantaranya adalah TNL Kassim dan En Salmi Baharom, kedua-duanya dari waris Mahawangsa. Jadi penulis bersumberkan rujukan yang tepat pada ahlinya! Manakala fokusnya kali ini juga berkenaan peranan Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam memartabatkan tulisan Jawi itu sendiri. Sumber teks utamanya tidak lain dan tidak bukan adalah manuskrip Undang-Undang Kedah, 2005.

Tujuannya untuk mendapatkan takrif alternatif bagi JAWI. Ini kerana takrifan JAWI yang ada pada hari ini tidak dapat membawa kita kemana-mana, malah tidak boleh hendak dipadankan dengan sejarah realiti umat Islam - tergantung. Lihat sahaja gambarajah 1.

Bagi yang mengikuti perkembangan, persoalan ini sebenarnya telah penulis bangkitkan dalam entri yang lepas Peranan keris di era Majapahit:

Jadi sila ikuti penerangan dibawah ini mengenai asal tulisan JAWI yang dikaitkan dengan Bangsa Melayu itu.


(jawapan dibawah ini adalah satu refleksi berdasarkan pemahaman untuk kegunaan penulis sendiri)


Jawi datang bersama Siam Islam?



Gambar 2 - Sejarah kedatangan Islam dan Salasilah Merong Mahawangsa 

Sila ikuti penerangan dibawah ini dengan teliti:

Sebermula, Khalifah Uthman Affan R.A 23H membukukan Al Quran yang telah pun mula disusun pada awalnya di zaman Abu Bakar As-Sidiq R.A. 

Saad Waqas R.A adalah antara sahabat yang didik oleh Rasullulah S.A.W sebagai diplomat dan seterusnya berkhidmat dibawah Khalifah Uthman Affan diamanahkan untuk membawa syiar Islam ke China - Seharusnya Al Quran sudah ada ditangan Saad pada ketika itu.

Tulisan Al Quran (Arab) inilah yand di gelar sebagai 
JA - (Perubatan, pembaikan)
WI- (Tulisan)

Oleh itu menurut TNL Kassim, JAWI dalam bahasa Siam bermaksud 'tulisan bawak sebar kebaikan ataupun tulisan sebar dakwah Islamiah'

Maka sesuailah benar gelaran yang diberikan itu kerana huruf Jawi memainkan peranan utama dalam siri penyebaran Islam oleh Raja Siam Merong Mahawangsa dirantau nusantara atau dengan lain kata, penyebaran Islam di wilayah Selatan Benua Chey-Na. Asal bermula dari Gunung Jurai tempat Wali Mustapa anak keturunan Nabi Noh A.S bersemayam sebelum banjir besar melanda dunia.

Penulis beranggapan, walaupun Saad Waqas R.A berupaya menyebarkan Islam terus ke tanah Semenanjung Malaka atau Pulau Sumatera atau Jawa, tapi sebagai menghormati tuan punya wilayah maka beliau berjumpa terus penghulunya di Xinjiang yang juga berasal dari Raja Iskandar Zulkarnain. Lagipun itu amanat Rasullullah S.A.W.

Walaupun begitu, ini tidak bermakna Islam belum wujud di tanah semenanjung sebelum kedatangan Merong Mahawangsa, mungkin sudah ada lebih awal (dizaman Maharaja Sai Tee Sung) tetapi secara 'officialnya' Merong Mahawangsa lah yang menyebarkannya secara menyeluruh ke wilayah nusantara.

Bahasa Siam juga masuk Jawi
Bahasa Siam pun asalnya dalam tulisan JAWI. Untuk mendapatkan kepastian sila lihat UUK ms 36 dimana terdapat beberapa patah perkataan Siam yang bertulisan Jawi. Begitu juga dengan kata-kata 'Raja Tui Yangkam Belat Yukbat!

Lihat sahaja beberapa huruf yang tiada dalam bahasa Arab tetapi di Jawikan oleh Siam, contohnya Yangkam - hurug Ga dan Cau Phya Kersan - huruf Cha. (Boleh jadi dalam 'vault' Raja Thai kalau dibongkar pun terdapat banyak naskhah berbahasa Siam bertulisan JAWI!)

Oleh sebab itu gaya penulisan JAWI dalam UUK amat fasih sekali. Tidak menghairankan, kerana tulisan Arab ini sudah lama digunapakai oleh Raja Siam sejak dari 650M - 835M (220H UUK). Cuma UUK ditulis dalam bahasa Melayu untuk memudahkan kerja penyebaran dakwah Islamiah di rantau nusantara. (hal bahasa Melayu disebut pada ms 36). 

Maksudnya sudah ada pakar bahasa yang menterjemahkan undang-undang syariat Islam yang asalnya mungkin dalam bahasa Arab ke bahasa Siam akhirnya ke bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Ini bukan calang-calang orang punya kerja, kerana melibatkan tatabahasa dan penggunaan ayat baku yang perlukan penelitian yang mendalam. Daya intelektual satu ketamadunan bangsa yang tinggi dapat dirasai di sini. Dan terbukti Jawi berupaya melakukan semua itu! Inilah kelebihan huruf-huruf Al-Quran.

Lagi pembuktian kelebihan huruf Jawi
Ia tidak sahaja menjadi tulisan rasmi pentadbiran dan undang-undang Empayar Islam Siam Kedah, malahan menjadi tulisan rasmi kepada kerajaan-kerajaan Islam yang lain seperti Monggol Khan, Ottoman, Mameluk, Parsi dan lain-lain lagi. Jawi dapat berasimilasi dengan bahasa tempatan dengan mudah, cuma mungkin lagi mudah jika kerajaan-kerajaan itu menggunakan bahasa Arab sebagai perantara. Manakala keaadannya dinusantara ini ada unik sedikit. Tetapi, walaupun Jawi dalam bahasa Melayu, ulama-ulama kita Siam-Patani-Banjar sebagai contoh memang hebat berbahasa Arab dan memang terkenal alim lagi mahsyor di Haramain dan Turki Ottoman.

Kedatangan Ingris
Kedatangan Inggeris membawa huruf Roman tidak langsung menghapuskan kepentingan tulisan dakwah ini dari jiwa umat Islam terutama dari rantau Nusantara khasnya.

Jawi terhapus akibat agen-agen yang ditinggalkan atau dinaikkan Ingris demi kepentingan politik mereka. Agenda mereka meresap dalam sistem pendidikan selepas merdeka! Kayu juga yang membelah kayu, ini kerana kedua-duanya kayuJika orang mungkin tidak dapat dibelahnya...

Oleh kerana kita semua telah menjadi kayu maka akibatnya Jawi semakin hilang peranan asalnya dalam konteks penyebaran dakwah Islamiah. Apabila terhapusnya Jawi maka secara tidak langsung hilanglah segala hikmah dan kebaikan, serta ilmu yang tersirat didalamnya tadi. 

Dengan itu, terputuslah penyalinan ilmu dari kitab2 JAWI lama karangan ulama yang hebat-hebat zaman purbakala diganti kitab RUMI karangan ahli agama sebagai contoh: lulusan Great Britain. (kalau tidak silap, kitab-kitab lama ini banyak terdapat di Patani)

Penyudahnya nanti, jadilah gejala buta huruf Al Quran secara besar-besaran. Maka terbantutlah syiar Islam yang datang bersama tulisan JAWI yang telah ditinggalkan oleh Raja Siam Merong Mahawangsa sejak seribu tahun dahulu, titisan dari Saad abi Waqas R.A utusan Nabi Muhammad S.A.W .




gambarajah 3: Bahasa Siam bertulisan Jawi



Tanggungjawab kita umat Islam memartabatkan Jawi
Jawi itu adalah huruf Al-Quran. Sebagai umat Islam yang sempurna aqal fikiran maka sudah tentu tahu akan nilai darjat dan martabatnya setiap huruf Jawi tersebut. Sudah tentu penzahirannya dalam warkah dan tulisan dalam sebarang media atau surat khabar bukan sebagai bahan kencingan atau dihujungkan menjadi alat membungkus belacan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memartabatkan kembali sejarah asal Jawi dan peranannya dalam dakwah Islamiah. Sejarah realiti umat Islam yang berasaskan Empayar Islam Benua Siam Kedah membuktikan peranan penting tulisan Jawi dalam bentuk asalnya. Semestinya ia bukan datang ke sini untuk memartabatkan bangsa yang sibuk digelar MELAYU! Oleh itu kita jangan jadi kayu...

Kesimpulannya, tidak kira Siam, Melayu, Jawa dan sebagainya, jika faham akan maksud sebenar Jawi itu, dan berusaha untuk memartabatkanya kembali maka sedarlah ia tidak secara langsung memartabatkan Al-Quran dan Sunnah Rasul. Pejuangan yang tidak sia-sia. Dan hakikat itulah yang cuba digelapkan dari sejarah fantasi. Cuma, adakah pihak yang beretorik politik selama ini sedar akan hakikat sebenar Jawi?

Akhirul kalam, kalau sungguh bagai di kata, bersama-samalah kita melupakan segala perbezaan yang ada. Memberi penerangan sejelas-jelasnya kepada rakan taulan dan sahabat handai akan kebenaran sejarah realiti ini. Kembalikan kegemilangan huruf Jawi. Dari mana patut ia bermula? Seharusnya seawal peringkat sekolah. Itu tanda menjunjung syariat namanya.

Semoga mendapat manafaat.

Sekian.
Herman Abdullah
The Malay Press
Kuala Lumpur, Malaya.


---------------------------------------------
Nota Tambahan.

Bahasa Arab dan Bahasa Melayu telah saling melengkapi dalam menyampaikan syariat Islam ke seluruh nusantara. Buktinya Undang-undang Kedah 222 Hjirah yang dibikin pada zaman Sayyidina Ali Paduka Seri Sultan Jamalul Alam Badrul Munir anakanda Merong Mahawangsa bersemayam dinegeri Aceh Darusalam. Jadi tidak perlu dipersoalkan lagi kedudukan bahasa Melayu dan Jawi yang tinggi martabatnya sejak zaman purbakala. Undang-undang syariat ini bersalin terus dari bahasa Arab-(Siam)-Melayu melalui tulisan Jawi. Takde kena mengena dengan sanskrit hindu ke buddha....

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)
-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Quran berbahasa Arab , agar kamu mengerti" (Surah Yusuf:2)
"Dan demikian Kami menurunkan Al Quran dalam bahasa Arab dan Kami telah menjelaskan berulang-ulang didalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa atau agar (Al Quran) itu memberi pengajaran bagi mereka"(Surah Toha: 113)
"Dan sungguh te;lah Kami buatkan dalam Al Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pengajaran, iaitu Al Quran dalam bahasa Arab, tiada ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertaqwa" (Surah Az Zumar :27- 28)
"(Al Quran ini) diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pengasih , Maha Penyayang , Kitab yang ayat-ayatnya dijelaskan bacaan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui" (Surah Fussilat : 2-3)
"Demi kitab (Al quran) yang jelas . Kami jadikan Al Quran dalam bahasa arab agar kamu mengerti� (Surah Al Zukh�ruf :3) Semua ayat-ayat ini menjelaskan betapa bahasa ada kaitan dengan mesej risalah Islam yang disampaikan kepada manusia.

UMNO memartabatkan Islam-Kepala Hotak Kau

Ya Allah, jika ulasanku ini ada nilai di sisi-Mu, Engkau jadikanlah ganjaran itu sebagai penyelamat ibu dan ayahku daripada bakaran api neraka.

Ya Allah, jika ulasanku ini terdapat kelemahan padanya, ampunilah aku. Janganlah Engkau humbankan aku ke dalam neraka kerananya.

Ameen.


Nih apa yang ANON 3:24 tu tulis :-

Beza UMNO dan DAP ialah UMNO memartabatkan Islam. Kalau kita lebih rela kafir memerintah, jadilah kita seperti Patani, Singapura, Islam di China, Iraq, Palestin dan sebagainya dimana Islam hanyalah agama anutan semata-mata. Di Malaysia, agama Islam dijulang. Kalau masih nak sangkal. Bezakanlah apa yang kerajaan Singapura telah lakukan terhadap agama Islam diperingkat nasional? Sudah pasti agama Islam tidak dipedulikan. Kalau semua orang Melayu berfikiran seperti kamu, alamatnya lebih cepatlah Islam hancur di Malaysia.


Aku akan bahagikan komen ANON 3:24 ini kepada beberapa bahagian supaya mudah untuk kita fahami.


Pertama - Beza UMNO dan DAP ialah UMNO memartabatkan Islam.

UMNO memertabatkan Islam? Ko nih baru bangun tido ker atau mabuk todi? Apa bukti ko nak kata UMNO memartabatkan Islam?

Wujudkan Tabung Haji? Ok. Rakyat negara lain tunaikan haji tak? Ada Tabung Haji tak di negara mereka?

Muslim di Argentina tunaikan haji tak? Ada atau tidak Tabung Haji di negara mereka?

Maknanya urusan haji itu tanggungjawab kerajaan atau badan Islam di sesuatu negara itu. Kalau takde UMNO pun boleh berdiri juga Tabung Haji tu kerana itu merupakan tanggungjawab kerajaan. 

Ko kena pandai bezakan di antara UMNO dan kerajaan. Ko jangan main kira "sama" jer kedua duanya.

Ambil contoh diri ko. Ko kepada ayah ko dengan ko kepada anak ko, sama tak? Tak sama, kan? Walaupun ko adalah ko yang sama.

Sama jugalah di antara Perdana Menteri Malaysia dengan Presiden UMNO. Kedua duanya tak sama walaupun kedua duanya adalah sama.

Apa yang tak sama? Peranan dan tanggungjawab.

Maknanya, mewujudkan Tabung Haji dan membina masjid yang banyak bukanlah suatu alasan untuk mendakwa UMNO memartabatkan Islam di Malaysia.

Bina masjid yang banyak tetapi dalam masa yang sama kilang arak pun berlambak - memartabatkan Islamkah itu?

Mewujudkan mahkamah syariah tetapi memperlekehkan keputusan mahkamah syariah - memartabatkan Islamkah itu?

Mewujudkan UIAM tetapi dalam masa yang sama mewujudkan ribuan kelab malam - memartabatkan Islamkah itu?

Menganjurkan tilawah al-Quran setiap tahun tetapi dalam masa yang menjadi penganjur kepada puluhan program realiti TV yang macam gampang - memartabatkan Islamkah?

Mewujudkan halal hub tetapi dalam masa yang sama mewujudkan pusat peranginan berasaskan perjudian - memartabatkan Islamkah?

Membina ribuan masjid tetapi dalam masa yang sama mengekang dan membantutkan fungsi masjid - memartabatkan Islamkah?

Banyak lagi kalau aku nak tanya. Cuma takut ANON 3:24 tak leh nak jawab jer.


Kedua - Kalau kita lebih rela kafir memerintah, jadilah kita seperti Patani,Singapura,Islam di China,Iraq,Palestin dan sebagainya dimana Islam hanyalah agama anutan semata-mata.

Apa bukti ko untuk kata Islam di semua tempat itu hanya sekadar anut anutan sahaja?

Mata ko buta atau kepala otak ko tu jenis tanah liat? Mereka lebih cintakan Islam berbanding kita. Mereka mengangkat senjata menentang musuh Islam. Bukan seperti UMNO yang muka Melayu tetapi perangai Amerika.

Ko jangan serlahkan kebodohan ko. Jangan cakap main sedap mulut jer. Dah berapa ramai orang UMNO syahid? Mereka setiap saat syahid !!

Dah berapa ramai orang UMNO yang mengangkat senjata untuk membela saudara kita di tempat tempat tersebut?

Mereka sibuk mengangkat senjata menentang musuh Islam tetapi UMNO sibuk melobi untuk bertemu pemimpin haram Israel.

Islam menderita di tempat tempat itu kerana pengkhianatan pemimpin mereka terhadap Islam dan bukannya kerana mereka berbaik baik dengan bangsa lain.

Pemimpin mereka dengan pemimpin UMNO tidak ada bezanya.

Musuh Islam bukan membawa erti masyarakat bukan Islam. Musuh Islam bererti kelompok yang memusuhi Islam. Kelompok yang memusuhi Islam ini boleh jadi kelompok bukan Islam dan boleh jadi kelompok yang juga pernah mengucapkan kalimah syahadah.

Pandangan UMNO yang menganggap musuh Islam itu adalah masyarakat bukan Islam adalah salah sama sekali. 

Yang dikategorikan sebagai musuh Islam adalah kelompok kelompok yang seperti UMNO yang tangan kanan memegang mushaf tetapi tangan kiri memegang senapang.

Ertinya, menggunakan Islam untuk menghapuskan Islam itu sendiri. Itulah kerja UMNO.

Lagipun, negara negara itu bukan negara Islam. Kita sedang bercakap dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang UMNO sering dakwa. Ko janganlah larikan topik perbincangan secara sembrono sebegitu.


Ketiga - Di Malaysia, agama Islam dijulang.Kalau masih nak sangkal.Bezakanlah apa yang kerajaan Singapura telah lakukan terhadap agama Islam diperingkat nasional?Sudah pasti agama Islam tidak dipedulikan.

Apa bukti untuk ko kata Islam dijulang di negara kita ini? Sekadar retorik dan sekadar penyedap telinga jer kan? 

Kalau Islam di julang di negara ini, kenapa Shahrizat melenting apabila penguatkuasa JAWI menyerbu Zouk satu ketika dulu?

Jika Islam dijulang di negara ini, why Rosmah sampai sekarang tidak bertudung?

Jika Islam dijulang di negara ini, kenapa lulusan pengajian Islam begitu sukar mendapat kerja?

Jika Islam dijulang di negara ini, kenapa bantuan kepada sekolah sekolah agama dihentikan?

Ko tak perlulah nak beretorik di sini kerana ""Islam slogan" yang UMNO praktikkan itulah sebenarnya yang merosakkan kesucian dan kemurnian Islam.


Keempat - Kalau semua orang Melayu berfikiran seperti kamu, alamatnya lebih cepatlah Islam hancur di Malaysia.

Berfikiran seperti aku atau berfikiran seperti ko? Cermin diri beb. Cari masa untuk cari ilmu supaya ko menjadi manusia yang tahu dan faham. Hanya orang jahil jer yang akan bercakap macam ko nih.

Islam dah lama hancur di Malaysia. Jika PAS tidak wujud di negara ini, Islam bukan sekadar hancur tetapi telah lama berkubur hasil usaha gigih yang penuh dengan kejahatan oleh UMNO.

Ko tak payah nak kompang lelebih kerana ko sendiri merupakan sebahagian daripada armada tentera Abrahah versi Melayu pimpinan UMNO.


p/s : Aku takde mood sebenarnya. Mood aku hilang bila aku baca komen ANON bangang tu berulang kali. 

Artifak Kesenian Islam China

Tempat bara cloisonne berenamel China abad ke-19 Masihi.




Masyarakat Asia Barat telah mengetahui tentang kepentingan tamadun China semenjak zaman sebelum Islam lagi. Ketika zaman Rasulullah SAW, China telah disebut dalam sebuah pepatah arab iaitu, ‘tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China’.
Ini jelas menunjukkan bahawa kehebatan tamadun China telah tersebar luas ketika itu. Masyarakat Asia Barat direkodkan telah menetap di wilayah di bawah pemerintahan Maharaja China sejak dari abad ketujuh Masihi sewaktu pemerintahan Dinasti Tang.
Dokumen Dinasti Tang merekodkan tarikh rasmi Islam sampai ke China ialah ada tahun 651 Masihi apabila tiga utusan khalifah Uthman r.a yang diketuai oleh Sa’ad Ibn Abu Waqqas yang merupakan bapa saudara Rasulullah s.a.w dan juga sahabat baginda telah datang mengadap maharaja China untuk tujuan menjalin hubungan diplomatik.
Pada hakikatnya, hubungan perdagangan antara China dan Asia Barat adalah cara utama Islam sampai ke China. Dua jalan perdagangan yang paling penting ketika itu ialah Jalan Sutera yang bermula dari wilayah pemerintahan China merentasi Asia Tengah sebelum sampai ke Asia Barat.
Jalan yang kedua ialah jalan laut yang melalui Lautan Hindi dan Kepulauan Melayu sebelum sampai ke China. Orang Islam dikenali sebagai Ta-Shih yang bermaksud golongan yang memakai baju hitam dalam catatan laporan tahunan Dinasti Tang.
Selain perdagangan, banyak lagi peristiwa yang menyebabkan pertembungan budaya dan seni antara Islam dan China yang telah menghasilkan barangan kesenian Islam yang unik dalam kelasnya yang tersendiri.
Walaupun China tidak diperintah oleh dinasti Islam tetapi kesenian Islam tetap berkembang dan menyumbang kepada pemerkayaan seni dunia Islam keseluruhannya.
Barangan kesenian Islam China menggabungkan teknik pembuatan tradisional dan motif Islam seperti barangan seramik dan logam yang digunakan oleh masyarakat Islam China. Barangan seramik China yang diiktiraf kualitinya di seluruh dunia terutamanya sewaktu pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644 Masihi) telah menjadi barangan koleksi pemerintah beberapa empayar Islam.
Barangan seramik biru putih terutamanya menjadi pilihan utama dalam permintaan barangan dagangan dari China. Masyarakat Islam China telah memberikan sentuhan keindahan Islam dengan menggunakan tulisan khat sebagai motif hiasan barangan seramik biru putih yang dihasilkan. Antara pilihan ayat yang sering digunakan ialah syahadah, nama Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.
Motif bunga tempatan seperti bunga teratai dan bunga plum turut diabadikan di atas barangan seramik yang dihasilkan seperti teko teh dan pinggan mangkuk.

Bintang All Black Peluk Islam

Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat. 
Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.


Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu. 

Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas. 
Bulan Ramadan pada tahun ini akan jatuh dalam bulan Ogos – semasa All Black mengambil bahagian dalam pertandingan Tiga Negara. Di sinilah fasa terakhir persediaan pasukan bagi menyiapkan diri bertanding dalam Piala Dunia. 

Menurut sahabatnya, Williams sering hadir menunaikan sembahyang Jumaat di sebuah masjid di Christchurch.

Naib presiden Persekutuan Pertubuhan Islam NZ, Javed Khan, berkata bahawa komuniti Muslim memang sedia maklum tentang hal itu. 

"Beliau mengamalkan agama dan beliau telah menjadi contoh yang baik untuk remaja. Kami berdoa supaya beliau akan memenangi Piala Dunia untuk kami. Semua orang bercakap tentangnya. Dalam komuniti Islam, setiap kami mengenali setiap seorang yang lain."

Kedua-dua pengurus William, Khoder Nasser dan mentornya yang juga bintang liga dan peninju, Anthony Mundine (gambar mereka bertiga), adalah Muslim, begitu juga dengan adiknya Johnny, yang tinggal dengan beliau di Christchurch.


Kawan William, Tairek Smith berkata yang dia selalu bersembahyang bersama William sejak beliau memeluk Islam Sunni dalam satu majlis di masjid Regent’s Park di barat Sydney pada 2008, iaitu masjid yang juga dihadiri oleh Hazem El Masri (gambar), bekas rakan sepasukannya dalam Kelab Canterbury Bulldogs. 


Pengurus All Black, Darren Shand (gambar) berkata kepercayaan agama bintang tersebut mempunyai kesan yang "minima" kepada pasukan.


Katanya: "Beliau telah memberitahu kami tentang keperluan dietnya dan kami memang telah beri kelonggaran. Kami sediakan daging halal dan lain-lain dan beliau tidak memperbesar-besarkan isu itu. 

"Kami tidak membawa agama dan benda yang berkaitan dalam sukan ini. Itu adalah kehidupan peribadi mereka dan mereka yang menentukannya."

Bila ditanya jika amalannya itu bercanggah dengan falsafah All Blacks yang menggalakkan pemain-pemain supaya berfikiran bebas dan berdikari, Shand berkata Williams adalah seorang yang jenis “menyerap” informasi.

"Itulah sebabnya beliau berjaya dalam semua sukan yang diceburi. Beliau hanya tandakan semua kotak. Dia ingin menjadi yang terbaik."

Sejak memeluk Islam, Williams berusaha untuk tidak mengulangi insiden-insiden memalukan yang berkaitan dengan alkohol.

Beliau sekarang ini sedang menjalani latihan bersama kelab Crusaders bagi menghadapi kempen Super Rugby dan tidak dapat dihubungi untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Buku Perjanjian Tanah Melayu 1948

Pada 11 Oktober 1945, HaroldMacMichael dihantark e Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union. Beliau melaksanakantugasnyadari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan³kertas putih´ yang mengandungi cadangan-cadangan Malayan Union. [Foto Sir Harold MacMichael].








Pada tahun 1948, akibat tentangan hebat orang-orang Melayu, keatas konsep Malayan Union (MU), maka Raja-Raja Melayu dan Sir Edward Gent [wakil Inggeris] telah membubarkan MU dan menggantikannya dengan PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948. 





Salinan perlembagaan 1948 Tanah Melayu telah di perolehi oleh RajaMenangis baru-baru ini [Foto]

[PHOTO SIR EDWARD GENT]-------------->

Jamuan bersama Tn Guru Hj Abd Hadi Awang 29 Mac 2011 Seremban

MAJLIS JAMUAN MAKAN MALAM
Tarikh : 29 Mac 2011 (SELASA)
Masa : 8 Malam
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban

Bersama :
YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Dato Mustafa Ali
Zulkefly Mohamad Hj Omar

Kupon RM30/seorang , RM300/meja

Untuk tempahan kupon dan pertanyaan sila hubungi :
Shamsul 019-6532973
Tn Hj Mohamad Noor 019-2556206

Anjuran : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan