Rentetan sejarah Kelantan ini adalah hasil daripada catatan para-para sejarahwan dan juga himpunan dari cerita orang tua-tua..
1849-Gajah Mengamuk.
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari seekor gajah yang mengamuk. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok.
1880-Angin Besar.
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua Kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb Nov hingga waktu subuh hari Ahad. Mengikut orang tua-tua, sebelum itu tidak pernah ada angin yang begitu dahsyat.
1881-Binatang Mati.
Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.
1882-Peristiwa Kelaparan.
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak
sebut benda ni). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan Kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor.
1897-Bah Urai.
Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.
1909-Api Hj Samba.
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api Hj Samba.
1910- Lembu Belaga Harimau.
Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba-tiba harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yang berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.
1915-Musuh Tok Janggut.
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di Kelantan ialah cerita pemberontakan Tok Janggut menentang Inggeris di Kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24 Mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.
1921-Puja Umor.
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan Sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.
1922-Rombongan Kebudayaan.
Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket.
1926-Bah Air Merah.
Banjir ini berlaku pada 24hb Dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah-merahan dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua-tua itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan 1927.
1927-Kota Bharu Terbakar.
Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.
1931-Wayang Gambar.
Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.
1927-Sarkas.
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.
1941-Perang Jepun.
Tentera jepun telah menyerang Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira-kira 10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera Jepun mendarat melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. Pada 15hb ogos 1945 tentera Jepun menyerah kalah.
1957-Merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan