Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Selasa, Mei 29, 2012

Jiwo anok klate suko merantau

Masyarakat Kelantan juga begitu dikenali dengan sikap suka merantau kerana limpahan rakyatnya di setiap negeri di Malaysia. Betapa ramai orang Kelantan berhijrah secara kekal atau sementara ke Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan ke negeri-negeri lain ‘mencari makan’ dengan membuka perniagaan, restoran, berkerja dengan kerajaan dan swasta. Kuala Lumpur bagaikan negeri kedua bagi orang Kelantan dan mereka berada sehingga Sabah dan Sarawak.

Penghijrahan rakyat Kelantan ke luar negeri bukanlah kerana tidak dapat mencari rezeki di Kelantan. Tapi sikap suka berhijrah atau merantau memang sudah sebati dalan jiwa anak kelantan. Mereka selalu berkata, "sep kito bako pandai cari make". Masyarakat Kelantan memang suka mencari rezeki walau dengan pelbagai cara. Peluang-peluang memang banyak di luar Kelantan. Mereka berada di luar Kelantan, sebab Malaysia itu negara mereka. Kehadiran mereka, sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penglibatan bumiputera dalam segala macam bidang. Mereka sama seperti bumiputera yang lain, tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga. Hal ini sesuai dengan gesaan bahawa setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang boleh maju kalau betul didikan dan diberi peluang. Generasi muda Kelantan juga melimpah di pusat-puat pengajian tinggi awam dan swasta, institut pendidikan guru dan kolej-kolej bahkan di luar negara.  

Limpahan penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam
Antara fenomena yang membuktikan betapa ramainya anak Kelantan berhijrah ke luar negeri ialah pada musim perayaan. Kelantan lazimnya penuh sesak dengan ribuan kenderaan setiap tibanya perayaan. Jalan raya melalui Gua Musang atau Grik-Jeli kalau tak mengalami kesesakan lalu lintas memang tak sah!. Selain itu, fenomena bola sepaknya juga boleh dijadikan contoh betapa masyarakat Kelantan suka merantau. Penyokong bola sepak Kelantan pasti akan melimpahi di setiap stadium di seluruh negara. Penyokong ini menunjukkan betapa ramai rakyat Kelantan berada diluar negeri ditambah pula ada penyokong yng sanggup menjelajah Malaysia dari Kelantan semata-mata ingin menyokong pasukan kesayangan mereka.. Kalau ditanya kepada masyarakat selain Kelantan, mereka pasti akan menyatakan ini adalah kerja gila kerana sanggup menghabiskan wang semata-mata ingin menonton perlawanan bola sepak. Menonton di televisyen pasti lebih menjadi pilihan bagi penyokong bukan Kelantan(bukan semua). 

Natijahnya bahawa orang Kelantan itu dinamik, suka bergerak, melancong, membawa barang dagangan, ziarah dan sebagainya. Di sekitar Kota Bharu, kedai-kedai makan boleh dibuka sehingga larut malam. Kopitiam muncul bagaikan cendawan. Natijahnya mereka suka berbelanja, secara kecil atau sederhana. Ibu bapa masih menerima ratusan ringgit dari anak-anak mereka yang berkerja di luar Kelantan. Bank-bank tetap segar. Ekonomi menjadi hidup dan kemesraan manusia bertaut, meskipun tidak sehebat ibu kota.

Andai ada yang cuba mengatakan kemunduran Kelantan faktor rakyatnya merantau mencari rezeki di luar negeri, kenyataan ini mungkin ada benarnya dan mungkin ada salahnya. Adakah benar di Kelantan permintaan kerja tidak mencukupi untuk rakyatnya? Kalau betul di Kelantan permintaan tenaga kerjanya tidak cukup, mengapa kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia meletakan Kelantan sebagai negeri dengan kadar negeri paling kurang penganguran?


Pekerjaan di Kelantan mungkin tidak mencukupi kerana kebanyakkan rakyatnya yang suka bekerja sehinggakan persaingan itu begitu sengit di Kelantan terutamanya dalam bidang perniagaan. Sebagai masyarakat yang suka bekerja, kerja yang tidak mencukupi di Kelantan mungkin antara faktor rakyat Kelantan memilih untuk merantau ke luar negeri. Seperti yang telah dinyatakan di atas, mereka tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga.. Penghijrahan masyarakat Kelantan pasti membawa kepada pelbagai kesan baik dan juga kesan buruknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan