Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Rabu, Mei 30, 2012

Mugo Kawe Anok Klate

Di sini saya berbicara selaku anak Kelantan. Saya ingin mempertahankan maruah Kelantan yang dipijak-pijak oleh Perdana Menteri Malaysia. Sesungguhnya menjadi kewajipan terhadap seluruh warga Kelantan untuk mempertahankan setiap inci bumi Kelantan. Tidak kira, apa parti sekalipun yang memerintah Kelantan, yang pasti Kelantan adalah Kelantan. Parti pemerintah negeri Kelantan( Parti yang membentuk Kerajaan Kelantan) boleh bertukar ganti tapi Kelantan adalah Kelantan dan tiada galang ganti. Dan, andainya Kelantan ditadbir oleh UMNO/BN, dan PAS/PR pula yang bertindak menghina Kelantan, percayalah PAS/PR pula akan saya tentang.


Tapi yang banggangnya UMNO/BN tidak boleh menerima kenyataan yang rakyat Kelantan tidak menerimanya. Sejak Kelantan merdeka dari penjajahan UMNO/BN, Kelantan tidak pernah sepi dari difitnah. Terbaru Haji Najib selaku suami kepada Hajjah Rasmah telah menuduh Kelantan sebagai negeri termiskin di Malaysia. Lihat :. --> SINI

Sebenarnya sejak 1990(tahun PAS memerintah Kelantan), Kelantan berkali-kali dituduh sebagai negeri termiskin. Padahal , sepanjang tempoh tersebut, Kelantan tidak selamanya berada dalam kedudukan teratas carta miskin tegar. Klip Video di bawah akan menjawab segala fitnah jahat pihak penjajah yang kini kehilangan kuasa.



Klip video di bawah pula menjelaskan betapa kejam dan jahatnya seorang Menteri yang berasal dari Kelantan. Beliau membuat pengakuan sesungguhnya dia telah mendera rakyat Kelantan dan menyekat sebarang peruntukan kepada Kelantan sejak kerajaan diambil laih oleh PAS pada tahun 1990. Beliau juga mengaku hanya setelah Pak lah mengambil alih jawatan Perdana Menteri, barulah hak Kelantan sebagai sebuah negeri di Malaysia turut diakui. Namun, dalam masa yang sama(era pemerintahan Pak Lah), terdapat juga segelintir menteri-menteri yang berasal dari Kelantan yang mendesak Pak Lah agar terus mendera Kelantan. Bagi mereka Kelantan perlu didera sehinggalah UMNO/BN berjaya memerintah Kelantan. Mujurlah Pak Lah tak sekejam itu. Sila hayati klip video di bawah:



Nasihat saya kepada UMNO/BN, akui sahajalah kalian tidak bijak mengatur strategi untuk merampas Kelantan. Kalian hanya menghulurkan bantuan bila berlakunya kematian wakil rakyat. Bila adanya pilihanraya kecil kerana kematian wakil rakyat, mulalah kalian masuk kampung hulur bantuan. Bantuan yang melimpah ruah dan tidka terjangkau oleh akal yang waras. Apa tidaknya, orang kampung yang bekerja sebagai ponoreh getah pun kalian bagi sumbangan jala dan perahu.

Sebenarnya saya ada beberapa data yang menunjukkan kroniknya masalah rasuah di Malaysia dan pincangnya beberapa perkara di Malaysia. Tapi saya tak sampai hati untuk paparkan kerana saya tak sanggup memburukan negara sendiri. Di sini saya hanya ingin menegur keceluparan Haji Najib, suami kepada Hajah Rasmah.

Ingin saya tegaskan sekali lagi, Parti yang membentuk Kerajaan Kelantan boleh bertukar ganti tapi negeri Kelantan tiada galang ganti. Dan, andainya Kelantan ditadbir oleh UMNO/BN, dan PAS/PR pula bertindak menghina Kelantan, percayalah PAS/PR pula akan saya tentang.

Selasa, Mei 29, 2012

tragedi bersejarah Tanah Serendah Sekebun Bunga




Rentetan sejarah Kelantan ini adalah hasil daripada catatan para-para sejarahwan dan juga himpunan dari cerita orang tua-tua..

1849-Gajah Mengamuk. 
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari seekor gajah yang mengamuk. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok.


1880-Angin Besar. 
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua Kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji petang sabtu 13hb Nov hingga waktu subuh hari Ahad. Mengikut orang tua-tua, sebelum itu tidak pernah ada angin yang begitu dahsyat.


1881-Binatang Mati. 
Segala binatang ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.


1882-Peristiwa Kelaparan. 
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut, tp orang zaman tu mana la tau nak 
sebut benda ni). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan Kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Trengganu, Kedah, Perak dan Johor.

1897-Bah Urai. 
Bandar Kota Bharu telah di landa banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.


1909-Api Hj Samba. 
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut api Hj Samba.


1910- Lembu Belaga Harimau. 
Telah di adakan perlagaan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di jel burok jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba-tiba harimau melompat keluar dan mencakar orang2 yang berada di situ menyebabkan ramai juga yang mati.


1915-Musuh Tok Janggut. 
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di Kelantan ialah cerita pemberontakan Tok Janggut menentang Inggeris di Kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24 Mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.


1921-Puja Umor. 
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan Sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.


1922-Rombongan Kebudayaan. 
Pada 25hb mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para serta terdiri dari 20 orang besilat, 60 orang jong kayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain sonket. 


1926-Bah Air Merah. 
Banjir ini berlaku pada 24hb Dec yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah-merahan dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua-tua itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2hb jan 1927.


1927-Kota Bharu Terbakar. 
Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13hb jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.


1931-Wayang Gambar. 
Pertama kali tayangan wayang gambar di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11hb mei 1931.


1927-Sarkas. 
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di kelantan pada 14hb oktober 1927.


1941-Perang Jepun. 
Tentera jepun telah menyerang  Kuala Pak Amat pada 8hb disember 1941 jama 12.25 pagi iaitu kira-kira 10 minit awal dari jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera Jepun mendarat melalui kuala pak amat ini. Jepun di katakan memerintah tanah melayu lebih kurang 3 tahun setengah. Pada 15hb ogos 1945 tentera Jepun menyerah kalah.


1957-Merdeka.

Jiwo anok klate suko merantau

Masyarakat Kelantan juga begitu dikenali dengan sikap suka merantau kerana limpahan rakyatnya di setiap negeri di Malaysia. Betapa ramai orang Kelantan berhijrah secara kekal atau sementara ke Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Johor dan ke negeri-negeri lain ‘mencari makan’ dengan membuka perniagaan, restoran, berkerja dengan kerajaan dan swasta. Kuala Lumpur bagaikan negeri kedua bagi orang Kelantan dan mereka berada sehingga Sabah dan Sarawak.

Penghijrahan rakyat Kelantan ke luar negeri bukanlah kerana tidak dapat mencari rezeki di Kelantan. Tapi sikap suka berhijrah atau merantau memang sudah sebati dalan jiwa anak kelantan. Mereka selalu berkata, "sep kito bako pandai cari make". Masyarakat Kelantan memang suka mencari rezeki walau dengan pelbagai cara. Peluang-peluang memang banyak di luar Kelantan. Mereka berada di luar Kelantan, sebab Malaysia itu negara mereka. Kehadiran mereka, sekurang-kurangnya boleh meningkatkan penglibatan bumiputera dalam segala macam bidang. Mereka sama seperti bumiputera yang lain, tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga. Hal ini sesuai dengan gesaan bahawa setiap anak Malaysia adalah potensi modal insan yang boleh maju kalau betul didikan dan diberi peluang. Generasi muda Kelantan juga melimpah di pusat-puat pengajian tinggi awam dan swasta, institut pendidikan guru dan kolej-kolej bahkan di luar negara.  

Limpahan penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam
Antara fenomena yang membuktikan betapa ramainya anak Kelantan berhijrah ke luar negeri ialah pada musim perayaan. Kelantan lazimnya penuh sesak dengan ribuan kenderaan setiap tibanya perayaan. Jalan raya melalui Gua Musang atau Grik-Jeli kalau tak mengalami kesesakan lalu lintas memang tak sah!. Selain itu, fenomena bola sepaknya juga boleh dijadikan contoh betapa masyarakat Kelantan suka merantau. Penyokong bola sepak Kelantan pasti akan melimpahi di setiap stadium di seluruh negara. Penyokong ini menunjukkan betapa ramai rakyat Kelantan berada diluar negeri ditambah pula ada penyokong yng sanggup menjelajah Malaysia dari Kelantan semata-mata ingin menyokong pasukan kesayangan mereka.. Kalau ditanya kepada masyarakat selain Kelantan, mereka pasti akan menyatakan ini adalah kerja gila kerana sanggup menghabiskan wang semata-mata ingin menonton perlawanan bola sepak. Menonton di televisyen pasti lebih menjadi pilihan bagi penyokong bukan Kelantan(bukan semua). 

Natijahnya bahawa orang Kelantan itu dinamik, suka bergerak, melancong, membawa barang dagangan, ziarah dan sebagainya. Di sekitar Kota Bharu, kedai-kedai makan boleh dibuka sehingga larut malam. Kopitiam muncul bagaikan cendawan. Natijahnya mereka suka berbelanja, secara kecil atau sederhana. Ibu bapa masih menerima ratusan ringgit dari anak-anak mereka yang berkerja di luar Kelantan. Bank-bank tetap segar. Ekonomi menjadi hidup dan kemesraan manusia bertaut, meskipun tidak sehebat ibu kota.

Andai ada yang cuba mengatakan kemunduran Kelantan faktor rakyatnya merantau mencari rezeki di luar negeri, kenyataan ini mungkin ada benarnya dan mungkin ada salahnya. Adakah benar di Kelantan permintaan kerja tidak mencukupi untuk rakyatnya? Kalau betul di Kelantan permintaan tenaga kerjanya tidak cukup, mengapa kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia meletakan Kelantan sebagai negeri dengan kadar negeri paling kurang penganguran?


Pekerjaan di Kelantan mungkin tidak mencukupi kerana kebanyakkan rakyatnya yang suka bekerja sehinggakan persaingan itu begitu sengit di Kelantan terutamanya dalam bidang perniagaan. Sebagai masyarakat yang suka bekerja, kerja yang tidak mencukupi di Kelantan mungkin antara faktor rakyat Kelantan memilih untuk merantau ke luar negeri. Seperti yang telah dinyatakan di atas, mereka tidak mahu menjadi warga negara kelas ketiga.. Penghijrahan masyarakat Kelantan pasti membawa kepada pelbagai kesan baik dan juga kesan buruknya.

Jiwa sep klate suko berpuok-puok



Sering kali kita mendengar pendapat orang ramai tentang bagaimana sikap orang-orang Kelantan ini.. Hal ini timbul kerana beberapa sebab. Antaranya ialah limpahan anak-anak Kelantan di setiap pelusuk negara. Selain itu, orang Kelantan yang sukar meninggalkan loghat Kelantannya dan juga sikap suka berpuak-puak sesama anak-anak Kelantan. Persoalannya, bagaimanakah sebenarnya sikap dan perangai orang Kelantan?

Sebetulnya, nilai kesatuan dan perpaduan begitu mendalam dalam jiwa anak Kelantan ini. Bagi rakyat Kelantan, mereka tidak suka dilabel sebagai rakyat yang begitu assabiyah atau mempunyai semangat kenegerian yang tinggi.. Semangat kenegerian itu kuat dalam diri setiap anak Kelantan kerana mereka begitu sayangkan negeri dan juga rakyatnya. Faktor rakyat Kelantan selalu bergaul dengan sesama rakyat Kelantan bukanlah kerana kuatnya semangat kenegerian sehinggakan menjauhi dari bergaul dengan orang selain dari Kelantan. Kita ibaratnya seorang rakyat Malaysia yang belajar diluar negara dan terjumpa dengan rakan pelajar juga dari Malaysia, pertalian antara rakan pelajar senegara pasti berbeza dengan rakan-rakan yang lain.

Sama juga dengan rakyat Kelantan. Mereka keluar dari Kelantan dan berhijrah ke negeri lain pasti akan merasai banyak perkara yang jarang dijumpa semasa mereka membesar di Kelantan. Perbezaan yang paling ketara ialah dari segi komunikasi. Sesetengah anak jati Kelantan tidak mampu untuk mengubah loghat Kelantannya walaupun bukan berada di Kelantan. Jadi bergaul dengan orang Kelantan lebih selesa bagi kebanyakkan rakyat Kelantan. Tapi jarang kita lihat anak-anak Kelantan ini menjauhi orang bukan Kelantan kan? Faktor budaya juga menjadikan rakyat Kelantan lebih mudah rapat untuk bergaul. Mereka membesar dengan pelbagai kebudayaan negeri Kelantan. Kelantan negeri yang kaya dengan seni budaya seperti dikir barat dan wayang kulit. Kebudayaan ini melahirkan rasa minat yang sama dalam kalangan rakyat Kelantan.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Ahmad Ramizu Abdullah berkata,





"Tidak menolak orang Kelantan memang ada sifat kecintaan dan rasa kasih sayang yang menebal yang jelas serta menebal dalam diri terhadap budaya serta warisan mereka kerana ia sudah menjadi amalan sejak kecil. Kemana saja masyarakat Kelantan pergi, mereka turut membawa makanan, percakapan, seni, budaya dan permainan yang sudah sebati dalam diri, sekaligus memperlihat kesungguhan mereka dalam memperjuangkan dan mendaulatkan warisan bangsa." 


Rakan setugasnya, Pensyarah Jabatan Kesusasteraan APM, Muhd Ramli Raman berpendapat,

"Jika kita melabel mereka sebagai tertutup, itu tidak tepat kerana masyarakat luar mempunyai sikap serupa dalam mempertahankan negeri, budaya dan warisan masing-masing".


Aktivis dikir barat, Zukifli Hamad menjelaskan bahawa masyarakat Kelantan ada sifat dan hubungan keakraban jiwa yang erat dan kebenarannya perkara itu dapat dibuktikan melalui penggunaan dialek seharian mereka walaupun berada di luar Kelantan.


"Disamping loghat Kelantan, ada satu budaya kekitaan yang cukup tinggi  dalam diri masyarakat negeri iaitu suka berada dalam lingkungan mereka sendiri, tetapi tidak boleh diklasifikasikan 'berpuak-puak' kerana ia turut melambangkan keakraban dan kekeluargaan yang berjaya ditanam dalam diri setiap anak negeri", katanya.

Suasana politik di Kelantan juga boleh dijadikan contoh sikap sebenar masyarakat Kelantan ini. Tun Dr Mahathir ketika mengulas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2000, apabila Kelantan tumbang kepada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), melabelkan kononnya orang Kelantan kuat dengan semangat kenegerian atau kedaerahan itu. Orang Kelantan marah. Pertarungan Mahathir-Tengku Razaleigh tidak boleh diterima rakyat Kelantan. Mereka mahu Melayu bersatu. Jadi sebab itu mereka menyatakan sikap mereka melalui pilihanraya. Calon pembangkang telah meraih belasan ribu majoriti undi, sesuatu yang luar biasa, misalnya belasan ribu majoriti Hajah Ilani Ishak ketika mengalahkan Tengku Ahmad Ritahudeen. Maknanya ahli UMNO tidak undi UMNO pun, kerana marah. Situasinya bagaikan gelombang.


Apakah orang Kelantan bersikap kenegerian, sedangkan PRU 2000, 2004 dan 2008, ada ‘orang luar’ diberi tempat. Mohamed Sabu, Daeng Mariok, Nasharuddin Mat Isa, Dr Mohd Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Saifuddin Nasution menjadi Ahli Parlimen bukan di daerah asal mereka. Jauh sebelum itu Zulkifli Muhammad adalah orang Perak. Maknanya orang Kelantan tidak tolak ‘orang luar’.

Serba-serbi mengenai jajahan di Kelantan

KOTA BHARU 
Kota Bharu
Kota Bharu merupakan sebuah pusat bandar utama bagi Negeri Kelantan. Perkembangan bandar Kota Bharu bermula pada tahun 1844 iaitu sebagai sebuah penempatan DiRaja kini berfungsi sebagai pusat utama bagi pentadbiran, perdagangan, kewangan, kebudayaan dan pendidikan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan bagi mengendalikan pentadbiran bandar Kota Bharu. Keluasan Bandar Kota Bharu adalah seluas 115.64 km persegi dengan jumlah penduduk melebihi 300 ribu orang.


Pantai Cahaya Bulan
Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.

PASIR PUTEH

Pasir Puteh
Jajahan Pasir Puteh wujud sejak tahun 1905 dan mempunyai keluasan 433.8 kilometer persegi (167.2 batu persegi). Jajahan ini merupakan jajahan yang kelima luasnya berbanding dengan jajahan-jajahan lain di dalam negeri Kelantan. Jajahan ini bersempadan dengan jajahan Kota Bharu di sebelah Utara, jajahan Machang di sebelah Barat, jajahan Bachok di sebelah Timur Laut dan di sebelah Selatan bersempadan dengan Daerah Besut, negeri Terengganu. Bentuk muka bumi jajahan Pasir Puteh boleh dibahagikan kepada dua keadaan yang besar iaitu keadaan tanah yang berbukit-bukit dan tanah rendah. Terdapat beberapa buah bukit dijajahan ini iaitu Bukit Mak Lipah, Bukit Jerus, Bukit Bayoh, Bukit Belakang Parang, Bukit Batu Kawi, dan Bukit Peraksi. Di antara bukit-bukit ini Bukit Mak Lipah adalah merupakan bukit yang paling tinggi iaitu 868 kaki yang terletak berhampiran dengan sempadan Daerah Bachok di sebelah Utara.
Pasir Puteh terkenal dengan sejarah perjuangan Tok Janggut menentang pihak Inggeris yang cuba mengembangkan pengaruhnya di daerah Jeram. Bagi memperingati perjuangan beliau, pihak MDPP telah membina satu tugu peringatan yang dinamakan ‘Tugu Tok Janggut’ yang terletak di tepi sungai Semerak, Bandar Pasir Puteh.
Tugu Tok Janggut, Pasir Puteh
Pasir Puteh merupakan sebuah bandar yang wujud di antara dua buah sungai iaitu Sungai Rasau dan Sungai Semerak, yang mana pada masa dahulu sumber pengangkutan utama bagi penduduk ialah sungai dan kawasan lembah sungai akan muncul sebagai lokasi tumpuan penduduk  bagi memudahkan perhubungan.
Pasir Puteh juga sinonim dengan pantai yang bersih yang terletak bertentangan dengan Laut China Selatan, iaitu Pantai Bisikan Bayu, Semerak dan Pantai Tok Bali, Tok Bali. Kini Tok Bali di ambang pembangunan dengan keterlibatannya secara langsung dengan perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER), di mana Tok Bali bakal dibangunkan sebagai sebuah bandar baru yang berteraskan kepada ekonomi perikanan dan pelancongan serta penempatan pusat pentadbiran jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dengan industri marin, keselamatan, kesihatan dan juga institusi pendidikan.

TUMPAT

Masjid Kampung Laut
Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan dan apabila beroperasi telah diterajui oleh Allahyarham Dato' Nik Hussein bin Nik Zainal (Dato' Kaya Setia) selaku Ketua Jajahan yang pertama. Kepesatan pembangunan yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan Pelabuhan dan Stesen Keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur. Jajahan Tumpat adalah satu-satunya Jajahan yang paling kecil antara Jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya 169.5 km2.

Pantai Sri Tujuh
Bagaimana pun Tumpat merupakan Jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus buah pulau Sungai (River Island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa. Jajahan Tumpat ditadbirkan melalui Tujuh Daerah Penggawa dan dibahagikan kepada 30 Mukim. Di setiap Mukim ini pula terdapat beberapa buah kampung yang kesemuanya berjumlah 57 buah dan setiap kampung diketuai oleh seorang penghulu (Ketua Kampung) yang bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan Pentadbiran Jajahan.

BACHOK

Simbol Pantai Irama

Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang pelbagai lagenda dan cerita rakyat yang diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman mengenai Pantai Irama, sebuah pantai peranginan yang terletak di Jajahan Bachok iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan. Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.

Permandangan Pantai Irama
Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa. Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi. Pantai Irama juga menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Kedua dahulu dan kesan yang masih boleh dilihat ialah beberapa buah kubu tentera inggeris yang masih terdapat di situ.

PASIR MAS

Dataran Air Muleh, Pasir Mas
Pasir Mas merupakan satu daripada 10 jajahan di Negeri Kelantan terletak di bahagian utara Negeri Kelantan, bersempadan dengan jajahan Tumpat di sebelah Utara, Tanah Merah di sebelah selatan, Sungai Kelantan dan jajahan Kota Bharu di sebelah Timur dan Jajahan Sungai Golok, Thailand di sebelah Barat.
Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Danau Tok Uban, Pasir Mas
Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.

MACHANG

Pintu Masuk ke Hutan Lipur Bukit Bakar, Machang
Jajahan Machang mendapat nama daripada sebuah kampung iaitu Kampung   Machang. Ia mula dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di Kota Bharu yang diketuai oleh En. Senik. Pada awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan. Dari segi geografinya kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.

Jambatan Gantung diHutan Lipur Bukit Bakar
Pada awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan sepenuhnya. Jajahan Machang mempunyai keluasan 546.26 kilometer persegi. Daripada jumlah keluasan itu sebanyak 129 kilometer persegi adalah terletak di dalam Majlis Daerah Machang.

TANAH MERAH

Jambatan Guillermard @ Jambatan Kusial

Bandar Tanah Merah mula berkembang apabila perahu-perahu yang lalu di sepanjang Sungai Kelantan singgah untuk berdagang di Pekan Bukit Remah. Pekan tersebut terletak di tebing Sungai Kelantan. Lama kelamaan tumpuan orang ramai mula beralih ke suatu kawasan yang letaknya 3 km ke utara yang sekarang ini merupakan bandar Tanah Merah. Bandar berkenaan menjadi lebih berkembang dengan wujudnya laluan keretapi dan seterusnya stesen keretapi. Pada awalnya, bandar Tanah Merah dan jajahan Tanah Merah adalah sebahagian daripada jajahan Pasir Mas. 

Lata Hujan
Tetapi bermula pada 2 hb Februari 1955, jajahan Tanah Merah mula diwujudkan yang mana bandar Tanah Merah menjadi pusat pentadbiran sepenuhnya. Bagi mentadbirkan bandar Tanah Merah dan pekan-pekan di jajahan Tanah Merah, beberapa Penguatkuasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952. Mengikut sejarah melayu,Tanah Merah merupakan Ibu Kota bagi Kerajaan Melayu lama iaitu Kerajaan Chi Tu. Mengikut rekod Kerajaan China Dinasti Sui. Pada kurun ke-7, terdapat satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan yang di kenali sebagai Chi Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana Pada hari ini dikenali sebagai Kelantan.Populasi penduduk Jajahan Tanah Merah pada 2005 adalah seramai 108,288 orang. Majoritinya adalah kaum Melayu.

KUALA KRAI

Tangga Krai
Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909. Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.

Lata Berangin
Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.
Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.

JELI

Gunung Reng, Jeli
Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ianya menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi mereka yang dalam perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat. Di samping itu, Daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli - Dabong. Oleh yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, Jajahan Tanah Merah di sebelah timur, Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan dan Negeri Perak di sebelah barat, merupakan sebuah kawasan yang strategik dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur di masa hadapan.

Lata Janggut, Jeli
Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan utama di jajahan ini. Ia terletak kira-kira 98 kilometer dari Bandar Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat. Keadaan muka bumi 82% adalah berbukit-bukau, hutan-rimba dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini terletak diantara 90 meter hingga 500 meter dari paras laut. Sungai-sungai utama ialah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah.

GUA MUSANG

Stesen KTM Gua Musang
Gua Musang merupakan sebuah jajahan yang terletak di sebelah selatan Negeri Kelantan yang menjadi sempadan antara Negeri Kelantan dengan Negeri Pahang, Terengganu dan Perak. Ianya merupakan pintu masuk ke Negeri Kelantan dari arah selatan melalui jalan darat iaitu Kuala Lipis atau Kuala Lumpur.

Pintu Masuk Taman Negara Kuala Koh
Kedudukan yang strategik serta bentuk muka bumi yang unik dengan dikelilingi oleh gua-gua menggalakkan industri pelancongan. Disamping itu, dengan adanya kemudahan jaringan perhubungan yang baik seperti jalan darat dan juga keretapi memudahkan para pengunjung dan pelancong datang ke Gua Musang.

LOJING (DAERAH BARU)

Lojing
Kerajaan Kelantan mempunyai satu lagi jajahan baru di kawasan Selatan negeri yang dikenali sebagai Jajahan Kecil Lojing. Pengistiharan jajahan baru tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra pada 6 Ogos 2010

Bunga Rafflesia yang terdapat di Lojing.
Dengan keluasan 181,700 hektar, Lojing dapat dijadikan satu jajahan yang berasaskan ekonomi pertanian dan dapat dimajukan sebagai kawasan pelancongan. 

Ahad, Mei 27, 2012

Jata jesuit-freemanson




Jeneral Agung Jesuit (Society of Jesus) mengawal semua tahap tertinggi Freemasonry, termasuk kedua-dua Scottish Rite (Protestant) dan York Rite (Roman Catholic). Huruf G di tengah-tengah lambang Freemasonry 'Jangka dan Sesiku' merujuk kepada bukan sahaja 'Generation' dan 'Gnosticism' tetapi juga bermaksud 'Gesu'. Gesu adalah nama kepada aliran Jesuit yang terbesar dan terkuat di gereja Rom. Oleh itu, aliran ini mengawal segala perancangan ke atas Islam, Protestant (Majlis Gereja Sedunia dan Majlis Gereja Kebangsaan), Yahudi, kebanyakan organisasi Baptis dan Majlis Paus dengan satu pihak yang dipanggil The Egyptian-Luciferian Craft of Freemasonry.

Di bawah ini adalah lambang, jata atau pingat-pingat yang ditempuhi di dalam organisasi Jesuit-Freemasonry.