Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Januari 14, 2011

Niat Kita

Semua orang mengimpikan mati syahid, sebab ganjarannya besar, ramai orang masuk ke medan pertempuran, mengimpikan mati syahid, walaubagaimanpun niat menjadi pekara utama apabila kita bertempur.Di dalam pertempuran politik, rasanya tak salah jika kita sama sama muhasabah diri kita kenapa kita bertempur, rasanya tak salah kita bertanya kepada diri kita kenapa 

kita menganyang perdana menteri malaysia yang kebetulan datang dari parti umno, adakah kita selongkarkan segala keburukan luar dan dalam perdana menteri mahupun menteri umno, pembesar umno atas niat kerana Allah SWT, ataupun sebab kita cemburu atas kemewahan yang ada pada pembesar umno?adakah pasti kita sendiri di dalam kehidupan seharian, kita benar benar mengambil berat hal ehwal orang orang islam? adakah kita sehebat nabi muhammad yang dikasihi yang sentiasa berpuasa? adakah kita di dalam kehidupan peribadi kita, yang mana mana berjawatan besar, kita sendiri tidak mengamalkan amalan kroni memilih kakitangan baru di dalam jabatan yang kita ketuai?
adakah kita yang berjawatan, ada kuasa, kita sendiri benci amalan memberi kontrak kepada adik beradik kita, kawan kawan kita?adakah kita yang diberikan Allah SWT kemewahan, kita tidak menjadikan kemewahan untuk kita melupakan perintah allah SWT?apakah bezanya pemimpin besar yang bersantai di kapal mewah dengan pemimpin yang sedang lazat menjamah kambing panggang, bagaimana pula perasaan orang orang yang tidak ada kemampuan melihat pemimpin sedang bersantai di atas kapal mewah yang mereka sendiri tidak pernah naik, bagaimana pula perasaan orang orang susah yang melihat pemimpin sedang menjamah kambing panggang, yang mana ada di kalangan orang, susah nak makan kambing panggang dalam setahun?
Kita menentang umno, adakah kerana kita ikhlas ingin menegakkan undang undang islam, dan mungkin perlembagaan bersandarkan islam?Jika kita benar benar menentang umno kerana Allah SWT, kita menjadi umat terbaik, tetapi jika kita menentang umno atas sikap hati kita yang belum diperbetulkan niat, kita mengundang masalah kepada jemaah islam dan kita sendiri menjadi di kalangan orang yang tercela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan