Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Disember 19, 2010

Sekolah Agama Johor Daif



Abdul Halim Suleiman mengangkat meja yang rosak teruk di Sekolah Agama Taman Daya, Johor Bahru, semalam.

--------------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia 12 Feb 2010

JOHOR BAHRU 11 Feb. - "Macam sardin! Seramai 45 murid belajar dalam satu kelas malah mereka terpaksa berkongsi kerusi dan meja yang rosak." Demikian luahan Guru Penolong Kanan Sekolah Agama Taman Daya di sini, Nafisah Baba mengenai kedaifan sekolah yang terpaksa diharungi kira-kira 2,300 murid.

Menurutnya, keadaan murid-murid seperti 'disumbat' beramai-ramai dalam satu bilik darjah dan terpaksa berkongsi meja serta kerusi tentunya menyukarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Beliau mengakui murid-murid sukar untuk memberi tumpuan dan lebih memburukkan keadaan, bilangan guru juga tidak mencukupi.

"Kami terpaksa mengambil guru sambilan dengan bayaran RM200 untuk satu sesi memandangkan bilangan seramai 29 guru tidak mencukupi untuk mengajar 2,300 murid," katanya kepada pemberita semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Suleiman ke sekolah itu hari ini.

Selain kedaifan bilik darjah, beliau turut melahirkan kebimbangannya dengan masalah pembiakan nyamuk di sekolah akibat sistem saliran yang tidak sempurna.

"Longkang yang dibina tidak rata menyebabkan aliran air terganggu dan tersumbat.

"Longkang menjadi sarang pembiakan nyamuk dan masalah itu lebih ketara di bilik darjah di tingkat bawah yang berdekatan longkang," katanya.

Sehubungan itu, Nafisah merayu pihak berwajib mengatasi segera masalah yang dihadapi di sekolah itu.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati banyak tingkap yang pecah dan pintu rosak di sekolah itu.

Seorang murid tahun tiga, Ahmad Shahir Mohd. Rozi, 9, mengakui kurang selesa untuk belajar kerana terpaksa berkongsi meja dan kerusi kerana bilangan murid yang terlalu ramai.

Murid tahun lima, Amir Bukhari, 13, pula sukar memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran kerana keadaan bilik darjah yang 'sesak' dan diburukkan lagi dengan meja serta kerusi yang rosak.

Rakannya, Nor Nadira Sanip, 13, pula bimbang diserang demam denggi ekoran sering digigit nyamuk semasa berada di sekolah.

Sementara itu, Abdul Halim melahirkan perasaan sedih dan simpati melihat keadaan sekolah itu amat menyedihkan dan tidak berubah sejak lawatan beliau ke situ pada 2005.

"Sudah banyak kali saya bangkitkan perkara ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun tiada perubahan.

"Keadaan ini mencemarkan imej Islam kerana keadaan sekolah agama ini amat menyedihkan. Justeru, ia memerlukan tindakan segera daripada pihak yang berkaitan untuk mengatasinya," katanya.

Abdul Halim memaklumkan, dianggarkan sebanyak RM100,000 diperlukan untuk mengatasi masalah kekurangan kerusi dan meja serta membaiki sistem saliran di sekolah berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0212&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_02.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan