Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, April 02, 2011

Batu Pelik di Tengah Jalan



BATU yang terbiar di Jalan Kong Sang dekat simpang keluar dan masuk ke Jalan Tuanku Munawir, Seremban ini tidak lagi mempunyai fungsi sebaliknya membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.


Utusan Malaysia 31 Mac 2011


Sekali pandang mungkin batu yang berada di tengah jalan ini dahulu menempatkan papan tanda penunjuk arah bagi laluan kenderaan.


Namun batu yang terbiar di Jalan Kong Sang dekat simpang keluar dan masuk ke Jalan Tuanku Munawir, Seremban ini tidak lagi mempunyai fungsi sedemikian sebaliknya membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal.


Lensa jurugambar Utusan Malaysia, ABDUL RAZAK AID yang merakamkan kewujudan baru di tengah jalan berkenaan, turut melihat beberapa motosikal cuba mengelaknya daripada terkena batu tersebut.


Bayangkan apa yang berlaku pada waktu malam dan bagaimana pula nasib penunggang motosikal yang melanggar batu di tengah jalan itu, lebih-lebih lagi apabila dibelakangnya diekori pula kenderaan seperti kereta, lori dan sebagainya.

Y.A.M Tengku Iskandar Tengku Ahmad vs Majlis Perajaan Negeri Kelantan

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, OLEH YANG ARIF HAKIM AZMEL MAAMOR 
30 JANUARI 1997
ALASAN BERTULIS HAKIM:
Ini adalah suatu rayuan oleh plaintif terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar pada 25 Jun 1996 yang telah meluluskan permohonan defendan pertama dan defendan kedua yang dibuat di bawah Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, dan/atau di bawah kuasa sedia ada mahkamah agar pernyataan tuntutan terpinda pihak plaintif terhadap mereka dibatalkan.
Fakta dan latarbelakang ringkas kes adalah seperti berikut. Melalui pernyataan tuntutan terpinda bertarikh 19 Mac 1996, plaintif memohon kepada mahkamah untuk deklarasi yang membawa kesan berikut, iaitu bahawa beliau (plaintif) adalah Sultan yang sah bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
Terhadap tuntutan plaintif ini, defendan pertama dan defendan kedua telah melalui saman dalam kamar (Kandungan 11) memohon agar pernyataan tuntutan terpinda pihak plaintif tersebut dibatalkan di bawah A. 18 k. 21 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan/atau di bawah bidangkuasa sedia ada mahkamah.
Permohonan defendan pertama dan defendan kedua tersebut telah didengar oleh Penolong Kanan Pendaftar dimana beliau pada 25 Jun 1996 lalu telah meluluskan permohonan tersebut. Terhadap keputusan Penolong Kanan Pendaftar inilah maka rayuan ini dibuat oleh plaintif.
Dua (2) alasan telah diberikan oleh peguam bagi defendan pertama dan defendan kedua dalam memohon agar pernyataan tuntutan terpinda plaintif tersebut perlu dibatalkan, iaitu:
(i) Plaintif adalah seorang bangkrap dan dengan itu tidak kompeten untuk memulakan tindakan ini tanpa kebenaran (sanction) Pegawai Pemegang Harta menurut s. 38(1)(a) Akta Kebangkrapan 1967 ; dan
(ii) Tuntutan plaintif adalah berada dalam bidangkuasa Majlis Perajaan Negeri Kelantan dan bukannya dalam bidangkuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Undang-Undang yang lain menurut Art. 71(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Art. VI (Bahagian Kedua) Undang- Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
Saya telah menimbangkan kedua-dua alasan ini dan saya dapati alasan-alasan itu mempunyai merit.
Mengenai alasan pertama defendan-defendan fakta bahawa plaintif adalah seorang bankrap tidak dipertikaikan. Bagaimana pun plaintif mengatakan bahawa beliau telah mendapat kebenaran (sanction) daripada Pegawai Pemegang Harta untuk memulakan tindakan ini dan telah mengemukakan satu surat daripada Pegawai Pemegang Harta itu (esh. "T1-3"). Surat itu yang ditujukan kepada peguam plaintif berbunyi seperti berikut:
Tetuan Zainal & Shahabudin Peguambela & Peguamcara Lot 2.15, Tingkat 2 Bangunan Angkasaraya Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur
29 February 1996

Tetuan,
Dalam Perkara Kebangkrapan (Kelantan) No. 1103/90 Ber. Tengku Iskandar Ibni Tengku Ahmad
Adalah saya diarah merujuk surat tuan bertarikh 15 Februari 1986 berkaitan perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa kes guaman yang anak guam tuan akan mulakan itu adalah tidak terletakhak dengan Pegawai Pemegang Harta kerana ianya tidak melibatkan harta atau tanggungan bankrap.
Oleh itu sanksi (sanction) Pegawai Pemegang Harta dibawah s. 38(1)(a) Akta Kebangkrapan 1967tidak perlu diperolehi.
3. Bagaimanapun, sebarang kos dan perbelanjaan yang timbul kelak dari kes ini hendaklah ditanggung sendiri oleh bankrap.
Sekian, untuk tindakan tuan.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" "CINTAILAH BAHASA KITA"
Saya yang menurut perintah,
(ALICE LOKE YEE CHING) Timbalan Pegawai Pemegang Harta bp: Pegawai Pemegang Harta Malaysia
Kandungan surat ini jelas menunjukkan bahawa ia bukanlah satu kebenaran (sanction) yang diberi oleh Pegawai Pemegang Harta. Surat itu cuma memberi pendapat bahawa plaintif tidak perlu mendapat kebenaran daripada Pegawai Pemegang Harta oleh kerana tindakannya itu tidak melibatkan harta atau tanggungan plaintif/bankrap dan oleh itu tidak termasuk dalam maksud s. 38(1)(a) Akta Kebangkrapan 1967 .
Diatas pendapat Pegawai Pemegang Harta itu saya rasa adalah perlu untuk saya merujuk dan mengkaji kandungan s. 38(1)(a) Akta Kebangkrapan 1967 untuk menentukan samada plaintif perlu mendapat kebenaran daripada Pegawai
Pemegang Harta untuk memulakan tindakan ini. Seksyen itu berbunyi seperti berikut:
38. where a bankrupt has not obtained his discharge -
(a) the bankrupt shall be incompetent to maintain any action (other than action for damages in respect of injury to his person) without the previous sanction of the Official Assignee.
Dari kandungan s. 38(1)(a) ini, tindakan yang dikecualikan daripada mendapat sanksi daripada Pegawai Pemegang Harta ialah "action for damages in respect of injury to his person" sahaja. Soal yang perlu dipertimbangkan ialah samada tindakan yang dibawa oleh plaintif didalam kes ini termasuk didalam perkara yang dikecualikan di bawah s. 38(1)(a) itu. Tuntutan plaintif antara lain ialah untuk satu pengisytiharan bahawa Sultan Negeri Kelantan sekarang adalah tidak sah dan plaintiflah orang yang sah menjadi Sultan Negeri Kelantan dan defendan-defendan diarah untuk menabalkan dan memasyhurkan plaintif sebagai Sultan Negeri Kelantan. Pada pendapat saya tuntutan yang sebegini rupa bukanlah satu tindakan gantirugi "in respect of injury to his person". Tindakan plaintif ini, jika berjaya, akan dengan serta merta mengubah corak hidup plaintif, bukan sahaja dan segi kewangan dan status tetapi juga akan menggugat kedudukan Sultan Negeri Kelantan sekarang. Berpandukan kepada tuntutan itu adalah tidak benar sama sekali bagi Pegawai Pemegang Harta didalam suratnya memberi pendapat bahawa tindakan plaintif itu tidak melibatkan harta bankrap.
Diatas sebab-sebab yang saya nyatakan diatas saya berpendapat bahawa plaintif perlu mendapat sanksi daripada Pegawai Pemegang Harta untuk memulakan tindakan beliau ini oleh kerana tindakannya itu tidak boleh dikecualikan daripada maksud s. 38(1)(a) Akta Kebankrapan 1967 . Surat yang dikemukakan oleh plaintif itu bukanlah satu sanksi yang dimaksudkan. Ini bererti tindakan plaintif ini telah dimulakan oleh beliau tanpa sanksi daripada Pegawai Pemegang Harta. Diatas ketiadaan sanksi daripada pegawai pemegang harta itu tindakan plaintif ini adalah tidak sah. Diatas alasan ini sahaja permohonan defendan-defendan wajar dibenarkan.
Mengenai alasan kedua defendan-defendan pula pihak defendan-defendan telah menghujahkan bahawa mahkamah ini tiada bidangkuasa untuk memutuskan tuntutan plaintif, berpandukan kepada peruntukan Art. 71(1) Perlembagaan Persekutuan dan dibaca bersama dengan Art. VI (Bahagian Kedua) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
Artikel 71(1) Perlembagaan Persekutuan berbunyi seperti berikut:
71(1)The Federation shall guarantee the right of a Ruler of a State to succeed and to hold, enjoy and exercise the constitutional rights and privileges
of the Ruler of the State in accordance with the Constitution of that State; but any dispute as to the title to the succession as Ruler of any State shall be determined solely by such authorities and in such manner as may be provided by the Constitution of that State.
Artikel VI (Bahagian Kedua) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan pula berbunyi seperti berikut:
VI. No person shall succeed to the throne and sovereignty of Kelantan unless his succession has been confirmed by the Council of Succession.
Mengikut peruntukan Art. 71(1) Perlembagaan Persekutuan soal pewarisan Raja Negeri Kelantan hendaklah mengikut kuasa yang ditentukan dengan mutlak sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri tersebut. Artikel VI (Bahagian Kedua) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengatakan pewarisan Raja hendaklah disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan (Council of Succession).
Isu yang sama telahpun dibincangkan dengan terperincinya didalam kes Dato Menteri Othman bin Baginda & Anor v. Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus [1981] 1 MLJ 29 dimana plaintif/responden telah memohon kepada mahkamah untuk satu deklarasi bahawa perlantikan Dato Undang Luak Jelebu oleh defendan pertama adalah tidak sah dari segi adat istiadat orang Melayu Luak Jelebu. Kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan itu telah memberi penghakiman mereka masing-masing mengenai samada mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk membuat keputusan terhadap isu itu. Saya rasa memadailah jika saya cuma menyatakan disini keputusan Raja Azlan Shah Ag LP (ianya pada masa itu) yang berbunyi:
This Court, being the highest Court in the land in constitutional matters should take the occasion to reaffirm expressly, unequivocably and unanimously the constitutional position of the Ruler in matters of succession including the election of the Undang and to hold that it is non-justiciable. Here is something basic to our system of Government: the importance of holding it far transcends the significance of any particular case. The Dewan in this case blessed the appointment of the 15th Undang of Jelebu and for Judges at first instance or an appeal to pre-empt its function is for Courts to usurp the function of the Dewan, and apart from this, the Dewan is a far more suitable forum for discharging the function than a panel of five judges.
It is open to Court in this country to refuse a remedy on the ground that it is forum non conveniens. This doctrine is that a Court may decline to exercise jurisdiction on the ground that another body would be more appropriate.
Keadaan kes sekarang adalah sama seperti kes Dato Menteri Othman Bin Baginda (diatas). Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah memberi kuasa kepada Majlis Perajaan Negeri Kelantan untuk membuat pengesahan diatas siapa yang layak mewarisi Kerajaan Kelantan. Sultan Kelantan sekarang telah dilantik dan disahkan oleh Majlis Perajaan Kelantan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan. Keputusan Majlis Perajaan Kelantan adalah mutlak dan tidak wajar dipertikaikan di mahkamah. Mahkamah ini terpaksa patuh dengan keputusan Mahkamah Agong di dalam kes Dato Menteri Othman Bin Baginda (diatas). Oleh itu adalah tidak wajar bagi mahkamah ini mencuba untuk mengambil alih tugas Majlis Perajaan Negeri Kelantan, iaitu badan yang diberi kuasa untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.
Berkaitan dengan isu bidangkuasa ini peguam plaintif telah menimbulkan satu isu iaitu memandangkan defendan-defendan tidak memfailkan kehadiran bersyarat maka defendan-defendan hendaklah dianggap sebagai telah mempersetujui bahawa mahkamah ini mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan plaintif ini. Dan defendan-defendan adalah dihalang daripada membuat permohonan untuk mengetepikan tindakan plaintif diatas alasan mahkamah tidak ada bidangkuasa. Sebagai menyokong hujahan plaintif itu, peguam plaintif telah merujuk kepada satu keputusan kes Singapura The "Avro International" The Adventure "Avro International" (Owners of) v. Arabian Marine Bankers Sales Co Ltd & Anor [1981] 1 MLJ 147 dimana Lai Kew Chai J berkata:
The effect of entering an unconditional appearance is two fold: (1) it waives any irregularity of the writ or its service, and (2) the defendant is considered to have submitted to the jurisdiction of the Court.
Didalam kes yang sama Justice Lai Kew Chai, bagaimanapun, telah terus mengatakan:
The one exception to the general effect of an unconditional appearance is the situation where a court under any written law lacks jurisdiction to entertain the claim at all as in Wilkinson v. Barking. There, the defendant was allowed to assert the want of jurisdiction of the court although he had entered an unconditional appearance because a statutory tribunal and not the court was vested with the jurisdiction to entertain the claims of superannuation such as the one asserted by the plaintif.
An exception to the effect of an unconditional appearance was made in this case because the court would otherwise have entertained the claim contrary to law.
Didalam kes Wilkinson v. Barking Corporation[1948] 1 KB 721 pengecualian yang disebut oleh Justice Lai Kew Chai itu telah diterangkan dengan jelasnya oleh Asquith LJ seperti berikut:
No act of the parties can create in the courts a jurisdiction which Parliament has said shall vest, not in the courts, but exclusively in some other body. Nor again can a party submit to, so as to make effective, a jurisdiction which does not exist: which is perhaps another way of saying the same. The argument we are here rejecting seems to be based on a confusion between two distinct kinds of jurisdiction. The Supreme Court may, by statute, lack jurisdiction to deal with a particular matter ... but it has jurisdiction to decide whether or not it has jurisdiction to deal with such matter.
By entering an unconditional appearance a litigant submits to the second of these jurisdictions (which exists) but not to the first (which does not exist). We are not here concerned with irregularity in the service or issue of the writ which raises other considerations which are here quite out of place.
Asquith LJ telah dengan jelas menerangkan bahawa ada dua jenis bidangkuasa iaitu:
(i) dimana bidangkuasa yang tidak lagi wujud dan yang telah diambil alih oleh satu badan lain melalui statut; dan
(ii) satu bidangkuasa yang wujud iaitu kuasa bagi menentukan samada mahkamah itu ada bidangkuasa memutuskan sesuatu perkara. Dengan memasukkan kehadiran tanpa bersyarat defendan cuma bersetuju dengan bidangkuasa yang kedua, yang wujud tetapi tidak bersetuju dengan bidangkuasa mahkamah yang pertama kerana defendan tidak berupaya untuk membuat apa-apa persetujuan mengenai bidangkuasa mahkamah yang tidak wujud.
Begitu juga keadaan kes sekarang ini. Bidangkuasa mahkamah yang pertama telah melalui Art. 71(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama dengan Art. VI (Bahagian Kedua) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan telah diambil alih oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Oleh itu soal persetujuan defendan-defendan kerana memasukkan kehadiran tanpa bersyarat tidak timbul kerana defendan-defendan tidak boleh bersetuju kepada bidangkuasa mahkamah yang tidak wujud. Apa yang masih wujud ialah bidangkuasa yang kedua iaitu bidangkuasa untuk memutuskan samada mahkamah ini mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan plaintif. Diatas alasan-alasan yang dinyatakan diatas isu yang ditimbulkan oleh peguam plaintif tidak berasas.
Setelah menimbangkan keseluruhan permohonan defendan-defendan saya berpendapat alasan kedua permohonan defendan-defendan adalah bermerit. Oleh itu saya memutuskan bahawa mahkamah ini tidak ada bidangkuasa untuk mendengar tuntutan plaintif oleh kerana bidangkuasa itu telah diambilalih oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
Diatas alasan-alasan yang dinyatakan diatas permohonan defendan-defendan (Kandungan 11) adalah diluluskan dengan kos dan tindakan plaintif adalah dibatalkan.

Pelajar Cina dapat A dalam Tasawwur Islam

KUALA TERENGGANU 23 Mac - Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini.

Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

"Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini. Katanya, beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.

Yujing dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam. - Bernama

Sultan Ismail Petra-Cik Elia Suhana


Tahun 2007
Mengumpul gambar-gambar keluarga diraja memang jadi hobi saya sejak dari zaman belasan tahun lagi.Biasanya saya akan gunting dan lekatkan di kertas lukisan.Bila dah banyak saya akan jilid untuk dijadikan buku! Tapi itu cara lama........Ini koleksi untuk hari ini!