Saksi yang adil yang dinyatakan di sini bermaksud 4 orang saksi yang tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dalam melakukan dosa-dosa kecil.
Perkara ini telah dijelaskan oleh ALLAH S.W.T di dalam Surah An-Nur ayat 4 hingga 5 di didalam Kitab Suci Al-Quran - iaitu kitab yang wajid diikuti dan diamalkan akan segala perintah di dalamnya oleh sekelian umat manusia yang mengaku sebagai orang yang menganut agama Islam termasuklah ahli UMNO.
Sebagai orang yang mengaku orang Islam, perintah atau hukuman ini WAJIB diikuti dan tidak boleh ditakwil-takwil lagi kerana ia adalah perintah ALLAH.
Jika gagal membawa 4 orang saksi yang adil yang melihat sendiri dengan jelas perlakuan zina itu ( alat kelamin lelaki masuk ke dalam alat kelamin wanita ), maka pemerintah Islam hendaklah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebatan ke atas orang yang menuduh. Kita tidak perlu lagi teraba-teraba mencari penyelesaian terhadap isu ini yang kini berlaku di negara kita kerana segala-galanya telah diterangkan dengan jelas dan nyata oleh ALLAH S.W.T sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu.
Masalahnya sekarang, yang menjadi kerumitan kepada sebahagian besar umat Islam di Malaysia dalam isu ini ialah mereka semua tidak membaca Al-Quran, tidak memahami Al-Quran atau sengaja tidak mahu beramal dengan Al-Quran. Yang menjadi penduan dan rujukan sebahagian besar umat Islam di Malaysia hari ini termasuklah majoriti ahli-ahli UMNO yang kerap mahu melakukan sumpah laknat ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Harian Metro, Kosmo, New Strait Times, dan segala akhbar yang sewaktu dengannya. Semua media inilah yang menjadi kitab rujukan yang menggantikan Al-Quan dalam kehidupan mereka.
Sebab itulah mereka ini suka sangat melakukan sumpah laknat untuk membenarkan dakwaan dan tuduhan mereka. Sikit-sikit nak bersumpah laknat. Maka sibuklah pergi ke Masjid nak melakukan sumpah laknat sedangkan masa sembahyang berjemaah lima waktu setiap hari dan setiap malam selepas solat Maghrib atau Isyak ketika tuan-tuan guru, alim ulamak dan ustaz menyampaikan pengajian Fardhu Ain tentang hukum-hukum Islam, tentang Halal - Haram, Tentang Sah Batal, tentang muamalat, tentang Syariat Islam dan segala macam yang menjadi fardhu ain yang WAJIB dipelajari, mereka ini tidak pernah hadir. Sementara orang-orang Islam yang beriman hadir ke masjid untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah, tetapi manusia-manusia bangsat dan munafiq ini datang ke masjid hanya untuk melakukan sumpah laknat. Maka hari ini seringkali kita lihat fenomena ini sudah menjadi satu trend di zaman "Perdana Menteri Seluar Dalam" ini.
Allah S.W.T tidak memerintahkan orang yang menuduh zina ke atas orang lain untuk membawa saksi atau bukti dalam bentuk video, gambar atau filem bagi tujuan membenarkan tuduhan mereka tetapi saksi yang perlu dibawa ialah saksi dalam bentuk manusia yang adil yang melihat sendiri perlakuan zina itu dengan jelas. Allah Taala Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Islam sudahpun memberitahu bahawa bukti seperti gambar dan video boleh dicipta atau dimanipulasikan. 55 tahun dahulu kita melihat sendiri P.Ramlee pernah memarahi dan menampar P.Ramlee dalam Filem Anakku Sazali. Bukankah dalam "Anakku Sazali" ada dua P.Ramlee. Filem Melayu yang ditayangkan buat pertama kalinya itu dalam bulan Oktober 1956 sudahpun memberitahu kita bahawa filem boleh dimanipulasikan.
Kepada semua ahli-ahli UMNO yang masih jahil, pemberita-pemberita bodoh dan talibarut yang bersubahat dengan kebatilan, lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin dan menteri UMNO dan BN yang beragama Islam yang masih tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai Kitab panduan hidup, berhentilah menjadikan TV dan Surat Khabar sebagai kitab rujukan dan kembalilah kepada Al-Quran kalau mahu selamat di akhirat. Tetapi jika anda mahu menjadi penghuni neraka buat selama-lamanya itu terpulanglah kepada anda. Kalau anda merasa terlalu hebat dapat melawan azab siksa ALLAH Taala kerana kononnya mempunyai kuasa politik dan wang yang banyak seperti yang boleh anda taburkan berjuta-juta ringgit semasa pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, maka silakanlah taburkan pula wang berjuta-juta itu kepada malaikat-malaikat di padang mahsyar jika anda percaya semua malaikat itu boleh makan rasuah.
Untuk itu saya bawakan di sini Kuliah Penuh Tafsiran Surah An-Nur dalam 4 siri untuk menjadi renungan dan panduan. Selebihnya, setelah menyaksikan kuliah ini, terserahlah kepada anda samada untuk merenungi dan mengakui kebenarannya kerana sumbernya adalah dari Al-Quran, atau terus menjadikan kitab-kitab dan media Yahudi & Nasrani sebagai buku dan sumber panduan hidup anda di dunia ini. Nauzubillah himin zaalik!
Link Terus ke Youtube:-
Bahagian 1:-
Bahagian 2:-
Bahagian 3:-
Bahagian 4:-