Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Rabu, Ogos 31, 2011

Tahun Melawat Kelantan 2012




KOTA BHARU, 19 Julai: Kelantan sekali lagi akan menganjurkan program Tahun Melawat Kelantan pada 2012 sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong.
Kali terakir program Tahun Melawat Kelantan (TMK) diadakan pada 2008.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada Tahun Melawat Kelantan 2008 bilangan pelancong yang datang hampir enam juta.
“Tahun hadapan akan adakan lagi Tahun Melawat Kelantan dengan mensasar kedatangan pelancong lebih ramai melalui kerjasama pelbagai pihak,” katanya di sini.
Baru-baru ini kerajaan negeri menganjur Karnival Seni Budaya Kelantan  bertemakan ’Seni Disanjung, Budaya Dikendong, Syariat Dijunjung’ di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.
Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Takiyuddin juga berkata, Kelantan mensasar seramai 5.8 juta pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Serambi Mekah tahun ini.
Katanya, sehingga April lalu seramai dua juta pelancong mengunjungi Kelantan.
Manakala tahun lalu seramai 5.3 juta pelancong tempatan dan asing berkunjung ke negeri ini.
Sementara itu, Ahmad berharap penggiat seni dan budaya Kelantan perlu menggerakkan bidang berkenaan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.
“Tiada erti kalau seni dan budaya yang diperjuangkan tetapi di akhirat kelak mendapat balasan dosa,” ujarnya.
Oleh itu maghilah kita semua penduduk Malaysia khususnya penduduk Negeri Kelantan menyokong Tahun Melawat Kelantan 2012. Saya berharap agar lebih ramai lagi pelancong tempatan dan asing mengunjungi Negeri Serambi Mekah ini.Amin

Selasa, Ogos 30, 2011

Terry Holdbrooks, Memeluk Islam Di Kem Guantanamo


"Seorang tentera AS, Terry Holdbrooks baru enam bulan menjalankan tugas di kem penjara Guantanamo, Cuba. Seperti warden penjara yang lain, tugasnya adalah menjaga dan mengawasi para tahanan, bersama-sama menyoal siasat tawanan, menyelia dan mengawal tahanan supaya tidak berhubungan antara satu sama lain. Tetapi pada malam itu, awal tahun 2004, Holdbrooks yang sedang bertugas pada shift malam, merasakan malam berlalu dengan begitu perlahan dan membosankan. Tetapi tiada siapa yang menduga bahawa malam itu menjadi malam bersejarah untuk dirinya.

Untuk menghilangkan rasa bosan selepas meronda dan memeriksa seluruh sel, Holdbrooks berbual-bual dengan seorang tahanan berbangsa Maghribi yang dikenali dengan gelaran "Jeneral". Meskipun baru enam bulan bertugas di kem Guantanamo, Holdbrooks telah menjalinkan hubungan persahabatan yang erat dengan "Jeneral" yang nama asalnya ialah Ahmed Errachidi.
Perbincangannya dengan Errachidi pada malam itu membuat Holdbrooks merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kem penjara Guantanamo. Selepas itu Holdbrooks kerap memesan buku-buku tentang Arab dan Islam untuk dibacanya.

Pada malam yang lain, Holdbrook kembali berbincang dengan "Jeneral". Kali ini mengenai kalimat syahadat dalam Islam, sebagai langkah membawa dirinya menjadi seorang seorang Muslim. Malam itu, Holdbrooks memberikan pen dan sekeping kad melalui celah jeriji penjara dan meminta "Jeneral" untuk menulis kalimat syahadat dalam bahasa Arab dan maksudnya dalam Bahasa Inggeris. Holdbrooks kemudiannya membaca kalimat syahadat di hadapan Jeneral. Pada masa itulah, di lorong penjara kem Delta di Guantanamo, Holdbrooks menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 2005, Holdbrooks meninggalkan bidang ketenteraan. Dalam temubualnya bersama dengan Newsweek, beliau dan beberapa bekas warden penjara kem Guantanamo mengakui akan kekerasan dan penyiksaan yang berlaku terhadap para tahanan di kem tersebut. Namun di sebalik itu, dia juga mendedahkan adanya hubungan yang baik antara beberapa orang warden dengan para tahanan. Mereka sering berbincang tentang politik, agama dan juga muzik. Perkara itu diakui oleh Errachidi yang mendiami kem Guantanamo selama lima tahun dan telah dibebaskan pada tahun 2007.


Kekejaman di Kem Guantanamo

"Para tahanan biasanya berbual dengan warden-warden yang menunjukkan sikap hormat terhadap para tahanan. Kami berbincang dan berbual tentang apa saja," kata Errachidi dalam email yang dikirimnya dari Maghribi ke majalah newsweek untuk menguatkan keterangan Holdbrooks.

Terry Holdbrooks berasal dari keluarga yang bermasalah. Beliau membesar di Phoenix bersama-sama dengan kedua orang tuanya yang ketagihan dadah. Holdbrooks adalah seorang yang ketagihkan minuman keras sebelum menyertai ketenteraan AS pada tahun 2002. Menurut TJ (panggilang mesra Holdbrooks), dia memutuskan untuk memasuki bidang ketenteraan kerana tidak mahu hidupnya seperti orang tuanya.

Holdbrooks merupakan seorang anak muda yang sering  membuat keputusan mengikut kata hati dan sedang mencari kedamaian dalam jiwanya. Seumur hidupnya, dia jarang berfikir tentang agama. Tanpa disangka, di kem Guatanamo, beliau berkawan dengan seorang tahanan yang sangat taat terhadap ajaran agamanya. "Ramai orang Amerika yang tidak peduli lagi dengan Tuhan. Tetapi di tempat seperti ini, (kem Guatanamo) para tahanan sangat taat menunaikan solat," kata TJ.



Tahanan menunaikan solat

Ketika Holdbrooks menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, "Jeneral" Errachidi mengingatkannya bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah keputusan yang sangat serius, apatahlagi Holdbrooks bertugas di kem Guantanamo. "Errachidi ingin memastikan bahawa saya betul-betul faham apa yang saya katakan," kata Holdbrooks. Namun dia tetap memutuskan menjadi seorang Muslim. Keislamannya hanya diketahui oleh dua orang rakan sebilik Holdbrooks.

Tentera yang bertugas di sana mula mencium adanya perubahan pada Holdbrooks kerana mereka mendengar para tahanan memanggil Holdbrook dengan nama "Mustapha" dan melihat Holdbrooks dengan terang-terangan belajar bahasa Arab. Pada suatu malam, ketua warden memanggil Holdbrooks ke suatu tempat, di mana sudah ada lima warden lain yang menunggunya. "Mereka berteriak pada saya dan bertanya adakah saya seorang pengkhianat, adakah saya telah menjadi muslim," tutur Holdbrooks. Dan malam itu, ketua warden dan warden-warden penjara yang berada di situ telah memukulnya.

Disebabkan kejadian itu, Holdbrooks telah dipindahkan ke Ford Leonard Wood. Tetapi beberapa bulan selepas itu, dia menerima surat pemberhentian secara hormat dari ketenteraan, iaitu dua tahun sebelum kontraknya dengan ketenteraan berakhir. Pihak tentera AS tidak memberikan sebarang alasan ataupun penjelasan di atas "pemecatan" nya itu.


TJ kembali ke Phoenix dan kembali kepada rutin lamany (meminum minuman keras). Dia juga menceraikan isterinya. Ketagihan alkohol ini akhirnya membawa Holdbrooks ke hospital. Tanpa diduga, Holdbrooks bertemu kembali dengan Errachidi. Dua sahabat ini saling berkirim email dan menyambung kembali persahabatan yang terputus sekian lama.

Holdbrooks yang kini berusia 27 tahun, telah berjaya menamatkan ketagihan alkohol. Beliau juga telah bekerja sebagai perunding pendaftaran di Universiti Phoenix. Berhampiran universiti ini, terdapat sebuah masjid yang sekaligus menjadi pusat kegiatan Islam, Tempe Islamic Center. Holdbrooks kerap kali datang ke masjid itu untuk menunaikan solat berjemaah.

Ketika imam masjid Tempe Islamic Center, Amr Elsamny memperkenalkan Holdbrooks kepada seluruh jamaah dan menjelaskan bahawa Holdbrooks memeluk Islam sewaktu bertugas di kem Guantanamo, para jamaah berebut-rebut untuk bersalam dengan Holdbrooks.

Holdbrooks kini menjalankan ajaran Islam dengan taat. Bekas luka panjang di dahinya, hampir tidak kelihatan kerana tertutup dengan kopiah yang selalu dipakai. 

"Saya selalu berfikir bahawa kem penjara Guantanamo dijaga oleh tentera-tentera yang bengis dan kejam. Saya tidak pernah berfikir bahawa ada tentera seperti TJ" komen Imam Amr Elsamny mengenai peribadi Holdbrooks.

Al-Kisah golongan anti-tazkirah dengan Maharaja China


"Pada pandangan ana, Ramadhan tahun ini nampak berbeza daripada ramadhan-ramadhan sebelum ini. Pelik dan Takjub. Ramadhan tahun ini ana lihat bilangan jemaah 'terawih' tidak seperti dahulu.

Dulu-dulu di kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau di Selangor, pada awal Ramadhan, masya'allah ramai jemaah. Sampai terpaksa buat khemah di luar. Siap kena agihkan tikar sholat tambahan. Tetapi, semakin minggu berlalu, minggu demi minggu semakin berkurangan jemaah. Hingga lahpada pengakhiran minggu ke-4. Tinggal tak sampai 1 saf.

Bak kata ustaz-ustaz. Jemaah Terawih ni, seumpama 'kahwin' jugak. 1, banyak-banyak... 2, sikit-sikit... 3, jarang-jarang dan 4, kadang-kadang...
Pada Ramadhan kali ini, sehingga malam 28 Ramadhan, nampak berbeza sekali. Tidak seperti teka-teki yang diberi kepada Pak Nujum Belalang. Apakah ramuan dan rahsia Sholat Terawih pada tahun ini?
Hah ini lah perlu Jabatan-jabatan agama dan kerja senator JPM yang dilantik tu, untuk siasat dan buat kerja mereka. Boleh dapat tesis sekurang-kurangnya Sarjan, insya'allah.
Disini ingin ana cerita sebuah kisah ikhtibar, yang ana perolehi daripada salah satu malam Ramdhan ini jugak. Ianya agak sesuai dengan tajuk perbincangan ana ini, ada siasat menyiasat, ada satu golongan yang tidak suka, dan ada pihak berkuasa.
Dimasa dahulu, semasa zaman pemerintahan seorang maharaja China yang terkenal (ana lupa namanya), terdapat lah sebuah masjid mengadakan sessi tazkirah pada setiap malam.
Nak jadi cerita, ada juga segolongan manusia yang tidak suka akan tazkirah ini, lalu cuba menimbulkan fitnah dan melaporkan kepada maharaja bahawa tazkirah dimasjid itu adalah satu ancaman kepada maharaja. Didalam tazkirah itu, para jemaah telah diseru untuk memberontak menentang maharaja.
Maka, maharaja sendiri telah turun padang, menyamar sebagai salah seorang jemaah masjid tersebut dan telah turun mendengar tazkirah yang disampaikan selama beberapa malam.
Nak jadi cerita, pada satu malam, apabila penceramah mengajukan soalan sekiranya ada sebarang pertanyaan, maka bangunlah maharaja tersebut dan menyatakan bahawa beliau adalah maharaja China.
Terkejut semua para jemaah dan takut. Maka diperlawa maharaja kedepan mimbar untuk menyampaikan titah. Maka maharaja kedepan dan menyampaikan titahnya. Berikut adalah titahnya (lebih kurang).
"Selama beberapa malam ini, beta telah menyamar sebagai jemaah ke masjid ini, kerana beta telah menerima aduan bahawa program tazkirah yang di buat di masjid ini, telah disalah guna untuk mencetuskan pemberontakkan kepada beta. Tetapi, setalah mendengar tazkirah-tazkirah yang disampaikan, beta amat terharu dan suka. Kerana tazkirah itu adalah baik, menyeru rakyat untuk melakukan amal mulia, berusaha, taat kepada tuhan dan sebagainya. Maka dengan ini, beta titahkan. Sesiapa yang menabur fitnah keatas masjid ini. Mereka akan dipancung".
Masya'allah. Betapa hebatnya maharaja china tersebut. Tidak percaya kepada cerita-cerita dari mulut orang lain, dan mahukan kebenaran dan kepastiaan dengan dirinya sendiri. Masih adakah pemerintah sebegini di dunia? ataupun di Malaysia ini? Beliau mencontohi Rasulullah dan Para sahabat, walaupun bukan muslim.
Tak salah juga bila salah seorang ulamak berkata (lebih kurang), "Di bumi Islam, saya nampak ramai MUSLIM, tetapi di negara barat, saya nampak ISLAM". Masya'allah, benar lah apa yang dikatakan. Di bumi islam seperti Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab dan lain-lain. Memang kita nampak ramai orang Islam, tetapi di negara Barat, kita tengok, negara itu lebih islami, iaitu mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam. Di negara Islam, RASUAH, kebersihan alam sekitar, semangat kerjasama, hormat menghormati, melaporkan berita FITNAH dll dianggap REMEH. Tetapi kita tengok apa yang dibuat di negara BARAT. Berani mereka MERASUAH, berani mereka mengamalkan KRONISMA dll.
Berbalik kepada kisah tadi, dapat lah dirumuskan peranan kita dan pemerintah dalam beberapa perkara yang ana sampaikan diatas amatlah penting. Jangan bertindak sebelum PASTI kebenarannya dan ikutilah ajaran dan suruhan Rasullullah dan para sahabat. 
Kelebihan negara islam adalah kita memiliki IMAN, manakala negara Barat memiliki AKHLAK yang baik. Sekiranya negara Islam memiliki kedua-duanya, IMAN dan AKHLAK sempurna, Pasti negara Islam bakal menjadi CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.
Berbalik kepada misteri Ramadhan kali ini. Apakah rahsia yang menyebabkan jemaah Terawih pada tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya? Rahsianya adalah "TAZKIRAH" . PadaRamadhan kali ini, kerajaan negeri Selangor telah memainkan peranan dengan menggalakkan masjod-masjid dan surau-surau untuk mengadakan Tazkirah. 
Pada permulaannya memang ada segolongan yang ANTI-TAZKIRAH ini, tetapi lama kelamaan, setelah mendengar Tazkirah yang disampaikan. Makin sejuk hati dan makin rapat dan kerap mengunjungi rumah Allah. Alhamdulillah. Tambahan pula majlis-majlis ILMU ini, para penceramahnya hebat-hebat belaka.
Moga-moga, majlis ILMU seumpama ini diteruskan, bukan sahaja dibulan Ramadhan sahaja, malahan di bulan-bulan lain, dan moga-moga ianya menjadik ikutan, pada negeri-negeri lain. Insya'allah.
Dengan ini ana ingin akhiri pandangan ana yang tak seberapa ini dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan dengan sepenuh jiwa. Bak kata ustaz, "Seperti Ramadhan terakhir kamu", dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang beragama Islam, dan selamat bercuti panjang bagi yang beragama lain, semoga kita bertemu lagi di Ramadhan tahun depan, insya'allah. Maaf zahir batin. "Taqabarallahhu minna wa minkum".

Mesti tahu siapa Sir Henry Gurney


Menjelang Hari Kemerdekaan ini, banyak timbul isu yang berkaitan dengan sejarah negara. Jika dahulu dengan kekurangan media alternatif dan kejahilan Ummah, kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan di dalam Buku Tawarikh maupun Buku Sejarah. Tiada masa berfikir di luar kotak.

Kini masa telah berubah. Anak-anak muda yang berjiwa panas, gelora, ingin tahu, berfikir di luar kotak mula mencari "sesuatu yang berkurangan" dalam pengkisahan sejarah negara.

Sejarah adalah peristiwa lampau yang memberi pengajaran untuk generasi mendatang. Jika sejarah itu disonsangkan dan diselewengkan, kita bakal "di maki hamun" bahkan mungkin kubur kita bakal "di kencingkan" oleh generasi mendatang!

Tahun 70an, buku Tawarikh(Sejarah) sekolah rendah ada menceritakan tentang Kamal Artatturk. Beliau digambarkan sebagai seorang yang membawa perubahan moden kepada Turki. Digambarkan juga bagaimana beliau "menghapuskan kejumudan" orang Turki seperti mengharamkan tudung untuk wanita Turki dan meperkenalkan topi menggantikan kopiah. Manakala Sultan Abd Hamid dan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai Kerajaan zalim dan mundur.

Begitu berkesan cara pengajaran sejarah ketika itu hinggakan pelajar Islam Malaysia menganggap Kamal Artatturk perwira Islam Turki.

Kisah Kamal Artatturk itu diceritakan dalam Buku Tawarikh(Sejarah) di sekolah-sekolah dalam negara kita dalam keadaan kita sudah merdeka.

Tidak dapat digambarkan bagaimanakah kisah-kisah Haji Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Antanom dan Dato Maharaja Lela dikisahkan dalam buku sejarah semasa penjajahan Inggeris. Sudah pasti mereka semua dilabelkan sebagai penderhaka kepada raja, pengganas, pembunuh dan penentang kerajaan.

Awal tahun 80an, barulah kisah mereka semua "dipulihkan" dalam buku Sejarah sekolah setelah puluhan tahun perjuangan mereka di hina dan "di kaburkan" oleh kita sendiri.

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Saya berharap pada guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Umno pejuang kemerdekaan sebenar??? Kah..Kah..Kah

Hari hari maut United Malays National Organisation semakin dekat. Parti yang didirikan atas sokongan penjajah British pada tahun 1946 dahulu ini semakin malap cahaya sokongan dari orang ramai. Nafasnya semakin terdesak.

United Malays National Oganisation ditubuh, dilonjak dan dijaga oleh British. Parti ini diperlukan untuk dijadikan barua oleh British kerana pada ketika itu (1948), penjajah British sedang menghadapi Perang Rakyat.

Perang Rakyat adalah perjuangan angkat senjata yang di terajui oleh pakatan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Hisbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan berbelas-belas lagi kumpulan patriotik yang anti-British.

Para patriot tanahair dari semua bangsa telah bangun bermandi darah dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Ini sejarah gilang gemilang rakyat negara kita yang terus dibohongi oleh United Malays National Organisation. Kita diberi tahu bahawa negara kita merdeka tanpa pertumpahan darah.

Ini bohong. Pergi ke hadapan Dewan Bahasa Pustaka dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Taiping dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Lubuk Kawah dan tanya berapa ratus anak muda Melayu yang masuk hutan. Pergi ke Behrang Selangor dan tanya berapa banyak anak muda Melayu yang ke hutan mengangkat senjata.

Nama nama seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Chin Peng, Ishak Haji Muhamad, Wahi Anwar, Abdullah Sidi, Rashid Maidin, Abu Samah adalah para nasionalis dan para patiotik yang telah bangun menentang penjajah British.

KMM ada parti politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu dengan garis politik nasionalis yang menolak semua bentuk sifat perkauman dan sifat rasis keMelayuan. KMM adalah parti politik awal yang melaungkan slogan Ketuanan Rakyat. KMM juga adalah parti politik yang pertama melaungkan MERDEKA. Ini sebelum United Malays National Organisation berani menuntut merdeka dari tuannya – penajah British.

Apabila penjajah British kalah maka British telah memunculkan apa yang kita ketahui sebagai United Malays National Organisation. Nama parti ini higga ke hari ini masih lagi dalam bahasa Inggeris – United Malays National Organisation – ini kerana parti ini adalah parti yang telah dijadikan barua oleh British.

Selama 50 tahun orang Melayu telah dibodohkan oleh United Malays National Organisation. Peranan dan proses pembodohan ini telah dilakukan melalui akhbar, media dan sekolah. Lihatlah betapa bodohnya penyokong-penyokong United Malays National Oganisation.

Mereka menjerit-jerit sebagai berjuang untuk Melayu. Tanya pada mereka kenapa nama parti mereka dipanggil United Malays national Organisation. Kenapa TIDAK pakai nama Melayu?

Tanya ini dahulu.

http//tukartiub.blogspot.com   

Armageddon suatu kebenaran yang jelas


Sejak berabad-abad lamanya, di dalam kitab-kitab tua, ramalan-ramalan, mitos-mitos purba dan cerita-cerita dari mulut ke mulut, terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME', 'STAR WARS', 'APOCALYPSE', 'THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya. Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON.

Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang. Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'(Revelation) 16:16,

"Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon"
Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:

-Perang besar dan perang penghancuran
-Perang universal yang berstrategi
-Perang yang dirancang dan dinantikan
-Perang yang amat dekat kemunculannya
-Perang antarabangsa
-Perang yang amat dasyat dalam sejarah
-Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.

Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:

1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit
2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.

Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?

Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam tetapi ingin fokus kepada dua peristiwa ini,Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke Atas Gaza.Terdapat sebuah hadis yang menakjubkan yang mengungkap peristiwa ini jelas sama seperti yang berlaku kini.Hadis Rasullullah s.a.w:

"Hampir saja tidak boleh dibawa makanan ke negeri Irak secupak(qafizh) makanan atau sebuah dirham.Kami(sahabat) bertanya,"Siapakah yang melakukan itu ya Rasullullah ? Baginda menjawab "Orang-orang ajam(non arab)".Kemudian baginda berkata : "Hampir saja tidak dibawa makanan atau sebuah dinar kepada penduduk Syam(Palestin, Syria ,Lebanon,Jordan dan sekitarnya) kemudian sahabat bertanya "siapa yang melakukan itu ya Rasulullah ? " orang orang RUM (Amerika-Eropah)"

Sesungguhnya ini adalah hadis yang amat menakjubkan yang benar-benar menjelaskan urutan situasi sekarang menjurus kepada peristiwa Armageddon. Israel telah berjaya melobi Amerika dan sekutu Eropahnya supaya menutup laluan penyeludup bawah tanah di mana melalui laluan tersebutlah orang-orang Palestin bergantung harap bantuan makanan dan keperluan lain.Satu berita yang menggemparkan dari Gaza ialah,ada penduduk sebuah kawasan di sana telah mula mengutip rumput-rumput di tepi-tepi jalan sebagai sumber makanan.


Dalam istilah moden sekarang,hadis Nabi di atas menerangkan tentang SEKATAN EKONOMI kepada Iraq dan Palestin (Gaza).

Kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi, bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.
"
 

ADUN cina menyertai takbir Raya rumah ke rumah



"IPOH 1 Syawal 1432 ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini. Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir.

Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini yang turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.







"

Majlis Perbandaran Port Dickson tak professional



KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG  
27 OGOS 2011 KESAL FUNGSI MASJID & RUANG KEBAJIKAN DISEMPITKAN DALAM BULAN RAMADHAN 

Bulan Ramadhan 1432 Hijrah yang sedang kita jalani selaku Ummat Islam di Malaysia perlu dilihat sebagai Madrasah Ramadhan atau Bulan Tarbiyyah bagi menyucikan jiwa dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT. Kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang kurniakan.


Seharusnya bulan Ramadhan dijadikan bulan untuk mengeratkan silaturrahim dan menjadi medan ‘Fastabikul Khairat’ ataupun sebagai bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan kebajikan. Melakukan kebajikan merupakan salah satu daripada saranan Allah SWT dalam Al-Quran. Sudah pasti fungsi institusi masjid dan surau adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan ruangan untuk melakukan kebajikan seperti memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadhan. 

Namun yang saya kesalkan ialah terdapat masjid-masjid dan surau-surau yang merupakan Rumah Allah SWT yang telah disempitkan fungsinya dengan  tidak memberikan ruang kepada Ahli Parlimen mahupun pemimpin Pakatan Rakyat untuk bersolat dan memberikan sumbangan kebajikan di Rumah Allah SWT tersebut. Ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak terlibat yang telah menyempitkan ruang melakukan kebajikan di masjid dan surau sempena bulan Ramadhan.
 
Apakah Rumah Allah SWT seperti masjid-masjid dan surau-surau sudah menjadi rumah politik parti tertentu sahaja? Apakah masjid-masjid dan surau-surau hanya menjadi masjid dan surau UMNO/BN sahaja sama ada di Telok Kemang ataupun N. Sembilan? Ini merupakan politik sempit kepartian yang jelas menunjukkan kedangkalan mereka tentang penghayatan Ramadhan sebagai bulan ibadah.
 
Umat Islam umumnya berasa kesal dengan situasi yang berlaku seumpama ini yang langsung tidak mencerminkan semangat ukhwah Ramadhan dan semangat ‘Fastabikul Khairat’ seperti mana yang dianjurkan oleh Al-Quran. Sewajarnya institusi masjid dan surau dibuka luas kepada mana-mana pihak untuk melakukan ibadah dan menyumbangkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan.
 
Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu mengambil langkah-langkah segera bagi menangani fenomena ‘menyempitkan fungsi masjid & surau’.
 
Selain itu, saya juga amat kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam menangani isu kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Saya membantah tindakan MPPD yang telah mencabut dan merampas kain rentang – kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat kononnya tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk menggantung kain rentang tersebut. Namun apa yang dikesalkan ialah terdapat juga kain rentang bagi tujuan yang sama daripada pihak lain tidak pula dicabut dan dirampas oleh pihak MPPD walaupun tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk digantung atau ditampal.
 
Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa majlis perbandaran telah bersikap tidak profesional serta menghalang usaha-usaha oleh Ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam memaknakan Ramadhan sebagai bulan untuk mengukuhkan silaturrahim. Sikap berat sebelah majlis perbandaran seumpama ini tidak wajar berlaku jika MPPD mengambil sikap bertanggungjawab dan menghormati bulan Ramadhan sebagai bulan ukhwah. Sikap negatif yang wujud dalam pentadbiran majlis perbandaran perlu diubah bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadhan.
 
YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang
 "

Komen-komen terhadap tulisan Mat Indera Sebagai Perjuang Kemerdekaan

Mat Indra ternyata seoarng pejuang sama dengan tokoh-tokoh yang lain seperti Rashid Maiden dan Chin Peng..tetapi pengorbanan beliau tidak di hargai oleh masyarakat yang kebanyakan nya mereka menuduh golongan in membabi buta tanpa mencari bukti-bukti bagi mengukuh kan tuduhan Mat Indra adalah seoarng penghianat bangsa....sedang kan aliran beliau juga sama ..ingin memerdekakan negara dari serangan penjajah.............. - Pippo

Askar dan polis kerja dibawah british...maka ianya talibarut penjajahlah. Mereka berjuang untuk kekalkan kuasa penjajah di malaya, oleh itu siapa yang melawan british mereka anggap musuh. Orang melayu kalau diumpan dengan wang cukup senang untuk BELOT dengan bangsanya sendiri. Mat Indera ini dari kacamata saya ianya seorang yang berjiwa merdeka dan ada semangat setia bangsa serta tidak tunduk dengan kemewahan dunia. Orang melayu lain ibarat ayam daging yang digemokkan untuk disembelih oleh penjajah british. Akibat perangai melayu yang tidak tetap pendirian inilah maka hingga sekarang dijajah oleh wakil british ?...UMNO lah ngok. - IATTIB
....
Saya baru membaca apa yg saudara tulis mengenai peribadi abang saya.saya ucapkan berbanyak terima kaseh.

Dia bukan saorang komunis tetapi dia saorang Islam sejati,masuk hutan keran mahu melawan penjajah British yg menjajah kita pada masa itu. - bahrom shah bin indra

....
Kekadangku rase, kerana polis le kite lambat merdeka, mereka digunakan untuk menangkap dan menyiksa pejuang yang berjuang sebenar2nya mempertahankan tanahair. Force 136 seperti cerita sarjan hasan hanya berjuang untuk bebaskan dari Jepun bagi pihak British, setelah Jepun kalah terus balik ke kampung, tiada keinginan untuk memerdekakan tanah air dari penjajah, mentadbir tanah air sendiri.  - AFirdaus
.....
asalamualaikum pada semua pembaca..yer betol apa yg ayah saya katakan(bahrom shah bin Indra)..mat Indra bukan komunis..PEACE  - bahar@din

saya ingin membetulkan ayat jay bond...atuk sy mat indra bkn petualang tetapi dia ingin menentang penjajahan British ke atas tanah melayu...sekian  sy anak kpd bahrom shah(bahar_bts@yahoo.com) 

.....

There are too many spaculations over the net about this particular uncle of mine. I can see uncle Rom and his son here too. Berjuang demi Melayu - itulah arwah. Ramai yg memperkotak katikkan sesuka hati thadap perjuangan beliau. Ramai yang mencemuh dan memaki hamun. Tapi, pernah kah generasi2 baru cuba mendalami isu sebenar pada zaman itu? Generasi skg, hanya mendengar dan membaca. Silap sumber, maka silaplah pemahaman mereka. Cuba lah generasi (bukan merayu, mahu kamu berfikir), letakkan diri kamu di tahun 1948-1952.. Buang segala kemudahan yg ada depan mata, letak diri kamu di dalam sebuah rumah di dalam kebun yg dikelilingi hutan.. Apakah yg kamu boleh buat untuk diri dan bangsa sendiri?? Berjuang tidak semestinya memegang senjata - singkap wikipedia apa itu warfare? Berapa bahagiankah warfare?? Cuba fikirkan. Kamu adalah generasi baru, generasi maju. Malaysia dah maju, anak-anak yg bijak pandai. Propah yg dsebarkan oleh brits dan juga melayu yg tkabur dengan habuan di waktu itu - mjadikan arwah musuh sedangkan perjuangan beliau sama dengan apa yg dperjuangkan oleh Melayu lain. Apa? Kemerdekaan.. Yg mbunuh, bukan beliau. Yg menyiksa rakyat, bukan beliau. Malah beliau sampai di BK selepas BK di serang. Pernah kah kamu tfikir, berapa melayu yg telah arwah selamatkan? Siapakah yg menangis semasa beliau di gantung? Melayu juga.. Kenapa?? Sebab Melayu pada waktu itu, tahu apa yg diperjuangkan beliau. Siapakah yg tersenyum di waktu itu?? Kamu fikirkan lah sendiri..  - UNknow

....

saya org banjar batu pahat..menurut cerita org tua saya..mmg betulla apa yg korg cakap.mat indera bukan komunis  - jamal

...

pokok pangkalnya sekarang adakah Mat Indera seorang komunis?


adakah dia berfahaman komunis?


bukankah dia ahli rejimen ke 10?


bukankah bukan semua ahli rejimen ke 10, malah tiada seorang pun yang terbukti berideologi komunis?


kalau yang politik kiri tu memang hampir semuanya, tapi tak semua yang kiri itu komunis.


ingat, kalau tak kerana British hambat semua pejuang kiri Melayu demi memenangkan puak kanan (baca: bourgeois/bangsawan kanan Melayu) yang akan jadi pak turut British, puak kiri takkan lari masuk ke hutan mendapatkan perlindungan dari PKM.


Orang Melayu Johor waktu tu tak sedoboh Melayu sekarang.


Mereka sendiri tak criminalize Mat Indera. Bagi mereka PKM adalah PKM, Rejimen ke-10 adalah R-10. Polis juga di satu pihak pada waktu itu sudah dilihat Melayu dengan pandangan yang rendah kerana kronisme dan korupsi.


Tidak sampai 10 tahun sebelum UMNO mula berkuasa (pilihanraya pertama adalah pada 1949), orang Melayu tak suka dengan UMNO.


Gelora perjuangan Melayu bangkit dengan API, AWAS, SEDAR, KMM, dll. yang mana tokoh-tokohnya adalah mereka yang berada di dalam Rejimen ke-10.


Hanya setelah zaman 50an baru masyarakat pandang rendah pada tokoh-tokoh tersebut setelah ejen-ejen propaganda UMNO menyebarkan fitnah terhadap mereka (cth: Shamsiah Fakeh bunuh anak sendiri dalam hutan, dsb).




Polis hanya balaci pemerintah.




Zaman British diorang ikut cakap British, zaman UMNO ikut cakap UMNO. - Megat Seri Rama
.....
antara ucapan Mat Sabu - ....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... agnako 
.......





Polis pejuang kemerdekaan?


Tok Janggut pejuang penjajahan kalau gitu?






Lt. Adnan pejuang kemerdekaaan?


Lawan Jepun demi British?
.........




--end--

Mat Indera-Seorang Pejuang bukan Pengganas


Nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.


mat indera duduk di depan budak yg senyum







seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim

dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.

melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris

menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

antara cerita lain tentang mat indera menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.

adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong cerita orang kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib kali ketiga kene ngan buah kecubung

Sabtu, Ogos 27, 2011

Penggunaan Pistol & Senapang Oleh Pahlawan Melayu Dahulukala

Membaca artikel Al Semantani dari blog Melayu Nusantara serta Srikandi dari blog Mistisfiles mengenai senjata-senjata Melayu yang digelapkan membuatkan saya menonton semula filem Queen of Langkasuka (judul asalnya Queen of Pattani). Ada sesuatu yang menarik mengenai filem tersebut.





Memanglah filem tersebut dipenuhi fantasi dan jalan ceritanya pula menyeleweng daripada fakta sejarah. Tambahan pula, sejarah Kerajaan Melayu Patani tidak diajar di sekolah pada hari ini kerana dianggap sebagai sejarah Thailand! Pada mulanya, saya ketawa besar apabila salah satu watak utamanya, Prince of Pahang, yang berpakaian Melayu lengkap dengan samping dan tengkoloknya, dengan selamba menggunakan senjata seakan pistol dalam filem tersebut. Pengawal kepada Prince of Pahang pula dengan megah dan segak memegang senjata seakan senapang mengiringi Putera tersebut.








Kini barulah jelas kepada saya bahawa penggunaan senjata tersebut dikalangan orang Melayu pada masa dahulu bukanlah satu fantasi. Hanya berbeza nama sahaja. Orang Melayu pada masa dahulu mengenali senjata jenis pistol dengan nama Pemuras dan Terakol sementara senjata jenis senapang dikenali dengan nama Istinggar.








Setakat ini, hanya filem Queen of Langkasuka sahajalah satu-satunya filem Melayu di dunia yang memaparkan orang Melayu dahulu kala sudah cekap dan biasa menggunakan pistol dan senapang khususnya dalam peperangan. Malahan juga, ilmu ketenteraan dan strategi peperangan Kerajaan Melayu turut meliputi penggunaan baju besi dan penggunaan meriam gergasi.





Ironinya, filem tersebut dikeluarkan oleh sebuah negara yang bukan berbudaya Melayu dan masih lagi menjajah wilayah salah sebuah Kerajaan Melayu yang utama, malahan filem tersebut hampir keseluruhannya menggunakan Bahasa Thai dan tidak ada langsung Bahasa Melayu yang dipertuturkan.





Adakah kita masih ingin berpegang kepada fakta yang telah lama di'brainwash' dalam minda kita selama ini bahawa tentera Melayu dahulu kala hanya berkaki ayam sambil memegang keris dan tombak semata-mata, tumbang sebelum sempat bertempur akibat ditembak oleh pasukan bersenjata tentera penjajah dan hancur berkecai akibat dibom oleh meriam lawan?


...

...




Sama-samalah kita fikirkan...