Dunia ni banyak orang jenis gilanya. Macam-macam adaaa… yang terbaru apabila seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.


Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat. Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer. Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet. Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari. Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Di Geneva, Ohio. Donald Miles, 76 menunjukkan dokumen akuan deklarasi bahawa beliau juga merupakan tuan milik bulan yang diakui oleh Bandar Geneva sejak 12 April 1966 yang pernah dibuat majlis sambutan di Auditorium Geneva High school of Geneva.
