Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, September 16, 2010

Sejarah Kelantan Diselewengkan???


SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENDEDAHKAN PENYELEWENGAN YANG “DAH LAMA DAH” YANG MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK MENYEDARI TERUTAMANYA GENERASI MUDA. PENYELEWENGAN TERSEBUT ADALAH BERKAITAN DENGAN FAKTA SEJARAH NEGERI INI. USAHA ITU DIKATAKAN BERMULA DENGAN TERBITNYA BUKU “RINGKASAN CETERA KELANTAN” OLEH DATO’ PERDANA MENTERI NIK MAHMUD BIN ISMAIL PADA SEBELUM TAHUN 1950-AN. PENYELEWENGAN FAKTA INI DIPERCAYAI DILAKUKAN SECARA TERANCANG DAN BERTERUSAN. INI TERBUKTI DENGAN TERBITNYA BUKU TERBARU SEJARAH KELANTAN IAITU “IKTISAR SEJARAH KELANTAN” YANG MANA BUKU INI KEMUDIANNYA DIIKLANKAN DIDALAM MAJALAH “PENGASUH” KELUARAN “MAIK”.

RAMAI DARI KALANGAN KITA TIDAK MENYEDARI BAHAWA SELEPAS KEJATUHAN “KOTA KUBANG LABU” AKIBAT “PERANG KOTA KUBANG LABU II” PADA TAHUN 1762 DI ANTARA LONG MOHAMAD YANG MEMERINTAH KOTA KUBANG LABU DENGAN LONG GAFFAR ( LONG GAFFAR MERUPAKAN RAJA MUDA NEGERI REMAN DAN BUKANNYA ANAK PEMBESAR REMAN SEPERTI YANG DIDAKWA DI DALAM BUKU DI ATAS), NEGERI INI KEMUDIANNYA TELAH DIPERINTAH OLEH LONG GAFFAR DAN KETURUNANNYA. PENDEDAHAN INI MUNGKIN AKAN MENYEBABKAN ADA PIHAK YANG TERASA TETAPI HARUS DIINGAT KEBENARAN AKAN PASTI MENJELMA WALAUPUN IA CUBA DISEMBUNYIKAN.
PUSAT PEMERINTAHAN UTAMA SEMASA PEMERINTAHAN LONG GAFFAR DI NEGERI INI IALAH DI KOTA LIMBAT, PERINGAT, TIDAK JAUH DARI SINI. PADA MASA YANG SAMA ADA SEORANG TOKOH IAITU LONG YUNUS YANG MERUPAKAN SAHABAT BAIK LONG GAFFAR YANG DIANGGAP SEBAGAI ADIK OLEH BAGINDA LONG GAFFAR. LALU LONG YUNUS TELAH DIBERIKAN KUASA MEMERINTAH OLEH LONG GAFFAR DARI KAWASAN PASIR TUMBUH HINGGGA KE PADANG GARUNG, DAN SETERUSNYA HINGGA KE KUALA KEMASIN DAN DI SEBELAH BARATNYA HINGGA KE BUKIT TANJUNG (NARATHIWAT). WALAU BAGAIMANAPUN SEGALA KEPUTUSAN DAN KUASA SEBENAR BERKAITAN PENTADBIRAN DAN KES-KES JENAYAH ADALAH TERLETAK DI BAWAH BIDANG KUASA BAGINDA LONG GAFFAR DI KOTA LIMBAT.
PERISTIWA INILAH YANG MENYEBABKAN MUNCULNYA NAMA “KELANTAN”, IAITU BERASAL DARI PERKATAAN “NEGERI YANG DIKERAT LINTANG” DI ANTARA RAJA YANG MEMERINTAH IAITU BAGINDA LONG GAFFAR YANG BERPUSAT DI KOTA LIMBAT DENGAN LONG YUNUS DAN SEMPADANNYA IALAH PASIR TUMBUH.
FAKTA INILAH YANG CUBA DISELEWENGKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU DI NEGERI INI DENGAN MEMUTARBELITKAN PERISTIWA DI ATAS, BERTUJUAN BAGI MEMPERKECILKAN DAN SETERUSNYA MENGHAPUSKAN PERANAN LONG GAFFAR DALAM LIPATAN SEJARAH KELANTAN.
APA YANG MEMBANGGAKAN IALAH SEMASA PEMERINTAHAN BAGINDA LONG GAFFAR DAN KETURUNANNYA IALAH TERLAKSANANYA HUKUM HUDUD DI KELANTAN. DI ANTARA TOKOH YANG TERLIBAT DAN MENJADI TEMPAT RUJUKAN DAN NASIHAT BAGI PERLAKSANAAN HUKUMAN INI IALAH HAJI NIK ISMAIL LIMBAT (TOK BARUH) YANG MANA MERUPAKAN KETURUNAN RAJA JAMBU PATANI YANG ASAL. .DARI KETURUNANNYALAH KEMUDIANNYA MENGASASKAN PONDOK BUKIT ABAL DAN SALAH SEORANG DARI KETURUNANNYA MUNCUL SEBAGAI TOKOH AGAMA YANG TERKENAL IAITU “TUAN GURU HAJI DAUD BUKIT ABAL”.
PEMERINTAHAN KETURUNAN LONG GAFFAR DI KELANTAN BERAKHIR SELEPAS PERISTIWA PEMBERONTAKAN TOK JANGGUT PADA TAHUN 1915 IAITU SEMASA PEMERINTAHAN “TENGKU BESAR JERAM IAITU TENGKU BESAR TUAN AHMAD” YANG MEMERINTAH DI JERAM, PASIR PUTEH. PERISTIWA YANG MEMBAWA KEPADA KEJATUHAN PEMERINTAHAN KETURUNAN LONG GAFFAR INI ADA KAITANNYA DENGAN KEENGGANAN MENGIKTIRAF PENGARUH INGGERIS DAN SIAM DI NEGERI INI. AKIBAT MAINAN POLITIK PENJAJAH INGGERIS DAN SIAM KETURUNAN LONG YUNUS KEMUDIANNYA DIIKTIRAF SEBAGAI PEMERINTAH KELANTAN. DARI SINILAH SEJARAH PEMERINTAHAN LONG GAFFAR DAN KETURUNANNYA CUBA DIHAPUSKAN DARI PENGETAHUAN UMUM.
AKHIR KATA, UNTUK PENGETAHUAN PEMBACA, BUKU SEBENAR SEJARAH KELANTAN (BERKULIT BIRU) YANG DITULIS MENGGUNAKAN TULISAN JAWI LAMA DIKATAKAN ADA TUJUH NASKAH. BUKU INI DIPERCAYAI DITULIS OLEH PENULIS DIRAJA PADA ZAMAN PEMERINTAHAN BAGINDA LONG GAFFAR BAGI MENCERITAKAN TENTANG SALASILAH KETURUNAN RAJA-RAJA YANG BERASAL DARI PAGAR RUYUNG DAN KEBESARAN KERAJAAN BAGINDA. BERIKUT ADALAH MAKLUMAT TERAKHIR TENTANG BUKU-BUKU BERKENAAN:
1. SALAH SATU DARIPADANYA DIBELI DI KEMAMAN OLEH HAJI YAAKOB DAN DIJUAL PULA KEPADA SAUDARANYA IAITU HAJI ABDUL RAZAK ANTIK. BELIAU KEMUDIANNYA MENJUAL KEPADA MUZIUM NEGARA, TETAPI SEBAHAGIAN DARIPADA MUKA SURAT IAITU MUKA SURAT 1 – 20 YANG MENCERITA KISAH SEBENAR SEJARAH KELANTAN TELAH DIKOYAKKAN OLEH PIHAK-PIHAK TERTENTU.
2. NASKAH BERIKUTNYA DIMILIKI OLEH TENGKU ISMARA YANG KEMUDIANNYA DISERAHKAN KEPADA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
3. NASKAH KETIGA DIMILIKI OLEH HAJI ZAHARI ANTIK YANG KEMUDIANNYA MENJUALKANNYA DENGAN HARGA RM700 KEPADA DUA ORANG PENSYARAH UNIVERSITI YANG BERBANGSA INGGERIS DAN INDIA PADA TAHUN 1974.
4. MANAKALA NASKAH YANG SELEBIHNYA DIPERCAYAI MASIH ADA DI DALAM SIMPANAN PIHAK-PIHAK TERTENTU, DI ANTARANYA IALAH TENGKU ABDULLAH TENGKU SERIWA RAJA DAN PIHAK ISTANA KELANTAN.

Empayar Melayu Siam Islam Kedah

>>MAHARAJA CHINA ISLAM SAI TEE SUNG DARI DINASTI TANG

KUNING adalah warna Maharaja China, begitu juga warna raja-raja siam islam seperti tercatat dalam Undang Undang Kedah. Raja-raja siam islam ini adalah raja-raja melayu hari ini. Di Islamkan oleh utusan baginda Rasullullah SAW bernama Saad Bin Waqas dalam tahun 650 masihi di negeri China. 
  
Laksemana Cheng Ho @ Syed Ajjal

Menyelia wilayah Maharaja China Dinasti Ming di Selat Melaka dan Nusantara kerana berada dibawah naungan Maharaja Islam itu. Lihat gambar Naga pada baju baginda. Ayah dan datuk Cheng Ho turut pernah mengerjakan Haji ke Tanah Suci Mekah. Ada catatan yang menyebut Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan. Seorang puteri itu kami ketahui berkahwin dengan Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah di kenali sebagai Puteri Lindungan Bulan bersemayam di Kota Naga. Sementara seorang lagi puteri kami tidak mengetahui. Namun begitu, sebagai makluman cerita Puteri Lindungan Bulan ini terdapat banyak versi termasuklah versi Acheh. Mungkinkah seorang lagi puteri ini dikahwinkan dengan Putera Raja disana? 

>>BENDERA TENTERA CHINA ISLAM

Me Rong - Naga Laut, Maha - Pembesar-, Wang Ser -puak tentera (bangsa harimau). Bendera ini dijumpai dalam website Maharaja China semenjak tahun 1996 lagi. Sekarang bendera ini muncul semula tanpa kalimah diatas.Nampak gayanya ada pihak yang belum berpuas hati dan masih cuba menggelapkan sejarah bangsa Melayu dari rumpun Siam ini dengan membuang kalimah tersebut.

Sejarah Kerajaan Jembal

JEMBAL DALAM LIPATAN SEJARAH




Pengenalan



Negeri Kelantan terletak di pesisir Pantai Timur Semenanjung.

Menjadi tumpuan pedagang berulang alik dari timur dan barat.

Kedudukannya yang strategik, menyebabkan wujudnya kerajaan yang besar di situ yang mengawal aliran perdagangan dan politiknya.

Salah sebuah kerajaan yang masyhur di abad ke 17 dan 18 ialah Kerajaan Jembal.

Sejarah Awal Kelantan



Sejarah awal Kelantan sukar dikesan.

Ada pendapat mengatakan Kelantan sudah wujud diabad yang pertama lagi dengan panggilan ‘Medang Kemulan’.

Dalam abad ke 5, Kelantan dikenali dengan nama’Kalatana’ atau ‘Tanah Kala’.

Catatan Shen Yao (414 – 512) ada menyebut negeri ‘Ho-lo-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.

Kelantan Abad Ke 15





Tahun 1411 Kelantan diperintah oleh Raja Kumar (Islam).

Menjalinkan hubungan dengan negeri Cina.

Sultan Iskandar memerintah sehingga tahun 1465.

Tahun 1465 Sultan Mansur menggantikan ayahyandanya yang mangkat.

Tahun 1477, Kelantan diserang oleh Melaka di bawah Sultan Mahmud Syah.

Sultan Mahmud Syah akhirnya berkahwin dengan puteri Sultan Mansur.

Tahun 1526 Raja Gombak menggantikan Sultan Mansur.



Kelahiran Cik Siti Wan Kembang



Cucu Raja Gombak iaitu Raja Ahmad berkahwin dengan Cik Banun Puteri Sri Nara D’Raja iaitu sepupu Raja Hussin.

Baginda dikurniakan seorang puteri bernama Cik Wan Kembang.

Sultan Ahmad mangkat ketika Cik Wan Kembang berusia 4 tahun.

Raja Hussin dari Johor dilantik sebagi pemangku raja.

Kerajaan Cik Siti Wan Kembang



Tahun 1610, Raja Hussin mangkat.

Cik Wan Kembang ditabal menjadi raja.

Pusat Pentadbiran di Gunung Cinta Wangsa, Ulu Kelantan.

Kerajaan Cik Wan Kembang sangat masyhur.

Ramai pedagang datang berniaga, termasuk dari Arab.

Orang-orang Arab memanggil baginda dengan panggilan ‘Paduka Cik Siti’.

Dari situ baginda lebih dikenali dengan nama ‘Cik Siti Wan Kembang’.

Asal-usul Kerajaan Jembal



Kerajaan Jembal diasaskan oleh Raja Besar.

Raja Besar dikatakan dari keturunan Raja Bersiung yang memerintah Kedah abad 14.

Raja Besar dan pengikut-pengikutnya mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan negeri.

Baginda mendirikan sebuah kota di tepi sungai Babong, di Pulau Melaka.

Di situ terdapat satu pokok ‘jambu jembal’ yang besar.

Lalu baginda menamakan tempat itu ‘JEMBAL’.

Pertabalan Raja Sakti



Tahun 1638, Raja Besar menabalkan Raja Sakti sebagai penggantinya.

Raja Sakti dikurniakan 7 orang anak iaitu;

Raja Adiluddin (Raja Loyar)

Raja Bahar (Raja Udang)

Raja Omar (Raja Ekok)

Raja Sungai

Puteri Sayu Bari

Puteri Unang Melor

Puteri Cempaka Bongsu

Kelantan Di Bawah Raja Loyar



Tahun 1649 Raja Loyar ditabalkan sebagai raja memerintah Jembal.

Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara.

Raja Omar sebagai Raja Muda.

Raja Sungai sebagai Temenggong.

Raja Loyar sangat dikasihi oleh rakyatnya.

Baginda dikatakan mempunyai sifat kesaktian dengan berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin.

Hubungan Dengan Kerajaan Cik Siti Wan Kembang



Di bawah Raja Loyar, kerajaan Jembal bertambah maju dan makmur.

Hubungan dengan kerajaan Cik Siti Wan Kembang adalah baik.

Raja Loyar mempunyai 2 orang cahaya mata, iaitu seorang putera (meninggal) dan seorang puteri bernama Puteri Mariam.

Puteri Mariam lebih dikenali sebagi Puteri Saadong.

Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat.

Puteri Saadong dihadiahkan dua ekor anak kijang untuk dijadikan mainan.

Hingga sekarang gambar 2 ekor kijang dijadikan lambang kebesaran Kerajaan Negeri Kelantan.

Perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah



Puteri Saadong termasyhur dengan kecantikannya.

Raja Prasat Thong dari Siam menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong. Namun pinangan itu ditolak.

Puteri Saadong lalu dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah.

Raja Abdullah telah mendirikan sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Jelasin’ (Kg. Kota sekarang).

Cik Siti Wan Kembang, Raja Abdullah dan Puteri Saadong telah membuka penempatan baru di Kg. Chetok yang dikenali sebagi ‘Tanah Serendah Sekebun Bunga’.

Di sini Cik Siti Wan Kembang gering, lalu dibawa ke Gunung Cinta Wangsa dan meninggal di sana.

Setelah itu seluruh Kelantan diperintah oleh Raja Loyar.

Peperangan Dengan Angkatan Siam





Raja Siam marah di atas perkahwinan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah.

Baginda menghantar angkatan menyerang Kota Jelasin.

Raja Abdullah berundur ke Melor dan membina ‘Kota Mahligai’ di sana.

Angkatan Siam mara pula ke Melor.

Kerana sayangkan nyawa rakyat, Puteri Saadong menyerah diri dan dibawa ke Ayudhiya.

Kemangkatan Raja Loyar



Ketika Puteri Saadong berada di Siam, ayahanda Raja Loyar telah mangkat.

Jenazah banginda dimakamkan di Jembal iaitu bersebelahan SMK Raja Sakti sekarang.

Adinda baginda Raja Omar ditabal menjadi raja dengan gelaran Sultan Omar

Puteri Saadong Berangkat Pulang



Setelah kembali dari Siam, Puteri Saadong mendapati ayahandanya telah mangkat.

Puteri Saadong terus ke Kota Mahligai.

Sepeninggalan Puteri Saadong, Raja Abdullah telah berkahwin dengan anak pembesar negeri.

Satu pertengkaran telah berlaku.

Raja Abdullah mangkat setelah tertikam penyucuk sanggul Puteri Saadong.

Jenazah baginda dimakamkan di Kampung Padang Halban, dekat Melor.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim



Tahun 1671, Raja Abdul Rahim, adinda Raja Abdullah, dilantik memerintah di Kota Mahligai.

Puteri Saadong berpindah ke Bukit Marak.

Pemerintahan Raja Abdul Rahim sangat zalim.

Ramai rakyat datang mengadu kepada Puteri Saadong.

Tahun 1673, Puteri Saadong berpindah ke Gunung Ayam untuk mengasingkan diri.

Kemangkatan Raja Abdul Rahim



Raja Omar dari Jembal menghantar anaknya Raja Kecil Sulong untuk menyelesaikan masalah di Kota Mahligai.

Salah seorang pengikut Raja Kecil Sulong berjaya menikam Raja Abdul Rahim di tepi Tasik Lelayang Mandi.

Baginda mangkat di situ.

Kegemilangan Kelantan Di Bawah Sultan Omar



•elantan amat maju di bawah Sultan Omar.

Baginda dapat menyatukan Kelantan di bawah satu pentadbiran.

Baginda membuat lawatan ke seluruh jajahan negeri.

Membuka satu kawasan tanaman padi yang luas di Padang Jembal, Bachok.

Mengadakan hubungan dengan negara luar seperti Pattani, China dan Jawa.

Juga dengan negeri jiran seperti Terengganu.

Baginda dikurniakan 5 orang putera puteri; Raja Kecil Sulong, Raja Pah, Raja Sakti III, Raja Ngah dan Raja Nah.

Kedatangan Anak Raja Pattani



Tahun 1686, tiga orang anak Datu Pengkalan Tua, Raja Pattani datang mengadap Sultan Omar.

Mereka ialah;

Tuan Sulong (Long Sulong)

Tuan Senik (Long Senik)

Tuan Besar (Long Bahar)

Long Bahar dikahwinkan dengan anakanda baginda, Raja Pah.

Yang lain dikahwinkan anak pembesar negeri.

Sultan Omar membina Kota Senang yang kemudiannya diserah kepada Raja Pah dan suaminya.

Sultan Omar Mangkat



Sultan Omar memerintah selama 46 tahun.

Baginda mangkat pada tahun 1721

Jenazah baginda dimakamkan berhampiran Kota Seneng.

Sekarang dikenali sebagai Kg Senenag.

Belindan makam baginda dipercayai didatangkan dari Negeri Cina.

Raja Kecil Sulong



Sultan Omar diganti oleh anakanda baginda Raja Kecil Sulong.

Raja Kecil Sulong membina sebuah kota yang dinamakan ‘Kota Teras’.

Kota ini diperbuat daripada teras kayu tembesu.

Baginda memerintah 5 tahun sahaja.

Mangkat pada tahun 1725 dalam usia yang muda.

Peranan Raja Pah



Putera Raja Kecil Sulong yang bernama Raja Abdul Rahman masih kecil.

Raja Pah telah mempengaruhi pembesar negeri supaya suaminya Tuan Besar / Long Bahar dilantik menjadi Sultan.

Dengan itu tertolaklah hak Raja Abdul Rahman.

Long Bahar telah berpindah dari Kota Seneng ke Kota Jembal.

Apabila Long Bahar mangkat, anakanda baginda Long Sulaiman dilantik memerintah Kelantan.

Dari keturunan Long Sulaiman inilah datangnya salasilah kesultanan Kelantan hari ini.

Jembal Hari Ini



Nama Jembal kekal sehingga tahun 1922 sahaja.

Tempat itu telah berubah kepada nama Kedai Lalat dengan secara tidak dirancang.

Pekan tersebut dikunjungi oleh ramai penjual dan pembeli dalam masa yang singkat sahaja (*seperti lalat).

Kerana itu pekan ini dinamakan Kedai Lalat.

Suasana itu kekal hingga ke hari ini.

Usaha Mempertabatkan Keturunan Jembal



Keturunan Jembal tersebar di seluruh negeri Kelantan.

Terdapat juga di Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan lain-lain negeri.

Mereka memakai berbagai gelaran; Raja, Tengku, Ku, Tuan dan Nik.

Ada juga yang mengugurkan gelaran nama itu.

Tahun 1991, PKRJK ditubuhkan bagi mempertabatkan dan menyatukan semula anak cucu Raja Jembal.

AJK membuat lawatan dan memberi penerangan di merata tempat dan ceruk rantau bagi merealisasikan usaha murni ini.

PKRJK juga telah berjaya mengembalikan nama pekan kecil ini dan daerah sekitarnya kepada ‘KOTA JEMBAL’.



Kota Jembal kota bersejarah,

Nama terkenal zaman berzaman,

Putera Puteri Jembal harus bermegah,

Dapat berhimpun untuk berkenalan.



Puteri Saadong cantik rupawan,

Jadi sebutan desa dan kota,

Setelah semua berkenal-kenalan,

Eratkan silaturrahim antara kita.

Keturunan Raja Jembal

AImarhum Haji Nik Mat bin Raja Banjar adalah daripada keturunan Raja Jembal yang memerintah negeri Kelantan dalam kurun ke- 16.




Keturunan Raja Jembal ini masih ramai lagi di negeri Kelantan, terutama sekali di Kedai Lalat, Pulau Melaka dan beberapa buah kampung lain di dalam jajahan Kota Baharu.



Sejarah Raja Jembal telah ditulis oleh Almarhum Dato' Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud bin Nik Ismail (ayah Dato' Ahmad Nik Kamil) sebelum Perang Dunia Kedua.



Buku sejarah Raja Jembal yang ditulisnya itu telah dijadikan buku bacaan ilmu tawarikh bagi sekolah-sekolah Melayu di Kelantan sebelum Perang Dunia Kedua.



Antara ahli kerabat Raja Jembal yang terkenal ialah Puteri Saadung, anak angkat Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di bahagian Hulu Kelantan pada waktu ltu.



Asal-usul atau salsilah keturunan Raja Jembal ini bermula daripada seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja Bersiong yang telah singgah lalu kemudiannya terus menetap di Kedat Lalat, kira-kira 10 kilometer dari Kota Baharu.



Raja Bersiong ini dikatakan membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan seorang lagi bernama Tuan Puteri Mani Kemian.



Ada cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu berasal dari 'buluh betung' dan Tuan Puteri Mani Kemian itu terbit dari 'buih'. Dan ekoran daripada cerita dongeng itulah menyebabkan anak cucu Raja Jembal tidak memakan sayur buluh betung yang menjadi makanan kegemaran orang Melayu sejak dulu hingga sekarang.



Tetapi saya telah diberitahu bahawa cucu-cicit Raja Jembal zaman sekarang menyifatkan cerita itu sebagai dongeng dan sudah tidak percaya lagi dengannya.



Cikgu Tuan Mat bin Raja Kecil, seorarig guru bersara yang arif tentang sejarah Raja Jembal berkata bahawa sekarang ini tidak ada lagi orang daripada keturunan Raja Jembal itu yang percaya dengan dongeng yang mengatakan asal-usul nenekmoyang mereka dari buluh betung dan buih.



"Cerita yang mengatakan bahawa Raja Sakti itu keluar dari buluh betung dan Tuan Puteri Mani Kenilan itu keluar dari buih hanyalah rekaan dan khayalan penulis sejarah yang tidak begitu arif tentang sejarah dan salsilah Raja jembal," kata Cikgu Tuan Mat.



Walau bagaimanapun, Cikgu Tuan Mat mengakui bahawa ada wasiat daripada Raja Bersiong yang tidak membenarkan anak cucunya memakan sayur buluh betung dan tidak membenarkan anak cucunya membuat alat-alat rumah atau alat-alat pertanian dan lain-lainnya daripada buluh betung.



Menurut Cikgu Tuan Mat lagi, anak-anak cucu Raja Jembal juga tidak digalakkan memakan sejenis ikan bernama ikan sekacang.



Sejarah keturunan Raja Jembal itu bermula daripada perkahwinan Raja Sakti dengan Puteri Mani Kemian, kedua duanya anak angkat Raja Bersiong.



Setelah kemangkatan Raja Bersiong, Raja Sakti telah dilsytiharkan sebagai raja yang berdaulat di sekitar Kedai Lalat dan beberapa daerah lain di Kelantan.



Hasil daripada perkahwinan Raja sakti dengan Puteri Mani itu lahirlah Raja Loyur, Raja Omar, Raja Bahar dan beberapa orang putera dan puteri lagi.



Keturunan Raja Jembal yang ada sekarang ini ialah cucu cicit kepada Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian itu.



Menurut Cikgu Tuan Mat, pemerintahan Raja Jembal di Kelantan berakhir setelah kemangkatan RajaKecil Sulung pada tahun 1725.



Setelah kemangkatan Raja Kecil Sulung satu rebutan kuasa telah berlaku antara putera-puteranya iaitu Raja Abdul Rahman dengan kekandanya, Raja Pah.



Akibat daripada perebutan kuasa itu, Raja Abdul Rahman tersingkir daripada takhta pemerintahan keturunan Raja Jembal ini dan suami kepada Raja Pah, Tuan Besar (atau lebih dikenali sebagai Long Bahar) mengambil alih pemerinta-han daripada keturunan Raja Jembal.



Perpecahan telah berlaku dalam kerabat keturunan Raja Jembal lni kerana Tuan Besar (Long Bahar) yang mengambil alih pemerintahan itu berasal dari Patani.



Sepatutnya Raja Abdul Rahman yang mewarisi takhta bagi meneruskan kuasa keturunan Raja Jembal ini kerana Tuan Besar atau Long Bahar itu bukan daripada keturunan Raja Jembal.



Walaupun pemerintahan Raja Jembal telah berakhir, namun kesan sejarahnya masih wujud dengan adanya makam Raja Loyor, makam Raja Omar dan makam Raja Bahar yang telah dibaiki dan dibina semula oleh pihak Muzium Negara dalam tahun 1970an. Makam-makam ini terletak di sekitar Kedai Lalat.



Sebuah sekolah menengah di Kedai Lalat telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Sakti dan sebuah sekolah rendah di pekan yang sama diberl nama Sekolah Kebangsaan Raja Bahar.



Saya telah diberitahu bahawa kerabat keturunan Raja Jembal yang sekarang berada di sekitar Kedai Lalat, Pulau Melaka, Sering dan di daerah-daerah lain di Kelantan masih lagi menggunakan bahasa diraja atau bahasa lstana dalam pertuturan antara sesama mereka.



Perkataan 'ku', 'patik', 'kanda', 'bonda', 'ayahanda', 'berangkat', 'cerat', 'mangkat' dan sebagainya masih digunakan oleh keturunan Raja Jembal walaupun kini mereka hanyalah rakyat biasa yang tinggal di beberapa buah kampung di Kelantan.



Ini bererti bahawa pengaruh diraja dan istana masih tebal di kalangan cucu-cicit Raja Jembal yang masih hidup sekarang walaupun mereka telah dipisahkan dari istana sejak tiga abad yang lalu.



Cikgu Tuan Mat memberitahu saya, Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal telah pun ditubuhkan dan mendapat restu daripada Persatuan Kerabat Diraja Kelantan.



Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal sekarang diketuai oleh Raja Mahmud bin Raja Mamat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan dan Naib Ketuanya ialah Cikgu Tuan Mat bin Raja Kechik.



Saya juga diberitahu bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah dilantik sebagai penasihat kepada Persatuan Kebajikan Keluarga Raja Jembal ltu. Pihak Kerabat Diraja Kelantan telah diberitahu tentang perlantikan itu.



Buku ini tidak bermaksud untuk mengulas secara panjang lebar tentang kisah dan sejarah Raja Jembal, tetapi hanya sekadar untuk mengaitkan serba sedikit riwayat tentang datuk nenek Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dan keluarganya sebagai berketurunan daripada Raja Jembal yang masyhur dalam sejarah negeri Kelantan. Datuk sebelah bapa kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih lagi menggunakan panggilan 'raja', iaitu Raja Banjar.



Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz mengingati suatu perkara tentang almarhum datuknya ini. Raja Banjar bukanlah orang kaya walaupun memiliki banyak tanah.



Mengikut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, datuknya suka merantau.



“Kadang-kadang datuk saya meninggalkan rumah sehingga satu atau dua minggu. Apabila beliau pulang, dikerjakannyalah tanah dengan menanam kelapa dan getah secara bersungguh-sungguh bagaikan menggantikan masa kerjanya yang telah terbuang disebabkan merantau itu,” kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.