Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Mei 05, 2011

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Nina Chatu)

Dalam entri saya sebelum ini (tentang Tuan Bandan), ada saya sebutkan bahawa terdapat dua individu yang begitu menarik untuk dibincangkan yang ada dalam novel 1515 (dalam sejarah Melaka juga hakikatnya) Seorang darinya telah saya bincangkan dalam entri yang terdahulu iaitu pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan Melaka dari dijajah sehingga akhirnya syahid di bunuh Portugis.iaitu Tuan Bandan

Dalam entri ini saya cuba bincangkan tentang seorang lagi individu yang ada disebutkan dalam novel 1515. Berbanding dengan Tuan Bandan yang mempertahankan Melaka hingga ke akhir hayatnya), individu ini sebaliknya. Beliau merupakan seorang pengkhianat yang mengambil peluang dengan memberikan bantuan-bantuan kepada Portugis dan dengan bantuan-bantuan yang diberikannya akhirnya melaka jatuh ke tangan Portugis.

Individu tersebut ialah Nina Chatu (walaupun terdapat seorang individu yang lebih ‘kontroversi’ seperti Utimutiraja dan Imam Muhaimin: tetapi saya lebih fokus kepada Nina Chatu. Tentang Utimutiraja dan Imam Muhaimin, mungkin ada pembaca yang hendak membantu agaknya…)

Semasa membaca novel 1515, saya mengandaikan bahawa Nina Chatu itu hanyalah satu watak yang dicipta Faisal dalam novelnya bagi menunjukkan bahawa wujudnya pengkhianat yang menyumbang kepada kejatuhan Melaka.

Namun telahan saya silap apabila saya membaca buku Albuquerque: Caesar Timur . Dalam buku ini memang ada dikisahkan tentang Nina Chatu dan peranannya. Jadi sememangnya jelas bahawa Nina Chatu bukanlah hanya sekadar fantasi Faisal semata-mata.

Siapakah Nina Chatu?
Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (1995:129):

“Nina Chatu ialah penganut agama Hindu, Saudagar Keling yang telah banyak meringankan penderitaan Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Beliau telah dilantik menjadi Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514”

Nyata, beliau seorang pengkhianat. Beliaulah yang banyak membantu Auraojo hingga akhirnya Auraujo dibebaskan (membebaskan diri) dari penjara dan membawa perkhabaran kepada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerangan Melaka pada tahun 1511.

Dalam novel 1515, dijelaskan bahawa Nina Chatu dan orang-orangnya berperanan dalam menyeludup surat-surat Auraujo semasa Auraujo dalam penjara.

“Waktu itu Albuquerque sering berhubung dengan budak-budak Nina Chatu, orang Keling penganut Hindu yang banyak menyeludupkan surat-surat Auraujo dan teman-temannya kepada Albuquerque” (1515:61-62)

Pengkhianatan Nina Chatu sememangnya tidak dijangka oleh Sultan Melaka memandangkan Nina Chatu merupakan saudasgar yang amat rapat hubungannya dengan Sultan Ahmad.

“Nina Chatu, air kalau keruh, tentu ikan limbat galak keluar bermain. Kau tidak tahun Nina Chatu itu pembelot paling khianat. Tidak ramai yang menyangka kerana Sultan Ahmad sendiri akrab dengannya dalam hal-hal niaga” (1515:62)

Nina Chatu dan Senario Semasa
Berdasarkan sedikit penjelasan, jelas dilihat bahawa Nina Chatu memang seorang yang belot dan khianat. Namun itulah hakikatnya walaupun hingga ke hari ini.

Apabila negara makmur, ramai yang datang menumpang kemakmuran, namun apabila datang musibah dan bencana mereka yang menumpang belum pasti mahu membantu, malah ada ketikanya merekalah yang belot dan khianat.

Pengkhianatan dan pembelotan adalah dosa yang paling besar dalam sesebuah negara.

Afghanistan takkan jatuh tanpa pengkhianatan dan pembelotan. Berbelas-belas tahun Rusia menyerang Afghanistan tetapi negara tersebut masih gagal ditakluki Rusia. Tetapi kini, bila ada permusuhan sesama sendiri antara Taliban dan suku-suku yang lain. Dengan mudah Afghanistan di jatuhkan.

Begitu juga dengan Iraq. Saya berpendapatan tanpa pembelotan dan pengkhianatan amat mustahil Iraq jatuh ke tangan Amerika dan sekuktunya dengan begitu mudah.

Sama-samalah kita fikirkan…

Kematian Nina ChatuTidak seperti Tuan Bandan yang kematiannya amat jelas. Kematian Nina Chatu menimbulkan persoalan kepada saya. Walaupun dalam novel 1515 dinyatakan bahawa Nina Chatu akhirnya menemui ajal di hujung golok Sultan Mahmud (Baca kisah Nina Chatu dibawa ke Istana dan di bunuh oleh Sultan Mahmud dalam novel 1515, ms: 161-164)

“Sultan Mahmud bingkas berdiri, mencapai golok di dinding istana dan melempar dengan sekali baling terbenamlah ke dalam tenggorokan Nina Chatu. Menggelupur keling itu di atas lantai istana, menitik darahnya ke bumi menerusi celah-celah kayu”

Namun hakikatnya, Nina Chatu mati akibat membunuh diri pada tahun 1514 iaitu setelah dilantik sebagai Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu selepas Melaka di takluki Portugis. Perlantikan tersebut tentulah sebagai penghargaan dari Portugis atas sumbangannya jasanya.

Kenapa beliau membunuh diri?

Saya yakin tentu ada sebab-sebab yang kukuh untuk beliau berbuat demikian kerana adalah mustahil tanpa sebab yang amat kukuh beliau hendak membunuh diri memandangkan beliau telah berada pada kedudukan yang tinggi semasa pemerintahan Portugis.

Walau apa punca sekalipun. Kematian Nina Chatu selepas penjajahan tidak memberi apa-apa impak berbanding jika beliau mati sebelum penjajahan. Nyata beliau amat licik dan paling pasti kematiannya tidak perlu diingati seperti mana syahidnya Tuan Bandan.

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Tuan Bandan)

Dalam membaca dan menghayati novel 1515, terdapat dua individu yang benar-benar menarik perhatian saya. Pertamanya, pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan Melaka dari di jajah. Manakala satu lagi ialah seorang pengkhianat yang mengambil peluang dengan memberikan bantuan-bantuan kepada Portugis.

Dalam entri ini, saya ingin bincangkan tentang individu pertama, iaitu seorang pahlawan yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir bagi mempertahankan Melaka dari dijajah Portugis dan beliau ialah “Tuan Bandan”. Untuk makluman pembaca, Tuan Bandan ini benar-benar wujud dan ianya bukan sekadar fantasi Faisal semata-mata.

Semasa perbincangan tentang Tuan Bandan inilah seorang sahabat menyarankan agar saya membuat satu penulisan tentang tokoh-tokoh pahlawan Melaka yang turut berjuang mempertahankan Melaka sepanjang era panjajahan Portugis seperti Panglima Hitam, Panglima Lidah Hitam dan sebagainya.

Walaupun ini satu tajuk yang menarik untuk dijejaki namun saya sendiri tidak memberi keputusan samada bersetuju atau tidak atas cadangan sahabat tadi. Walaubagaimanapun, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk cuba berusaha memenuhi cadangan sahabat saya tadi.

Siapakah Tuan Bandan?

Semasa membaca novel 1515, saya mengandaikan bahawa Tuan Bandan itu adalah nama bagi seorang pahlawan seperti mana Hang Tuah, Hang Jebat dan sebagainya. Namun sebaliknya, Tuan Bandan bukanlah nama sebenar beliau. Walaubagaimanapun beliau masih merupakan pahlawan Melaka. Nama sebenarnya tidak saya ketahui hingga ke hari ini.

Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (128):

“Tuan Bandan” merupakan nama gelaran bagi nakhoda dan jawatan.serta bukan nama beliau. Dibentuk daripada perkataan Melayu “Tuan”, perintah yang agung dan Bandar, “pelabuhan”.

Novel 1515 memerihalkan siapa Tuan Bandan serta usaha dan tentangan Tuan Bandan bersama-sama pahlawan-pahlawannya yang berjuang dalam mempertahankan Melaka dari ditakluki Portugis dan akhirnya syahid di medan pertempuran.

“Kau harus tahu Nyemah, Tuan Bandan Memang benar pahlawan berani. Selama ini kau Cuma mengenal dia sebagai salah seorang tuan nakhoda yang menjaga Pelabuhan Melaka” (67)

Penentangan dan Syahid Tuan Bandan

“Dia Fahami syahid. Waktu kelam orang Melaka pecah kabut, Albuquerque tekad merampas jambatan, Tuan Bandanlah, selaku ketua pasukan di Raja mengibar seratus bendera hijau negeri Melaka dengan bulan sabit putih di tengahnya memimpin tujuh ratus orang Jawa menyerang pasukan Albuquerque dari belakang. Bertempur mereka satu dengan satu, depan berdepan.” (67-68)

“Pasukan Portugis sudah merampas Masjid, melihat keadaan itu lalu menghantar Dom Joao de Lima dan kapten-kapten lain menggasak pula pasukan Tuan Bandan” (68)

“Tersepit Tuan Bandan bersama-sama pahlawan-pahlawannya tersepit. Di depan ada sepasukan Feringgi, di belakang juga begitu, bertakbir keras Tuan Bandan mengamuk atas jambatan. Sempat ditikamnya dengan keris dua puluh askar Malabar hingga tembus ke rongga paru-paru” (68)

“Syahidlah Tuan Bandan, ditembak lima das peluru dari senapang Albuquerque yang ketawa besar kegirangan. Waktu itulah gemparnya sekelian yang ada melihat jasad Tuan Bandan bukan jatuh rebah ke bumi, tetapi terus naik ke langit bagai bulu ayam terapung dan terus naik ke langit tinggi, hilang begitu sahaja” (69)

Saya sememangnya percaya dengan kewujudan dan penentangan Tuan Bandan terhadap tentera Portugis. Walaupun novel 1515 sebuah novel yang mempunyai elemen-elemen fiksyen, tetapi dalam buku Albuquerque: Caesar Timur turut memerihalkan tentang penentangan Tuan Bandan.

Ini merupakan bukti yang penting dan kukuh tentang kewujudan seorang pahlawan Melaka yang bernama Tuan Bandan yang akhirnya syahid dalam mempertahan Melaka.
“Tuan Bandan, Ketua Pasukan di Raja Melaka telah menaikkan bendera dengan warna mereka dalam salah sebuah kubu di atas jambatan. Apabila melihat orang Islam kacau bilau, beliau keluar dengan 700 orang Jawa dan dua orang kapten lain naik ke atas jambatan di bahagian kota dan menyerang kami dari belakang.”

“Albuquerque nampak mereka datangdari salah satu jalan besar di bandar tersebut lalu mengeluarkan Joao de Sousa, Antonio de Ebreu dan Aries Pariera serta orang-orangnya supaya mereka boleh menyerang. Ini dilakukan dengan cepat sebelum orang islam sampai ke kubu.”

“Mereka dapat melempar lembing dengan penuh semangat sehingga memaksa pihak musuh untuk berundur. Dom Joao de Lima dan kapten-kapten lain yang berada di sebelah masjid tergesa-gesa untuk sampai ke hadapan secepat mungkin, apabila mereka muncul dan dengan segera membunuh sebahagian daripada mereka.”

“Yang lain-lain pula terjun ke arah sungai apabila mendapati diri mereka di serangdari ke dua-dua arah. Para pelayar terus menujuke arah mereka dalam kapal lalu membunuh mereka semua tanpa mengecualikan sesiapa pun kerana komander mereka Tuan Bandan dan dua orang kapten yang bersama-samanya telah terbunuh”

Faisal menulis Tuan Bandan mati akibat ditembak oleh Albuquerque, namun dalam buku Albuquerque: Caesar Timur tidak diijelaskan dengan teliti tentang siapa yang membunuh Tuan Bandan.

Walaubagaimanapun, yang nyata Tuan Bandan telah syahid dalam mempertahankan Melaka. Syahidnya Tuan Bandan sedikit sebanyak membawa kepada kelonggaran barisan pertahanan Melaka dan akhirnya menyumbang kepada kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

Sewaktu menjejak jambatan Melaka (yang sehingga kini tidak dapat dipastikan lokasi sebenarnya) dapat saya bayangkan kehebatan Tuan Bandan berpencak membunuh musuh. Saya yakin ramai lagi pahlawan hebat seperti Tuan Bandan yang turut sama-sama syahid sewaktu mempertahankan Melaka namun, sejarah kita telah dipadamkan oleh penjajah dan hingga kini kita masih tidak begitu jelas siapakah pahlawan-pahlawan hebat yang mempertahankan Melaka pada tahun 1515 itu…

Al Fatihah untuk Tuan Bandan…..

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Kritik Sosial 2)

Surat Nyemah kepada Tun Fatimah:

“ Tuanku Ampuan Tun Fatimah, adapun patik amatlah runsing memikirkan keadaan Negeri kita. Minta segera baginda Sultan bertindak kerana orang-orang Melayu yang takut dibunuh dan takut akan ancaman Feringgi itu makin ramai pula yang Murtad. Tuanku juga tahu Melayu itu lazimnya Islam. Jika Melayu sudah berani memenanggal Islam darii dada mereka maka petanda buruklah, berdosa pemerintah kerana tidak berbuat apa-apa. Berdosa besar dan neraka balasannya. Tuanku mesti tahu , dalam angkatan kapal perang Portugis itu rupa-rupanya dibawa bersama lapan guru agama Kristian iaitu antara lain Frei Domingo de Sauza dan Friar Alvaro de Mergualo yang juga merupakan paderi peribadi Alburqueque juga beberapa paderi kumpulan Franciscan”(1515:110)

Siapa kata Portugis datang untuk perdagangan rempah???
Satu petikan yang diucapkan oleh Alburqueque kepada para kaptennya semasa serangan baru ke atas Melaka, saya turunkan di entri ini untuk kita sama-sama fikirkan:

“ Pertama ialah perkhidmatan yang baik untuk kita persembahkan kepada Tuhan dengan menghalau orang Islam dari negeri ini dan menghalang pengaruh Golongan Muhammad daripada berkembang. Saya berharap kepada Tuhan, bahawa hasil daripada apa yang kita lakukan, orang Islam akan terhapus sama sekali”( Alburqueque: Caesar Timur, 1995:118)


Hari ini, walaupun tiada penjajahan, tiada ugutan dan pembunuhan agar orang Islam di Malaysia meninggalkan agama Islam (saya hanya membincangkan dalam konteks Malaysia sahaja, senario yang berlaku di Iraq adalah sebaliknya) masih ramai bangsa Melayu, yang asalnya beragama Islam telah Murtad.

Samada proses ‘memurtadkan’ diri itu menjadi kontroversi (seperti kes Aisyah) mahupun yang dibiarkan tanpa apa-apa kontroversi (seperti kes Lina Joy dan pengikut Ayah Pin). Bayangkanlah jika dalam keamanan ini ramai yang telah murtad secara sukarela (termasuklah ajaran sesat dan ajaran Black Metal dsb), apattah lagi jika ada keganasan dan huru hara apabila ‘murtad’ itu menjadi paksaan dan nyawa adalah sebagai gantinya???

Mungkin kita lupa kisah dalah Al-Quran tentang seorang pemudah di zaman pemerintahan Yusof Dzu Nuwas yang mempertahan keislamannya hingga ke akhir hayat? Atau kisah tukang sikat rambut Firaun yang kukuh dengan Islamnya? Atau yang paling dekat kisah Tuan Bandan yang sanggup syahid demi mempertahankan Islam di bumi Melaka…….

Moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat hidayah Allah…..

Sikap Melayu dan Pemimpinnya
Sebab utama kejatuhan Melaka di samping pengkhianatan oleh Nina Chatu, Melaka juga jatuh akibat sikap Pemimpin dan rakyat yang sukakan hiburan.

“Kau sendiri tahu, tiga hari sebelum Portugis datang menyerang Melaka, pesta perkahwinan puteri baginda dengan putera Sultan pahang amatlah hebat. Minum nira sebanyak-banyaknya, sembilan ribu sembilan tempayan tuak habis di teguk percuma. Bukan pula perangan orang melaka kalau tidak ronggeng sampai pagi dari senja dengan iringan nyanyian cucu biduanita Melaka, Cik Siti Mustika. Malam perkahwinan di Raja itu, lapan ribu lapan anak dara tidak lagi nirmala akibat disentuh lelaki. Adapun khabarnya lapan ribu lapan teruna menumpahkan nutfah”(1515:73)

Saya tidak mahu mempersoalkan samada tulisan Faisal itu adalah Fakta atau fiksyen tetapi, jika tiada pembaziran dan berl;ebihan-lebihan masakan ada kenyataan begini sepertimana yang ditulis oleh Alburqueque:

“ Api membakar kereta kayu yang cantik dan besar berukuran kira-kira tiga puluh kaki persegi dan semuanya diselaputi emas. IA mempunyai tiga puluh roda, setiap satu sebesar sebuah bilik dan di atasnya terdapat sebuah menara kecil yang panjang dan dihiasi dengan sepanduk sutera. Keseluruhan binaan itu dipenuhi dengan sutera yang berjurai-jurai. Ia telah digunakan oleh Raja Pahang dan pasangannya Puteri Raja Melaka untuk ditunggangi mereka di keliling kota dengan irngan bunyi loceng dan pesta besar-besaran. Dalam gedung diraja dan rumah-rumah lain yang berhampiran yang musnah oleh api, banyak barangan telah terbakar bersama-sama dengan barang-barang bertharga yang disimpan oleh Raja di istananya”(Alburqueque: Caesar Timur, 1995:111)

Apa lagi yang boleh kita rumuskan dari petikan ayat di atas?????

Apakah benar Portugis memang diutuskan oleh Tuhan untuk melenyapkan Islam dari bumi Melaka sepertimana Tentera Monghol yang datang dan menghapuskan Islam dari Bumi Baghdad kerana persamaan yang satu iaitu Pemerintah dan Khalifahyang ada terlalu minat bersuka-suka dan berpoya-poya…..

Bagaimana pula Malaysia di masa kini????

Kelab Malam hingga 5.00 pagi????
Konsert percuma di Seluruh Negeri
Artis menari terkinja-kinja jadi tontonan setiap hari...

Nau’zubillah…..

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Melayu Suka Berhibur)

 
Foto: Melayu Bangsa Yang Sukakan Hiburan???

“Kata De Sequira, meski Melaka itu sebuah negeri yang kuat dan kaya tetapi mereka bangsa Melayu yang paling alpa di dalam dunia. Mereka juga tidak mengingat sesuatu dengan lama. Maka antara tahun 1509 sehingga 1511 tentu sahaja mereka tidak membuat apa-apa persediaan memandangkan orang Melaka itu gemar amat menggelek buntut, menari joget ronggeng, melentik jari jemari berinang, berzapin, berpantun, berdondang saying, tergedik-gedik tanpa memperdulikan hal-hal lain di dunia ini. Kerana itulah mereka bodoh dan tidak menewaskan Portugis” (Ungkapan Albuquerque semasa hendak menyerang Melaka tahun 1511, 1515:59-60)
Ini adalah satu sindiran yang amat tepat yang dibuat oleh Faisal tentang persepsi penjajah terhadap bangsa Melayu juga realiti Melayu masa kini.

Saya tidak mahu mempersoalkan samada tulisan beliau itu merujuk kepada fakta sejarah yang telah tertulis atau sebaliknya. Tetapi saya berpendapat jika ia benar maka pendapat semikian masih relevan hingga ke hari ini.

Di akhir tahun 1800 juga, Frank Swettenham juga dalam bukunya yang berjudul “The Malay Sketches” turut mengungkapkan perkara yang sama tentang Bangsa Melayu…

Hari ini, setelah hampir 500 tahun setelah penjajahan Portugis dan setelah hampir 100 tahun penulisan Swettenham, Melayu masih demikian sikapnya.

Bangsa manakah yang paling ramai hendak jadi penyanyi????
Bangsa manakah yang paling ramai meminati rancangan hiburan???
Bangsa manakah yang sering membanjiri sesebuah kawasan apabila ada konsert samada percuma mahupun berbayar??
Bangsa manakah yang sering diserbu di pusat-pusat hiburan dan kelab-kelab malam???
Bangsa mana yang mudah Lupa?
Walau ditindas tetap memilih pemimpin yang sama
Pemimpin tepuk poket, rakyat gosok perut,
Pemimpin sembang Mercedes…rakyat terbeban kerana kenaikan harga
Tetapi…tiba masanya….pemimpin yang sama juga jadi pilihan hatinya…..

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Kritik Sosial 1)

Foto: Inilah Nasib Bahasa Melayu, Terbuang Di Negara Sendiri


Bahasa Melayu
Saya akui bahawa saya merupakan pemerhati dan pengkritik sosial. Entri-entri saya dalam blog ini jelas menunjukkan tentang sikap dan prinsip saya. Pernah seorang sahabat menasihati saya agar mengurangkan ketajaman kritikan yang saya tulis di dalam blog terutamanya yang berkaitan dengan isu-isu politik, namun bagi saya selagi saya berpihak kepada kebenaran, saya kan terus berpegang kepada kebenaran.

Novel 1515, juga sarat dengan kritikan-kritikan sosial yang bersifat semasa (samada ada disedarei atau tidak oleh pembaca adalah satu hal yang lain) Dalam entri ini, saya ingin mengemukakan dua kritikan yang amat jelas dalam 1515 iaitu tentang isu Bahasa Melayu dan Sikap Negara Barat Terhadap Negara Timur.

Saya memetik tulisan Dr Hasan Ahmad (Mantan Ketua Pengarah DBP) yang menyatakan bahawa isu bahasa Melayu di Malaysia telah sampai ke tahap yang kritikal kerana kerajaan pada masa kini terpaksa berusaha dan bertindak untuk menyelamatkannya.
Ya..itu adalah realiti. Dari restoran lima bintang ke bilik yang berhawa dingin hinggalah ke warung –warung kopi, dari mereka yang memakai coat, bush-jacket hinggalah ke mereka yang memakai jeans koyak, Bahasa Melayu dituturkan dengan ‘hina’. Bahasa slanga, bahasa pasar juga bahasa ICT yang tidak rasmi (SMS dan Chatting) menjadikan penggunaan Bahasa Melayu semakin kritikal di Malaysia.

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa penting dalam mendapatkan pekerjaan (di Malaysia), penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pendidikan di sekolah dan IPTS, tambahan syarat bahasa asing untuk kelayakan permohonan pekerjaan, penggunaan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris oleh mkereka yang berkedudukan telah mempengaruhi nasib bahasa melayu di Malaysia. Malah, anugerah sastera di melaysia juga telah mengikhtiraf sastera Inggeris dengan memberikan hadiah Sastera Bahasa Inggeris di Malaysia.

Nyata isu bahasa tidak akan selesai dibincang dan dibahaskan apatah lagi dalam ruangan yang terhad di entri in. Cuma saya ingin menarik minat pembaca untuk menghayati dan meneliti seterusnya memikirkan dalam-dalam petikan ini yang ada dalam novel 1515 dan petikan ini memang memfokuskan tentang persoalan nasib bahasa melayu di bumi Malaysia.

“ Saya berfikir jauh, Perancis, negara yang menyampah benar dengan Bahasa Inggeris masih maju dan terus maju, dan saya terkenang pula nasib bahasa Melayu di tanah air. Dan di sini saya sedang dipandu oleh seorang gadis Melayu yang sudah terlalu cair, masih boleh berbahasa Melayu dan bernama……”
(1515:209)

Sikap Barat
Selain itu bahasa Melayu, novel 1515 juga turut mengkritik sikap Barat yang sentiasa memandang rendah pada dunia Timur dalam segala bidang. Sikap dan realiti ini masih lagi ketara terutamanya dalam era globalisasi (penjajahan bentuk baru).
Cuba Tanya diri kita, berapa banyakkan jenama dari Timur yang mendapat perhatian dari Barat. Adakah Proton dan Perodua merupakan kereta yang merupakan citarasa ujtama bangsa barat berbanding dengan Audi, Mercedes serta BMW yang bertakhta di hati orang Timur.

Berapa banyakkan Power dan Bata yang tersarung di kaki orang Barat berbanding Adidas, Nike dan Puma yang sering tersarung di kaki orang Timur?????

Ya…walaupun penjajahan nyata telah berakhir tetapi penjajahan bentuk baru masih berlaku. Minda Barat sebagai tuan pasti tidak dapat dikikis apatah lagi dengan perlakuan orang Timur yang masih mengagung-agungkan Barat walaupun adaketikanya (malah selalunya) yang datangdari Timur itu lebih baik….

“ Bukan kerana Islam sangat ayah, tapi kerana yang datang itu Orang Timur. Selama-lamanya Barat tak dapat menerima Timur yang akan mengajar mereka”(1515: 225-226)

Ingat, tulisan saya dalam entri ini nbukan untuk dibaca sahaja. Ia perlu diteliti, difikir dan dinilai kebenarannya dengan apa yang berlaku di sekeliling kita hari ini…..

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Flor de la Mar)

 
Foto: Replika Kapal Flor de la Mar-Bahtera Gagah Postugis Semasa Menakluki Melaka
Jika anda pernah ke Melaka dan menelusuri sejarah negeri ini terutamanya di Bandar Hilir. Tentu dapat mengingati bahawa terdapat sebuah kapal yang amat antik bentuknya terletak betul-betul di tebing sungai Melaka. Ia adalah salah satu dari tarikan yang ada di Muzium Samudera. Kepada yang masih belum mengetahui, kapal tersebut ialah replika Kapal Flor De La Mar. Kapal Hebat kebanggaan Albuquerque .

Dalam satu kajian yang pernah saya jalankan di Negeri Melaka pada tahun 2005, replika kapal tersebut merupakan antara 10 elemen tarikan pelancong yang utama di negeri ini. Antara sebab utama yang menjadikan ia tarikan utama ialah kerana elemen ‘authenticity’dan kelainan yang tidak ada (mungkin juga tidak mungkin dapat di temui ) di kawasan-kawasan pelancongan lain.

Namun berapa ramaikah yang sedar bahawa kapal hebat sebeginilah yang menggempur Melaka dan menakluk Melaka tahun 1511. Seterusnya mengangkut pelbagai harta kekayaan dan Khazanah Melaka untuk di bawa pulang ke Portugal (juga Nyemah Mulya juga???)

Tidak salah untuk kita semua bergembira, tidak salah untuk kita tersenyum sambil rakan mengetik butang kamera bagi merakamkan kenangan manis kita di sisi kapal tersebut namun berapa ramaikah yang merenung dan menginsafi sejarah yang dicetuskan oleh kegagahan dan kehebatan kapal sebegini?? I

Ingatlah ketika rakyat Melaka begitu asyik dengan nyanyian dan tarian-tarian yang khusyuk dan melekakan ketika itulah kapal hebat ini membelah laut Melaka dan melancarkan serangan hingga mengakibatkan Melaka terkulai di genggaman Portugis.

Dalam novel 1515 ada sekurang-kurangnya enam perenggan yang memerihalkan tentang kegagahan kapal Flor De La Mar serta peranan besar yang dimainkan sewaktu menjayakan misi penjajahan dan penaklukan di bumi Melaka.

“Kau tidak tahu di atas geladak bahtera Flor De La Mar, Albuquerque sedang menyusun rencana. Mereka bersedia mengepung Melaka seberapa lama pun. Mereka perlu menambah pengkhianat di dalam kota. Kalau boleh, orang-orang luar. Orang-orang asing yang tidak merasa bertanggungjawab. Juga mereka yang bukan beragama Islam akan membantu Portugis yang bukan Islam, begitulah hingga akhir zaman, kata Albuquerque” (1515:63)

“Kau tidak tahu Nyemah, di atas bahtera Flor De La Mar itu termuat tiga ribu pucuk meriam, dengan dua ribu daripadanya diperbuat daripada gangsa, senapang, sumpitan, busur dan panah lembing serta tombak. Gelang, rantai loket, cincin permata, mahkota permaisuri, mutiara, pedang bertatah baiduri dan keris-keris bersalut emas turut di sumbat sekali. Kain-kain songket, tenunan dan pelbagai jenis tikar yang sempat dirampas dari rumah para pembesar dan orang kaya Melaka bergulungan bertimbun-timbun”(1515:246)

Dalam novel 1515, ada dua versi tentang Flor De La Mar.

Versi Pertama mengatakan bahawa Flor De La Mar dibakar dan diletupkan oleh Nyemah Mulya sewaktu pertempurannya (Flor De La Mar) untuk menjajah Melaka.

Versi Kedua, Flor De La Mar tenggelam di lautan sewaktu perjalanan pulangnya ke Portugal

“Flor De La Mar, apa yang sebetulnya berlaku pada pagi buta 26 Januari 1512 itu? Bahtera perang itu bergerak meninggalkan pelabuhan Melaka pada 20 Januari bersama bahtera Trindade dan Enxobregas serta sebuah jong. Ia tenggelam di sekitar Aru atau Deli.

Mengapa Pelayaran ke Deli memakan masa enam hari, padahal saudagar China dan India akan mengambil tiga atau empat hari??

Apa yang berlaku?
 “ (1515:133)

Kini Flor De La Mar sudah tiada. Samada ia telah tenggelam di dasar lautan ataupun hancur di telan zaman namun ia tetap meninggalkan legasinya yang tersendiri.

Legasi yang menuliskan bahawa ia adalah bahtera gagah yang menceroboh Melaka dan seterusnya menunaikan janji-janji Albuquerque untuk memacakkan salib di setiap inci muka bumi ini..

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Gambaran Wajah Portugis)



Foto: Vasco da Gama dan Luis Figo
Orang Portugis itu bagaimana rupanya??

Tentu ada sesuatu kelainan yang ketara berbanding dengan wajah yang biasa dilihat oleh rakyat Melaka, jika tidak masakan mereka di gelar sebagai ‘Benggali Putih’ oleh penduduk Melaka.

Faisal dalam novel 1515 mempunyai imaginasi yang tinggi terhadap wajah dan susuk tubuh orang-orang Portugis.

“Pasukan pertama diketuai panglima-panglima Portugis yang berkulit kemerah-merahan, bermata galak, bermisai halus dan berjanggut pandak……..Albuquerque pula mengetuai sejumlah perwira Portugis yang bertubuh sasa, berbulu dada, berhidung mancung dengan dagu berlekuk dan berambut lurus perang….” (1515:63-64)

Walau bagaimanapun, tidaklah diketahui dengan jelas wajah orang-orang Portugis kecuali hanya beberapa keping yang ditemui dalam buku-buku sejarah. Namun, apa yang penting, sudah pasti mereka mempunyai keyakinan dan semangat yang tinggi sehingga mereka dapat menakluki Melaka pada tahun 1511 itu…..

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Alfonso de Alburquerque)




Foto: Beberapa Gambaran Wajah Albuquerque
Dalam Novel 1515, ada memerihalkan tentang Afonso de Albuquerque, penakluk Portugis yang agung yang menganggap dirinya utusan Tuhan dan matlamat utamanya untuk memacakkan salib di setiap inci bumi Islam.

Mungkin ada antara kita yang masih menguingati sewaktu kita di sekolah dahulu, kita di ajar oleh guru-guru bahawa kedatangan Portugis ke Melaka adalah untuk menguasaiPerdagangan Rempah..

Ya..Perdagangan Rempah…dan ini kita terima sebagai fakta untuk tempoh yang terlalu lama..dan hingga ke hari ini masih ada generasi yang masih percaya bahawa kedatangan Portugis (serangan) oleh Albuquerque adalah bagi menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Seingat saya, antara alasan tolol yang menyokong kenyataan ini ialah kerana musim sejuk di Portugal yang menyebabkan orang2 Portugis memerlukan rempah untuk mereka memanaskan badan..dan Melaka adalah sasarannya.

Sebegitu lama kita terjajah minda rupanya. Kerana tiada dalam mana-mana catatan sejarah yang menyatakan bahawa bersama-sama Albuquerque datang bersama-sama pakar masakan/tukang masang agung yang berfungsi untuk mengenali rempah-rempah yang berpotensi untuk di bawa pulang ke Lisbon.

“Andai kau benar ingin tahu apa yang berlaku , ia bermula pada April 1511. Wizurai Tua yang percaya dirinya ialah utusan Tuhan untuk menanam salib di atas setiap inci muka bumi itu belayar dari Goa bersama-sama lapan belas buah bahtera, seangkatan kecil lapan ratus soldadu Portugis serta dua ratus orang upahan Malabar” (1515:58)

Siapa Albuquerque?
Saya turunkan sedikit petikan tentang diri beliau dari Encyclopædia Britannica yang tidak saya edit dan terjemah.

Afonso de Albuquerque, born 1453, Alhandra, near Lisbondied Dec. 15, 1515, at sea, off Goa, India
“Portuguese soldier, conqueror of Goa (1510) in India and of Melaka (1511) on the Malay Peninsula. His program to gain control of all the main maritime trade routes of the East and to build permanent fortresses with settled populations laid the foundations of Portuguese hegemony in the Orient.

Albuquerque was the second son of the senhor of Vila Verde. His paternal great-grandfather and grandfather had been confidential secretaries to kings John I and Edward (Duarte); his maternal grandfather had been admiral of Portugal. Albuquerque served 10 years in North Africa, where he gained early military experience crusading against Muslims. He was present at Afonso V's conquest of Arzila and Tangier in 1471. King John II (ruled 1481–95) made him master of the horse, a post Albuquerque held throughout the reign. In 1489 he again served in North Africa at the defense of Graciosa. Under John's successor, Manuel I, Albuquerque was less prominent at court but again served in Morocco.

Although Albuquerque made his mark under the stern John II and gained his experience in Africa, his reputation rests on his service in the East. When Vasco da Gama returned to Portugal in 1499 from his pioneering voyage around the Cape of Good Hope to India, KingManuel straightway sent a second fleet under Pedro Álvares Cabral to open relations and trade with the Indian rulers. The Muslim traders who had monopolized the distribution of spices turned the zamorin, or Hindu prince of Calicut, against the Portuguese. His dependency, Cochin, on the southwestern Indian coast, however, welcomed them.
In 1503 Albuquerque arrived with his cousin Francisco to protect the ruler of Cochin, where he built the first Portuguese fortress in Asia and placed a garrison. After setting up a trading post at Quilon, he returned to Lisbon in July 1504, where he was well received by Manuel and participated in the formulation of policy. In 1505 Manuel appointed DomFrancisco de Almeida first governor in India, with the rank of viceroy. Almeida's object was to develop trade and aid the allies of the Portuguese.
Albuquerque left Lisbon with Tristão da Cunha in April 1506 to explore the east coast of Africa and build a fortress on the island of Socotra to block the mouth of the Red Sea and cut off Arab trade with India. This done (August 1507), Albuquerque captured Hormuz(Ormuz), an island in the channel between the Persian Gulf and the Gulf of Oman, to open Persian trade with Europe. His project of building a fortress at Hormuz had to be abandoned because of differences with his captains, who departed for India. Albuquerque, though left with only two ships, continued to raid the Persian and Arabian coasts.

King Manuel appointed Albuquerque to succeed Almeida at the end of his term, though without the rank of viceroy. When Albuquerque reached India in December 1508, Almeida had crushed the improvised sea force of Calicut, but a navy from Egypt had defeated and killed his son. Insisting on retaining power until he had avenged his son's death, Almeida, to avoid interference, had Albuquerque imprisoned. Almeida defeated the Muslims off Diu in February 1509, and it was only in the following November, with the arrival of a fleet from Portugal, that he finally turned his office over to Albuquerque.

Albuquerque's plan was to assume active control over all the main maritime trade routes of the East and to establish permanent fortresses with settled populations. His attempt to seize Cochin in January 1510 was unsuccessful. By February Albuquerque had realized that it was better to try to supplant the Muslims; assisted by a powerful corsair named Timoja, he took 23 ships to attack Goa, long ruled by Muslim princes. He occupied it in March 1510, was forced out of the citadel by a Muslim army in May, and was finally able to carry it by assault in November. The Muslim defenders were put to the sword.

After this victory over the Muslims, the Hindu rulers accepted the Portuguese presence in India. Albuquerque planned to use Goa as a naval base against the Muslims, to divert the spice trade to it, and to use it to supply Persian horses to the Hindu princes. By marrying his men to the widows of his victims he would give Goa its own population, and its supplies would be assured by the village communities under a special regime. After providing for the government of Goa, Albuquerque embarked on the conquest of Malacca, on the Malay Peninsula, the immediate point of distribution for the Spice Islands and points east. He took that port in July 1511, garrisoned it, and sent ships in search of spices.

In the meantime Goa was again under heavy attack. He left in January 1512 and relieved Goa. Having established himself there and having gained control over the movement of goods by a licensing system, Albuquerque again turned to the Red Sea, taking a force of Portuguese and Indians. Because Socotra was inadequate as a base, he attempted to take Aden, but his forces proved insufficient. He thereupon explored the Arabian and Abyssinian coasts. Returning to India, he finally subdued Calicut, hitherto the main seat of opposition to the Portuguese.

In February 1515 he again left Goa with 26 ships for Hormuz, gaining control of part of the island. He was taken ill in September and turned back to Goa. On the way he learned that he had been superseded by his personal enemy, Lope Soares; he died embittered on shipboard before reaching his destination.

Albuquerque's plans derived from the crusading spirit of John II and others. He did not allow himself to be diverted from his schemes by considerations of mercantile gain. His boldest concepts, such as turning the Persians against the Turks or ruining Egypt by diverting the course of the Nile, were perhaps superhuman, but so perhaps was his”

(Albuquerque, Afonso de, the Great.Encyclopædia Britannica. Retrieved
2006, from Encyclopædia Britannica 2006 Ultimate Reference Suite DVD)

Dalam buku Albuquerque:Caesar Timur (1995:1), dinyatakan bahawa Albuquerque ialah salah seorang yang istimewa yang pernah hidup pada abad ke enam belas. Beliau Pembina empayar Portugis yang agung, yang bertaraf lebih besar daripada Caesar. Dari Laut Merah hingga ke Melaka, sejauh 3000 batu, angkatan lautnya menggempur Bandar-bandar dan membina kubu-kubu, hamper berjaya menguasai keseluruhan perdagangan Lautan Hindi di bawah kawalan Portugis.
Masa Albuquerque dihabiskan dengan berperang di darat dan di laut, mengemudi pelayaran angkatan laut, mewujudkan diplomasi dan mentadbir penduduk yang jauh dan tidak mudah dikawal. Tetapi beliau bukan sahaja cepat bertindak, seperti Caesar, beliau juga penulis yang produktif, menulis pada waktu malam atau mengarahkan penulisan surat-surat dan warkah kebanyakannya kepada raja Portugal, Don Manuel bagi menjelaskan dan mewajarkan semua tindakannya.

Dalam novel 1515, ada beberapa petikan dan perincian yang memerihalkan tentang Albuquerque ini antaranya:


“Hamba ada mendengar khabar awal pada tahun 1511, tidak ingat pula hamba berapa haribulan secara tepat, tentang seorang wizurai tua kerepot yang mempercayai dirinya utusan Tuahn untuk menanam salib di atas setiap ceruk muka bumi dan ada hati pula mahu membongkar makam Rasulullah , telah belayar dari Goa bersama-sama lapan belas buah bahtera, diiring seangkatan kecil lapan ratus soldadu Portugis serta dua ratus upahan Malabar”
(1515:148)


Dalam mukasurat 174, Faisal memperincikan tentang keinginan yang amat kuat yang ada dalam diri Albuquerque untuk menjajah dan menakluk Melaka:


“Albuquerque diam membatu mendengar segala pandangan sebelum bersuara., ‘Sesungguhnya aku amat yakin untuk menyerang Melaka kerana azamku, setiap denyut jantung dan sedutan nafasku adalah untuk mengusir dan membunuh setiap pengikut Muhammad. Aku adalah hamba yang paling setia dan berkhidmat untuk Raja Manuel dan tidakkah kau pasti dapat membunuh perdagangan orang Islam di Timur Tengah dan kita akan menjadi raja, melebihi Perancis, dan inggeris mahupun orang-orang Jerman di Eropah. Dengan menguasai Melaka, orang-orang Belanda akan berlutut di hadapan kita, sementara orang Sepanyol akan merangkak datang ke Lisbon untuk segala rempah”

“Albuquerque bersuara lebih tegas, menyambung..’kita bertempur esok hari dan lihat bagaimana keadaannya. Jika memang kita sulit untuk menawan Melaka, aku bersetuju untuk pulang ke Goa dan menyusun bala tentera yang lebih gagah dan berlayar semula ke sini untuk menawannya’

Walaubagaimanapun, Faisal dengan imaginasi yang tinggi dalam mukasurat 250, cuba memperincikan keadaan fizikal Albuquerque hingga menghasilkan kenyataan seperti berikut:


“ Pemilik kamar masuk. Lelaki bertubuh sasa walaupun sudah agak tua. Matanya hijau kebiruan agak bulat: walah ramus dengan jambang yang lebat . Di dada tergantung rantai dengan dahat (salib). Bibirnya nipis merah dan telinga pula sedikit besar. Dia tersengih menampakkan barisan gigi kekuningan. Rambutnya pendek dan botak di tengah’


Kematian Albuquerque
Dalam novel 1515, versi yang paling masyur tentang kematian Alburquque ialah beliau mati di Melaka dan tidak sempat untuk menakluki Melaka kerana tentangan hebat dari pahlawan Melaka serta Tun Nyemah (walaupun ada lagi versi yang lain dalam buku ini tetapi saya sengaja memilih versi ini). Kematiannya di Melaka serta Janji Tun Nyemah terhadapnya sebelum kematiannya itu telah menggerakkan armada Melaka ke Portugal untuk menakluk Portugal disamping mengotakan tuntutannya untuk mengebumikan jasadnya di Lisbon…
Walaubagaimanapun, samada versi yang dikemukakan oleh Faisal adalah benar atau sebaliknya, Faisal lebih mengetahui (lagipun telah dikatakan bahawa novel ini campuran antara Fiksyen dan fakta)

Ya… Albuquerque mati pada tahun 1515, namun demikian kematiannya bukanlah di bumi Melaka dan bukan juga di tangan pendekar Melaka mahupun Nyemah Mulya:

“Tindakan cemerlang Albuquerque di Ormuz pada 1515 telah menyebabkan Portugis menguasai sepenuhnya bandaraya dan sultan yang masih muda itu. Ini merupakan sumbangannya yang terakhir kepada Empayar Portugis. Dia memulakan kerja membina kubu, tetapi tidak lama kemudiandia telah jatuh sakit. Penyakityang serupa sejenis disenteri menyebabkannya terlalu lemah sehingga dia tidak mampu meneruskannya dan dia berazam untuk pulang ke Goa dan mati di sana. Dia hanya sempat melihat Bandar itu (GOA) sekejap sahaja dari pintu kabinnya sebelum dia mati”(Albuquerque: Caesar Timur, 1995:315)


Penutup
Walaupun apa anggapan, sanjungan, cacian dan makian terhadapnya. Beliau tetap tertulis dalam sejarah sebagai perancang utama dalam serangan ke atas Melaka dan seterusnya memastikan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan seterusnya merealisasikan cita-citanya untuk menghapuskan ajaran Islam di muka bumi ini. Satu fakta sejarah yang amat memilukan untuk dikenang……..