Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Mei 05, 2011

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Nina Chatu)

Dalam entri saya sebelum ini (tentang Tuan Bandan), ada saya sebutkan bahawa terdapat dua individu yang begitu menarik untuk dibincangkan yang ada dalam novel 1515 (dalam sejarah Melaka juga hakikatnya) Seorang darinya telah saya bincangkan dalam entri yang terdahulu iaitu pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan Melaka dari dijajah sehingga akhirnya syahid di bunuh Portugis.iaitu Tuan Bandan

Dalam entri ini saya cuba bincangkan tentang seorang lagi individu yang ada disebutkan dalam novel 1515. Berbanding dengan Tuan Bandan yang mempertahankan Melaka hingga ke akhir hayatnya), individu ini sebaliknya. Beliau merupakan seorang pengkhianat yang mengambil peluang dengan memberikan bantuan-bantuan kepada Portugis dan dengan bantuan-bantuan yang diberikannya akhirnya melaka jatuh ke tangan Portugis.

Individu tersebut ialah Nina Chatu (walaupun terdapat seorang individu yang lebih ‘kontroversi’ seperti Utimutiraja dan Imam Muhaimin: tetapi saya lebih fokus kepada Nina Chatu. Tentang Utimutiraja dan Imam Muhaimin, mungkin ada pembaca yang hendak membantu agaknya…)

Semasa membaca novel 1515, saya mengandaikan bahawa Nina Chatu itu hanyalah satu watak yang dicipta Faisal dalam novelnya bagi menunjukkan bahawa wujudnya pengkhianat yang menyumbang kepada kejatuhan Melaka.

Namun telahan saya silap apabila saya membaca buku Albuquerque: Caesar Timur . Dalam buku ini memang ada dikisahkan tentang Nina Chatu dan peranannya. Jadi sememangnya jelas bahawa Nina Chatu bukanlah hanya sekadar fantasi Faisal semata-mata.

Siapakah Nina Chatu?
Menurut buku Albuquerque: Caesar Timur (1995:129):

“Nina Chatu ialah penganut agama Hindu, Saudagar Keling yang telah banyak meringankan penderitaan Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Beliau telah dilantik menjadi Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514”

Nyata, beliau seorang pengkhianat. Beliaulah yang banyak membantu Auraojo hingga akhirnya Auraujo dibebaskan (membebaskan diri) dari penjara dan membawa perkhabaran kepada Portugis yang akhirnya membawa kepada penyerangan Melaka pada tahun 1511.

Dalam novel 1515, dijelaskan bahawa Nina Chatu dan orang-orangnya berperanan dalam menyeludup surat-surat Auraujo semasa Auraujo dalam penjara.

“Waktu itu Albuquerque sering berhubung dengan budak-budak Nina Chatu, orang Keling penganut Hindu yang banyak menyeludupkan surat-surat Auraujo dan teman-temannya kepada Albuquerque” (1515:61-62)

Pengkhianatan Nina Chatu sememangnya tidak dijangka oleh Sultan Melaka memandangkan Nina Chatu merupakan saudasgar yang amat rapat hubungannya dengan Sultan Ahmad.

“Nina Chatu, air kalau keruh, tentu ikan limbat galak keluar bermain. Kau tidak tahun Nina Chatu itu pembelot paling khianat. Tidak ramai yang menyangka kerana Sultan Ahmad sendiri akrab dengannya dalam hal-hal niaga” (1515:62)

Nina Chatu dan Senario Semasa
Berdasarkan sedikit penjelasan, jelas dilihat bahawa Nina Chatu memang seorang yang belot dan khianat. Namun itulah hakikatnya walaupun hingga ke hari ini.

Apabila negara makmur, ramai yang datang menumpang kemakmuran, namun apabila datang musibah dan bencana mereka yang menumpang belum pasti mahu membantu, malah ada ketikanya merekalah yang belot dan khianat.

Pengkhianatan dan pembelotan adalah dosa yang paling besar dalam sesebuah negara.

Afghanistan takkan jatuh tanpa pengkhianatan dan pembelotan. Berbelas-belas tahun Rusia menyerang Afghanistan tetapi negara tersebut masih gagal ditakluki Rusia. Tetapi kini, bila ada permusuhan sesama sendiri antara Taliban dan suku-suku yang lain. Dengan mudah Afghanistan di jatuhkan.

Begitu juga dengan Iraq. Saya berpendapatan tanpa pembelotan dan pengkhianatan amat mustahil Iraq jatuh ke tangan Amerika dan sekuktunya dengan begitu mudah.

Sama-samalah kita fikirkan…

Kematian Nina ChatuTidak seperti Tuan Bandan yang kematiannya amat jelas. Kematian Nina Chatu menimbulkan persoalan kepada saya. Walaupun dalam novel 1515 dinyatakan bahawa Nina Chatu akhirnya menemui ajal di hujung golok Sultan Mahmud (Baca kisah Nina Chatu dibawa ke Istana dan di bunuh oleh Sultan Mahmud dalam novel 1515, ms: 161-164)

“Sultan Mahmud bingkas berdiri, mencapai golok di dinding istana dan melempar dengan sekali baling terbenamlah ke dalam tenggorokan Nina Chatu. Menggelupur keling itu di atas lantai istana, menitik darahnya ke bumi menerusi celah-celah kayu”

Namun hakikatnya, Nina Chatu mati akibat membunuh diri pada tahun 1514 iaitu setelah dilantik sebagai Shahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu selepas Melaka di takluki Portugis. Perlantikan tersebut tentulah sebagai penghargaan dari Portugis atas sumbangannya jasanya.

Kenapa beliau membunuh diri?

Saya yakin tentu ada sebab-sebab yang kukuh untuk beliau berbuat demikian kerana adalah mustahil tanpa sebab yang amat kukuh beliau hendak membunuh diri memandangkan beliau telah berada pada kedudukan yang tinggi semasa pemerintahan Portugis.

Walau apa punca sekalipun. Kematian Nina Chatu selepas penjajahan tidak memberi apa-apa impak berbanding jika beliau mati sebelum penjajahan. Nyata beliau amat licik dan paling pasti kematiannya tidak perlu diingati seperti mana syahidnya Tuan Bandan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan